Monday 21 January 2019

Prosedur kemasukan rakyat Malaysia Ke Thailand dengan menggunakan kenderaan persendirian

PROSEDUR KEMASUKAN RAKYAT MALAYSIA KE THAILAND DENGAN MEMBAWA KENDERAAN PERSENDIRIAN KE THAILAND

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Prosedur kemasukan rakyat Malaysia ke Thailand
Untuk rujukan maklumat prosedur kemasukan rakyat Malaysia ke Thailand dengan menggunakan kenderaan persendirian ada dikongsikan dalam entri Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 01: Kuala Lumpur - Surat Thani (sila klik) dan Ride Ke Koh Samui 2018 Hari01 KL-Nakhon Si Thammarat Bhg1 Kuala Lumpur - Dannok (sila klik)

Saya kompilasikan semula menjadi satu entri untuk rujukan.

Sumber: Konsular Jeneral Malaysia Songkhla



Langkah-langkah perlu dilakukan sebelum ke pusat ICQ Thailand (melalui Sadao) jika anda hendak membawa motor ke Thailand.

1. Membawa geran asal atau salinan geran dimana mestilah diatas nama pemegang passport (rider). Sekiranya ianya bukan diatas nama rider atau atas nama syarikat, surat kuasa membawa motor tersebut hendaklah dibuat /disertakan. (boleh google untuk mendapatkan contoh surat)

2. Motorsikal perlu ada insuran sepanjang tempoh berada di Thailand, sekurang-kurang insuran untuk tuntutan pihak ketiga dan lebih baik insuran penuh. Menggunakan agen untuk urusan membeli insuran dibandar-bandar terdekat dengan sempadan adalah lebih senang. Semasa membuat insuran ini, sila serahkan geran motor dan passport anda kepada agen.

3. Agen akan uruskan sekali kad putih imigresen (TM6 Departure/Arrival Card) dan borang TM2 Information Conveyance dan TM3 Passenger List yang mengandungi pembonceng (jika turut serta) sebanyak 2 salinan bagi urusan imigresen Thailand nanti

Imigresen dan Kastam (ICQ) Bukit Kayu Hitam
Hanya perlu menyerahkan passport kepada imigresen Malaysia di laluan motorsikal tanpa perlu turun dari motor.

Imigresen dan Kastam (ICQ) Sadao
Langkah-langkah perlu dilakukan semasa di ICQ Thailand (melalui Sadao):
1. Sebaik sampai di ICQ sebelah Thailand, parkir motor ditempat yang disediakan atau diarahkan oleh pihak keselamatan Thailand. Rider atau pemegang geran termasuk pembonceng harus selesaikan urusan passport terlebih dahulu di kaunter imigresen termasuk menyerahkan borang TM3.

2. Pastikan borang TM3 tersebut distamp masuk, begitu juga kad putih ('TM6 Departure/Arrival Card' atau 'Disembarkation Form') dan passport rider dan pembonceng. Satu salinan  TM3 diambil oleh imigresen dan satu lagi haruslah disimpan untuk diserahkan kembali kepada imigresen Thailand semasa keluar dari Thailand nanti.

3. Setelah itu pemegang geran motor dikehendaki ke kaunter Kastam pula. Disitu, serahkan passport dan geran motor serta borang TM2 Information Conveyance & TM3 Passenger List kepada pegawai yg bertugas. Anda akan diberikan permit import sementara atau borang pengistiharan kastam. Sekali lagi, bayaran harus diberikan sebanyak RM5. Bagi yang pertama kali bawa motor masuk Thailand, proses agak lambat sedikit kerana banyak butiran perlu dimasukkan dalam komputer. Kalau pernah masuk Thailand sebelum ini, proses lagi cepat kerana maklumat motor sudah ada dalam pengkalan data kastam. Permit import sementara atau borang pengistiharan kastam ini hendaklah disimpan dengan baik dan jangan hilang semasa berada di Thailand. Borang ini dikehendaki serah balik semasa kembali ke Malaysia. JIKA ANDA TIDAK KEMBALIKAN BORANG KASTAM DALAM MASA YANG DITENTUKAN, ANDA PERLU BAYAR DENDA UNTUK SETIAP HARI LEWAT SEBANYAK 1,000 BATH DAN TIDAK MELEBIHI 10,000 BATH

Sumber: Konsular Jeneral Malaysia Songkhla
Sumber: Konsular Jeneral Malaysia Songkhla

Sumber: Konsular Jeneral Malaysia Songkhla

Panduan Membeli Insuran Kenderaan ke Thailand
Renteten dari kekerapan isu kemalangan melibatkan penunggang-penungang Malaysia di Thailand, sedikit catatan mengenai insuran yang dikutip dari pelbagai sumber untuk rujukan. Untuk masuk ke negara Thailand, selalunya kita akan membeli insurans wajid untuk pihak ketiga (third party insurance) atau "Por Ror Bor" bagi tempoh sembilan hari (RM15- RM17), dua minggu ataupun sebulan.Walaubagaimanapun, apa yang perlu anda tahu adalah, sekiranya berlaku apa-apa kejadian, insurans ini tidak akan memberi pampasan sepenuhnya dan mempunyai had perlindungan. Nilai perlindungan yang diberi adalah hanya THB 80,000. Jika insiden atau apa-apa kejadian berlaku, kita harus menyelesaikan atau membayar jumlah yang selebihnya atau ditahan sehingga kes tersebut selesai. Menurut undang-undang Thailand, pihak ketiga atau pihak yang dilanggar layak menuntut pampasan kerosakan kenderaan dan kos bilangan hari tanpa kenderaan. Maksudnya, kenderaan rosak dihantar ke bengkel, pemilik tiada kenderaan untuk buat kerja, orang yang melanggar kena bayar kos menyewa kenderaan, bagi orang yang kena langgar untuk menjalani aktiviti sehariannya.


Jenis Insuran
1.  COMPULSORY MOTOR INSURANCE. Insuran wajib untuk perlindungan dari liabiliti pihak ke tiga atau PA. Insuran ini membiayai kos rawatan perubatan hospital. Tuntutan maksimum adalah THB80,000. "Insurans Wajib Thai" yang dibeli melindungi diri (kematian atau kecederaan) di kedua-dua belah pihak apabila berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan anda, tetapi tidak melindungi harta benda yang rosak di kedua-dua pihak.

Namun, walau polisi menyatakan memberi perlindungan sehingga 80,000 Baht, tetapi kebanyakkan kes jika berlaku :-
a) Kecederaan – Perlindungan tidak lebih daripada 30,000 Baht setiap seorang
b) Kecederaan Kekal – 35,000 Baht setiap seorang
c) Melibatkan kecederaan dan kecederaan kekal maksimum 65,000 Baht
d) Kos perubatan dan seterusnya Meninggal Dunia – maksimum 65,000 Baht


Contoh insuran wajid bagi motor untuk 9 hari berharga RM17

Limit of Covered tertera dalam polisi, tapi dalam bahasa Thailand.








Insuran motor wajid ini boleh dibeli dari agen-agen insuran berdekatan sempadan seperti di BHP R&R Gurun, Changloon dan Border Dannok.

2. VOLUNTARY MOTOR INSURANCE  (PROPERTY DAMAGE)
Insuran tambahan secara sukarela untuk membiayai kos kerosakan kenderaan sendiri dan kenderaan yang terlibat. Sila pastikan pembiayaan yang adil bagi kenderaan sendiri dan juga kenderaan yang terlibat. Dapatkan penerangan yang lengkap dan anda faham tentang hak anda. Rujuk agen yang menjual.

Sebagai contoh, polisi insuran ditawarkan oleh Asia Insurance - Asia 3 Motorcycles  (Klik pautan untuk ke laman sesawang bagi maklumat lanjut)
b. Asia 3+ coverage (3rd party Liability) pada harga THB1700-2000*.
Death (Kematian  - 300,000 baht per person (motorsikal)
Compensation excess of maximum limit - 10,000,000 per accident
Property Damages - 600,000 baht per accident (motorsikal)
Lost of life permanent disability Driver and passenger - 50,000 baht per person (motorsikal)
Medical expenses (driver + passenger) - 50,000 baht per person (motorsikal)
Bail bond (jaminan polis) - 100,000 baht per accident (motorsikal)
Kerosakan kenderaan sendiri - 10,000 baht (motorsikal)
* Rawatan perubatan - 50,000 baht per person

Untuk Insurance Voluntary (Property Damage) ada ditawarkan oleh agen-agen insuran di sebelah Malaysia. Silakan dapatkan penerangan yang lengkap dan anda faham tentang hak anda. Seeloknya membuat sedikit rujukan kepada rakan-rakan bikers yang berpengalaman untuk mendapatkan agen-agen yang sah di Malaysia serta sedia memberi bantuan ketika berada di Thailand.

3. ENDORSEMENT 101
Sebagai perlindungan tambahan, sebelum masuk ke Thailand, sila hubungi agen insuran kenderaan anda, untuk tambahan polisi perlindungan (Endorsement 101) bagi kegunaan di Thailand dan sekiranya ingin membuat tuntutan di Malaysia. Nilai perlindungan yang diberi adalah terhad kepada RM100,000.

Contoh: Berdasarkan nota polisi insuran Tokio Marine
[Endorsement 101: Extension of Cover to the Kingdom of Thailand
In consideration of the additional premium that You paid Us for this endorsement, We agree that the insurance provided under Section A and Section B1a(ii) of this Policy shall cover Your Motorcycle while it is being used in the Kingdom of Thailand from the time of purchase on [state date] to midnight (Malaysian Standard Time) on [state date]. The limit of liability that We provide under Section B1a(ii) will be up to a maximum of RM100,000 only.

This endorsement does not cover legal liability under Section B1a(i) while Your Motorcycle is being used in the Kingdom of Thailand.

1a: What is Covered?
We will indemnify You and/or Your Authorised Rider for the amount which You and/or Your Authorised Rider are legally liable to pay any third party (including third party’s costs and expenses) for:
(i) death or bodily injury to any person except those specifically excluded under this Policy; and/or
(ii) damage to property except those specifically excluded under this Policy ]

as a result of an Incident arising out of the use of Your Motorcycle on a Road. This cover is extended to Your Authorised Rider provided Your Authorised Rider also complies with all the terms and conditions of this Policy.

Endorsement 101: Extension of Cover to the Kingdom of Thailand


Jika terlibat dalam kemalangan, ini adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
1. Jangan melarikan diri
2. Ambil sebanyak mungkin gambar kemalangan, lokasi, kenderaan dan sebagainya berkaitan kemalangan itu
3. Telefon polis di talian 191
4. Telefon talian kecemasan insurans - 1186 (Ini untuk unsurans “first party” dan mereka akan menyambungkan anda kepada seseorang untuk membantu dan tidak sah untuk mereka yang cuma mengambil insurans pihak ketiga sahaja)
5. Sediakan borang insurans dan pasport serta lesen memandu
6. Pergi buat laporan polis
[Sumber: Facebook Cikgu Joe Satun]

Bagaimanapun mengikuti langkah diatas, masalah utama adalah komunikasi iaitu isu bahasa. Langkah lain seperti berikut:
1. Hubungi Tourism Police 1155 (guna simkad Thai saja). Mereka boleh berbahasa Inggeris
2. Minta Tourism Police hubungi Tourist Assistant. Mereka boleh menjadi pemudah bicara.
3. Minta bantuan Tourist Assistant hubungi agen Insuran.
4. Berbincang dengan mereka untuk memudahkan proses undang undang.
5. Hubungi kedutaan/konsulat Malaysia
6. Buat laporan polis dengan bantuan touris assistant dan kedutaan/konsulat Malaysia.
[Sumber: Facebook Cikgu Joe Satun]

PANDANGAN SEORANG PEGUAM MENGENAI KEMELUT PELANCONG MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI APABILA BERLAKUNYA KEMALANGAN DI THAILAND
Pautan lengkap di:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1973974925964080&id=100000547758521

Panduan Membeli Insuran Perlindungi Diri atau TRAVEL INSURANCE ke Thailand
Kebiasaanya apabila pergi melancong ke luar negara seeloknya membeli 'travel insurance' sebagai perlindungan tambahan. Kebanyakan 'travel insurance' ditawarkan kepada pelancong yang menggunakan pengangkutan udara (kapal terbang) dan melarang aktiviti merbahaya termasuk menunggang motosikal. Jadi perlu pastikan insuran yang hendak dibeli memberi perlindungan jika melalui jalan darat menggunakan motorsikal sendiri atau disewa di tempat dilawati. Jadi pastikan polisi insuran dibeli dapat membiayai kos perubatan jika terlibat dalam kemalangan semasa menunggang motorsikal.

Antara syarat-syarat polisi yang perlu diteliti.
1. Proses tuntutan tidak memerlukan tiket kapal terbang sebagai bukti. Sesetengah insuran hanya memerlukan bukti kemasukan dari pengesahan imigresen di passport.
2. Anda dibenarkan membuat tuntutan perubatan bagi diri sendiri jika terlibat kemalangan ketika menunggang motorsikal, selalunya dalam 'general exclusions clause' -  e.g. Motorcycling (unless licensed in the country where the Accident took place and whilst wearing a helmet) / (Bermotosikal - kecuali dilesenkan di negara tempat Kemalangan berlaku dan memakai topi keledar).

Untuk dilindungi oleh pihak insuran apabila menunggang motosikal, anda mesti mengambil semua langkah berjaga-jaga dan keselamatan yang biasa termasuk:
(a) Dibenarkan menunggang secara sah dalam negara sendiri (e.g. Malaysia) dan juga untuk negara dilawati (e.g Thailand). Lesen memandu Malaysia boleh digunakan atau diterima di Thailand.
(b) Mematuhi peraturan jalan tempatan; dan
(c) Memakai topi keledar jika dikehendaki undang-undang.
Antara travel insurance mempunyai polisi diatas sebagai contoh: World Nomads (Standard Plan & Explorer Plan)Etiqa World Traveller Care Takaful (klik untuk pautan ke laman sesawang untuk maklumat lanjut)


Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Thailand Dannok, Sadao (Kompleks Baru)
Bagi yang berkereta sendiri sudah boleh terus ke laluan imigresen tanpa perlu turun dari kereta. Manakala yang bermotorsikal dan pelancong menggunaakan kenderaan awan boleh berurusan di kaunter imigresen di dalam bangunan yang berhawa dingin. Tiada lagi pungutan bayaran RM2 dikenakan pada masa waktu pejabat (9am - 6pm) seperti diwar-warkan dalam surat khabar. Tetapi masih dikenakan bayaran bagi urusan diluar waktu pejabat. Mengikut waktu Thailand, pintu sempadan Dannok Sadao dibuka dari pukul 5:00 pagi hingga 12:00 tengah malam. Bagi yang hendak membawa masuk kenderaan ke Thailand perlu berurusan dari luar bangunan dengan kaunter kastam yang terletak dihujung bangunan untuk membuat pengisytiharan kastam. Kaunter 1 untuk menyerahkan dan mengesahkan dokumen kenderaan. Kaunter 2 untuk pengeluaran borang pengisytiharan kastam.

Sumber Foto: The Star
Silakan pastikan passport, TM6 (arrival dan departure), dan TM2 & TM3 (inbound dan outbound) semuanya di stamp oleh pihak imigresen Thailand. Boleh berada di Thailand untuk 30 hari.


Simplified Customs Declaration Form. Sumber Foto: Rider Chris
Sila lihat tarikh tamat tempoh. Permit diberikan untuk tempoh 30 hari. Peringatan denda bagi kelewatan memulangkan

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment