Sunday 24 September 2017

Klawang Sunday Ride (24/09/2017)

KLAWANG SUNDAY RIDE (24/09/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Cuaca pun nampak baik hari ini.



Tuesday 19 September 2017

BlackBerry DTEK60 Android OS

BLACKBERRY DTEK60 ANDROID OS

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Saya menggunakan BlackBerry (BB) bermula dengan model BB Bold  (BB OS) dilancar pada tahun 2010 diikuti dengan BB 9720  (BB OS), seterusnya BB Q10 ( BB10 OS) pada dilancar pada 2013. Dengan perkembangan platform Android OS semakin popular, Blackberry mula mengeluarkan telefon beroperasi Android OS dengan pengenalan model BlackBerry Priv (Android OS versi BB) pada September 2015 dengan peningkatan tahap keselamatan dari BB. Seterusnya diikuti model DTEK50 (July 26, 2016), DTEK60 (Oktober 25, 2016) dan KEYone yang terbaru (August 1,2017).
BlackBerry DTEK60

Sunday 17 September 2017

Ride ke Tempat Otai Karkun Senawang (17/09/2017)

RIDE KE TEMPAT OTAI KARKUN SENAWANG (17/09/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride santai hujung minggu bersarapan mee bandung di sebuah warung yang popular di Taman Cempaka, Senawang, Seremban atau lebih dikenali sebagai warung Tempat Otai Karkun dalam Google map. Warung ini tidak mempunyai nama tetapi lebih dikenali sebagai Tempat Otai Karkun, yang mana menjadi tempat karkun-karkun Senawang dan Ampangan bersarapan pagi. Karkun? mungkin ada yang tidak pernah dengar istilah tersebut. Karkun adalah istilah lain bagi ahli tabligh atau jemaah dakwah. Apakah menu sarapan yang popular di warung Tempat Otai Karkun.  Kebanyakkan yang datang hendak pekena mee bandung muar dan mee jawa. Menu lain ada juga seperti nasi lemak, nasi goreng dan mee goreng.


Friday 15 September 2017

Kad Memori MicroSD Untuk Kamera Gopro dan Telefon Pintar

KAD MEMORI MICROSD  UNTUK  KAMERA GOPRO DAN TELEFON PINTAR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Pencarian dan pembelian untuk meningkatkan lagi keupayaan simpanan kad memori kamera gopro hero dan juga telefon pintar. Lebih besar memori lebih banyak video dan gambar dapat dirakam terutama semasa aktiviti ride. Kad memori 'extra' untuk rakaman video semasa perjalanan jarak jauh dan juga sebagai kad gantian atau sokongan jika perlu. Harga bergantung kepada jenama/pengeluar, kapasiti memori dan prestasi (kelas multimedia dan kepantasan perpindahan fail).

Sunday 10 September 2017

San Marino MotoGP 2017: Tahniah Buat P3 Hafizh Syahrin #55 Dan P9 Khairul Idham Pawi #89 Dalam Moto2

SAN MARINO MOTOGP 2017: TAHNIAH BUAT P3 HAFIZH SYAHRIN DAN P9 KHAIRUL IDHAM PAWI #89 DALAM MOTO2 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Hujung minggu menonton MotoGP San Marino bagi kategori Moto2 agak mendebarkan melihat aksi dua pelumba Malaysia iaitu Hafizh Syahrin Abdullah berjaya menaiki podium tempat ke-3 dan Khairul Idham Pawi menamatkan perlumbaan tempat ke-9. Perlumbaan berlangsung dalam keadaan litar basah yang sudah pasti menjadi kegemaran yang juga mempunyai skill kemahiran tunggangan dalam hujan yang baik bagi kedua-dua pelumba. Amat teruja melihat Hafizh memotong setiap perlumba satu demi satu dan juga suatu ketika Hafizh mencatatkan masa terpantas perlumbaan ketika merapati kelompok pelumba di hadapan. Menamatkan perlumbaan dengan berada di podium walaupun tempat ke-3 adalah yang terbaik dalam sejarah perlumbaan Moto2 untuk pelumba Malaysia, membuatkan rakyat Malaysia rasa amat berbangga. Tahniah buat Hafizh Syahrin. Kami berbangga dengan anda.


Klawang Sunday Ride 10/09/2017

KLAWANG SUNDAY RIDE (10/09/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) secara solo lagi. Itu pun keluar dari rumah sudah pukul 10:45 AM. Plan asal hendak ride dengan beberapa rider lagi, tapi pagi minggu ini, sekitar Kajang - Semenyih hujan pula. Jadi ramai yang sudah membatalkan hasrat untuk ride pagi ini. Setelah kelihatan cuaca semakin baik, mentari pun sudah memancar, jadi meneruskan acara ride pagi ahad ini secara solo.