WILRIDE KE PULAU SEMBILAN (BLUE TEARS ISLAND), BAGAN DATOH, PERAK
18th - 19th March 2017 (2 hari satu malam)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ini pertama kali saya mengikuti ride bersama Wilhin sejak membeli jentera Versys 650 daripada Wilhin Motor pada tahun 2011. Hinggalah sekarang masih berulang-alik ke Wilhin untuk khidmat servis jentera Versys dan memperbaharui insuran. Setiap kali bertemu Michael akan sentiasa mengajak atau menghantar mesej persendirian (maklumlah Gen 'oldskool' tiada FB) kepada saya untuk mengikuti ride yang dianjurkan oleh Wilhin. Setelah lebih 5 tahun, akhirnya saya berkesempatan mengikuti
acara ride bersama Wilhin ke Pulau Sembilan, Bagan Datoh di Perak, pada 18hb Mac 2017. Terima kasih kepada Michael@Mike yang sentiasa berhubung dengan saya.
Kenapa Bagan Datoh? Semasa
Kembara Pesisiran Malaya 2016, saya terpaksa 'skip' melalui Bagan Datoh. Jadi trip ini secara tidak langsung melengkapkan
Kembara Pesisiran Malaya 2016 (Utara) Hari Pertama: Bangi-Pulau Pinang.
Kenapa Pulau Sembilan? Ada sesuatu yang unik terdapat di Pulau Sembilan yang membuatkan saya hendak menjejakkan kaki disana dan melihat sendiri keindahan pantai yang 'bercahaya' dihiasi gemerlapan cahaya biru di malam hari mewarnai pesisiran pantai Taman Negeri Pulau-Pulau Sembilan. Nanti cerita lebih lanjut kemudian.
Ride Pakej:
Wilride to Pulau Sembilan, Bagan Datoh, PERAK
π° 2 days 1 night
π
18 & 19 March 2017
Saturday & Sunday
☝π» Fully sponsor ππ»ππ»ππ»
for new Buyer from Wilhin
π 1st Dec 2016 - 28th Feb 2017
π 600cc & above
Package per person Rm300 only!!!
Open for 250cc & above
PACKAGE Include:-
• Accommodation (Camping Style)
• Breakfast x 2☕π
• Lunch x 2 (Fresh Seafood)π€ππ¦ππΉ
• Teabreak x 1
• Dinner Steamboat Dinner x 1
• BBQ Supper π π¦π³ππΈπ½π
• Riding πT-shirt x 1
• Lucky Drawπ
• Mystery Free Gifts
• Karaokeπ€ &
Games ππ»♀⚽with prizesπ
• Boat to Islandπ³
• Snorkelingππ»♀ππ»
Di atas adalah pakej yang ditawarkan kepada biker yang berminat untuk menyertai trip ini. Saya telah mendaftar pada 25/02/2017 untuk turut serta dengan bayaran RM300. Maklumlah pelanggan moto tukun.
Itinerari
Ringkasan perjalanan trip seperti berikut:
Apa Nak Bawa?
Oleh kerana trip kali ini ke pulau tanpa penghuni yang tidak mempunyai hotel atau chalet penginapan. Para peserta akan bermalam di dalam khemah yang disediakan oleh pengendali pelancongan di Pulau Sembilan. Sudah tentu ada yang pening sedikit keperluan yang hendak dibawa. Kali terakhir saya ikut perkhemahan pun semasa zaman belajar dulu. Ada peserta yang membantu menyenaraikan apa yang perlu dibawa seperti berikut:
1. Motor besar yang baru dibeli.
2. Helmet yang sesuai.
3. Beg yang sesuai dan senang dibawa.
4. Pakaian mandi yang menutup aurat.
5. Sejadah
6. Tshirt yang Wilhin Motor bagi masa beli motor.
7. Baju baju lain yang bersesuaian. Kalu Ada lambang wilhin lagi bagus
8. Seluar dalam extra jangan lupa.
9. Seluar/ kain pelikat utk sembahyang.
10. Ubat gigi, berus gigi dan sabun mandi
11. Sunblock lotion.
12. Selimut dan bantal
13. Ubat nyamuk dan lighter.
14. Lampu picit
15. Selipar
16. Tuala
17. Wang yang cukup.
18. Makanan ringan (Kalu boleh kawan-kawan makan sekali)
19. Bawalah air mineral dua botol besar ke. (Kalu Kita jenis minum air banyak)
20. Ubat.
21. Topi
22. Ear-plug/ peutup telinga (melindungi gangguan suara dari kemah sebelah)
23. Power bank
24. Kamera
25. Sleeping beg (jika ada)
Peserta dan Jentera
Terdapat 28 buah motorsikal (mengikut perkiraan saya berdasarkan jumlah rider, mungkin lebih) pelbagai kategori menyertai trip ini. Terdapat juga rider yang membawa pembonceng dan juga ahli keluarga rider dan 'organiser' yang mengikuti trip ini dengan kereta. Jadi jumlah keseluruhan peserta melebihi 60 orang termasuk kanak-kanak. Satu kenderaan sokongan juga disediakan bagi membawa barangan peserta terutama motor yang tiada tong. Sudah pasti melegakan rider-rider untuk menunggang dengan lebih selesa. Terdapat juga seorang 'lady biker' yang turut menyertai trip ini.
Antara jentera-jentera peserta termasuk Marshall:
BMW R1200GS
BMW R1200RT
Kawasaki ER6
Kawasaki GTR1400
Kawasaki Ninja H2
Kawasaki Versys 1000
Kawasaki Versys 650
Kawasaki Z1000
Kawasaki Z800
Kawasaki Z750
Kawasaki VN?
Kawasaki Ninja? (lady biker)
(mungkin ada yang tertinggal akan dkemaskini nanti)
Route perjalanan
Perjalanan melalui Grand Saga Highway - Kerinchi Link-PLUS Highway- LATAR Highway - Jalan Kuala Selangor dengan hentian mengisi minyak di PETRONAS Sungai Besar dan terus ke Bagan Sungai Burung dengan jarak perjalanan kira-kira 200 km.
HARI 01 (18/03/2017): Balakong - Sungai Besar - Bagan Sungai Burung - Pulau Sembilan
Wilhin Motor Balakong
06:00 pagi - RV di Wilhin Motor Balakong
Para peserta mula berkumpul di Wilhin Motors Balakong. Pukul 4:00 pagi, Mike sudah hantar mesej untuk bangkit dari lena. Seawal pukul 5:00 pagi sudah ada yang tiba.
06:15 pagi - taklimat perjalanan dan keselamatan oleh Ketua Marshall (Bro Aripin)
Saya sampai ketika sessi taklimat sedang berlangsung. Nasib baik sempat, kalau tidak ride sendiri la jawabnya.
|
Sesi taklimat perjalanan dan keselamatan oleh Marshall Ipin. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor |
|
Sesi taklimat perjalanan dan keselamatan oleh Marshall Ipin. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Sesi bergambar secara kumpulan sebelum bertolak. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
06:45 pagi - bergerak dari Wilhin Motor Balakong
Konvoi bergerak dari Wilhin Motor Balakong dengan bantuan Marshall (4 orang) sepanjang perjalanan.
|
Re-group dekat Shell Tol Duta. Marshalll Soh Swee (GTR) dan Syazwan (V1K) Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Tiga dihadapan Marshall Ipin, Dato' Seri Wilson dan lady biker. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
PETRONAS Sungai Besar
08:30 pagi - konvoi tiba di PETRONAS Sungai Besar untuk mengisi minyak
|
PETRONAS Sungai Besar |
|
PETRONAS Sungai Besar |
|
PETRONAS Sungai Besar |
|
PETRONAS Sungai Besar |
|
PETRONAS Sungai Besar |
|
Bergerak dari PETRONAS Sungai Besar. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Bergerak dari PETRONAS Sungai Besar. Dato' Seri Wilson dengan GTR1400 dan Jack Lee dengan Ninja H2. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
Bagan Sungai Burung, Bagan Datoh
09:30 pagi - konvoi tiba di Bagan Sungai Burong, Bagan Datoh.
Setelah meletakkan motorsikal di laman rumah keluarga Ms Kee, sarapan ringkas berupa nasi lemak dan minuman disediakan untuk para peserta. Setelah bersarapan, para peserta menukar pakaian yang lebih sesuai untuk aktiviti pantai. Sudah semestinya 'green' t-shirt khas sempena ride ke Pulau Sembilan dari Wilhin.
|
Para peserta tiba di Bagan Sungai Burung |
|
T-shirt ride sedang disusun ikut saiz |
|
Ms Kee dah panggil ambil T-shirt. Kredit foto: Rosli Idris |
|
T-shirt sedang diagih-agihkan kepada para peserta. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
T-shirt khas untuk para peserta Wilride ke Pulau Sembilan. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Sarapan pagi dengan nasi lemak |
|
Para peserta sudah menyalin pakaian. Kelengkapan riding boleh simpan di dalam rumah keluarga Ms Kee dekat belakang tu. |
|
Para peserta bersiap sedia |
|
Para peserta bersiap sedia. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Para peserta bersiap sedia |
|
Bergambar kenangan dulu dekat parkir moto di laman rumah keluarga Ms Kee |
|
Pandangan dari jauh kawasan parkir motor di sekitar rumah keluarga Ms Kee |
|
Pandangan dari jauh kawasan parkir motor di sekitar rumah keluarga Ms Kee |
Jeti Bagan Sungai Burong, Bagan Datuk.
10:15 pagi - bersiap sedia di Jeti Bagan Sungai Burung
Bagan Sungai Burung merupakan sebuah perkampungan nelayan. Sementara menunggu giliran untuk grup menaiki bot ke Pulau Sembilan, ada masa untuk bersiar-siar sekitar jeti untuk melihat aktiviti-aktiviti di perkampungan nelayan ini. Di hadapan jeti terdapat gerai-gerai menjual makanan dan minuman dan juga hasil industri perikanan. Di kawasan jeti pula terdapat bangsal-bangsal mendarat hasil tangkapan nelayan, restoran makanan laut dan juga agensi-agensi pelancongan yang menguruskan pelawat ke Pulau Sembilan.
|
Gerai-gerai menjual makanan dan minuman dihadapan jeti. Papan tanda yang bermaksud 'I love Bagan Sungai Burong' |
|
Gerai-geai menjual makanan dan minuman dihadapan jeti |
|
Salah satu pejabat agensi pelancongan yang mengendalikan lawatan ke Pulau Sembilan |
|
Antara hasil industri peikanan yang dijual pada pengunjung |
|
Cengkerang bersaiz besar untuk dijadikan hiasan. |
|
Pemandangan di Jeti Bagan Sungai Burong |
|
Para peserta mula tiba di Jeti Bagan Sungai Burong |
|
Suasana di Jeti Bagan Sungai Burong |
|
Suasana di Jeti Bagan Sungai Burong |
|
Aktiviti nelayan di Jeti Bagan Sungai Burong. Menolak bongkah ais sambil menunggang cupchai di laluan yang sempit. |
|
Para peserta yang sudah bersiap sedia untuk menaiki bot ke Pulau Sembilan |
|
Jom tengok aktiviti nelayan di bangsal ini |
|
Proses mengasingkan hasil tangkapan dari laut |
|
Mungkin ini adalaha makanan laut segar yang menjadi santapan di Pulau Sembilan nanti |
|
Udang laut segar dalam proses pengasingan |
|
Pejabat agensi pelancongan Blue Tears Island, jeti dan bot yang mengendalikan grup ke Pulau Sembilan |
|
Bergambar kenangan di jeti Blue Tears Island |
|
Bergambar kenangan di hadapan pejabat agensi pelancongan Blue Tears Island yang mengendalikan kunjungan ke Pulau Sembilan |
10:45 pagi - grup pertama bertolak dari dari Jeti Bagan Sungai Burung
Menaiki bot di jeti berhadapan dengan pejabat agensi pelancongan Blue Tears Island. Oleh kerana bot hanya boleh memuatkan 30 penumpang untuk setiap perjalanan maka baki peserta akan menaiki bot untuk trip kedua pula. Dari jeti ke tapak perkhemahan di Pulau Lalang dengan bot mengambil masa kira-kira 25 minit untuk perjalanan sejauh 18 km. Perjalanan ke Pulau Sembilan agak lancar, tiada lambungan sangat kerana keadaan laut yang agak tenang.
|
Menaiki bot agensi pelancongan Blue Tears Island. Kredit foto: Rosli Idris |
|
Pemandu bot dengan 'full trottle'. Kalau dilihat meter macam nak cecah kelajuan penuh. Tapi kelajuan maksimun dikekalkan dalam 50km/j mengikut rekod GPS saya. |
|
Para peserta dalam bot untuk trip pertama |
|
Bersama Hadi dan Faizal dalam bot ke Pulau Sembilan. Kredit Foto: Ivanlee |
Pulau Sembilan
11:10 pagi - grup pertama tiba di Pulau Lalang
Pulau Lalang yang merupakan salah satu pulau terdapat dalam Pulau-Pulau Sembilan. Ketiba sampai tatkala air laut tengah surut maka bot hanya sampai ke pesisir pantai. Kami di bawa ke kawasan perkhemahan yang disediakan untuk grup. Masing-masing mula mendaftar masuk ke khemah pilihan masing-masing. Nampaknya seperti tapak perkhemahan tambahan yang baru. Oleh kerana musim cuti persekolahan sudah bermula maka kawasan perkhemahan utama sedia ada sudah penuh. Untuk khemah yang kecil dapat memuatkan dua orang dewasa.
|
Jarak perjalanan dari jeti Sungai Burung ke,Pulau Lalang, Taman Negeri Pulau Sembilan kira-kira 18km |
|
Bot tiba di Pulau Lalang |
|
Para peserta turun ke pantai. Pada waktu ini air laut tengah surut |
|
Para peserta menjejak kaki di Pulau Lalang. Kalau air pasang sampai ke tangga konkrit |
|
Bergambar kenangan dulu. Sebelah kanan saya tu Amir, rupanya jadi teman satu khemah. |
|
Kanopi tapak perkhemahan tambahan untuk menampung rombongan kami. Walau bagaimana kawasan ini mempunyai pasir pantai yang halus, kawasan agak luas dan sangat sesuai untuk mandi manda. |
|
Para peserta bersantai dulu sementara menunggu yang lain tiba |
|
Alamak! Biar betul.. |
|
Titi yang dibina untuk menghubungkan ke tapak kawasan perkhemahan utama. |
|
Titi yang dibina untuk menghubungkan ke tapak kawasan perkhemahan utama. |
|
Kawasan perkhemahan dari titi. |
|
Barisan khemah untuk bermalam |
|
Bahagian dalam khemah |
|
Khemah yang menjadi pilihan saya |
|
Inilah bilik penginapan lima bintang untuk tidur malam ini. Ada dua bantal kecil disediakan. |
|
Penghujung selatan pantai terdapat singkapan batuan granit. Keseluruhan pulau asalnya terbentuk dari batuan granit. |
|
Pemandangan pantai menghala arah utara dari tapak perkhemahan. |
Info Pulau-Pulau Sembilan
Pulau Sembilan hanyalah pada nama sahaja. Pulau Sembilan sebenarnya adalah Taman Negeri Pulau Sembilan terdiri dari sekumpulan atau gugusan 9 buah pulau-pulau kecil yang unik terletak di negeri Perak di dalam daerah baru iaitu
Bagan Datuk sejak
Ogos 2016. Pulau-Pulau Sembilan terletak kira-kira 15-20 kilometer dari pesisiran tanah besar Bagan Datoh, terdiri daripada Pulau Agas, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Payong, Pulau Buluh, Pulau Batu Putih dan Pulau Batu Hitam, merujuk kepada
Perbadanan Taman Negeri Perak. Pulau-pulau ini terbentuk dari batuan granit yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan batuan granit Banjaran Titiwangsa yang kaya dengan bijih timah (
Azman Ghani, 2008)
|
Pulau Sembilan merupakan satu kawasan yang melibatkan gugusan 9 pulau kecil iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Buluh, Pulau Sagu, Pulau Batu Hitam dan Pulau Batu Putih. Kawasan gugusan pulau ini terletak 10 batu nautika dari Pulau Pangkor. Sumber: Perbadanan Taman Negeri Perak |
|
Papan tanda Pulau-Pulau Sembilan ketika dibawah pentadbiran daerah Manjung. |
Pulau-pulau Sembilan ini tanpa penghuni dan juga tiada chalet penginapan disediakan, namun ia dibuka untuk perkhemahan terutama pada hujung minggu atau musim cuti. Untuk pergi ke Taman Negeri Pulau Sembilan anda memerlukan permit yang telah disahkan dari Perbadanan Taman Negeri Perak dengan pejabat utama di Bagan Datoh dan juga di Lumut. Bagi menjamin keindahan Pulau Sembilan sentiasa terkawal, hanya sebanyak
120 pelancong dibenarkan berada di gugusan pulau tersebut pada satu-satu masa.
