WILRIDE KE PULAU SEMBILAN (BLUE TEARS ISLAND) BAGAN DATOH, PERAK
18th - 19th March 2017 (2 hari satu malam)
Sambungan dari Hari 01
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
HARI 02 (19/03/2017):
Pulau Sembilan (@Pulau Lalang)
Pukul 5:00 pagi, hujan lebat melanda Pulau Sembilan. Hendak tarik selimut tiada pula. Cuma risau kalau terdapat limpahan air dari tebing bukit meresap masuk ke kawasan perkhemahan, namun tiada apa-apa berlaku tetapi tidak tahu pula kepada khemah yang lain. Ada juga terdengar khemah peserta yang dimasuki air, mungkin dari limpahan takungan kanopi. Oleh kerana sudah terjaga, maka tidur-tidur ayam dulu. Pukul 6:30 pagi, sudah bangun dan terus pergi mandi dekat bilik mandi sementara sebelah tapak perkhemahan.
Selamat pagi Pulau Sembilan! Matahari terbit dari arah Bagan Datoh sekitar 7:22 pagi, tetapi sayang tidak dapat melihat kemunculannya kerana keadaan awan yang agak mendung disebelah ufuk timur di waktu pagi. Bersiar-siar di pantai di waktu pagi dan duduk bersantai menikmati suasana pagi tatkala sang suria mula kelihatan. Apa topik perbualan yang menarik pagi-pagi ini? Bak kata si Michael " Malam tadi macam kat Stesen Keretapi" ha ha ha merujuk kepada dengkuran penghun-penghuni khemah semalam. Tengah musim cuti sekolah, khemah agak padat atau bersebelahan satu sama lain. Lagi pun terdapat pengunjung lain juga berkongsi tapak perkhemahan. Mungkin kurang 'privasi' sikit, tetapi itulah kenangan bila berkhemah secara kumpulan. Sebelum ke sarapan, berkemas siap-siap, jadi bawa beg sekali ke tempat sarapan.
|
7:24 Pagi: Good Morning Pulau Sembilan |
|
7:24 Pagi: Matahari agak terlindung disebalik awan |
|
7:24 Pagi: Suasana pagi di pantai (hala utara) |
|
7:24 Pagi: Suasana pagi di pantai (hala utara) |
|
7:32 Pagi: Barangan dalam khemah sudah siap dikemaskan |
|
7:33 Pagi: Sudah bersiap untuk ke sarapan |
|
7:33 Pagi: Suasana kawasan perkhemahan |
|
7:34 pagi: Suasana kawasan perkhemahan |
|
7:34 pagi. Suasana kawasan perkhemahan |
|
7:41 pagi. Baru kelihatan sang mentari terbit dari sebalik awan |
|
7:41 pagi. Baru kelihatan sang mentari terbit dari sebalik awan |
|
7:41 pagi. Baru kelihatan sang mentari terbit dari sebalik awan |
08:00 pagi - Sarapan pagi
Antara menu sarapan pagi disediakan termasuk nasi goreng, mee hon dan mee goreng. Para peserta menikmati sarapan pagi dan bersantai sementara menunggu giliran untuk menaiki bot kembali ke jeti Bagan Sungai Burung.
|
Menu sarapan pagi, nasi goreng campur mee hon dengan milo. Mee goreng juga ada disediakan. |
|
Air laut masih pasang di hadapan tapak perkhemahan 'Blue Tears Island'. |
|
Pemandangan pantai hala ke kawasan perkhemahan dari anjung tempat makan. |
|
Para peserta menikmati sarapan pagi sementara menunggu giliran untuk menaiki bot kembali ke jeti Bagan Sungai Burung. |
|
Para peserta menikmati sarapan pagi sementara menunggu giliran untuk menaiki bot kembali ke jeti Bagan Sungai Burung. |
|
Para peserta menikmati sarapan pagi sementara menunggu giliran untuk menaiki bot kembali ke jeti Bagan Sungai Burung. |
|
Menunggu giliran untuk menaiki bot kembali ke jeti Bagan Sungai Burung. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
10:00 pagi - bertolak ke jeti Sungai Burung, Bagan Datoh
Menyertai grup pertama bertolak dalam pukul 10:00 pagi dan tiba di Jeti Bagan Sungai Burung dalam pukul 10:30 pagi. Alhamdulillah cuaca baik dan perjalanan bot lancar tiada ombak besar.
Kami meninggalkan Taman Negeri Pulau Sembilan dengan pelbagai kenangan manis. Anda pasti tidak menyangka di Semenanjung Malaysia terutamanya di pesisir pantai barat ini, masih ada pulau tanpa penghuni yang secantik ini. Bagi yang sudah ke sini, pasti teruja dengan keindahan dan keunikan pulau tanpa penghuni ini pada waktu malam.
Ianya bukan sahaja sebagai tempat percutian keluarga, berkumpulan atau secara individu untuk lari dari kehidupan bandar yang sibuk. Bahkan bersantai di sini juga dapat merehatkan minda serta menenangkan fikiran. Oleh itu, keindahan alam semulajadi yang menarik di Taman Negeri Pulau Sembilan ini hendaklah dijaga dengan baik untuk mengekalkan keindahannya dan keunikannya untuk generasi akan datang. Apabila Pulau Sembilan kembali dibuka kelak dengan pengurusan dan seliaan yang lebih baik, sudah pasti kembali menjadi pilihan destinasi percutian yang menarik.
|
Giliran untuk menaiki bot. Hanya dalam 30 orang untuk grup pertama |
|
Meninggalkan Taman Negeri Pulau Sembilan dengan pelbagai kenangan manis |
|
Pulau Rumbia dari atas bot |
|
Berselisih dengan salah satu bot penumpang yang membawa pengunjung ke Pulau Sembilan |
|
Aktiviti nelayan menangkap ikan menghampiri pesisir Bagan Sungai Burung |
|
Para peserta grup pertama di dalam bot |
|
Memasuki Jeti Bagan Sungai Burung untuk ke jeti berhadapan pejabat 'Blue Tears Island'. |
|
Bot yang dinaiki sebentar tadi. Terima kasih pada jurumudi bot membawa kami kembali dengan selamat |
|
Grup pertama bergambar ketika sampai di Jeti Bagan Sungai Burung. Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor Group |
Jeti Bagan Sungai Burung
10:30 pagi - aktiviti bebas di perkampungan nelayan
Sementara menunggu grup kedua tiba, para peserta dari grup pertama meninjau gerai-gerai dan kedai-kedai sekitar kawasan jeti melihat jualan barangan ditawarkan untuk dibeli sebagai buah tangan atau cenderahati. Ada yang terus ke parkir moto di perkarangan halaman rumah keluarga Ms Kee untuk bersiap.
|
Barisan jentera yang menunggu kepulangan rider-rider. |
|
Barisan jentera yang menunggu kepulangan rider-rider. |
|
Barisan jentera yang menunggu kepulangan rider-rider. |
|
Barisan jentera yang menunggu kepulangan rider-rider. |
|
Barisan jentera yang menunggu kepulangan rider-rider. |
|
Barisan jentera yang menunggu kepulangan rider-rider. |
|
Barisan jentera yang menunggu kepulangan rider-rider. |
|
Barisan jentera yang menunggu kepulangan rider-rider. |
|
Barisan jentera yang menunggu kepulangan rider-rider. |
|
Barisan jentera yang menunggu kepulangan rider-rider. |
|
Para peserta mula menyimpan barangan di atas kenderaan sokongan dan akan diambil di Wilhin Motor Balakong. |
|
Para peserta bersiap untuk trip perjalanan balik pula |
|
Para peserta bersiap untuk trip perjalanan balik pula |
|
Para peserta bersiap untuk trip perjalanan balik pula |
Route perjalanan balik
Dari Bagan Sungai Burung, konvoi melalui Jalan Simpang Empat-Bagan Datuk (route 69) untuk terus ke Teluk Intan dengan jarak perjalanan sejauh 37 km. Seterusnya ke PETRONAS Sungkai kira 49 km melalui Jalan Changkat Jong (route 58) dan Jalan Pintasan Bidor. Konvoi tamat dan bersurai di PETRONAS Sungkai. Ada kira-kira 133 km lagi ke Kajang melalui Lebuhraya PLUS. Jarak keseluruhannya perjalanan balik kira-kira 245 km.
Bagan Sungai Burung - Teluk Intan
12:00 Tengahari - bertolak ke Menara Chondong, Teluk Intan, Perak
Konvoi mula bergerak dari Bagan Sungai Burung dalam pukul 12:00 tengahari. Kira-kira 14 km perjalanan dari Jeti Bagan Sungai Burung, konvoi re-group di Shell Selekoh, Bagan Datuk (12:30 tengahari) sebelum meneruskan perjalanan ke Teluk Intan. Nama kampung sini 'Selekoh'. Mungkin mengambil nama sempena selekoh jalan dilalui sebentar tadi kira-kira 500m sebelum stesen Shell ini. Ada rider Z750 terpaksa berpatah balik kerana tertinggal telefon bimbit sedang di cas di rumah dekat parkir motor tadi. Beliau ditemani rider GTR1400 untuk kembali ke Bagan Sungai Burung.
|
Re-group dekat Shell Selekoh, Bagan Datuk. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Re-group dekat Shell, Selekoh, Bagan Datuk. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
Teluk Intan, Perak
1:00 tengahari - tiba di Menara Chondong Teluk Intan, Perak
Konvoi singgah di Menara Chondong Teluk Intan untuk bergambar kenang-kenangan terlebih dahulu.
|
Deretan jentera konvoi di Menara Chondong Teluk Intan, Perak |
|
para peserta bergambar kenangan di Menara Chondong Teluk Intan, Perak. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
1:30 tengahari - Makan tengahari di Nasi Kandar Krishnan, Teluk Intan, Perak
Makan tengahari di salah satu restoran nasi kandar yang popular di Teluk Intan iaitu Nasi Kandar Krishnan terletak di Changkat Jong kira-kira 3 km dari Menara Chondong Teluk Intan. Restoran 1 Malaysia dikunjungi pelbagai kaum. Katanya ayam goreng kat sini adalah menu pilihan di sukai ramai. Keenakan kari pula merupakan masakan 'original' India tanpa santan. Apa pun perut sudah lapar, semua nampak sedap apabila hendak pilih lauk, apa lagi makan tengahari ini pun sudah masuk dalam pakej. Ini kali pertama saya menjamu selera di sini, walaupun pernah beberapa kali singgah di Teluk Intan ini.
Rider Z750 dan GTR1400 yang berpatah balik tadi selamat tiba kemudiannya untuk menyertai grup yang sedang menikmati makan tengahari. Ok lah tu, 'handphone' bersama kenangan manis di Pulau Sembilan sudah dapat balik dan makan tengahari pun tidak terlepas. Dalam pukl 2:30 petang, konvoi bergerak ke Sungkai.
|
Layan diri pilihan lauk pauk di Nasi Kandar Krishnan, Teluk Intan, Perak |
|
Pilihan lauk untuk makan tengahari |
|
Menikmati makan tengahari |
|
Para peserta menikmati makan tengahari |
|
Para peserta menikmati makan tengahari |
|
Barisan jentera yang diparkir sekitar Nasi Kandar Krishnan. Rider Z750 yang berpatah balik tadi baru sampai. |
|
Barisan jentera yang diparkir sekitar Nasi Kandar Krishnan |
|
Barisan jentera yang diparkir sekitar Nasi Kandar Krishnan |
|
Bergambar dulu kat sini |
|
Barisan jentera yang diparkir sekitar Nasi Kandar Krishnan |
|
Barisan jentera yang diparkir sekitar Nasi Kandar Krishnan |
|
Barisan jentera yang diparkir sekitar Nasi Kandar Krishnan |
|
Barisan jentera yang diparkir sekitar Nasi Kandar Krishnan |
|
Bergambar dulu sebelum bergerak ke Sungkai |
Sungkai, Perak
03:00 petang - berhenti mengisi minyak di PETRONAS Sungkai, ucapan penghargaan dan bersurai.
Bro Ipin selaku Ketua Marshall memulakan sesi penutup dengan ucapan terimakasih kepada Wilhin Motor dan Dato' Seri Wilson Tan atas penganjuran ride ke Pulau Sembilan ini, juga kepada para peserta yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan ride kali ini. Seterusnya ucapan terima kasih dan penghargaan dari Dato' Seri Wilson Tan dan Michael yang disudahi dengan pesanan kepada para peserta agar ride dengan selamat untuk sampai ke destinasi masing-masing. Jangan lupa ambil barangan yang ditumpang dalam kenderaan sokongan di Wilhin Motor Balakong pesan Michael. Dato' Seri Wilson Tan memaklumkan ada lagi aktiviti ride sebegini di masa akan datang terutama buat pelanggan-pelanggan Wilhin Motor. Syabas Dato' Seri Wilson!
|
Konvoi tiba di PETRONAS Sungkai |
|
Menunggu giliran mengisi minyak |
|
Konvoi di PETRONAS Sungkai |
|
Konvoi di PETRONAS Sungkai. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Jentera Kawasaki. Dari kiri: Ninja H2, Z800, Versys 650 dan GTR1400. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Para peserta mula berkumpul untuk sesi penutup trip ride kali ini. Kredit foto: Michael@Wilhin Motor Group |
|
Para peserta mula berkumpul untuk sesi penutup trip ride kali ini. |
|
Bro. Ipin selaku Ketua Marshall memulakan sesi penutup |
|
Para pserta mendengar ucapan penghargaan |
|
Ucapan penghargaan oleh Bro. Ipin selaku Ketua Marshall dan Dato' Seri Wilson Tan bagi pihak Wilhin Motor. |
|
Ucapan penghargaan oleh Michael dari Wilhin Motor. |
|
Para peserta sedang medengar sessi penutup |
|
Para peserta sedang medengar sessi penutup |
|
Para peserta sedang medengar sessi penutup |
|
Berakhirnya konvoi dan para peserta bersurai di sini. Kredit foto: Ms Kee@Wilhin Motor Group |
Sungkai-Kajang
03:30 petang - bertolak balik ke destinasi masing-masing.
Selesai sesi penutup, meneruskan perjalanan tanpa henti ke Kajang. Sepanjang perjalanan saya di ikuti oleh Bro. Amir Versys 650 sehingga kami berpisah di Sungai Buluh kerana mengikuti laluan berbeza menuju Kajang. Bro Amir meneruskan laluan ke Toll Duta, saya pula mengambil laluan ke tol Damansara. Semasa perjalanan terutama memasuki Selangor hujan mula turun di beberapa tempat dan menjadi semakin kerap dan lebat apabila tiba di Sungai Buluh. Dari Sungai Buluh hingga Kajang hujan lebat sepanjang perjalanan.
05:30 petang - selamat sampai di Kajang
Alhamdulillah selamat sampai di Kajang. Singgah dahulu di Petronas Grand Saga 3 Kajang Bound. Tak sangka jumpa Amir Vesys 650 sekali lagi di sini dalam perjalanan pulang ke Semenyih. Semoga dapat ride lagi bersama Bro Amir di masa hadapan.
Penutup
Ride ke Pulau Sembilan, suatu tempat yang begitu cantik dengan pemandangan yang indah untuk bersantai. Memang terbaik lah untuk 'ride and retreat' kali ini. Makan duduk makan duduk makan...makan..makan.. (6x makan untuk 2 hari 1 malam) baru lah dikatakan percutian yang santai.
Terima kasih kepada pihak penganjur, Wilhin Motor terutama Dato' Seri Wilson Tan, Michael, Christine Kee dan semua warga pengurusan Wilhin yang terlibat 👏🏼👏🏼👏🏼👍🏼👍🏼
Tidak lupa juga kepada semua Marshall diketuai Bro Ipin yang membantu perjalanan para peserta konvoi dengan lancar. 👏🏼👏🏼👏🏼👍🏼👍🏼
Ride Safe Ride Smart with Wilhin Motor Group🏍💨💨💨
Untuk melihat lebih banyak gambar-gambar sekitar 'ride event' ini bolehlah mengunjungi laman sesawang
Wilhin Motor (sila klik pautan).
Terima kasih pada semua yang menyertai ride ini.
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
⇦
Kembali ke Hari Pertama
Follow@Twitter:
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment