Showing posts with label JomRide MotoGarage Kawasaki. Show all posts
Showing posts with label JomRide MotoGarage Kawasaki. Show all posts

Wednesday, 5 July 2017

Aksesori untuk Kawasaki Versys 650

AKSESORI UNTUK KAWASAKI VERSYS 650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Kompilasi antara barangan aksesori bagi Kawasaki Versys yang boleh didapati dari penjual-penjual dalam talian di LAZADA Malaysia. Pautan ke barangan yang pernah dibeli dan pengalaman penggunaan dalam entri berasingan disertakan untuk rujukan.

Wednesday, 14 June 2017

2010 2011 Kawasaki Versys 650 Service Repair Factory Manual (English)

2010 2011 KAWASAKI VERSYS 650 SERVICE REPAIR FACTORY MANUAL (ENGLISH)

Model Name: VERSYS 650
Model Code: KLE650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

'2010 2011 Kawasaki Versys 650 Service Repair Factory Manual' adalah versi elektronik bagi panduan penyelenggaraan asal. Perbandingan versi elektronik dengan versi kertas, terdapat satu kelebihan iaitu boleh memaparkan dengan lebih jelas pada komputer skrin dan juga boleh disimpan dalam telefon pintar untuk rujukan bila-bila masa diperlukan terutama ketika trip perjalanan jauh merentasi sempadan.


Tuesday, 13 June 2017

2010 2012 Kawasaki Versys 650 Owners Manual (English)

2010 2012 KAWASAKI VERSYS 650 OWNERS MANUAL (ENGLISH)

Model Name: VERSYS 650
Model Code: KLE650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Ada masanya kita perlu merujuk kepada owner's manual apabila berhadapan masalah tidak diduga ketika dalam perjalanan jauh terutama merentasi sempadan. Kalau ada versi e-dokumen boleh disimpan dalam telefon pintar untuk rujukan bila-bila masa diperlukan.



Sunday, 11 June 2017

Ganti Suis Lampu Brek Depan (Brake Light Switch) Kawasaki Versys 650

GANTI SUIS LAMPU BREK DEPAN (BRAKE LIGHT SWITCH) KAWASAKI VERSYS 650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Rentetan dari lampu belakang Versys tidak menyala disedari di Genting Higlands selepas melayan jalan lama Batang Kali - Genting Highlands sebaik sahaja selesai proram Imarah Ramadhan Grup Bikers bersama Madrasatul Quran Wasunnah (MQS). Pemeriksaan menunjukkan terdapat kerosakan berpunca dari kegagalan Suis Lampu Brek Depan terletak di tuil brek pada  sebelah kanan 'handle bar' telah gagal berfungsi dengan sempurna. Jadi terpaksa diganti dengan yang baru.


Monday, 5 June 2017

Pengadang Tangan (Hand Guard) Untuk Versys 650

PENGADANG TANGAN (HAND GUARD) UNTUK VERSYS 650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Pengadang tangan ('hand guard') yang bersesuai pada dasarnya bukan sahaja melindungi 'handlebar' motor, tetapi juga memberi ciri-ciri keselamatan tambahan pada tangan penunggang/rider. Kawasaki Versys 650 merupakan jentera jalanan-kembara ('street-adventure') dengan 'handle bar' merupakan bahagian motor yang paling lebar, menunggang dalam lalu lintas sentiasa sesak terutama diwaktu puncak dibandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, terutamanya melalui antara deretan kereta, MPV, SUV, pick-up, van, lori kecil, lori tanah mahupun treller, benar-benar mencabar dengan risiko bahaya yang tidak diduga terutama melibatkan cermin sisi kenderaan tersebut dimana posisi kedudukan yang berbeza-beza serta pelbagai saiz.

Kawasaki Handguard Kit untuk Versys 650