Pulau Lalang menjadi pulau utama bagi keseluruhan pulau tersebut dan mempunyai lokasi terbaik untuk menyaksikan fenomena 'blue tears'. Pulau Lalang merupakan pulau yang kedua terbesar, terdiri daripada rangkaian duah buah pulau yang hanya dapat dilintasi dengan berjalan kaki sewaktu air surut, mempunyai sumber air tawar yang bersih, pantai yang bersih dan menarik, dan sesuai untuk aktiviti perkhemahan.
|
Pulau Lalang terdiri dari dua pulau. Kawasan perkhemahan di Pulau Lalang selatan. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Pulau Lalang merupakan rangkaian 2 pulau. Image dari Google |
Jika anda berfikir untuk melancong ke Pulau Sembilan dengan sendiri, ianya tidak mungkin kerana anda perlu melalui agensi pelancongan atau pengendali yang diberi lesen untuk beroperasi di Pulau-Pulau Sembilan. Buat masa ini terdapat tiga pengendali yang memberikan perkhidmatan sepenuhnya termasuk pengangkutan, makan minum dan perkhemahan di Pulau Sembilan. Ketiga-tiga agensi pelancongan iaitu Blue Tears Island, 9 Island Agency dan Icestar mempunyai kawasan perkhemahan sebelah menyebelah di lokasi pantai yang hanya kurang 500 m panjangnya. Trip ride ke Pulau Sembilan ini melalui agensi pelancongan Blue Tears Island yang mempunyai kawasan perkhemahan di sebelah selatan pantai, manakala ditengah-tengahnya 9 Island Agency dan Icestar Travel Agency di sebelah penghujung utara pantai.
|
Pulau Lalang dengan tiga kawasan perkhemahan (camp site). Image dari Google |
Mengikut akhbar
The Sun (19/03/2017), kerajaan negeri memaklumkan Taman Negeri Pulau Sembilan telah ditutup buat sementara waktu dan pengunjung akan dikira menceroboh selepas 1 April 2017. Ini menjelaskan papan tanda tentang larangan aktiviti pembangunan yang dipasang di beberapa tempat di kawasan pantai.
Terbaru (22/03/2017), Menteri Besar Perak menegaskan arahan penutupan Pulau Sembilan kekal.
|
Pengumuman mengenai penutupan Pulau Sembilan. Sumber The Sun (19/03/2017), |
Sementara menunggu grup kedua tiba, bersiar-siar dulu sekitar kawasan perkhemahan. Jom tengok apa yang ada.
|
Hadapan tempat makan di tapak perkhemahan utama Blue Tears Island |
|
Tapak perkhemahan Blue Tears Island. Bahagian hujung terdapat bilik mandi dan tandas |
|
Tapak perkhemahan Blue Tears Island (hala selatan) |
|
Bergambar kenangan di tapak perkhemahan Blue Tears Island (hala selatan) |
|
Pemandangan dari tapak perkhemahan Blue Tears Island (hala utara) |
|
Pemandangan dari tapak perkhemahan Blue Tears Island (hala utara). Kelihatan Pulau Rumbia yang tidak jauh dari sini. |
|
Pemandangan dari tapak perkhemahan Blue Tears Island (hala selatan) |
|
Tapak perkhemahan dikendalikan oleh agensi 9 Island bersebelahan tapak perkhemahan Blue Tears Island (hala selatan) |
|
Pemandangan sekitar tapak perkhemahan 9 Island (hala selatan) |
|
Pemandangan sekitar tapak perkhemahan 9 Island (hala selatan) |
|
Pemandangan sekitar tapak perkhemahan 9 Island (hala selatan) |
|
Pemandangan hadapan tapak perkhemahan 9 Island. |
|
Bergambar kenangan di papan tanda lama Pulau-Pulau Sembilan ketika dibawah pentadbiran daerah Manjung. |
|
Terdapat papan tanda 'Selamat Datang ke Taman Negeri Pulau Sembilan' |
|
Bergambar kenangan di papan tanda 'Selamat Datang ke Taman Negeri Pulau Sembilan' |
|
Pemandangan hadapan tapak perkhemahan 9 Island.(hala selatan) |
|
Pemandangan dari hadapan tapak perkhemahan 9 Island. |
|
Pemandangan dari tapak perkhemahan 9 Island (hala utara) |
|
Pemandangan dari tapak perkhemahan 9 Island (hala utara) |
12:00 Tengahari - grup kedua tiba di Pulau Lalang.
|
Grup kedua tiba di Pulau Lalang. |
|
Grup kedua tiba di Pulau Lalang. |
|
Grup kedua tiba di Pulau Lalang. |
|
Grup kedua tiba di Pulau Lalang. |
|
Grup kedua tiba di Pulau Lalang. |
Aktiviti di Pulau Sembilan
Sementara menunggu waktu malam untuk menyaksikan 'Blue Tears', para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai seperti mengambil gambar, berenang, bola tampar pantai, bermain buaian, pergi memancing, mengikuti trip snorkeling melihat ikan di terumbu karang yang jelas kelihatan atau hanya duduk bersantai menenangkan fikiran dengan menikmati keindahan pantai sehingga matahari terbenam.
Aktiviti-aktiviti grup semasa di Pulau Sembilan
12:15 tengahari - Makan tengahari, grup photo dan bersholat.
Hidangan makan tengahari berupa sajian enak makanan laut terdiri udang goreng, sotong goreng bertepung, ikan goreng, bebola ikan, sayuran, ketam goreng bercili dan tom yam kepah. Kalau tidak cukup boleh tambah lagi. Boleh makan sepuas-puasnya sampai kekenyangan.
|
Hidangan makan tengahari |
|
Menikmati makan tengahari. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
Selepas makan tengahari, para peserta dibawa untuk bergambar secara kumpulan terlebih dahulu berdekatan papan tanda Pulau Sembilan sebagai kenang-kenangan. Berehat di tepi laut sementara menunggu aktiviti seterusnya iaitu snorkeling dijadualkan pada pukul 2:00 petang. Terdapat surau yang disediakan oleh pengurusan Taman Negeri untuk bersholat terletak di sebelah tapak perkhemahan 9 Island Agency.
|
Ada yang bermain buaian dan tali beraksi ala tarzan sementara menunggu para peserta berkumpul. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor |
|
Sesi bergambar secara kumpulan di Pulau Sembilan. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor |
|
Sesi bergambar secara kumpulan di Pulau Sembilan. Si Micahel nak masuk gambar. Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor |
|
Para peserta masih bergembira dengan permainan buaian tepi pantai. |
|
Pemandangan dari kawasan berdekatan surau |
|
Surau yang disediakan oleh Taman Negeri Pulau Sembilan. |
|
Beberapa peserta sedang berbual dengan salah seorang kakitangan yang bertugas di sini. |
|
Pemandangan (hala utara) Pulau Rumbia dari kawasan berdekatan surau |
|
Pemandangan pantai (hala utara) di mana penghujungnya terdapa pulau bahagian utara. |
|
Pemandangan pantai (hala utara) di mana penghujungnya terdapat pulau bahagian utara. |
|
Pemandangan pantai (hala utara) di mana penghujungnya terdapat Pulau Lalang utara dan Pulau Rumbia (sebelah kanan) |
|
Tapak perkhemahan yang dikendalikan oleh agensi pelancongan Icestar. |
|
Kawasan pantai berdekatan tapak perkhemahan yang dikendalikan oleh agensi pelancongan Icestar. |
|
Tapak perkhemahan yang dikendalikan oleh agensi pelancongan Icestar. |
|
Bahagian penghujung utara Pulau Lalang selatan. Terdapat bongkah-bongkah batuan granit |
|
Pemandangan kawasan pantai Pulau Lalang selatan (hala selatan) dari penghujung bahagian utara. |
|
Bahagian tengah pulau berteraskan batuan granit |
|
Pemandangan hala ke barat dari penghujung utara Pulau Lalang selatan |
|
Pemandangan hala ke barat dari penghujung utara Pulau Lalang selatan. Kelihatan Pulau Saga yang juga terdiri dari dua pulau yang bersaiz kecil. |
|
Pemandangan Pulau Lalang utara dari penghujung utara Pulau Lalang selatan. |
|
Pemandangan Pulau Lalang utara dari penghujung utara Pulau Lalang selatan. Waktu air surut kelihatan platform yang agak rata menghubungan kedua-dua pulau |
|
Pemandangan Pulau Lalang utara dari penghujung utara Pulau Lalang selatan. Aluanan ombak pun kecil sahaja. |
|
Platform dengan dasar yang cetek ketika air surut. Boleh menyeberangi ke Pulau Lalang utara kalau mahu. |
|
Bergambar kenangan dulu dengan pemandangan Pulau Saga |
|
Bergambar kenangan dulu dengan pemandangan Pulau Saga |
|
Pemandangan kawasan pantai Pulau Lalang selatan (hala selatan) dari penghujung bahagian utara. |
|
Bergambar kenangan pulak. |
|
Di kejauhan kelihatan Pulau Pangkor, kira-kira 20km jaraknya dari sini. Sebelah kanan boleh nampak Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah terletak di Teluk Rubiah (trip pesisir dulu ada lalu kawasan ini). Dua buah pulau kecil kelihatan merupakan Pulau Payong dan Pulau Agas |
03:00 petang - Minum Petang
Oleh kerana pengunjung agak ramai, giliran grup untuk snorkeling dilewatkan sedikit. Para peserta
terus minum petang dulu sambil bersantai sementara menunggu giliran bot untuk ke snorkelling berhampiran Pulau Buluh. Menu minum petang pula disediakan buah tembikar, pisang goreng dan cucur udang. Boleh makan tanpa had kalau masih larat.
|
Bersantai di tepi laut menunggu aktiviti snorkeling, tapi terus minum petang dulu. Kredit photo: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Pisang goreng dan cucur udang. Opss mana gambar buah tembikar? dah abis kena makan. |
03:40 petang - Aktiviti snorkling
Bersedia untuk pergi snorkeling untuk melihat ikan dan terumbu karang! Para peserta diberikan penerangan cara mengunakan jaket keselamatan dan juga alatan snorkling terlebih dahulu. Para peserta dingatkan kehilangan alatan snorkeling akan dikenakan bayaran RM200!
|
Para peserta diberikan penerangan mengunakan jaket keselamatan dan juga alatan snorkling |
|
Para peserta mendengar penerangan mengunakan jaket keselamatan dan juga alatan snorkling |
Berlepas ke Pulau Buloh menaiki bot yang sama ketika datang. Lupa pula hendak ambil lokasi. Oleh kerana bot menuju arah selatan, maka pulau berdekatan adalah Pulau Buloh, walaupun dimaklumkan snorkling di sekitar Pulau Rumbia. Ya, ada masih dapat melihat pelbagai ikan dan gamat diantara batu karang (ianya adalah sejenis organisma laut) tetapi mungkin tidak menepati jangkaan ada seperti berada di Taman Laut Pulau Redang. Kepelbagaian jenis-jenis batu karang agak kurang dalam koloni atau ekosistem terumbu karang kecil dipinggir pulau ini. Tahukah anda bukit yang membentuk 'Batu Caves' asalnya adalah terumbu karang pada suatu masa dulu.
Terdapat banyak landak laut di dasarnya, jadi berhati-hati apabila anda berpijak pada batu-batu atau dasarnya. Untuk keselamatan, seeloknya pakailah alas kaki atau sirip ketika masuk ke laut. Salah satu
petua pengubatan langkah awal jika terkena tusukan duri landak laut dengan menghancurkan duri patah masih tertinggal dalam badan/kaki dengan cara memukul dan seterusnya menyiram ammonia (urine jika tiada).
|
Menaiki bot untuk akiviti snorkling |
|
selfie sekejap |
|
Bot meninggalkan tapak perkhemahan ke tempat snorkling. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Mengedar alatan snorkling untuk para peserta. Kredit foto: Rosli Idris |
|
Bersiap untuk turun snorkling |
|
Kawasan yang akan diterokai semasa aktiviti snorkling. Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor Group |
|
Giliran saya terjun ke laut. Aksi dalam air |
|
Pemandangan batu karang jenis berchabang tebal di dasar laut |
|
Terbaiikk 'double thumb up' aksi dalam salah seorang peserta sebelah saya ketika bersnokling |
|
Semua tengah seronok bersnokling |
|
Pemandangan batu karang jenis berchabang tebal di dasar laut |
|
Ambil nafas dulu... |
|
Snorkling lagi |
|
Semua tengah seronok bersnokling |
|
Pemandangan batu karang jenis berchabang tebal di dasar laut |
|
Pemandangan batu karang berchabang tebal dengan ikan di dasar laut |
|
Pemandangan batu karang berchabang denga ikan "Moorish Idol' di dasar laut. Ikan menjadi karakter 'Gill' dalam filem animasi 'Finding Nemo' tetapi tak jumpa pula si Nemo (clownfish) |
|
Berehat atas bot sekejap sebelum meneruskan pusingan kedua.Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor Group |
|
Sambung snorkling lagi |
|
Pemandangan batu karang berchabang tebal di dasar laut |
|
Pemandangan batu karang dengan ikan-ikan di dasar laut |
|
Sempat merakam aksi Dato Seri Wilson dan Michael. |
|
Ok selfie dulu dengan semua sekali |
|
Selfie lagi |
|
Selfie dengan pakai snorkling pula |
|
Landak laut banyak terdapat di dasarnya. Perlu berhati-hati. |
|
Landak laut dan gamat (Sea Cucumber) |
|
Gamat (Sea Cucumber) |
|
Selfie dengan bot pula |
|
Bergambar secara kumpulan semasa aktiviti snorkling. Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor Group |
|
Masa untuk pulang. Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor Group |
|
Para peserta (Bro Fuzee, Rosli dan Syazwan) di bahagian hadapan bot dalam perjalanan pulang ke tapak perkhemahan |
|
Para peserta dalam bot ketika dalam perjalanan pulang ke tapak perkhemahan. Terbaik, 'thumb up' dari Ms Kee |
|
Menghampiri tapak perkhemahan di Pulalu lalang |
|
Sampai sudah |
05:30 petang - Aktiviti sukaneka pantai
Sekembali dari snorkling, ada para peserta meneruskan aktiviti mandi-manda di pantai atau duduk bersantai di hadapan tapak perkhemahan sementara menunggu aktiviti sukaneka. Acara-acara sukaneka diadakan dibawah kendalian Pak Tam:
1. Permainan nombor Raja Hutan 369
2. Persembahan tari pengenalan pasukan - GT World, Kingkong, Banzai dan Kebabom
3. Permainan Pang Ping Pong (dimenangi pasukan King Kong)
4. Pemainan Biawak dan Buaya (dimenangi ahli pasukan King Kong)
5. Perlawanan tarik tali (dimenangi pasukan Kababom, tempat kedua Pasukan Banzai)
Acara sukaneka bukan sahaja menarik hati para peserta tetapi juga terhibur dengan gaya dan celoteh Pak Tam dalam mengacara dan mengendali aktiviti sukaneka. Terbaiklah Pak Tam. Selesai acara sukaneka, para peserta boleh terus makan malam yang sudah sedia. Ada yang mengambil kesempatan untuk nikmati pemandangan yang indah ketika matahari terbenam di pantai.
|
Pusingan akhir Raja Hutan 369 antara 2 peserta diacarakan Pak Tam. Saya mendapat tempat ke-3, macam tak percaya la pulak. Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor Group |
|
Bersama pasukan GT World. GT World! GT World! GT World! ππ»ππ»ππ» ππ»ππ»ππ»(tepuk-tepuk). Kredit foto: Syazwan |
|
Pak Tam mengacara dan mengendali sukaneka pantai. Terbaik lah Pak Tam. Kredit foto: Rosli Idris |
|
Melihat gelagak peserta dari prmainan Pang Ping Pong bertukar menjadi Biawak dan Buaya. Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor Group |
|
Pusingan akhir pemainan biawak dan buaya diacarakan oleh Pak Tam. |
|
Bersama pasukan GT World dalam acara tarik tali. Belum sedia sudah kena tarik oleh pasukan lawan Banzai. Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor Group |
|
GT World tarik GT World tarik GT World tarik. Akhirnya tewas juga. Team Banzai cakap macam tarik layang-layang je. Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor Group |
|
Perlawanan tarik tali antara pasukan Kababom (sebelah kanan) melawan King Kong (sebelah kiri) |
|
Perlawanan tarik tali antara pasukan Kababom (sebelah kanan) melawan King Kong (sebelah kiri) |
|
Perlawanan tarik tali antara pasukan King Kong (sebelah kanan) melawan Kababom (sebelah kiri) |
06:45 petang - makan malam
Menu makan malam merupakan hidangan 'steamboat' dengan makanan laut segar. Kelaparan selepas aktiviti pantai, menjamu selera pula dengan menikmati makan malam dengan makanan laut segar sambil mendengar bunyi alunan ombak kecil. Boleh makan sepuas-puasnya. Kalau habis, boleh tambah lagi. Jangan sampai termuntah sudah. Kalu asid urik dalam badan tinggi, kena ambil ubat lah kasi kurang balik. Tapi ada peserta yang tidak boleh makan makanan laut, nampaknya terpaksa balik khemah buka beg cari bekalan dibawa
|
Makan malam dengan 'steamboat' makanan laut segar. |
|
Terbaiikk ππΌππΌππΌ,, menikmati makan malam. |
|
Terbaiikk ππΌππΌππΌ,, menikmati makan malam. Kredit photto: Michael@Wilhin Motor Group |
07:30 petang - mandi, sholat dan berehat
Selepas makan, terus pergi mandi di bilik mandi di tapak perkhemahan utama. Bilik-bilik mandi 'unisek' siap dengan tandas, tiada bilik-bilik mandi asing untuk lelaki dan perempuan. Nak kena tunggu giliran la pulak. Waktu ramai orang tengah menggunakannya, maka tekanan air 'shower' sekejap kuat sekejap lemah. Lepas mandi, terus ke surau sambil mikmati pemandangan yang indah dengan matahari terbenam di pantai (waktu matahari terbenam sekitar 7:30 amalam). Sebaik sahaja senja berlabuh, sudah ramai pengunjung mula berada di pesisir pantai untuk melihat fenomena 'Blue Tears, suatu saat yang dinanti-nantikan.
Apa itu 'Blue Tears'?
Fenomena 'Blue Tears' atau pantai 'bercahaya' seperti ribuan bintang di langit atau pantai yang 'bergemerlapan' di kala malam tiba, bukanlah kesan daripada efek pencahayaan, tetapi ianya adalah dari organisma laut iaitu sejenis plankton bercahaya biru dengan jumlah yang banyak. Organisma laut yang bercahaya ini adalah 'Ostracod' dari kelas 'Crustacea', turut dipanggil sebagai zooplankton ('benthic') bercahaya biru atau dikenali sebagai 'Blue Tears' atau 'Blue Sand' dimana ianya bergemerlapan dengan cahaya biru di malam hari.
Terdapat beberapa tempat di dunia, seperti Jepun, Carribean, Australia, dan juga di Pulau Sembilan ini dimana organisma laut dengan cahaya yang berkelip-kelip dapat dilihat di dalam air pada waktu malam dan tersebar atau berselerak di seluruh pantai. Pulau Sembilan adalah tempat di mana anda boleh melihat keindahan 'Blue Tears' sepanjang tahun, tanpa mengira musim. Waktu yang paling sesuai ketika air laut surut dimana dapat melihat "Blue Tears" berselerak di sekitar di pantai apabila dihanyutkan oleh alunan ombak kecil tiba di pesisir pantai.
Terdapat beberapa spesies 'ostracod' seperti 'Myodocopida sp.' menghasilkan cahaya biru yang cerah. Cahaya tersebut dihasilkan dengan percampuran dua bahan kimia luminesensi dengan kehadiran oksigen. Cahaya tersebut bertujuan untuk menakutkan pemangsa dan juga sebagai satu tarikan mengawan. Spesies yang berbeza berkelip pada kadar yang berbeza, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di dalam gelap.
Di Jepun, ianya dikenali sebagai umi-Hotaru (kunang-kunang laut). Semasa perang dunia kedua tentera Jepun mengumpulkan umi-Hotaru, dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk bioluminesensi. Di medan perang pada waktu malam, serbuk bioluminesensi umi-Hotaru ditambah dengan sejumlah yang kecil air untuk menghasilkan cahaya yang rendah keamatan, digunakan untuk membaca pesanan atau peta tanpa memberi kedudukan mereka kepada pihak musuh.
Fosil 'Ostracod' pertama atau tertua telah ditemui dari batuan Ordovisi yang berusia 485-443 juta tahun yang lalu. Mungkin anda biasa dengar istilah 'Jurasic' kira-kira 65 juta tahun dulu dari filem 'Jurasic Park'. Fosil 'Ostracod' sangat berguna untuk ahli-ahli paleontologi, kerana mereka boleh digunakan untuk petunjuk stratigrafi (lapisan atau strata batuan) dan sekitaran pengendapan kuno (iaitu kedalaman, suhu, kemasinan). Dalam industri carigali minyak dan gas, ianya membantu tafsiran geologi untuk sampel-sample batuan bagi menentukan jujukan batuan takungan hidrokarbon yang menjadi sasaran pengerudian telaga explorasi.
|
Gemerlapan 'Blue Tears' atau 'blue sand' hanyut mengikut alunan ombak kecil di pesisir pantai. Kredit foto: Suara Perak (22/03/2017) |
|
Gemerlapan 'Blue Tears atau 'blue sand' hanyut mengikut alunan ombak kecil tiba di pesisir pantai. Kredit foto: Soh Teck Swee |
|
plankton bercahaya biru ('blue tears') di atas pantai |
|
plankton bercahaya biru ('blue tears') di atas pantai |
|
plankton bercahaya biru ('blue tears') di atas pantai |
|
Plankton bercahaya biru ('blue tears') dengan jumlah yang banyak. Ada yang mengumpulkannya untuk diambil gambar |
|
plankton bercahaya biru ('blue tears') di atas tapak tangan saya. |
|
plankton bercahaya biru ('blue tears') di atas tapak tangan saya.. |
|
plankton bercahaya biru ('blue tears') di atas tapak tangan saya. |
|
plankton bercahaya biru ('blue tears') di atas tapak tangan saya. |
08:30 malam - karaoke, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah dengan BBQ.
Pak Tam menjadi pengacara (Emcee) untuk acara karaoke, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Dua buah lagu didendangkan oleh Bro Mike and Nicholas. Seterusnya acara dinanti-nantikan iaitu cabutan bertuah diselang seli dengan penyampaian hadiah untuk pemenang sukaneka pantai petang tadi. Antara ayat-ayat 'power' Pak Tam menjadi 'tagline' :
.. aktiviti kita kat sini... makan duduk makan duduk makan...makan..makan..
...pakai 3 hari terus ikut badan... untuk pemenang t-shirt dan jaket
Para peserta nampak terhibur dengan celoteh Pak Tam.
Terbaik la Pak Tam dan Wilhin team ππΌππΌππΌππΌ
|
Michael menyanyikan sebuah lagu untuk para peserta sebagai pembuka sesi karaoke |
|
Bersama pemenang sukaneka permainan Raja Hutan 369 disampaikan oleh Micheal |
|
Bersama pasukan GT World memeangi pasukan paling ceria disampaikan oleh Dato' Seri Wilson Tan. Kredit photto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Ms Kee orang kuat event dengan antara barangan hadiah untuk cabutan bertuah ('lucky draw'). Kredit photto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Pak Tam jadi Emcee pun dapat lucky draw disampaikan oleh Dato' Seri Wilson Tan. Kredit photto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Pemenang 'grand prize' disampaikan oleh Dato' Seri Wilson Tan.. ππΌππΌππΌ. Kredit photto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Hadi dan Faizal dari pasukan GT World meraikan hadiah dimenangi untuk pasukan paling ceria |
|
Udang lipan jadi santapan BBQ. Nyam nyam |
|
Acara membakar membakar untuk super BBQ, ada ikan cecaru, pari dan sotong diperap dalam aluminium foil, dan jagung |
|
Terbaiikk ππΌππΌππΌ, menikmati BBQ. Kredit photto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Makan tak hengat sampai tak larat.. Kredit photo: Michael@Wilhin Motor Group |
11:00 malam. - aktiviti bebas
Perut sudah kekenyangan ada yang sudah balik masuk khemah, duduk bersantai di hadapan khemah dan menyambung kembali melihat keindahan 'blue tears' atau 'blue sand'. Ada yang cuba tidur diluar khemah ambil angin laut. Keadaan agak panas dalam khemah masa mula hendak tidur. Tambahan pula dengan bonjolan pasir pantai. Oleh kerana dek keletihan akhirnya terlelap jua.
|
Suasana waktu malam. Cahaya terang benderang dari Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah terletak di Teluk Rubiah, Manjung. |
Bersambung ke hari kedua (akan menyusul kemudian)
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Follow@Twitter:
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment