29/01/2016
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selepas menghadiri satu jemputan majlis perkahwinan di Rembau, langsung terlajak ke Pantai Klebang dan Pantai Pengkalan Balak terletak di pesisir negeri Melaka.
Sempena cuti Tahun Baru Cina, jalan agak sesak apabila tiba di Cheng sebelum memasuki persimpangan ke Pantai Klebang melalui Jalan Pulau Gadong. Dalam pukul 4:30 petang, tiba di jalan Pantai Klebang, Dataran 1Malaysia, Melaka yang juga sesak dengan kenderaan dan memenuhi parkir-parkir di kiri kanan jalan. Jadi terus keluar dari jalan pantai sebelum Bustel Klebang memasuki kawasan lapang berhampiran pantai dan terus parkir di situ. Pantai Klebang agak sinonim dengan Bustel (bas yang ditukar menjadi hotel), Klebang Original Coconut Shake, dan Muzium Kapal Selam. Hasrat nak bersiar-siar dengan membuat buat satu pusingan dulu serta singgah di tempat-tempat tersebut terbantut disebabkan kesesakan lalu lintas.
Sepanjang pesisiran pantai kelihatan ramai orang yang bersantai dan juga berkelah bersama keluarga. Oleh kerana pesisir pantai Klebang terletak dalam lagun, sebelah petangnya air surut dengan dasarnya yang agak cetek pula, sudah pasti ramai pengunjung yang mandi-manda terutamanya kanak-kanak. Ada dua aktiviti yang menarik perhatian saya iaitu aktiviti mencari atau mengutip kepah dan juga mengopek teritik oleh pengunjung-pengunjung pantai ini. Jom tengok...
![]() |
| Pantai Klebang, Dataran 1Malaysia, Melaka |
