KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLA
HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE
Bahagian 3: Real Alcázar de Sevilla
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Royal Alcázar of Seville (Real Alcázar de Sevilla)Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Seterusnya kami ke kompleks Istana Alcázar, kira-kira 5 minit berjalan meredah hujan lebat dari hentian bas pelancong terdekat. Kompleks istana diraja ini tersergam indah di tengah-tengah bandar Seville yang didominasikan gaya senibina 'Mudéjar' dengan mengabungkan senibina Arab Moors dengan unsur-unsur dari 'Gothic', 'Renaissance' dan juga pengaruh dari Byzantines (Roman).
Patio de las Doncellas (The Courtyard of the Maidens), Real Alcázar de Sevilla, Spain
|
Pada asalnya dibangunkan oleh raja-raja muslim Moors bermula tahun 913 M oleh khalifah pertama Andalusia iaitu Abd al-Rahman III. Pada abad ke-12, ia adalah kubu dan istana pertama (yang dikenali sebagai 'Al-Muwarak) dibina dan didiami Khalifah Al Mohad yang mula menguasai Seville pada tahun 1161, tetapi sebahagian besar struktur asalnya sudah tiada atau musnah dalam gempa bumi dan menjadi tapak bagi pembinaan Istana Raja Pedro 1 (Peter 1) pada tahun 1364.
Dalam kotak fikiran saya, agak mengelirukan atau apakah motif disebalik pembinaan Istana Raja Pedro 1 (Peter 1) yang sungguh hebat dengan hiasan dalaman terserlah senibina Islam yang halus dan cantik dengan gerbang dan laman yang menarik sebenarnya dibina oleh monarki Raja Katolik yang mengabungkan gaya senibina Arab Moors seperti terdapat di Istana Nasrid di Alhambra. Adakah ia cuba menyaingi kehebatan Istana Nazrid di Alhambra pada masa itu di bawah pemerintahan Raja Muhammad V (1362-1391), dengan mengumpul tukang-tukang 'Mudéjar' terbaik dari seluruh Andalusia.
Selepas bertahun-tahun, kompleks Istana Alcázar ini berkembang dengan penambahan istana-istana baru dengan gaya 'Gothic', 'Renaissance' dan 'Romanesque' oleh monarki raja-raja Kristian seterusnya menjadikan ia satu kompleks istana dengan kepelbagaian gaya senibina yang berbeza. Bahagian atasnya masih digunakan oleh keluarga diraja Sepanyol sebagai kediaman rasmi apabila melawat Seville, dimana ia menjadikan istana diraja tertua di Eropah yang masih digunakan. Kompleks Istana Alcázar ini telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1987. Ia juga terkenal sebagai salah satu istana yang paling indah di Sepanyol, dianggap sebagai salah satu contoh terbaik senibina 'Mudéjar' yang terdapat di Semenanjung Iberia.
Route berjalan kaki sekitar pusat bandar Seville
Istana Alcazar pernah digunakan sebagai lokasi pengambaran filem, termasuk untuk filem 'Lawrence of Arabia' (1962), 'Kingdom of Heaven (2005) dan sebahagian siri TV 'Game of Thrones' musim ke-5. Kadar bayaran masuk untuk lawatan umum adalah € 9.50 (kadar tukaran matawang semasa: €1 = RM5). Maklumat lanjut boleh didapati pada pautan ini.
Pelan Real Alcázar. Sumber: The Patronage of The Real Alcázar and Town Hall of Seville |
Urutan tempat-tempat dilawati di dalam 'Real Alcázar' berdasarkan pelan di atas (nombor lokasi dalam kurungan):
Puerta del León (Lion's Gate)
Kami memulakan lawatan dengan memasuki Puerta del León (Lion's Gate) dalam pukul 2:30 petang.
Pintu gerbang masuk ke 'Real Alcázar' dipanggil 'Puerta del León (Lion's Gate)', sempena lambang singa terdapat di atas gerbang dipasang pada kurun ke-19 pada tembok kota yang dibina pada abad ke-12. |
Para peserta baru tiba dan terpaksa menunggu dalam hujan di sebahagian tembok kota 'Real Alcázar' yang dibina pada abad ke-12 sebelum masuk ke 'Real Alcázar'. |
(1) Patio del León (Lion's Courtyard) dan Palacio del Yeso (Yeso Palace)
Pelan kawasan 'Real Alcázar' sebaik sahaja melepasi pintu masuk. |
Di hadapan bahagian luar tinggalan tembok lama kubu Arab dibina pada kurun ke-12 semasa pemerintahan Khalifah Al Mohad sebelum memasuki 'Patio de la Monteria (Courtyard of the Hunt)'. |
(4) Patio de la Monteria (Courtyard of the Hunt)
Pemandangan lebih dekat bahagian dalam tingglan tembok lama kubu Arab dari 'Patio de la Monteria (Courtyard of the Hunt)'.
|
Di sebelah kiri 'Patio de la Monteria (Courtyard of the Hunt)' terdapat bangunan yang kini dijadikan sebagai pusat pentadbiran untuk 'The Patronage of The Real Alcázar and Town Hall of Seville'
|
Bahagian hadapan (muka depan) 'Palacio del Rey Don Pedro (Peter I Palace / Mudéjar Palace)' yang bersempadan dengan 'Patio de la Monteria (Courtyard of the Hunt)'.
|
(5) Facade of the Palacio del Rey Don Pedro (Peter I Palace's Facade)
Bahagian asal hadapan (muka depan) Istana Peter I dengan pintu masuk utama yang dibina pada tahun 1364 dengan senibina 'Mudéjar' mengabungkan senibina Arab Moors dengan unsur-unsur senibina Renaissance, 'Gothic' dan Byzantines (Roman).
Bahagian depan istana dengan pintu masuk dipanggil 'Facade of the Palacio del Rey Don Pedro (Peter I Palace's Facade)' |
Palacio del Rey Don Pedro (Peter I Palace / Mudéjar Palace)
Istana Raja Peter I adalah sumbangan terbesar 'Mudéjar' kepada Alcazar Seville, dibina pada tahun 1364 dan siap pada tahun 1367.
Vestibulo (Entrance Hall)
Merupakan dewan masuk selepas memasuki pintu utama, di mana terdapat dua laluan pada sebelah kiri dan kanan. Laluan sebelah kiri adalah untuk masuk ke kawasan protokol iaitu 'Patio de las Doncellas (Maidens' Courtyard)' dan laluan sebelah kanan adalah untuk ke kawasan kediaman iaitu 'Patio de las Munecas (Courtyard of the dolls)'.
Bahagian dinding sebelah bawah 'Vestibulo (Entrance Hall)' dihiasi jubin dan tampalan dari geometri dan seni berunsurkan gaya muslim Moors. |
Hiasan ukiran kayu berlapis pada salah satu siling dalam 'Vestibulo (Entrance Hall)' |
Hiasan ukiran kayu pada salah satu siling dalam 'Vestibulo (Entrance Hall)' |
Ruang laluan ke 'Patio de las Doncellas (Maidens' Courtyard)' dari 'Vestibulo (Entrance Hall)' |
Hiasan ukiran kayu pada salah satu siling dalam 'Vestibulo (Entrance Hall)' laluan ke' (Patio de las Doncellas (Maidens' Courtyard)' |
Pintu dari 'Vestibulo (Entrance Hall)' memasuki ruangan sebelum ke 'Patio de las Doncellas (Maidens' Courtyard)' |
Hiasan siling ruangan sebelum ke 'Patio de las Doncellas (Maidens' Courtyard)' dari 'Vestibulo (Entrance Hall)' |
(10) Patio de las Doncellas (Maidens' Courtyard)
'Patio de las Doncellas (Maidens' Courtyard)' merupakan laman utama dan pusat kediaman di Istana Peter 1. Memaparkan senibina Moors di dalam Istana Alcázar. Laman ini dikelilingi gerbang-gerbang dengan lengkungan seperti cengkerang yang menjadi ciri utama motif dekorasi dinasti Almohad. Galeri sekelilingnya pula dihiasi dengan tulisan khat Arab manakala bahagian bawah dinding dihiasi jubin-jubin.
Dinamakan "The Courtyard of the Maidens" sempena anak-anak perempuan istana yang banyak menghabiskan masa di sini. Terdapat juga yang merujuk kepada legenda yang mendakwa sempena tuntutan kerajaan Moors meminta 100 anak dara setiap tahun sebagai penghormatan dari kerajaan-kerajaan Kristian di Iberia.
Terdapat dewan-dewaan atau kamar-kamar mewah bersebelahan 'Patio' dan di bahagian tengah-tengahnya pula terdapat sebuah kolam besar bersegi empat tepat dikelilingi taman-taman bersebelahannya (berubah-berubah mengikut kehendak semasa). Bahagian tingkat atas telah ditambah oleh Raja Charles V bermula tahun 1540 hingga 1572, direka oleh Luis de Vega dalam gaya Renaissance Itali tetapi masih memasukkan hiasan tampalan hasil seni kerja Moors.
Senibina dan hiasan gerbang-gerbang koridor berunsurkan gaya muslim Moors di Patio de las Doncellas (The Courtyard of the Maidens) |
Senibina dan hiasan gerbang-gerbang galeri berunsurkan gaya muslim Moors di 'Patio de las Doncellas (The Courtyard of the Maidens)' |
Bergambar kenangan dulu di 'Patio de las Doncellas (The Courtyard of the Maidens) dengan gaya senibina 'Mudéjar' sama seperti terdapat 'The Court of the Myrtles, Alhambra (Granada).
|
Bahagian sebelah kiri di 'Patio de las Doncellas (The Courtyard of the Maidens)' yang menempatkan 'Salon del Techno de Carlos V (Carlos V Ceiling Room / Hall of Charles V)' |
Bahagian hujung selatan di 'Patio de las Doncellas (The Courtyard of the Maidens)' yang menempatkan 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' |
Bahagian sebelah kanan di 'Patio de las Doncellas (The Courtyard of the Maidens)' yang menempatkan 'Alcoba Real (Royal Bedroom)' |
Pintu masuk ke 'Alcoba Real (Royal Bedroom)' dari 'Patio de las Doncellas (The Courtyard of the Maidens)'. |
(11) Alcoba Real (Royal Bedroom)
Bilik ini terbahagi kepada kamar beradu dan bilik tidur.
Kamar beradu di belakang tiga gerbang dalam 'Alcoba Real (Royal Bedroom)' |
Panel siling di kamar beradu dalam 'Alcoba Real (Royal Bedroom)' |
Bilik tidur sebelah kanan dalam 'Alcoba Real (Royal Bedroom)' |
Panel siling di bilik tidur sebelah kanan dalam 'Alcoba Real (Royal Bedroom)' |
Bergambar kenangan di dalam 'Alcoba Real (Royal Bedroom)' |
Laluan sebelah kiri dari 'Alcoba Real (Royal Bedroom)' untuk ke 'Salon delos Pasos Perdidos (Hall of Lost Steps)' dan 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)'
|
(12) Salon delos Pasos Perdidos (Hall of Lost Steps)
Kamar kecil yang menyambungkan kawasan persendirian dengan kawasan umum istana.
Gerbang melengkung dengan senibina Moors dari 'Salon delos Pasos Perdidos (Hall of Lost Steps)' ke 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)'
|
Siling berukiran kayu dalam 'Salon delos Pasos Perdidos (Hall of Lost Steps)' |
(18) Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)
Kehidupan peribadi di Istana Pedro I banyak berkisar disekeliling 'Patio de las Munecas', yang membawa ke kamar tidur dan dewan persendirian. Laman kecil ini dikelilingi galeri mempunyai tiang-tiang marmar dan gerbang melengkung. Nama 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' berasal dari empat kepala kecil yang menghiasi salah satu gerbang melengkung.
Pandangan ruangan atas 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' |
Pandangan gerbang dari 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' ke gerbang masuk Salon delos Pasos Perdidos (Hall of Lost Steps)'
|
Pandangan gerbang dari 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' ke gerbang masuk 'Cuarto del Principe (Prince's Suite)' |
Pandangan gerbang dari'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' ke pintu masuk 'Cuarto del Principe (Prince's Suite)' |
Pandangan gerbang dari 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' ke gerbang masuk 'Cuarto del Principe (Prince's Suite)' |
(18) Court del Principe (Prince's Suite)
Bilik ini mengandungi dewan dan dua bilik kecil dikedua-dua belahnya. Panel-panel silingnya yang menarik gabungan dekorasi gaya mudejar dengan elemen Renaissance. Dinamakan sempena 'Juan de Aragon dan Castile', anak kedua dari Ferdinand II dari Aragon dan Isabella dari Castile.
Pandangan gerbang masuk 'Cuarto del Principe (Prince's Suite)' ke Patio de las Munecas (Dolls Courtyard) |
Hiasan bahagian syiling di dalam 'Cuarto del Principe (Prince's Suite)' |
Hiasan bahagian syiling di dalam 'Cuarto del Principe (Prince's Suite)' |
Hiasan bahagian syiling di dewan dalam 'Cuarto del Principe (Prince's Suite)' |
(17) Sala de los Reyes Catolicos (Chamber of the Catholic Kings)
Kamar kecil bersegi empat yang menyambungkan bahagian persendirian dengan sektor umum dalam istana. Terdapat lambang-lambang pada panel siling mewakili pemerintah 'Catholic Kings', kerajaan-kerajaan di Peninsula Iberia pada hujung kurun-ke 15, empat kerajaan lama Sepanyol (Castile, Navarre, Aragón dan León) dan juga kemenangan dalam peperangan menentang Granada pada tahun 1942.
Pandangan gerbang dari 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' ke gerbang masuk 'Sala de los Reyes Catolicos (Chamber of the Catholic Kings)'
|
Pandangan bahagian siling galeri 'Patio de las Munecas' ke pintu masuk 'Sala de los Reyes Catolicos (Chamber of the Catholic Kings)'
|
Pintu laluan ke Patio de las Munecas terletak antara 'Sala de los Reyes Catolicos (Chamber of the Catholic Kings)' dan 'Cuarto del Principe (Prince's Suite)'
|
Pandangan gerbang masuk 'Sala de los Reyes Catolicos (Chamber of the Catholic Kings)' ke 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)'
|
Hiasan pada bahagian tingkap di 'Sala de los Reyes Catolicos (Chamber of the Catholic Kings)' |
Pintu masuk 'Sala de los Reyes Catolicos (Chamber of the Catholic Kings)' ke 'Salon del Techno de Felipe II (Felipe II Ceiling Room)'
|
(15) Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)
Merupakan dewan utama di dalam istana digunakan sebagai bilik singgahsana Raja Peter I apabila menerima orang kenamaan dan juga merupakan dewan untuk kegunaan majlis-majlis rasmi. Ia adalah bahagian yang paling indah dan terkenal dalam istana. Pintu gerbang berbentuk ladam dihiasi halus memberi akses kepada dewan yang dilindungi dengan kubah emas yang menakjubkan, dibuat pada tahun 1389 dalam gaya Moors oleh Diego Ruiz, seorang tukang dari Seville.
Pandangan gerbang dari 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' ke gerbang masuk 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' |
Pandangan gerbang dari 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' ke gerbang masuk 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' |
Gerbang dengan gaya senibina Moors dari 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' ke ruangan sebelum masuk ke dalam 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' |
Bahagian bawah gerbang dengan gaya senibina Moors dari 'Patio de las Munecas (Dolls Courtyard)' ke ruangan sebelum masuk ke dalam 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' |
Senibina gaya 'Mudéjar' gerbang masuk 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' bersebelahan dengan 'Salon del los Infantes (Infants Room)'
|
Senibina gaya 'Mudéjar' gerbang masuk 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' bersebelahan dengan 'Salon del los Infantes (Infants Room)'
|
Senibina gaya 'Mudéjar' paada hiasan dinding dalam 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' |
Senibina gaya 'Mudéjar' paada hiasan dinding dalam 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' |
Kubah emas yang menakjubkan,di dalam 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' |
Kubah emas yang menakjubkan,di dalam 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' |
Senibina gaya 'Mudéjar' bahagian dalam gerbang masuk 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)' dari 'Salon del Techno de Felipe II (Felipe II Ceiling Room)'
|
(16) Salon del Techno de Felipe II (Felipe II Ceiling Room)
Kamar yang diubahsuai terutama pada bahagian panel siling ketika pemerintahan Felipe II dibuat antara tahun 1589 dan 1591 oleh tukang kayu mahir Martin Infante.
Gerbang sebelah dalam Salon del Techno de Felipe II (Felipe II Ceiling Room) bersebelahan 'Salon del los Embajadores (Hall of Ambassadors)'
|
Panel siling kayu dalam 'Salon del Techno de Felipe II (Felipe II Ceiling Room)' |
Bilik kecil yang bersebelahan dengan Felipe II Room |
(14) Salon del los Infantes (Infants Room)
Bilik kecil yang bersebelahan dengan Felipe II Room bersambung dengan 'Salon del los Infantes (Infants Room)' |
(13) Salon del Techno de Carlos V (Carlos V Ceiling Room)
Kamar yang diubahsuai terutama pada bahagian panel siling ketika pemerintahan Maharaja Carlos V dibuat antara tahun 1541 dan 1443 oleh Sebastian de Segovia.
Salah satu tingkap di ruangan dalam 'Salon del Techno de Carlos V (Carlos V Ceiling Room)' |
Ruangan dalam 'Salon del Techno de Carlos V (Carlos V Ceiling Room)' |
Panel siling kayu dalam 'Salon del Techno de Carlos V (Carlos V Ceiling Room)' |
Pintu keluar dari Real Alcázar melalui 'Patio de Banderas' ke 'Plaza del Triunfo' |
Calle Joaquin Romero Murube bersebelahan tembok kota Real Alcázar |
Lawatan di Real Alcázar de Sevilla berakhir dalam pukul 3:15 petang.
Bersambungan ke Bahagian 4: Seville Catedral dan La Giralda Tower
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 10 Januari 2017
Like This Blog: Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
Kembali ke Bahagian 1: Metropol Parasol
Kembali ke Bahagian 2: Plaza de España (Spain Square)
⇦Kembali ke Pendahuluan ⟺ Bersambung hari ke-6 ⇨
No comments:
Post a Comment