Sunday 10 September 2017

Klawang Sunday Ride 10/09/2017

KLAWANG SUNDAY RIDE (10/09/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) secara solo lagi. Itu pun keluar dari rumah sudah pukul 10:45 AM. Plan asal hendak ride dengan beberapa rider lagi, tapi pagi minggu ini, sekitar Kajang - Semenyih hujan pula. Jadi ramai yang sudah membatalkan hasrat untuk ride pagi ini. Setelah kelihatan cuaca semakin baik, mentari pun sudah memancar, jadi meneruskan acara ride pagi ahad ini secara solo.



Stage 1
Permulaan Stage 1, tiba-tiba cuaca berubah macam hendak hujan dengan titisan air mula kelihatan di visor helmet ketika melayan Stage 1 secara santai.
[Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada). Akan dimuatnaik kemudian]
Titisan hujan di visor, baru mula hendak layan selekoh-selekoh Stage 1


Stage 2
Kelihatan titisan hujan mula menjadi rintik-rintik di permulaan stage 2. Kelihatan ada seorang biker yang sedang mengangkat motornya terbalik. jatuh boduoh atau tumpang ketika berhenti hendak memberi tahu rakan rider yang beliau akan berpatah balik. Berhenti sekejap membantu mengangkat motornya sebelum meneruskan perjalanan. Jalan agak lembap sedikit di setengah-setengah tempat sehingga tiba di Genting Peras
[Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada). Akan dimuatnaik kemudian]

Oppsss ada motor terbalik. 




 Berhenti tolong angkat. Tumbang masa berhenti. Pernah mengalami situasi ini beberapa kali. 


Genting Peras (hala Kuala Kelawang)
Tiada grup motor yang kelihatan, jadi meneruskan perjalanan.

Stage 3
Cuaca baik, tidak hujan dan jalan kering di Stage 1. Ride santai melayan liku-liku Stage 3.
[Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada). Akan dimuatnaik kemudian]

Jalan runtuh selepas 'tight blind corner' permulaan Stage 3. Ramai rider 'overshoot' kat sini. Hati-hati


Klawang Pit Stop
Semasa tiba, kelihatan satu grup biker dengan 5 motor  masih berada di Klawang Pit Stop.

12:30 PM Klawang Pit Stop

Stage 3 Return
[Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada). Akan dimuatnaik kemudian]
Dalam 1:15 PM mula bergerak balik. Cuaca baik. Hanya berselisih dengan penunggang basikal sahaja.

Selekoh dengan tebing jalan runtuh sebelum tiba di Genting Peras


Genting Peras (hala Hulu Langat)
Cuma ada kelibat sebiji moto di Genting Peras semasa lalu.

Genting Peras


Stage 2 Return
Ride santai di Stage 2. Jalan agak lenggang. Berselisih dengan satu grup biker dengan 4 motor.
[Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada). Akan dimuatnaik kemudian]

Kelompok 4 biker di Stage 2

Stage 1 Return
Ride santai di Stage 1. Jalan agak lenggang.
[Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada). Akan dimuatnaik kemudian]

Route hari ini macam biasa:


Elevation (Round Trip)

Alhamdulillah selamat sampai rumah. Terima kasih semua.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment