Nota Kembara Hari ke-4 (Rabu 26/10/16):
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, kira-kira 270 km jarak perjalanan hari ke-4 telah disempurnakan dari Pengkalan Kubur-Tumpat-Kota Bharu, seterusnya menyusuri jalan pantai melalui Pengkalan Chepa-Sabak-Bachok-Tok Bali-Kuala Besut-Penarik-Merang-Batu Rakit-Teluk Ketapang, dan berakhir di Tanjung Vista Hotel Kuala Terengganu
 |
| Masjid Muhammadi |
Selamat Pagi KayBee, Alhamdulillah cuaca cerah pagi ini. Bro Ard pagi-pagi lagi sudah turun memastikan "Power Ranger" dan "kuda-kuda besi" di parkir hadapan Khalifa Suites semua berada dalam keadaaan baik. Masjid Muhammadi hanya terletak di seberang jalan, jadi boleh dengar tazkirah dan kuliah secara langsung dari bilik.
Nota Kembara Hari ke-3 (Selasa 25/10/16):
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, kira-kira 476 km jarak perjalanan hari ke-3 telah disempurnakan dari Kuala Perlis menyusuri Tasik Pedu-Tasik Muda-Tasik Beris, 'leferan' sepanjang Kupang-Gerik, merentasi Tasik Temenggor, Pulau Banding dan Banjaran Titiwangsa, berakhir di Khalifa Suite Kota Bharu.
Selamat Pagi Kuala Perlis! Waktu sekarang 7:15 pagi, kelihatan langit cerah selepas hujan sebelum subuh tadi. Kelihatan Medan Ikan Bakar Kuala Perlis tempat makan semalam dari bilik hotel.