HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE
Bahagian 5: Stadium Ramón Sánchez Pizjuán (Sevilla FC)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Setelah melawat La Giralda Bell Tower, kami mendaftar masuk ke Hotel Novotel Sevilla Marqués del Nervion di Av. Eduardo Dato, Seville. Setelah mendapat bilik, dari jendela kelihatan stadium dengan papan tanda 'Sevilla Futbol Club'. Rupanya hotel yang kami akan bermalam terletak bersebelahan dengan stadium Ramón Sánchez Pizjuán yang menjadi stadium utama kelab bolasepak Sevilla FC.
Saya bukan peminat tegar liga utama bolasepak Sepanyal, sekadar menonton perlawanan dua kelab ternama iaitu Real Madrid dan Barcelona. Real Madrid terkenal dengan pemain bintangnya iaitu Cristiano Ronaldo manakala Barcelona pula Lionel Messi. Oleh kerana diluar hujan masih renyai-renyai, hanya dalam pukul 8:30 malam setelah hujan agak reda baru berkesempatan meninjau sekitar kawasan stadium. Ketika ini terdapat kerja-kerja mencantikkan bahagian luar sekeliling stadium.
| Perisai mozek Sevilla FC yang terletak di bahagian hadapan utama Stadium Ramón Sánchez Pizjuán. |





