Showing posts with label Featured Posts. Show all posts
Showing posts with label Featured Posts. Show all posts

Monday, 5 June 2023

Kehabisan Tunai, Tiada Tunai, Tiada Masalah: Pembayaran Digital Tanpa Tunai Rentas Sempadan di Thailand Bagi Pelancong Malaysia

KEHABISAN TUNAI, TIADA TUNAI, TIADA MASALAH: PEMBAYARAN DIGITAL TANPA TUNAI RENTAS SEMPADAN DI THAILAND BAGI PELANCONG MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Beberapa pilihan pembayaran digital tanpa tunai (seperti QR Code, e-Wallet) yang boleh digunakan di Thailand oleh pelancong Malaysia. Berikut adalah beberapa perkhidmatan pembayaran digital yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan dari Malaysia:


Tuesday, 15 March 2022

SOP Untuk Memasuki DANNOK Bermula 1 April 2022 (Kemaskini 30/3/2022)

SOP UNTUK MEMASUKI DANNOK BERMULA 1 APRIL 2022 (Update 30/3/2022)


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk membuat satu catatan setelah agak lama blog ini sepi dengan entri baru berkisar SOP UNTUK MEMASUKI DANNOK BERMULA 1 APRIL 2022 dimana pembukaan sempadan Malaysia-Thailand diuar-uarkan akan dibuka melalui skim Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) bagi Malaysia dan Test & Go bagi Thailand.




Sunday, 14 June 2020

Syarat dan SOP Konvoi Dalam Tempoh PKP Pemulihan

SYARAT DAN SOP KONVOI DALAM TEMPOH PKP PEMULIHAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk membuat satu catatan setelah agak lama blog ini sepi dengan entri baru berkisar PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) dimana pergerakan rentas sempadan negeri mula dibenarkan dan aktiviti konvoi motorsikal dibenarkan.


Wednesday, 31 January 2018

Ride Ke Koh Samui 2018 Hari01 KL-Nakhon Si Thammarat Bhg1 Kuala Lumpur - Dannok

RIDE KE KOH SAMUI 2018 HARI01 : KL - NAKHON SI TAMMARAT BHG 1

Hari 01 : Rabu 31/01/2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan hari pertama trip ride ke Koh Samui setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 746 km dari Kajang hingga tiba di Nakhon Si Thammarat dan bermalam disini. Merupakan trip perjalanan ketiga saya merentasi sempadan negara dengan bermotorsikal. Trip kali ini menyertai 4 rider lain iaitu Bro Fizi Tuono selaku penganjur, Bro Hj Hassan ZZR1400, Bro Jai Streetfighter 848 dan Bro Fadzil Streetfighter 848.


Saturday, 10 June 2017

Program Imarah Ramadhan Grup Bikers Bersama Madrasatul Quran Wasunnah 2017

PROGRAM IMARAH RAMADHAN GRUP BIKERS BERSAMA MADRASATUL QURAN WASUNNAH 2017

Tarikh: Sabtu, 10 Jun 2017 bersamaan15 Ramadhan 1438H
Lokasi: Madrasatul Quran Wasunnah, (MQS)
Lot 2359, Jalan Lama Genting, 44300 Batang Kali, Selangor

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Mengambil barakah di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, satu program Imarah Ramadhan Grup Bikers bersama Madrasatul Quran Wasunnah (MQS) telah diadakan pada Sabtu, 10 Jun 2017 bersamaan 15 Ramadhan 1438H yang terletak di Lot 2359, Jalan Lama Genting, Batang Kali, Selangor. Dalam program ini, telah berlangsung majlis iftar para bikers bersama para pengajar dan pelajar Tahfiz, dan juga kutipan sumbangan infaq untuk MQS.

Wednesday, 10 May 2017

Jom Ride ke Udang Galah LC Kuala Rompin

JOM RIDE KE UDANG GALAH LC KUALA ROMPIN

10/05/2017 (Rabu)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Pada 2 Mei yang lepas, dapat mesej dari Azhar@Ard RSV4 membuat cadangan untuk grup ride ke Leban Chondong pada hari kelepasan am (Wesak) pada 10 Mei (hari ini) atas permintaan rakan-rakan bikers. Kebiasaanya, satu 'short trip' atau 'day trip' selalu diadakan sebelum atau sempena menyambut ketibaan Ramadhan. Selepas perbincangan, kami bercadang ke Kuala Rompin pula untuk mencuba Restoran Udang Galah LC berdasarkan rekomen sahabat Oilerbikerz (Jebat dan TH Achid) yang pernah mengunjungi ke sini. Trip-trip Oilerbikerz yang lepas-lepas kebiasaanya akan singgah di Kedai Makan Azizah Udang Galah terletak di Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong. Pernah juga mencuba Kedai Makcik Is yang terletak sebelum simpang tiga Leban Chondong dari Muadzam.



Sunday, 2 April 2017

GRAVITY SuperMoto Challenge 2017 Rd1: Jom Sokong Racer OB MiniGP

GRAVITY SUPERMOTO CHALLENGE 2017 RD1: JOM SOKONG RACER OB MINIGP

02/04/2017 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Semalam baru pulang ride dari Ganu Kite sempena TBW17. Hari ini, sebelah petangnya pula berkesempatan ke 'GRAVITY SuperMoto Challenge Round 1' yang berlangsung di Speedway Plus Circuit, Elite Plus Highway, USJ Subang Jaya, Selangor. Kehadiran saya sebagai memberi sokongan moral kepada seorang sahabat OB yang akan menyertai perlumbaan MiniGP buat pertama kali. Kiranya menjadi pembalap 'rookie' untuk perlumbaan tahun ini.


Friday, 31 March 2017

Ride Balik Ganu Layan Terengganu Bike Week Hari02

RIDE BALIK GANU LAYAN TERENGGANU BIKE WEEK HARI02

HARI 02 (31/03/2017): Terengganu Bike Week, Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Hari ini berkesempatan mengunjungi hari pertama 'Terengganu Bike Week 2017 (TBW17)' edisi ke-6 yang diadakan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, dianjurkan oleh Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT). PGPNT telah berjaya menganjurkan program Terengganu Bike Week (TBW) semenjak dari tahun 2012 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan program ini telah pun dimasukkan di dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu


Sunday, 19 March 2017

Wilride ke Pulau Sembilan (Blue Tears Island) Bagan Datoh Hari01


WILRIDE KE PULAU SEMBILAN (BLUE TEARS ISLAND), BAGAN DATOH, PERAK

18th - 19th March 2017 (2 hari satu malam)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Ini pertama kali saya mengikuti ride bersama Wilhin sejak membeli jentera Versys 650 daripada Wilhin Motor pada tahun 2011. Hinggalah sekarang masih berulang-alik ke Wilhin untuk khidmat servis jentera Versys dan memperbaharui insuran. Setiap kali bertemu Michael akan sentiasa mengajak atau menghantar mesej persendirian (maklumlah Gen 'oldskool' tiada FB) kepada saya untuk mengikuti ride yang dianjurkan oleh Wilhin. Setelah lebih 5 tahun, akhirnya saya berkesempatan mengikuti acara ride bersama Wilhin ke Pulau Sembilan, Bagan Datoh di Perak, pada 18hb Mac 2017. Terima kasih kepada Michael@Mike yang sentiasa berhubung dengan saya.


Monday, 20 February 2017

Kenali OilerBikerz

KENALI OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Dalam entri sebelum ini saya banyak menyentuh aktiviti-aktiviti permotoran dua roda saya bersama kumpulan OilerBikerz. Banyak lagi entri yang akan berkisar penglibatan saya sepanjang bersama OilerBikerz akan menyusul. Jadi untuk entri ini saya kongsi sedikit latar belakang OilerBikerz seperti mana yang pernah disiarkan dalam Berita Harian dalam ruangan Sisipan XY - Ikon Lelaki.

Keratan akhbar Berita Harian 20/03/2010

Monday, 6 February 2017

Tuesday, 31 January 2017

Achid Ride to Phnom Penh, Bus Ride to Saigon 2017 - Daily Updates

ACHID RIDE KE PHNOM PENH, BUS RIDE TO SAIGON 2017 

(Tajuk asal: ACHID RIDE KE SAIGON, VIETNAM 2017 )

"As Salam, dengan izin Nya, saya, Hj. Achid dan isteri saya, Hjh. Kyree, akan memulakan pengembaraan menunggang motosikal kami ke Vietnam mulai pagi ini selama18 hari. Kami akan merentasi Thailand dan Cambodia sebelum masuk ke Vietnam, Insya Allah. Oleh itu, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon agar sahabat Oiler Bikerz sekalian akan mendoakan keselamatan kami dan juga dipermudahkan segala urusan kami. Insya Allah, kita bertemu lagi pada hari Jumaat, 17 Feb 2017, Amin, Amin, Ya Robbal A Lamin.... Wassalam." Achid@31/01/2017 08:53

 Itulah mesej yang dikirimkan oleh sahabat OB, Bro Achid ke grup 'Whatsapp' memaklumkan perjalanan kembara dua roda beliau bersama isterinya ke Saigon, Vietnam merentasi 4 buat negara Asia Tenggara. Selamat berangkat ke destinasi yang dirancang buat Bro Achid dan isteri. Kami mendoakan  agar perjalanan musafir Thj Achid dan isteri sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan sehinggalah selamat kembali ke tanah air. InsyaAllah.

 Beberapa hari sebelum trip Saigon ini, Bro Achid ada berkongsi mengenai perancangan dan persiapan trip beliau ke Saigon ini dengan saya. Dengan izin, saya akan berkongsi catatan harian perkembangan kembara Bro Achid di sini. Semoga pengalaman Bro Achid sedikit sebanyak dapat memberi panduan untuk pengembara-pengembara kental dua roda yang memasang impian yang sama untuk mengikuti jejak beliau. InsyaAllah.

Hj. Achid dengan isteri, Hjh. Kyree dan Triumph Tiger.. bermulanya perjalanan

Wednesday, 30 November 2016

Kembara Andalusia, Spain 2016 - Perjalanan 8H/6M (30/11-07/12/2016)

Kembara Andalusia, Spain 2016 - Ringkasan Perjalanan 8H/6M (30/11-07/12/2016)

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA DAN SEVILLA 
8 HARI 6 MALAM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Kembara ini disertai seramai 28 orang peserta dan seorang 'tour leader' dari agensi pelancongan Safir Go Travel.

Sunday, 23 October 2016

Kembara Pesisiran Semenanjung Malaysia 2016 - Bahagian Utara

Ride n' Explore: 
Trans-peninsular Coastal Adventure-Northern Chapter
Kembara Pesisiran Semenanjung Malaya - Bahagian Utara

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah misi mengelilingi pesisiran semenanjung Malaya bahagian utara telah selamat disempurnakan dengan jarak perjalanan sejauh 2058 km selama 5 hari bermula 23/10/2016.

Sekali kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan bikers yang mendoakan keselamatan kami semua semasa kembara ini. Terima kasih juga kepada semua riders dan juga sahabat-sahabat yang membantu kami dari perancangan sehingga ke garisan penamat.


Sunday, 25 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 05: Mae Hong Son - Pai- Mae Chan - Golden Triangle

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 05: Mae Hong Son - Pai- Mae Chan - Golden Triangle

Hari 05: Ahad 25/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-5 setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 463 km dari Mae Hong Son hingga tiba di Golden Triangle (Sok Ruak) melalui Pai, Fang dan Mae Chan. Jumlah jarak perjalanan selepas 5 hari kira-kira 2828 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati.


Wednesday, 21 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Pendahuluan


Kembara Barat dan Utara Thailand 2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Previu

 Hasrat mengembara bermotosikal merentasi bahagian barat dan utara Thailand mejangkau perjalanan hampir 6000 km selama 12 hari, bermula 21 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012, telah dicapai oleh enam penunggang jentera berkuasa tinggi pelbagai kategori. Ekspedisi enam peserta kembara yang terdiri daripada Mas Fadzilah dengan  KTM 990 Adventure, Zainudin menunggang  BMW R1200GS, Rahman pula dengan BMW R1150RT, manakala Hj. Halim, Faiz dan Fauzy, masing-masing mengemudi Kawasaki Versys 650.

 Misi kembara utama adalah untuk menakluk “Thousand Corners”, secara teknikalnya jalan dengan 1,864 selekoh melalui route 1095 Chiang Mai-Pai-Mae Hong Son yang amat terkenal dalam dunia permotoran kembara dua roda antarabangsa. “Thousand Corners” terletak di pergunungan utara Thailand yang bersempadan dengan Myanmar di sebelah barat.