Tarikh: Sabtu, 10 Jun 2017 bersamaan15 Ramadhan 1438H
Lokasi: Madrasatul Quran Wasunnah, (MQS)
Lot 2359, Jalan Lama Genting, 44300 Batang Kali, Selangor
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Mengambil barakah di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, satu program Imarah Ramadhan Grup Bikers bersama Madrasatul Quran Wasunnah (MQS) telah diadakan pada Sabtu, 10 Jun 2017 bersamaan 15 Ramadhan 1438H yang terletak di Lot 2359, Jalan Lama Genting, Batang Kali, Selangor. Dalam program ini, telah berlangsung majlis iftar para bikers bersama para pengajar dan pelajar Tahfiz, dan juga kutipan sumbangan infaq untuk MQS.
Program imarah Ramadhan oleh grup bikers (dari Kuala Lumpur dan Selangor) bersama MQS ini merupakan acara tahunan yang kedua dianjurkan di bawah kemuafakatan para bikers, di bawah pelarasan oleh saudara Raji dan Sharifudin aka Din Kato. Alhamdulillah, diberi ruang untuk sama-sama menyertai usaha murni para sahabat bikers dalam program imarah Ramadhan pada tahun ini.
Aturacara Majlis Iftar dan Infaq bersama Madrasatul Quran Wasunnah (MQS) seperti di bawah:
05.00 PM - Berkumpul di depan PETRONAS Station, Jln Sungai Tua, Selayang.
05.15 PM - Tayar Golek-lead by Din kato & Mantech
05.45 PM - Tiba di MQS
06.00 PM - Persembahan dari Pelajar2 Tahfiz.
06.15 PM - Ucapan Aluan dari Pengetua MQS - (Penubuhan, Misi/Visi MQS).
06.45 PM - Ucapan dari wakil Bikers Kuala Lumpur - (Serta kutipan sumbangan Infaq dijalankan)
07.00 PM - Bacaan Doa Selamat dan Tahlil ringkas oleh Ustaz dari MQS.
07.23 PM - AZAN MAGHRIB DAN IFTAR
- Solat Maghrib Berjemaah
- Sambung nikmati juadah Iftar
- Penyerahan sumbangan Infaq/Zakat yang terkumpul kepada wakil MQS.
08.38 PM - AZAN ISYAK
- Solat Isyak dan Terawikh berjemaah
10.15 PM - Majlis Selesai
10.30 PM - Cadangan TTS di Restoran Mamak Al Esfan@Genting Permai (Bagi yang ingin turut serta)
Stesen Minyak PETRONAS, Jln Sungai Tua, Selayang.
Pada yang biasa melefer Ulu Yam-Awana terutama hujung minggu, sudah pasti tempat ini sudah tidak asing lagi sebagai RV point untuk grup bikers. Saya tiba bersama saudara Din Kato ketika grup bikers diketuai oleh saudara Raji sudah bersiap untuk bergerak. Grup bikers diketuai oleh saudara Raji bergerak dahulu. Sementara itu, Din Kato dan saya menunggu jika ada lagi bikers yang masih dalam perjalanan ke sini termasuk Man Tech. Setelah Man Tech tiba, kami bertiga bergerak ke Ulu Yam untuk menuju ke MQS. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang perjalanan dikepalai oleh Din Kato. Sempat lagi Din Kato melayan korner-korner di sepanjang perjalanan sampai Man Tech kata nak ikut dari belakang pun ke depan juga.
![]() |
Stesen Minyak PETRONAS, Jln Sungai Tua, Selayang. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Info route dari Stesen Minyak PETRONAS, Jln Sungai Tua ke MQS |
Ketibaan di MQS
Alhamdulillah, selamat tiba di MQS dalam pukul 6:00 PM. Selain grup bikers, terdapat juga tetamu lain yang hadir bersama-sama dengan berkereta termasuk biker dan ahli-ahli keluarga bikers yang menyertai program Imarah Ramadhan ini. Ada lagi yang baru tiba kemudiannya samada bermotor atau berkereta.
![]() |
Anak-anak Tahfiz menunggu ketibaan peserta program. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Anak-anak Tahfiz menunggu ketibaan peserta program. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Alhamdulillah selamat tiba di MQS |
![]() |
Ada yang datang dengan motor dan juga berkereta |
Program bermula dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara hafazan oleh pelajar-pelajar Tahfiz MQS yang kebanyakkan masih di awal belasan tahun.
![]() |
Bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar Tahfiz secara hafazan |
Perkongsian oleh Tuan Mudir MQS, Ustaz Zainal menyentuh latar belakang penubuhan, misi dan visi MQS.
![]() |
Ustaz Zainal berkongsi pengalaman dalam penubuhan MQS |
![]() |
Ustaz Zainal turut berkongsi aspirasi, misi, dan visi MQS |
![]() |
Ustaz Zainal turut memberi tazkirah ringkas |
![]() |
Pengetua KRS, Othman A Mutalib aka Man Tech bersama Sharifuddin aka Din Kato dan para peserta lain |
![]() |
Dari kiri, Othman Ali dan anaknya, Fauzy, Man Tech, Raji dan Zambri. Kredit Foto: Din Kato |
![]() |
Saudara Raji, orang kuat untuk program Imarah Ramadhan kali ini. Kredit Foto: Din Kato |
Menurut Ustaz Zainal, MQS didirikan di atas sebidang tanah wakaf seluas 2 hektar disumbangkan oleh seorang wanita (mak cik) terletak Lot 2359, Jalan Lama Genting. Ketika itu kawasan ini merupakan hutan belantara. Mungkin ada kalangan sahabat bikers kita yang terperasan, pernah mengutip serpihan motor, mungkin juga tidak perasan ketika mula melefer selekoh-sekolah bersebelahan MQS ini apabila memasuki jalan Batang Kali-Genting ini. Kerja-kerja menyediakan keperluan asas termasuk jalan masuk bermula pada 1 Ramadhan 2011 dilakukan secara gotong royang oleh tenaga pengajar awal MQS. Kini terdapat seramai lebih kurang 80 orang pelajar tahfiz termasuk pengajar mendiami dan belajar disini. Di kalangan pelajar-pelajar Tahfiz, terdapat juga anak-anak yatim.
Peta lokasi MQS (3°26'43.4"N+101°41'13.2"E@3.4416423,101.6604906)
![]() |
Papan tanda MQS dan jalan susur masuk yang kini sudah bertar. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Papan tanda MQS yang tertera nama Ustaz Zainal selaku Mudir MQS. Kredit Foto: Raji |
BZH5007 : MADRASATUL QURAN WASUNNAH
Kod Sekolah Jakim : BZH5007
Kod Sekolah Negeri : BZH5007
Nama Sekolah : MADRASATUL QURAN WASUNNAH
Alamat : LOT 2359, JALAN LAMA GENTING, BATANG KALI
Poskod : 44300
Negeri : SELANGOR
Daerah : HULU SELANGOR
Tarikh Ditubuhkan : 2012-07-12
Nama Pengetua : ZAILAN BIN ZAITON
No. Telefon : 019-9113896
Alamat emel : MQURANWASUNNAH@GMAIL.COM
No. Akaun : 8600723705
Nama Bank : CIMB ISLAMIK BANK
Agensi Bertanggungjawab : Jabatan Agama Islam Negeri
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA ( REN & MEN )
Sesi : Sepenuh Masa
Kemudahan Asrama : Ya
Gender Pelajar : Lelaki & Perempuan
Kurikulum : Swasta / Tahfiz
Status Pendaftaran Negeri : BERDAFTAR
![]() |
Raji bersama Mudir MQS, Ustaz Zainal (bersama anak) dan tenaga pengajar lain ketika meninjau MQS. Kredit Foto: Raji |
Sekembali dari Pakistan, beliau kembali menyambung pengajian di Kelantan dimana Tuan Gurunya telah menawarkan bantuan untuk beliau menubuhkan madrasah tanpa dikenakan yuran. Pembelajaran pengajian agama secara percuma yang menjadi tekad, matlamat dan misi beliau seperti mana dilakukan oleh pusat pengajian agama di Pakistan. Walaupun berbekalkan wang saku RM50, beliau tekad menubuhkan MQS di atas tanah yang diwakafkan ini.
Setelah kemudahan asas madrasah ini disediakan, cabaran seterusnya mendapatkan pelajar. Oleh kerana madrasah ini agak daif dan terletak dalam hutan, ramai ibu bapa kurang berkeyakinan untuk menghantar anak-anak mereka di sini walaupun dimaklumkan madrasah tidak mengenakan sebarang yuran. Alhamdulillah, MQS dapat juga mengadakan kem hafazan pertamanya tanpa yuran dengan 14 orang pelajar sebagai permulaan. Seterusnya menjadi titik tolak sebagai visi MQS untuk menjadi sebuah madrasah pengajian agama dan pusat Tahfiz tanpa dikenakan yuran.
Menyentuh tentang infaq yang diterima dari grup bikers pada tahun lepas berjumlah lebih kurang RM25,000 telah digunakan untuk asas pembinaan masjid yang masih lagi dalam proses pembinaan bersebelahan madrasah.
![]() |
Masjid dalam pembinaan bersebelahan madrasah. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Antara struktur bangunan awal madrasal siap di bina di MQS |
![]() |
Kediaman yang masih dalam pembinaan |
![]() |
Masjid masih dalam pembinaan hasil sumbangan penderma-penderma. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Masjid masih dalam pembinaan masih memerlukan sumbangan. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Anak-anak Tahfiz turut membantu di waktu kelapangan. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Saudara Raji bersama Ustaz Zainal dengan Pak Cik Idrus yang banyak menguruskan sumbangan untuk MQS turut hadir pada majlis hari ini. Gambar dirakam beberapa hari sebelum majlis. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Sebahagian dari dalam madrasah menjadi tempat penginapan dan pembelajaran anak-anak Tahfiz. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Sebahagian dari madrasah menjadi tempat penginapan dan pembelajaran anak-anak Tahfiz. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Ruangan ini menjadi tempat para peserta program bersolat jemaah dan berterawih semasa majlis iftar. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Bahagian dapur dengan anak Tahfiz turut membantu menyediakan hidangan untuk rakan-rakan yang lain. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Penghujung kawasan terdapat bangsal bagi ternakan kambing dalam membantu sumber ekonomi MQS. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Anak-anak Tahfiz turut membantu ternakan kambing diwaktu lapang. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Anak-anak Tahfiz turut membantu ternakan kambing ketika kelapangan. Kredit Foto: Raji |
Ucapan ringkas oleh saudara Zambri Embong selaku wakil grup Bikers Kuala Lumpur dan Selangor. Beliau melahirkan kekaguman terhadapa anak-anak Tahfiz MQS dalam hafazan. Tabung infaq diedarkan untuk kutipan sumbangan dari peserta program dan juga tetamu-tetamu atau penderma-penderma yang hadir. Kepada sahabat-sahabat yang ingin memberi infak dan sumbangan derma bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Tuan Mudir MQS, Ustaz Zainal (019-9113896).
![]() |
Saudara Zambri memberi ucapan selaku wakil grup bikers |
![]() |
Tahlil ringkas dipimpin oleh Ustaz MQS |
![]() |
Sebahagian tenaga pengajar MQS |
![]() |
Sekitar majlis |
![]() |
Sekitar majlis |
![]() |
Sekitar majlis |
![]() |
Bacaan doa selamat oleh Ustaz MQS |
Beberapa hari sebelumnya, ada sahabat biker telah menginfaq kemudahan khemah, kerusi, meja dan sistem PA untuk program hari ini. Bagi majlis iftar hari ini, setiap biker atau peserta pula menaja RM30 bagi seorang anak Tahfiz.
![]() |
Pelajar-pelajar Tahfiz membantu kerja-kerja pemasangan khemah untuk program Imarah Ramadhan. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Pelajar-pelajar Tahfiz membantu kerja-kerja pemasangan khemah untuk program Imarah Ramadhan. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Pelajar-pelajar Tahfiz membantu kerja-kerja pemasangan khemah untuk program Imarah Ramadhan. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Pelajar-pelajar Tahfiz membantu kerja-kerja pemasangan khemah untuk program Imarah Ramadhan. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Tiga buah khemah didirikan bagi program Imarah Ramadhan Grup Bikers 2017. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Penyedia yang juga menaja khemah, meja, kerusi dan PA sistem. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Pelajar-pelajar Tahfiz membantu membersihkan ruangan untuk majlis iftar. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Pelajar-pelajar Tahfiz turut membantu di dapur untuk memasak juadah majlis iftar. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Bacaan doa selamat dan berbuka puasa oleh Ustaz MQS. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Menu kambing mandy dan mangga harum manis. Kredit Foto: Raji |
![]() |
Bersama-sama sahabat bikers menanti masuknya waktu berbuka puasa. Kredit Foto: Raji |
![]() |
kembali menyambung nikmati juadah Iftar yang disediakan selepas solat Maghrib |
![]() |
kembali menyambung nikmati juadah Iftar yang disediakan selepas solat Maghrib |
![]() |
Anak-anak Tahfiz menikmati juadah berbuka puasa secara berjemaah |
![]() |
Alhamdulillah menikmati juadah berbuka puasa dengan menu yang istimewa. Terbaik dari Din Kato dan Man Tech |
![]() |
Selesai menikmati rezeki berbuka puasa. Kelihatan Othman Ali dan Zikri. Kredit Foto: Raji |
Sesi penyerahan infaq kepada MQS dilakukan sebelum menunaikan solat Isyak dan Terawih. Pihak pengelola memaklumkan jumlah kutipan infaq melebihi RM129,000. Alhamdulillah, bukan jumlah yang hendak dibanggakan, tetapi sumbangan ikhlas tidak kira berapa nilai sekali pun sebagai infaq untuk pembangunan MQS semoga menjadi saham untuk akhirat dan mendapat ganjaran disisi Allah SWT. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA.
![]() |
Man Tech selaku pengetua KRS, mewakili grup bikers menyampaikan sumbangan infaq kepada Mudir MQS, Ustaz Zainal |
![]() |
Raji, Din Kato dan Man Tech mewakili grup bikers bersama Mudir MQS, Ustaz Zainal. Kredit Foto: Raji |
TTS di Restoran Mamak Al Esfan@Genting Permai
Kalau sudah laluan ke Genting, tidak lengkap tanpa TTS di puncaknya. Lagi pun untuk para bikers, Man Tech bilang laluan sehala, kalau dah bikers tak kan patah balik kalau dah ikut sini. Grup biker pertama kebanyakan rider Team Kawasaki Z1000SX mula bergerak dahulu. Grup kedua, saya berempat dengan Din Kato, Othman Ali di kepalai oleh Man Tech. Grup biker ke tiga menyusur kemudian mengikuti rombongan Raji termasuk yang berkereta. Keseluruhan, secara anggaran melebihi 20 buah motor yang hadir dan kebanyakkannya menuju ke Genting selepas majlis.
Melayan kona-koni (korner) Jalan Lama Genting waktu malam dengan lampu F1 menyala dari siang tadi sejak bertolak dari rumah. Harap-harap lepas la naik Genting. Nasib baik GTR Man Tech ada spotlight kasi tunjuk jalan, kat belakang pula Othman Ali mengekori dengan GS baru dua minggu keluar kedai. Ketika sampai di puncak, Din Kato memaklumkan lampu belakang Versys saya tidak menyala, mungkin sebab tu lampu F1 tak padam-padam. Masa layan tadi saya kurang pasang lampu 'high beam', ikut saja Man Tech kat depan tu, nak-nak masa lalu jajaran baru turap tanpa garis putih dan lampu pantulan. Alhamdulillah sampai di Goh Tong Jaya, Genting tanpa masalah.
![]() |
Team Kawasaki Z1000SX semasa TTS di Restoran Mamak Al Esfan@Genting Permai |
![]() |
Sekitar TTS di Restoran Mamak Al Esfan@Genting Permai |
![]() |
Sekitar hadapan Restoran Mamak Al Esfan@Genting Permai |
![]() |
Sekitar TTS di Restoran Al Esfan@Genting Permai. Kredit foto: Din Kato |
![]() |
Sekitar TTS di Restoran Al Esfan@Genting Permai. Kredit foto: Din Kato |
![]() |
Sekitar TTS di Restoran Al Esfan@Genting Permai. Kredit foto: Din Kato |
![]() |
Sekitar TTS di Restoran Al Esfan@Genting Permai. Kredit foto: Din Kato |
Alhamdulillah selamat sampai rumah.
Keseluruhan route hari ini:
Wassalam,
Fauzy
Terbaik boh...
ReplyDeleteTerima Kasih sudi singgah A.Z.R
Delete