Selepas sarapan pagi, melawat pasar Morocco di Alcaiceria yang banyak menjual barangan cenderahati dan kraftangan. Selepas makan tengahari melawat ke Al-Hambra dan Generalife. Selepas lawatan AlHambra, ke 'Saint Cristobal Observation Point' (Mirador de San Cristobal), Albaicin dimana dapat melihat hubungan antara Alhambra dengan persekitaran luar bandar mengelilinginya dan juga dengan bandar Granada. Bermalam di Granada.
Granada adalah kota terakhir pemerintahan Islam di Sepanyol. Pada tahun 1492, kota ini diserahkan ke tangan Kristian di bawah Ratu Isabella dengan suaminya Ferdinand II yang dikenali sebagai "Raja-raja Katolik". Kebanyakan orang bukan-Katolik dipaksa untuk meninggalkan Sepanyol atau menganut Katolik, jika tidak mahu menghadapi penyeksaan atau kematian. Yang tetap beriman kepada Allah bersama Raja Abu Muhammad IX meninggalkan Granada berlayar menuju Afrika Utara menyeberangi Selat Gibraltar. Granada merupakan pertahanan terakhir kekuasaan Islam di Sepanyol ini jatuh atau berakhir kerana perselisihan dalaman istana dalam perebutan kuasa sehingga melemahkan mereka untuk menghadapi tentangan-tentangan daripada pihak Kristian.
Selepas kejatuhan Granada pada Januari 1492, orang-orang Moors ('Moorish') yang masih tinggal mengekalkan kedudukan mereka sehingga pertengahan abad ke-16, setelah dipaksa untuk memeluk agama Kristian dan sejak dari masa itu, mereka digelar Morisco. Melalui sebuah dekri pada tahun 1610, orang-orang Morisco diusir (buang negara) dari Sepanyol ke Afrika Utara selepas diseksa oleh Pasitan Sepanyol. Pasitan Sepanyol (Inquisición española), adalah sebuah tribunal ditubuhkan pada tahun 1480 oleh Raja Katolik Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castile bertujuan untuk mengekalkan keortodoksan Katolik dalam kerajaan-kerajaan mereka.
Oleh kerana lawatan ke Al-Hambra pada slot tengahari, jadi pada sebelah paginya kami berpeluang (berjalan kaki) ke pasar Morroco yang terletak di Alcaiceria, Calle Alcaiceria berdekatan dengan Catedral de Granada (pusat bandar Granada)
|
Cuaca di Granada. Tiada hujan waktu siang |
|
Waktu Sholat Granada |
|
Hotel Corona Granada Calle Pedro Antonio de Alarcón, Granada |
|
Persimpangan Calle Recogidas ke Calle Reyes Católicos, Granada |
|
Persimpangan Calle Recogidas ke Calle Reyes Católicos, Granada |
|
Pusat beli-belah di Calle Recogidas, Granada |
|
Calle Alcaiceria menuju Catedral de Granada |
|
Kedai-kedai didominasi orang-orang Morocco di Alcaiceria, Granada |
|
Kebanyakkan menjual barangan cenderahati dan kraftangan di Alcaiceria, Granada |
|
Masih awal lagi, ada kedai masih belum dibuka di Alcaiceria, Granada |
|
Plaza de Bib-Ramla, Granada |
|
Kedai menjual cenderahati di Plaza de Bib-Ramla, Granada |
Selepas makan tengahari di hotel, bertolak ke Al-Hamra dan General Life pada pukul 12:00 tengahari.
Granada mempunya sebuah monumen hebat yang menjadi daya tarikan pelancong ke Sepanyol iaitu Kota Alhambra dan Generalife. Kedua-duanya diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1984.
Setelah kejatuhan wilayah-wilayah kerajaan Islam, sisa-sisa umat Islam di Andalusia itu masih dapat bertahan dan bangun kembali di Granada, dibawah dinasti Bani Ahmar (1232-1492). Peradaban kembali mengalami kemajuan seperti di zaman Abdurrahman an-Nasir. Akan tetapi, secara politik, dinasti ini hanya berkuasa di wilayah yang kecil. Kota Alhambra yang termasyhur itu pun dibangun walaupun di tengah ancaman tentara musuh. Alhambra boleh dikatakan seperti istana dalam kayangan bagi mereka yang tidak pernah melihatnya pada masa itu. Senibina Alhambra memerlukan kepakaran matematik dan seni ukir yang tinggi.
Al-Hamra dalam bahasa Arab bermaksud ‘Yang Merah”, mula dibina pada pertengahan kurun ke-14 oleh Emir Mohammed ben Al-Ahmar, adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam menjadi tempat kediaman kaum Moorish Islam pada satu ketika dahulu. Alhambra terletak atas teres bukit (Sabikah Hill) di tenggara sempadan bandaraya Granada. Ia adalah bekas tempat tinggal raja-raja Muslim Granada, tetapi sekarang dijadikan sebuah muzium yang mempamerkan kecantikan dan keindahan gaya seni bina Islam walaupun terdapat sedikit perubahan selepas Granada jatuh ke pemerintah Kristian. Bersebelahannya terdapat taman yang luas dikenali dengan nama Generalife Garden. Keindahan dan kecantikkan senibina tamannya menjadi kenangan yang sukar dilupakan kepada pelawat-pelawatnya.
Route bas ke Al-Hamra & General Life yang dilalui (laluan khas untuk bas mungkin sedikit berbeza) dan sampai dalam 15 minit kemudian.
Kami memulakan lawatan dengan memasuki taman Generalife yang dihiasi dengan pokok teduhan dan pokok hiasan/bunga tersusun rapi. Penyair menggambarkan keindahannya sebagai taman syurga di dunia. Dari pintu masuk utama dibahagian selatan melalui Paseo de Generalife 1D diikuti Calle Real de la Alhambra di sebelah barat dengan pemandangan menarik menghala ke AlHambra.
Seterusnya memasuki 'Generalife Auditorium Theatre' (Teatro-Auditorio del Generalife) (ditambah pada tahun 1952) dimana terdapat pentas pertunjukkan dengan barisan tempat duduk untuk para penonton. Seterusnya melalui laluan Paseo de Generalife 1C di 'the lower gardens of the Generalife' (Jardines del Partal) (ditambah pada tahun 1931 dan ubahsuai semula pada tahun 1951) dengan landskap pokok hiasan cukup cantik menghubungkan Teatro del Generalife dengan Istana Generalife dibahagian utara dimana terdapat satu terusan air memanjang ditengah-tengahnya.
Seterusnya memasuki ke dalam Istana Generalife (bahagian asal) bermula dari 'Court for Dismount' (Patio de Descabalgamieno), diikuti 'Court of Water Channel' (Patio de la Acequia) dan Court of the Sultana (Patio de la Sultana). Walaupun istana ini agak kecil, lebih kepada tempat rekreasi atau tempat tinjau ('observation point'), tetapi memaparkan kecantikan dan keindahan gaya senibina Islam orang Moors diruangan galeri dan kamar-kamar istana (Patio de la Sultana) dimana hiasan menarik pada dinding dan siling termasuk tulisan khat Arab. Di dalam istana ini juga terdapat satu taman lengkap dengan terusan dan pancutan air (Patio de la Acequia) dan satu lagi taman kecil tertutup yang dinamakan 'Court of the Sultana's Cypress Tree'. Sebelah luar di bahagian baratnya juga terdapat satu lagi taman dipanggil sebagai 'The Upper Gardens'.
Dari Istana Generalife keluar melalui laluan Paseo de Generalife 1B di sebelah timur yang bersambung dengan Paseo de la Sabica seterusnya ke Calle Real de la Alhambra bagi memasuki kawasan Istana AlHambra pula.
Route berjalan kaki di Generalife (laluan sebenar mengikut pemandu pelancong sedikit berbeza kerana batasan pada google map)
|
Tempat bas pelancong menurunkan pelawat ke Alhambra di Camino Viejo del Cementerio. |
|
Tempat bas pelancong menurunkan pelawat ke Alhambra di Camino Viejo del Cementerio. |
|
Tempat bas pelancong menurunkan pelawat ke Alhambra di Camino Viejo del Cementerio. |
|
Paseo de la Sabica terdapat kedai cenderahati, kafe dan hotel. Bersebelahan Camino Viejo del Cementerio |
|
Kawasan parking kereta Alhambra berhadapan dengan Camino Viejo del Cementerio. Daun-daun pokok menjadi kekuningan pada suasana musim sejuk |
|
2016 Honda CRF1000L Africa Twin Adventure di kawasan parking kereta Alhambra. Wonder why it's named after Africa? |
|
2016 Honda CRF1000L Africa Twin Adventure di kawasan parking kereta Alhambra. Moto masih baru parkir ditempat lebih selamat kut? |
|
Peta panduan untuk pelawat dari kawasan parkingg |
|
Pavilion untuk membeli tiket dan juga pintu masuk utama ke Alhambra dan Generalife.
|
|
Bayaran masuk untuk lawatan secara umum adalah 14 euros (tambah 1.4 euros lagi untuk IVA). Pengunjung dihendaki memasuki Istana Nasrid dalam slot masa akses yang ditetapkan seperti tertera pada tiket masuk. |
|
Pavilion pintu masuk utama pintu masuk utama ke Alhambra dan Generalife |
|
Pemandangan Alhambra dari Calle Real de la Alhambra. Kelihatan 'Tower of the Princesses' (Torre de las Infantas) di sebelah kiri dan 'Tower of the Captive' (Torre de la Cautive) di sebelah kanan. |
|
Pemandangan Alhambra dari Calle Real de la Alhambra. Kelihatan 'Tower of the Captive' (Torre de la Cautive). |
|
Pemandangan Alhambra dari Calle Real de la Alhambra. Kelihatan 'Tower of the Princesses' (Torre de las Infantas) |
|
Pemandangan di Calle Real de la Alhambra |
|
'Generalife Auditorium Theatre' (Teatro-Auditorio del Generalife) yang ditambah pada tahun 1952. |
|
Teatro del Generalife digunakan untuk membuat konsert dan juga persembahan kebudayaan. |
|
Melalui 'Paseo de Generalife 1C' untuk memasuki 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Terusan air di 'the lower gardens of the Generalife' dengan pokok hiasan 'Cypress' |
|
Pokok hiasan 'Cypress' membentuk landskap bergerbang yang menarik di 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Kawasan beristirehat di 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Pemandangan Alhambra dan pinggir bandar Granada dari 'Paseo de Generalife 1C, the lower gardens of the Generalife' |
|
Kelihatan 'Tower of the Princesses' (Torre de las Infantas) di sebelah kiri dan 'Tower of the Captive' (Torre de la Cautive) di sebelah kanan dari 'Paseo de Generalife 1C, the lower gardens of the Generalife'. |
|
Pokok hiasan 'Cypress' membentuk landskap yang menarik di 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Pokok hiasan 'Cypress' membentuk landskap yang menarik di 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Pokok hiasan 'Cypress' membentuk landskap yang menarik di 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Kelihatan 'Embattled Tower' (Torre de los Picos) dari 'Paseo de Generalife 1C, the lower gardens of the Generalife'. |
|
Pemandangan Alhambra dan pinggir bandar Granada dari 'Paseo de Generalife 1C, the lower gardens of the Generalife' |
|
Kelihatan 'Tower of the Princesses' (Torre de las Infantas) dari 'Paseo de Generalife 1C, the lower gardens of the Generalife' |
|
Pokok hiasan 'Cypress' membentuk landskap yang menarik di 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Pokok hiasan 'Cypress' membentuk landskap yang menarik di 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Pemandangan panorama dari 'Paseo de Generalife 1C, the lower gardens of the Generalife'.Kelihatan dari kiri 'Tower of the Princesses' (Torre de las Infantas), 'Tower of the Captive' (Torre de la Cautive) dan Embattled Tower' (Torre de los Picos) paling kanan |
|
Kelihatan 'Tower of the Princesses' (Torre de las Infantas) di sebelah kiri dan 'Tower of the Captive' (Torre de la Cautive) di sebelah kanan dari 'Paseo de Generalife 1C, the lower gardens of the Generalife'. |
|
Kelihatan 'Tower of the Captive' (Torre de la Cautive) di sebelah kiri dari 'Paseo de Generalife 1C, the lower gardens of the Generalife'. |
|
Kelihatan 'Embattled Tower' (Torre de los Picos) dari 'Paseo de Generalife 1C, the lower gardens of the Generalife'. Dibelakangnya dapat dilihat 'Nasrid Palaces' dan 'Alcazaba' |
|
Bergambar dengan Alhambra dari ''Paseo de Generalife 1C, the lower gardens of the Generalife'. |
|
Pokok hiasan 'Cypress' membentuk landskap bergerbang yang menarik di 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Pokok hiasan 'Cypress' membentuk landskap bergerbang yang menarik di 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Memasuki 'Court for Dismount' (Patio de Descabalgamieno). Dahulu penunggang akan turun dari kuda disini sebelum menaiki tangga ke pintu utama ke Istana Generalife. |
|
Batu-batu yang disusun dengan corak menarik serta saluran air dilantai 'Court for Dismount' (Patio de Descabalgamieno). |
|
Court of the Main Canal (Patio de la Acequia) dihiasi pancuran air. |
|
Bergambar dulu dengan Court of the Main Canal (Patio de la Acequia), juga dipanggil ' North Pavilion' (Pabellón Norte) |
|
Pemandangan Court of the Main Canal (Patio de la Acequia) dari pintu masuk dengan disebelah kirinya galeri atau koridor bergerbang menyambung ke Court of the Sultana (Patio de la Sultana) |
|
Pemandangan Court of the Main Canal (Patio de la Acequia) dari Court of the Sultana (Patio de la Sultana) |
|
Ruang kamar dalam Court of the Sultana (Patio de la Sultana) yang mempunyai gerbang-gerbang bercirikan senibina Islam dan juga tampalan-tampalan hiasan dinding bermotifkan Islam dengan tulisan khat Arab. |
|
Ruang kamar dalam Court of the Sultana (Patio de la Sultana) yang mempunyai gerbang-gerbang bercirikan senibina Islam dan juga tampalan-tampalan hiasan dinding bermotifkan Islam dengan tulisan khat Arab. |
|
Ruang kamar dalam Court of the Sultana (Patio de la Sultana) yang mempunyai gerbang-gerbang bercirikan senibina Islam dan juga tampalan-tampalan hiasan dinding bermotifkan Islam dengan tulisan khat Arab. |
|
Ruang kamar dalam Court of the Sultana (Patio de la Sultana) yang mempunyai gerbang-gerbang bercirikan senibina Islam dan juga tampalan-tampalan hiasan dinding bermotifkan Islam dengan tulisan khat Arab. |
|
Ruang kamar dalam Court of the Sultana (Patio de la Sultana) yang mempunyai gerbang-gerbang bercirikan senibina Islam dan juga tampalan-tampalan hiasan dinding bermotifkan Islam dengan tulisan khat Arab. |
|
Gerbang-gerbang yang mempunyai bercirikan stakatit dibahagian bawah bersambung dengan tiang seri di Court of the Sultana (Patio de la Sultana) |
|
Kamar tinjau ('observation point of') Ismail I. |
|
Court of the Sultana's Cypress Tree, sebuah taman kecil tertutup dalam 'Palace North Pavilion'. Dihujung terdapat tangga menuju ke 'the Upper Gardens' |
|
Pemandangan Court of the Sultana's Cypress Tree menghala galeri Court of the Sultana. |
|
Pemandangan 'Court of the Main Canal' dari teres 'the Upper Gardens' |
|
Pemandangan Alhambra dari teres 'the Upper Gardens' |
|
Pemandangan Court of the Sultana (Patio de la Sultana) dari teres 'the Upper Gardens' |
|
Pemandangan Alhambra dari teres 'the Upper Gardens' |
|
Pemandangan Alhambra dari teres 'the Upper Gardens' sebelum keluar dari Istana Generalife. |
|
Laluan Paseo de Generalife 1B yang menarik di sebelah timur 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Laluan Paseo de Generalife 1B yang menarik di sebelah timur 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Pemandangan 'Generalife Auditorium Theatre' (Teatro-Auditorio del Generalife) dari laluan Paseo de Generalife 1B. |
|
Laluan Paseo de Generalife 1B yang menarik di sebelah timur 'the lower gardens of the Generalife' |
|
Bahagian belakang Generalife Auditorium Theatre' (Teatro-Auditorio del Generalife) dari laluan Paseo de Generalife 1B. |
Route berjalan kaki di Al-Hamra (laluan sebenar mengikut pemandu pelancong sedikit berbeza kerana batasan pada google map)
Seterusnya lawatan ke Alhambra pula. Alhambra adalah sebuah kota yang dikelilingi tembok mempunyai tiga seksyen utama, bermula dari hadapan, iaitu kubu pertahanan Alcazaba, Istana-Istana Nazari (Nasrid Palaces) dan Partal. Istana-Istana Nazari yang dianggap permata Alhambra mengandungi tiga buah istana utama dibina pada masa berlainan yang mengandungi berpuluh kamar dan ruang.
Kami memulakan lawatan melalui pintu belakang dari Calle Real de la Alhambra merentasi satu jambatan dengan gerbang yang bersambung dengan kawasan Medina dan Menara Air ('Water Tower' / "Torre del Aqua"). Dari Menara Air ini kita masih dapat melihat sistem hidraulik saliran air ('aqueduct') dinamakan Terusan Air Diraja ('King's Canal' / "Acequia Real") yang disalurkan ke kawasan istana-istana dan taman-taman juga binaan-binaan lain termasuk Generalife.
Sepanjang laluan Calle Real de la Alhambra, yang bersebelahan tembok bahagian selatan terdapat kesan-kesan runtuhan yang masih menjadi tapak kajian arkeologi dipercayai menjadi kawasan penempatan dan industri menempatkan kilang gelas, seramik, duit syiling dan lain-lain. Terdapat juga landskap pokok hiasan 'cypress' yang membentuk gerbang-gerbang di bahagian taman yang berhadapan dengan hotel Parador de Granada, dulunya dikenali sebagai 'Monastery of San Francisco" dibina kurun ke-16 diatas bekas satu istana kecil Muslim.
|
Calle Real de la Alhambra menuju ke Generalife dari Alhambra |
|
Kelihatan 'Tower of the Princesses' (Torre de las Infantas) dari Calle Real de la Alhambra menuju Alhambra |
|
Memasuki Alhambra dari Calle Real de la Alhambra berdekatan Menara Air ('Water Tower' / "Torre del Aqua") |
|
Kelihatan 'Tower of the Princesses' (Torre de las Infantas) dari jambatan Menara Air ('Water Tower' / "Torre del Aqua") |
|
Jambatan Menara Air ('Water Tower' / "Torre del Aqua") |
|
Terusan air dari bawah jambatan Menara Air ('Water Tower' / "Torre del Aqua") |
|
Terusan air dari bawah jambatan Menara Air ('Water Tower' / "Torre del Aqua") |
|
Menara Air ('Water Tower' / "Torre del Aqua") bersambung dengan Terusan Air Diraja ('King's Canal' / "Acequia Real") |
|
Menara Air ('Water Tower' / "Torre del Aqua") bersambung dengan Terusan Air Diraja ('King's Canal' / "Acequia Real"). Sistem saliran berasaskan hidraulik bermakna kawasan ini menjadi aras teringgi dalam Kota Alhambra. |
|
Kelihatan Hotel Parador de Granada dari Calle Real de la Alhambra |
|
Hotel Parador de Granada, dulunya dikenali sebagai 'Monastery of San Francisco" dibina kurun ke-16 diatas bekas satu istana kecil Muslim. |
|
Bahagian tembok dengan 'Seven-Storeyed Gate' ( Puerte de los Siete Suelos), menjadi salah pintu masuk ke Kota Alhambra |
|
Bahagian tembok dengan 'Seven-Storeyed Gate' ( Puerte de los Siete Suelos), menjadi salah pintu masuk ke Kota Alhambra |
Kota Alhambra dikelilingi oleh tembok yang melindungi bahagian dalamnya dari kemungkinan serangan. Terdapat empat pintu pagar utama pada tembok, dua di sebelah utara iaitu 'the Gate of Arms' dan 'the Gate of the Arrabal', manakala dua lagi di sebelah selatan iaitu 'the Gate of Justice' dan 'the Gate of the Seven Floors'. 'The Gate of the Seven Floors' (Puerte de los Siete Suelos) dibina pada kurun ke-15 tetapi telah dimusnahkan oleh tentera Napoleon pada tahun 1812. Ia dibina semula pada tahun 1970-an mengikut lukisan lama dan gambar photo.
|
Landskap pokok hiasan 'cypress' di Calle Real de la Alhambra yang membentuk gerbang-gerbang di bahagian taman yang berhadapan dengan hotel Parador de Granada |
Kemudian tiba di satu kawasan arkeologi dikenali sebagai Istana Abencerrages ('the Palace of Abencerrages' / Palacio de Abencerrajes", nama Sepanyol diberikan kepada Banu Sarray, keluarga bangsawan kerajaan Nasrid.
|
Istana Abencerrages ('the Palace of Abencerrages' / Palacio de Abencerrajes" |
Selepas melepasi tapak bekas Istana Abencerrages, Calle Real de la Alhambra membawa kami laluan antara 'The St Mary Church of the Alhambra' (Church of Santa Maria de la Alhambra) dengan bangunan lama yang dijadikan kedai-kedai. Laluan ini sebenarnya adalah laluan asal yang dipanggil Jalan DiRaja ('the Royal Road') sehingga ke Palace of Charles V (Palacio de Carlos V).
The St Mary Church of the Alhambra' (Church of Santa Maria de la Alhambra) telah dibina pada abad ke-17, di atas sebidang tanah di mana dulunya terdirinya Masjid Utama Alhambra sewaktu dibawah pemerintahan kerajaan Islam. Bersebelahan masjid masih terdapat sebahagian rumah asal yang masih kekal, didalamnya terdapat kamar mandi yang dipanggil Kamar Mandi Masjid ('the bath of the Mosque'). Rumah ini kini telah dijadikan sebagai Muzium Ángel Barrios. Sempena nama seorang komposer terkenal sekitar 1930-an yang lahir dan tinggal di situ.
|
Sebahagian Jalan DiRaja ('the Royal Road') dari The St Mary Church of the Alhambra' sehingga ke Palace of Charles V. |
|
The St Mary Church of the Alhambra' dibina atas bekas tapak Masjid Utama Alhambra |
|
Tingkap bangunan kedai kecil berhadapan dengan 'The St Mary Church of the Alhambra' masih kekal dengan senibina gerbang dan hiasan asal orang Arab Moor. |
Charles V, seorang raja juga Maharaja dipilih membuat keputusan untuk membina istananya di Alhambra pada tahun 1526. Tujuannya bukan untuk mewujudkan ibukota di Granada tetapi untuk membina satu lagi kediaman diraja, yang lebih penting kerana nilai simbolik dan lokasi dimana benteng Islam telah ditawan oleh datuk dan neneknya, Raja Katolik.
Pemilihan Alhambra sebagai tapak untuk mendirikan istana hanyalah sebagai manifestasi kejayaan Kristian keatas Islam. Walau bagaimanapun, Istana Charles V bercirikan gaya 'Roman' itu gagal disiapkan sepenuhnya termasuk bumbung dan hanya didiami setakat tahun 1637.
Ciri utama bangunan Istana ini adalah berbentuk empat segi dari luar tetapi mempunyai ruang dalam bahagian tengah dan dataran berbentuk bulatan penuh yang memberi kesan akustik hampir sempurna. Palace of Charles V (Palacio de Carlos V) kini dijadikan 'Museum of the Alhambra', 'Museum Fine Arts' dan Conference & Exhibition Hall'
|
'Palace of Charles V' (Palacio de Carlos V) dari Jalan DiRaja ('the Royal Road'). |
|
'Palace of Charles V' dari Jalan DiRaja ('the Royal Road'). Dibelakangnya 'The St Mary Church of the Alhambra' |
|
Para peserta berehat sekejap di hadapan Palace of Charles V (Palacio de Carlos V) sebelum melawat 'Nasrid Palaces' |
|
Salah satu pintu masuk ke 'Palace of Charles V' (Palacio de Carlos V) |
|
Melihat secara dekat bahan binaan 'Palace of Charles V' (Palacio de Carlos V) |
|
'Palace of Charles V' (Palacio de Carlos V) dilihat dari 'the Gate of Justice' (Puerta de la Justicia) |
|
Terdapat 4 laras meriam ditempatkan dipinggir tembok berhampiran 'the Gate of Justice' (Puerta de la Justicia) |
|
Meriam-meriam diletakkan dipinggir tembok berhampiran 'the Gate of Justice' berhadapan dengan Palace of Charles V. |
|
Meriam-meriam diletakkan dipinggir tembok berhampiran 'the Gate of Justice' (Puerta de la Justicia). Merianm-meriam ini asalnya ditempatkan dalam kubu meriam bersebelahan dengan 'the Gate of Justice'
|
|
Salah satu merian yang terbesar antara 4 meriam dipinggir tembok berdekatan dengan 'the Gate of Justice' |
|
Berhampiran tembok berdekatan dengan 'the Gate of Justice' (Puerta de la Justicia) |
|
Laluan masuk ke 'the Gate of Justice' (Puerta de la Justicia) |
|
Pemandangan dari 'The Gate of Justice' merupakan salah satu dari dua pintu masuk ke Kota Alhambra dari tembok selatan, merupakan pintu masuk terbesar dan paling menarik dibina pada tahun 1348.
|
|
Para peserta wanita bergambar dengan pemandu pelancong di hadapan 'Wine Gate' (Puerta del Vino) ''Wine Gate' menjadi pintu masuk utama ke 'Medina of the Alhambra' selepas kubu pertahanan Alcazaba.
|
|
Laluan ke Alcazaba melalui 'Wine Gate' (Puerta del Vino). Tidak berkesempatan meninjau Alcazaba. 'Wine Gate' merupakan salah satu struktur tertua di Alhambra, ia dibina pada zaman Sultan Muhammad III (1302-1309), walaupun hiasan kedua-dua bahagian dibuat dalam tempoh yang berbeza.
|
|
Menuju ke pintu utama 'Palace of Charles V'. Dihujungnya jalan terdapat pintu masuk ke Istana Nasrid melalui 'Court of Machuca' (Patio de Machuca) |
|
Memasuki 'Palace of Charles V' melalui pintu utama berhadapan Alcazaba |
|
Bahagian dalam 'Palace of Charles V' yang berbentuk bulatan |
|
Meninjau bahagian dalam 'Palace of Charles V' yang berbentuk bulatan penuh. |
Walaupun Alcazaba hanya berhadapan 'Palace of Charles V', tetapi kami tidak berkesempatan meninjau kubu pertahanan Alcazaba kerana kesuntukan masa. Alcazaba adalah kawasan kuarter tentera dan juga perumahan bagi pengawal-pengawal diraja yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Kota Alhambra.
Kami meneruskan lawatan dengan memasuki 'Nasrid Palaces' dimana terdapat tiga buah istana utama dibina pada masa berlainan iaitu Mexuar Palace, Comares Palace (Cuarto de Comares) dan Palace of the Lions (Cuarto de los Leones). Mexuar Palace dibina oleh Ismail (1314-1325) dan Muhammad V (1362-1391); Comares Palace dibina oleh Yusuf I (1333-1354) dan Muhammad V (1362-1391); Palace of the Lions dibina oleh Muhammad V (1362-1391).
Lawatan di 'Nasrid Palaces' bermula dengan memasuki 'The Court of Machuca', dikuti Mexuar Palace, Comares Palace (Cuarto de Comares), dan Palace of the Lions (Cuarto de los Leones)
'Mexuar Palace' adalah balai penghadapan, tempat khalifah atau sultan bertemu rakyat jelata manakala 'Comares Palace' (Cuarto de Comares) adalah kediaman rasmi khalifah atau sultan yang paling cantik dan paling mewah hiasannya. 'Palace of the Lions' (Cuarto de Los Leones) adalah kediaman keluarga diraja dengan lamannya terdapat 12 patung singa mengelilingi pancuran air. Sungguh teruja kami melihat seni bina setiap istana dengan ukiran halus dan cantik dilengkungan gerbang dengan tulisan khat Arab menghiasi dinding.
The Court of Machuca
'The Court of Machuca' menjadi tempat bekerja untuk arkitek yang membina Istana Charles V ('Palace of Charles V')
|
Pokok-pokok Cypress ditanam dalam bentuk gerbang dalam 'The Court of Machuca' |
|
Taman terdapat dalam 'The Court of Machuca'. Kelihatan "Tower of Homage' (Torre de Homenaje), Alcazaba |
Mexuar Palace (Mexuar, Oratory, dan Golden Room)
'Mexuar' dan 'Oratory' adalah bilik yang digunakan untuk pelbagai tujuan. Mexuar sebagai kaunsel untuk menteri-menteri bermesyuarat, manakala 'Oratory' untuk beribadah. 'The Golden Room' pula adalah bilik digunakan oleh pengawai-pengawai istana bagi menulis titah sultan dan menjalankan perintah-perintah sultan
Mexuar dibina oleh Raja Ismail (1314-1325), dan telah melalui banyak perubahan dan pengubahsuaian. Hiasan telah disesuaikan oleh Raja Yusuf I (1333-1354) dan kemudian oleh Raja Muhammad V semasa mandat yang kedua (1362-1391).
|
Pintu masuk ke Mexuar |
|
Pemandangan ruang utama dalam Mexuar |
|
Pemandangan ruang utama dalam Mexuar |
|
Tiang seri dengan ukiran dan gerbang bercorak stalaktit dengan tulisan khat Arab dalam Mexuar |
|
Tulisan khat Arab dan palang siling bercorak stalaktit dalam Mexuar |
|
Tiang seri dengan ukiran dan gerbang bercorak stalaktit dan tulisan khat Arab pada rasuk dalam Mexuar |
|
Tiang seri dengan ukiran dan gerbang bercorak stalaktit dan tulisan khat Arab pada rasuk dalam Mexuar |
|
Tulisan khat arab pada rasuk dalam Mexuar |
|
Ruang serambi bersebelahan ruang utama di Mexuar |
|
Ruang serambi bersebelahan ruang utama di Mexuar |
|
Hiasan pada dinding 'Oratory', bilik untuk beribadah bersebelahan Mexuar |
|
Bahagian bawah dihiasi dengan jubin manakala bahagian atas terdapat tulisan khat Arab dalam 'Oratory'. |
The Golden Room
'The Golden Room' mendapat namanya dari siling berukiran kayu yang indah merupakan hiasan asal dibuat ketika pemerintahan Muhammad V. Terletak disebelah kiri halaman utara bersambung dengan Mexuar Palace, dibelakang serambi mempunyai tiga gerbang melengkung. Bilik ini digunakan oleh pengawai-pengawai istana bagi menulis titah sultan dan menjalankan perintah-perintah sultan.
|
Serambi mempunyai tiga gerbang melengkung dihadapan pintu masuk ke The Golden Room dari Mexuar Palace |
|
Salah satu ruangan dalam The Golden Room dengan palang siling bercorak stalaktit dan siling berukirau yang menarik. |
|
Susunan jubin dan tulisan khat Arab menghiasi salah satu gerbang pintu di 'the Golden Room'. |
|
Salah satu siling berukiran kayu dihias dengan cantik dalam salah satu ruang di The Golden Room |
|
Siling dengan ukiran kayu dan palang siling dengan tulisan khat Arab dalam satu ruangan di dalam The Golden Room |
Comares Palace
Satu kompleks istana yang agak besar. Hanya bahagian-bahagian utama mengikut urutan tempat yang dilawati dipaparkan disini iaitu The Court of the Myrtles dan The Hall of Comares / Chamber of the Ambassadors / Throne Room
The Court of the Myrtles
Terdapat 'The Main Canal' dimana permukaan air bertindak sebagai cermin yang mencerminkan struktur bangunan. The Court of the Myrtles mengarmbil nama sempena dari pokok asal yang ditanam disisi memanjang terusan air.
|
Pemandangan The Court of the Myrtles dari halaman selatan. Dihujung kelihatan The Tower of Comares, dimana bahagian bawahnya terletak The Hall of Comares / Chamber of the Ambassadors / Throne Room
|
|
Lagi pemandangan The Court of the Myrtles dari halaman selatan. Dihujung kelihatan The Tower of Comares, dimana bahagian bawahnya terletak The Hall of Comares / Chamber of the Ambassadors / Throne Room
|
|
Lagi pemandangan The Court of the Myrtles dari halaman selatan. Dihujung kelihatan The Tower of Comares. Ketenangan air kolam memberi imej seperti bayangan cermin pada The Tower of Comares.
|
|
Pemandangan The Court of the Myrtles dari halaman utara. |
|
Pemandangan The Court of the Myrtles dari halaman utara |
|
Bergambar kenangan dengan pemandangan The Court of the Myrtles dari halaman utara |
The Tower of Comares dan The Hall of Comares / Chamber of the Ambassadors / Throne Room
The Hall of Comares, juga dikenali sebagai Chamber of the Ambassadors atau Throne Room adalah bilik terbesar dalam 'Comares Palace', diapit oleh sembilan bilik kecil, satu daripadanya dikhaskan untuk Sultan. Dewan utama ini terletak dalam The Tower of Comares yang setinggi 45 m merupakan struktur menara teringgi di Alhambra. Hiasan dindingnya bermotifkan bunga dan daun disulami dengan tulisan khat Arab dari kalimah-kalimah suci antaranya bermaksud Yang Maha Mulia, Yang Maha Suci, Keabadian, dan Kekuasaan hanya kepunyaan Allah.
|
Hiasan pada bilik kecil dikedua belah penjuru serambi dengan tujuh gerbang melengkung sebelum memasuki The Hall of Comares / Chamber of the Ambassador
|
|
Hiasan ukiran kayu pada daun pntu gerbang masuk ke The Hall of Comares / Chamber of the Ambassador |
|
Bahagian ruangan utama The Hall of Comares / Chamber of the Ambassadors dimana dindingnya dihias sepenuhnya. |
|
Hiasan dinding bahagian atas dengan barisan tingkat atas sebelum siling di ruangan uatama The Hall of Comares / Chamber of the Ambassadors |
|
Siling diruangan uatama The Hall of Comares / Chamber of the Ambassadors |
|
Hiasan dinding bahagian bawah dengan tampalan bermotif bunga dan tulisan khat Arab diruangan uatama The Hall of Comares
|
|
Tulisan khat Arab pada dinding dengan susunan kepingan jubin yang menarik dibahagian bawah di ruangan uatama The Hall of Comares.
|
Palace of the Lions
Antara tempat-tempat dilawati dalam Palace of the Lions ialah The Hall of the Muqarnas, The Hall of the Abencerrages, The Court of the Lions, The Hall of the Two Sisters, The Court of the Vestibule or Observation Point of Daraxa, dan Court of the Lindaraja.
The Hall of the Muqarnas
Salah satu bilik di Palace of the Lions digunakan sebagai dewan atau vestibule kerana kedudukan berhampiran dengan pintu masuk utama Istana. Akses kepada bilik ini melalui tiga gerbang stalaktit, dihias dengan cantik, yang juga untuk membenarkan pencahayaan dan pengudaraan bilik, serta menyediakan pemandangan indah halaman.
|
Salah satu gerbang masuk ke 'The Hall of the Muqarnas' dihiasi dengan corak stalaktit dan tulisan khat Arab |
|
Salah satu gerbang masuk ke 'The Hall of the Muqarnas' dihiasi dengan corak stalaktit dan tulisan khat Arab |
|
Bahagian siling The Hall of the Muqarnas |
The Hall of the Abencerrages
Satu dewan yang menakjubkan dimana bahagian kubah silingnya dihiasi dengan stalaktit berbentuk bintang lapan mata adalah elemen hiasan yang paling luar biasa. Dewan ini mendapat namanya dari satu kisah lagenda pada abad ke-16 di mana ahli keluarga pembesar dari Arika Utara telah dijemput untuk jamuan disini dan kemudiannya dibunuh beramai-ramai.
|
Gerbang pintu masuk utama dari bahagian dalam The Hall of the Abencerrages |
|
Hiasan pada dinding ruang utama dalam The Hall of the Abencerrages |
|
Bahagian kubah 'The Hall of the Abencerrages' terdapat hiasan stalaktit berbentuk bintang lapan mata |
|
Bahagian lantai terdapat kolam kecil dengan pancuran air ditengah-tengah The Hall of the Abencerrages |
|
Hiasan pada dinding dengan jubin pada kamar kecil dalam The Hall of the Abencerrages |
|
Gerbang kamar kecil dalam The Hall of the Abencerrages |
The Court of the Lions (Fountain dan Water Jet)
The Palace of the Lions adalah kemuncak seni bina Alhambra. Fountain of the Lions mewakili konsep teknikal keseluruhan di belakang penciptaan Alhambra. Mata air yang terkenal ini melambangkan kekayaan hiasan dan menggambarkan kerumitan sistem hidraulik yang beroperasi di laman ini.
|
Bahagian serambi luar anjung timur The Court of the Lions Fountain (terlindung oleh kerja-kerja pemulihan)
|
|
Bahagian serambi luar anjung timur The Court of the Lions Fountain (terlindung oleh kerja-kerja pemulihan)
|
|
Gerbang masuk ke bahagian anjung timur The Court of the Lions Fountain bersetentangan 'The Hall of the Muqarnas
|
|
Bahagian utama anjung timur The Court of the Lions Fountain dengan bahagian siling kubahnya dihiasi corak stalaktit. |
|
The Court of the Lions – Fountain – Water Jet |
|
The Court of the Lions – Fountain – Water Jet |
The Hall of the Two Sisters
Ruang utama kedua di 'Palace of the Lions' yang mana mempunyai syiling dengan kubah berstalaktit dengan motif pusat bintang. Nama dewan ini berasal dari dua marmar 'flagstones' besar dengan mata air kecil di antaranya yang mengalir disepanjang alur ke 'The Court of the Lion's.
|
Salah satu pintu masuk kecil di The Hall of the Two Sisters untuk ke bahagian bilik-bilik atas. |
|
Gerbang dari dalam selepas pintu masuk utama ke The Hall of the Two Sisters |
|
Gerbang dari dalam selepas pintu masuk utama ke The Hall of the Two Sisters |
|
Gerbang dari dalam selepas pintu masuk utama ke The Hall of the Two Sisters |
|
Bahagian penjuru dinding The Hall of the Two Sisters |
|
Bahagian penjuru dinding The Hall of the Two Sisters |
|
Bahagian siling The Hall of the Two Sisters mempunyai kubah berstalaktit dengan motif pusat bintang dan sekelilingnya terdapat ukiran hiasan sempena menghargai Pythagoras, satu teorem amat terkenal.
|
The Court of the Vestibule / Observation Point of Daraxa / The Lindaraja Balcony dan Court of the Lindaraja
Observation Point of Daraxa atau The Lindaraja Balcony bersambung dengan The Hall of the Two Sisters. Hiasan jubin halus dan gaya seni bina Nasrid menjadikan 'Observation Point of Daraxa' salah satu yang paling cantik antara istana-istana Alhambra. Balkoni yang terletak di belakang gerbang stalaktit mempunyai rekabentuk dan hiasan yang amat menarik. Nama dalam bahasa Sepanyol itu diambil dari bahasa Arab 'Ayn Dar Aisa' yang bermaksud 'mata rumah Aisa'. Ia menjadi menara yang menghadap pinggir bandar dengan taman dibahagian bawahnya dikenali sebagai Court of the Lindaraja.
|
Gerbang berstalaktit dan hiasan menarik di dalam The Court of the Vestibule atau Observation Point of Daraxa |
|
Bahagian dinding atas dan syiling dalam The Court of the Vestibule atau Observation Point of Daraxa |
|
Bahagian balkoni dengan susunan jubin menarik di bahagian bawah dan hiasan menarik di atas gerbang di The Court of the Vestibule atau Observation Point of Daraxa. Kelihatan di luarnya Court of the Lindaraja
|
|
Pemandangan Court of the Lindaraja dari balkoni Observation Point of Daraxa. |
|
Pemandangan daerah Albaicin dan Sacromonte dari anjung atau koridor yang menyambungkan The Hall of the Two Sisters dengan The Queen's Dressing Room'
|
|
Pemandangan panorama daerah Albaicin dan Sacromonte dari anjung atau koridor yang menyambungkan The Hall of the Two Sisters dengan dengan The Queen's Dressing Room.
|
|
Pemandangan daerah Albaicin dan Sacromonte dari anjung atau koridor yang menyambungkan The Hall of the Two Sisters dengan dengan The Queen's Dressing Room.
|
|
Pemandangan daerah Sacromonte dari anjung atau koridor yang menyambungkan The Hall of the Two Sisters dengan dengan The Queen's Dressing Room.
|
|
Pemandangan daerah Sacromonte dari anjung atau koridor yang menyambungkan The Hall of the Two Sisters dengan dengan The Queen's Dressing Room yang kelihatan sebelah kanan.
|
|
Pemandangan Court of the Lindaraja |
|
Kelihatan Partal Palace dapat dilihat dari Court of the Lindaraja. |
|
Kelihatan Partal Palace dapat dilihat dari Court of the Lindaraja. |
|
Court of the Lindaraja |
|
Keluar dari Court of the Lindaraja ke kawasan berhadapan dengan Partal Palace atau Court of the Fig Tree |
Partal
Kawasan ini mengandungi 'the Partal Palace', 'the Partal Gardens', 'the Rauda (makam)', 'the Palace of Yusuf III.
|
Laluan dari Court of the Lindaraja ke kawasan berhadapan dengan Partal Palace atau Court of the Fig Tree |
|
Laluan dari Court of the Lindaraja ke kawasan berhadapan dengan Partal Palace atau Court of the Fig Tree |
|
Pokok pisang kaki berbuah lebat dikawasan berhadapan dengan Partal Palace |
|
Kelihatan St Mary Church of the Alhambra dari Partal esplanade |
|
Para peserta bergambar kenangan di Partal esplanade |
|
Para peserta bergambar kenangan dengan pemandu pelancong di Partal esplanade |
|
Pemandangan the Partal Palace dari Palace of Yusuf III. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad III (1302-1309)
|
|
Pemandangan Partal Palace dari Palace of Yusuf III |
The Promenade of the Towers
Beberapa menara boleh ditemui di sepanjang laluan dari Taman Partal ke Upper Alhambra
dan Generalife iaitu The Tower of the Pointed Embattlements, The Captive’s Tower, The Infants’ Tower dan The Water Tower
'Embattled Tower' (Torre de los Picos)
|
Melalui taman berhampiran 'Embattled Tower' (Torre de los Picos). Kelihatan Generalife dari sini. |
|
Melalui taman berhampiran 'Embattled Tower' (Torre de los Picos) |
|
Melalui taman berhampiran 'Embattled Tower' (Torre de los Picos). Lagi pokok pisang kaki berbuah lebat. |
|
Melalui taman berhampiran 'Embattled Tower' (Torre de los Picos). Kelihatan keseluruhan Generalife dari sini. |
|
Melihat pemandangan Generalife dari taman berhampiran 'Embattled Tower' (Torre de los Picos) |
|
Lagi pemandangan Generalife dari taman berhampiran 'Embattled Tower' (Torre de los Picos) |
|
laluan bersebelahan 'Embattled Tower' (Torre de los Picos) |
'Tower of the Captive' (Torre de la Cautive)
|
laluan bersebelahan 'Tower of the Captive' (Torre de la Cautive) |
Tower of the Princesses (Torre de las Infantas)
|
laluan bersebelahan Tower of the Princesses (Torre de las Infantas) |
|
Pemandangan Generalife dari Tower of the Princesses (Torre de las Infantas) |
|
Pemandangan Generalife dari Tower of the Princesses (Torre de las Infantas) |
|
Pemandangan Generalife dari Tower of the Princesses (Torre de las Infantas) |
Menara Air ('Water Tower' / "Torre del Aqua")
|
Pemandangan Generalife dari Menara Air ('Water Tower' / "Torre del Aqua") |
|
Pavilion Alhambra |
Kami hanya menikmati kehebatan Alhambra dan Generalife selama 2 jam bermula pukul 2:00 petang dan berakhir pukul 4:00 petang. Sekurang-kurang 3 jam diperlukan untuk melihat hampir keseluruhan kompleks Kota Alhambra termasuk Alcazaba. Maklumat lanjut berkenaan Alhambra dan Generalife termasuk peta panduan pelawat seperti dibawah boleh diidapati
dipautan ini.
|
Peta lawatan untuk pengunjung-pengunjung Alhambra dan Generalife |
Selepas lawatan di Alhambra, kami sepatutnya ke 'Saint Nicholas Observation Point' (El-Mirador de San Nicolas), Albaicin, iaitu tempat yang paling menarik untuk bergambar dengan pemandangan penuh Alhambra dari jauh, tetapi gagal kerana bas tidak dapat memasuki kawasan tersebut.
Sebaliknya kami ke 'Saint Cristobal Observation Point' (Mirador de San Cristobal), Albaicin dimana dapat melihat hubungan antara Alhambra dengan persekitaran pinggir bandar mengelilinginya dan juga dengan bandar Granada. Dari pemandangan Saint Cristobal Observation Point', walaupun agak terlindung oleh tembok kota Saint Nicholas, kita masih dapat melihat sebahagian Alhambra terutamanya 'Watch-Tower' (Torre de la Vela) di Alcazaba.
Selepas bergambar kenangan di 'Saint Nicholas Observation Point', kembali ke hotel dimana bas melalui Plaza de Toros de Granada.
|
Saint Cristobal Observation Point di Albaicin |
|
Pemandangan sebahagian Alhambra dari Saint Cristobal Observation Point |
|
Bergambar kenangan di Saint Cristobal Observation Point dengan latarbelakang sebahagian Alhambra |
|
Para peserta bergambar kenangan di Saint Cristobal Observation Point |
|
Para peserta bergambar kenangan di Saint Cristobal Observation Point |
|
Para peserta bergambar kenangan di Saint Cristobal Observation Point |
|
Para peserta bergambar kenangan di Saint Cristobal Observation Point |
|
Para peserta bergambar kenangan di Saint Cristobal Observation Point |
|
Pemandangan panorama dari Saint Cristobal Observation Point |
|
Tembok kota San Nicholas dari Saint Cristobal Observation Point |
|
Pemandangan sebahagian Alhambra dari Saint Cristobal Observation Point |
|
Pemandangan bandar Granada dari Saint Cristobal Observation Point |
|
Pemandangan bandar Granada dari Saint Cristobal Observation Point |
|
Plaza de Toros de Granada |
|
Plaza de Toros de Granada |
Route dilalui bas ke Mirador de San Cristobal dan pulang ke hotel (laluan khas untuk bas mungkin sedikit berbeza).
Pada sebelah malamnya, saya berjalan disekitar hotel, hujan rintik-rintik sekali sekala lebat, banyak kedai yang tutup awal sebab malam ini malam minggu. Hajat hendak ke kedai motor 'Martimoto Ronda' yang terletak di Camino de Ronda, kira-kira 3 minit berjalan kaki, tetapi hampa kedai sudah tutup. Hanya dapat menjenguk dari luar. Kedai ini lebih besar dari kedai semalam, lebih banyak barangan dari 'performance part' sehingga 'riding gears' pelbagai jenama termasuk Rainers (produk buatan Spain, yang menaja 'riding boot' untuk pelumba Moto2 Malaysia Hafiz Syahrin), juga terdapat pusat services dan juga menjual motorsikal. Tidak berapa jauh dari 'Martimoto Ronda', kira-kira 3 minit berjalan kearah selatan terdapat Moto Sport Granada yang menjadi dealer Kawasaki, Aprilia dan Derby. Ke arah utara dari Martimoto Ronda' pula terdapat kedai Vespacito, No Me Corras, Calle Buenos Aires yang menjual pelbagai motorsikal berkuasa tinggi terutamanya BMW.
|
Bilik tidur di Hotel Corona Granada seolah-olah tidur di 'The Court of the Myrtles', Comares Palace. |
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 28 Disember 2016
Like This Blog:
Follow@Twitter:
⇦
Kembali ke Pendahuluan ⟺
Bersambung hari ke-5⇨
No comments:
Post a Comment