Showing posts with label JomExplore Perak. Show all posts
Showing posts with label JomExplore Perak. Show all posts

Sunday, 19 March 2017

Wilride ke Pulau Sembilan (Blue Tears Island) Bagan Datoh Hari02

WILRIDE KE PULAU SEMBILAN (BLUE TEARS ISLAND) BAGAN DATOH, PERAK

18th - 19th March 2017 (2 hari satu malam)

Sambungan dari Hari 01

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

HARI 02 (19/03/2017): 

Pulau Sembilan (@Pulau Lalang)
 Pukul 5:00 pagi, hujan lebat melanda Pulau Sembilan. Hendak tarik selimut tiada pula. Cuma risau kalau terdapat limpahan air dari tebing bukit meresap masuk ke kawasan perkhemahan, namun tiada apa-apa berlaku tetapi tidak tahu pula kepada khemah yang lain. Ada juga terdengar khemah peserta yang dimasuki air, mungkin dari limpahan takungan kanopi. Oleh kerana sudah terjaga, maka tidur-tidur ayam dulu. Pukul 6:30 pagi, sudah bangun dan terus pergi mandi dekat bilik mandi sementara sebelah tapak perkhemahan.

 Selamat pagi Pulau Sembilan! Matahari terbit dari arah Bagan Datoh sekitar 7:22 pagi, tetapi sayang tidak dapat melihat kemunculannya kerana keadaan awan yang agak mendung disebelah ufuk timur di waktu pagi. Bersiar-siar di pantai di waktu pagi dan duduk bersantai menikmati suasana pagi tatkala sang suria mula kelihatan. Apa topik perbualan yang menarik pagi-pagi ini? Bak kata si Michael " Malam tadi macam kat Stesen Keretapi" ha ha ha merujuk kepada dengkuran penghun-penghuni khemah semalam. Tengah musim cuti sekolah, khemah agak padat atau bersebelahan satu sama lain. Lagi pun terdapat pengunjung lain juga berkongsi tapak perkhemahan. Mungkin kurang 'privasi' sikit, tetapi itulah kenangan bila berkhemah secara kumpulan. Sebelum ke sarapan, berkemas siap-siap, jadi bawa beg sekali ke tempat sarapan.

7:24 Pagi: Good Morning Pulau Sembilan

Wilride ke Pulau Sembilan (Blue Tears Island) Bagan Datoh Hari01


WILRIDE KE PULAU SEMBILAN (BLUE TEARS ISLAND), BAGAN DATOH, PERAK

18th - 19th March 2017 (2 hari satu malam)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Ini pertama kali saya mengikuti ride bersama Wilhin sejak membeli jentera Versys 650 daripada Wilhin Motor pada tahun 2011. Hinggalah sekarang masih berulang-alik ke Wilhin untuk khidmat servis jentera Versys dan memperbaharui insuran. Setiap kali bertemu Michael akan sentiasa mengajak atau menghantar mesej persendirian (maklumlah Gen 'oldskool' tiada FB) kepada saya untuk mengikuti ride yang dianjurkan oleh Wilhin. Setelah lebih 5 tahun, akhirnya saya berkesempatan mengikuti acara ride bersama Wilhin ke Pulau Sembilan, Bagan Datoh di Perak, pada 18hb Mac 2017. Terima kasih kepada Michael@Mike yang sentiasa berhubung dengan saya.