Sunday 11 June 2017

Ganti Suis Lampu Brek Depan (Brake Light Switch) Kawasaki Versys 650

GANTI SUIS LAMPU BREK DEPAN (BRAKE LIGHT SWITCH) KAWASAKI VERSYS 650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Rentetan dari lampu belakang Versys tidak menyala disedari di Genting Higlands selepas melayan jalan lama Batang Kali - Genting Highlands sebaik sahaja selesai proram Imarah Ramadhan Grup Bikers bersama Madrasatul Quran Wasunnah (MQS). Pemeriksaan menunjukkan terdapat kerosakan berpunca dari kegagalan Suis Lampu Brek Depan terletak di tuil brek pada  sebelah kanan 'handle bar' telah gagal berfungsi dengan sempurna. Jadi terpaksa diganti dengan yang baru.



Panduan pemeriksaan Suis Lampu Brek seperti disarankan dalam 'service manual':

Brake Light Switch Operation Inspection
• Turn on the ignition switch.
• The brake light [A] should go on when the brake lever is applied or after the brake pedal is depressed about 10 mm (0.39 in.).

Pemeriksaan Pengoperasian Suis Lampu Brek
• Hidupkan suis motor.
• Lampu brek [A] akan hidup apabila tuil brek ditarik atau selepas pedal brek ditekan sekitar 10
mm (0.39 in.).

If it does not, adjust the brake light switch.
• Disconnect the connector [A].
• Turn the brake light switch to adjust the switch.
• Connect the connector.

Jika tidak, laraskan suis lampu brek.
• Putuskan sambungan penyambung [A].
• Hidupkan suis lampu brek untuk menyesuaikan suis.
• Sambungkan penyambung.



If it does not go on, inspect or replace the following items.
Battery (see Charging Condition Inspection in the Electrical System chapter)
Brake Light (see Tail/Brake Light Removal in the Electrical System chapter)
Main Fuse 30 A and Taillight Fuse 10 A (see Fuse Inspection in the Electrical System chapter)
Front Brake Light Switch [A] (see Switch Inspection in the Electrical System chapter)
Rear Brake Light Switch (see Switch Inspection in the Electrical System chapter)
Harness (see Wiring Inspection in the Electrical System chapter)

Sekiranya ia tidak hidup, periksa atau ganti barang-barang berikut.
Bateri (rujuk Pemeriksaan Keadaan Pengecasan dalam bab Sistem Elektrik)
Lampu brek (rujuk Menanggalkan Lampu Belakang / Brek dalam bab Sistem Elektrik)
Fius Utama 30 A dan Fius Taillight 10 A (rujuk Pemeriksaan Fius dalam bab Sistem Elektrik)
Suis Lampu Brek Depan [A] (rujuk Pemeriksaan Suis dalam bab Sistem Elektrik)
Suis Lampu Brek Belakang (rujuk Pemeriksaan Suis dalam bab Sistem Elektrik)
'Harness' (rujuk Pemeriksaan Pendawaian dalam bab Sistem Elektrik)

Hasil Pemeriksaan:
Lampu brek tidak hidup atau berkelip sekejap-kejap apabila tuil brek ditarik dan diuji berkali-kali.
Lampu brek hidup apabila pedal brek ditekan. Punca masalah akibat kecacatan atau kerosakan pada Suis Lampu Brek Depan.

Cuba dapatkan alatan ganti asal Suis Lampu Brek Depan, tetapi tiada dalam simpanan stok Kawasaki Service Centre terdekat. Suis ini jarang rosak, mungkin sudah sampai hayat asyik main brek masuk KL. Jadi saya dapatkan di bengkel servis kapcai dimana bentuknya dan berfungsi sama sahaja tetapi pada harga lebih murah, pada harga RM ?. Alhamdulillah, selepas diganti, selesai masalah lampu brek belakang tidak hidup.


Suis Lampu Brek Depan

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment