Sunday 14 June 2020

Syarat dan SOP Konvoi Dalam Tempoh PKP Pemulihan

SYARAT DAN SOP KONVOI DALAM TEMPOH PKP PEMULIHAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk membuat satu catatan setelah agak lama blog ini sepi dengan entri baru berkisar PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) dimana pergerakan rentas sempadan negeri mula dibenarkan dan aktiviti konvoi motorsikal dibenarkan.



Seperti sekian maklum dalam mencegah dan menangani penularan jangkitan penyakit coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) selama 2 minggu bermula 18 Mac 2020 hingga 14 Mei 2020 menghadkan pergerakan orang awam untuk keperluan asas terhad dalam lingkungan terhad. Seterusnya melanjut PKB selama 2 minggu lagi dari 15 Mei 2020 hingga 28 April 2020. PKB terus dilanjutkan lagi untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020. Seterusnya di ikuti KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKBB) selama 4 minggu dari 4 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020, dimana sektor tertentu diberikan sedikit kelonggaran untuk beroperasi dan pergerakan rentas sempadan antara negeri masih tidak dibenarkan termasuk Hari Raya Idil Fitri. Seterusnya PKPB digantikan dengan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 dimana pergerakan rentas sempadan negeri mula dibenarkan dan aktiviti konvoi motorsikal dibenarkan dalam PKPP seperti diumunkan oleh Perdana Menteri Malaysia.  Pada masa yang sama, Pasukan Petugas Khas PDRM akan memantau pematuhan SOP premis perniagaan dan kawasan awam sepanjang PKPP. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan lumba haram dan aktiviti konvoi bermotosikal, sepanjang pelaksanaan PKPP menerusi Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) JSPT (Sumber: Berita Harian Online). Antara syarat dan SOP konvoi yang dikongsikan kebanyakan laman permotoran dan sosial media seperti berikut.

Syarat dan SOP Konvoi Dalam Tempoh PKP Pemulihan

A- Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tepakai pada semua negeri kecuali Sarawak.

B- Tempoh kuatkuasa: 10 Jun hingga 31 Ogos. (tertakluk kepada pengumuman dan perubahan oleh MKN)

C- Selain daripada syarat dan SOP ini, SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM masih lagi terpakai dan perlu diamalkan setiap masa oleh semua BIKERS.

D- Syarat WAJIB Konvoi:-
1. Waktu konvoi/ program: 6AM - 10PM sahaja.
2. Tiada program yang bermalam.
3. Bilangan peserta: 20 orang maksimum - termasuk 'pillion' dan 'rescue' (jika ada).
4. Penjarakan sosial: statik = 1-3m, dinamik = 3-5m.
5. Umur riders : 16 - 60 tahun sahaja.
6. Tidak bersalaman/ bersentuhan.
7. Penyediaan senarai pendaftaran peserta. (Senarai Wasapp)
8. Saringan suhu dan yang bergejala sebelum konvoi.
9. Kawalan kendiri pada setiap masa berdasarkan SOP KKM.

E- SOP Konvoi

Persediaan oleh penganjur:
1. Pendaftaran peserta - kaedah buku log atau senarai di dalam Whatsapp/ softcopy - maklumat : Nama Penuh, No. tel, Suhu badan.
2. Digalakkan untuk menggunakan 'thermometer' tanpa sentuh.

Tanggungjawab Riders:
1. Memakai face mask ketika bersama peserta/ dalam kumpulan.
2. Membawa hand sanitizer, sejadah/alas/ pelapik yang bersesuaian.

Semasa konvoi/program:
1. Penganjur perlu memastikan kawalan konvoi dengan jarak sosial yang bersesuaian tanpa menggangu lalulintas.

Semasa konvoi/program berjalan:
1. Kawalan kendiri serta arahan SOP KKM/MKN.
2. Tidak memuat naik gambar dalam kedudukan peserta yang tidak patuh SOP atau yang boleh mengundang fitnah.

Penutup program/konvoi:
1. Doa wehdah/ penutup tanpa bersalaman/ sentuhan.

Post Mortem Program:
1. Rekod peserta perlu disimpan sekurang-kurangya 6 bulan.

*Ingatan kepada SEMUA BIKERS*
S - syarat PKP;
O - Orang berisiko tinggi perlu dilindungi;
P - penjarakan sosial.

2- ELAKKAN "3C"
Crowded place - kawasan yang sesak;
Confined space - kawasan yang sempit;
Close conversation - bertutur dengan jarak yang dekat.

3- SENTIASA AMALKAN "3W" 
Wash - kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
Wear - memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala
Warn - amaran peringatan dari KKM

Semoga sedikit tips ini memberi manfaat pada semua."

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Be Safe, Stay Healthy, Keep Your Distance, Clean Your Hands

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment