Friday 31 March 2017

Ride Balik Ganu Layan Terengganu Bike Week Hari02

RIDE BALIK GANU LAYAN TERENGGANU BIKE WEEK HARI02

HARI 02 (31/03/2017): Terengganu Bike Week, Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Hari ini berkesempatan mengunjungi hari pertama 'Terengganu Bike Week 2017 (TBW17)' edisi ke-6 yang diadakan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, dianjurkan oleh Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT). PGPNT telah berjaya menganjurkan program Terengganu Bike Week (TBW) semenjak dari tahun 2012 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan program ini telah pun dimasukkan di dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu


Ride Balik Ganu Layan Terengganu Bike Week Hari01

RIDE BALIK GANU LAYAN TERENGGANU BIKE WEEK HARI01

HARI 01 (30/03/2017): Kajang - Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Hari ini rasa hendak ride balik ke Kuala Terengganu menziarah sanak saudara sambil melayan Terengganu Bike Week yang akan bermula esok. Ingat hendak bertolak awal pagi, tetapi hujan pula pagi-pagi. Pergi sarapan dulu dekat Kak Su Nasi Kerabu. Dalam pukul 10:15 pagi baru bergerak dari rumah.

Ganu Kite

Tuesday 28 March 2017

Pelindung atau Selimut Motorsikal (Motorcycle Cover)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Sudah tiba masanya mencari penutup atau pelindung atau selimut atau sarung motor ('motorcycle cover') yang baru. Selimut motor yang dipakai sekarang adalah jenis polimer (polyethylene atau ethylene-vinyl acetate co-polymer atau PEVA) berwarna perak sudah mula koyak. Jenis polimer banyak dijual dikedai-kedai motor, harganya berbeza-beza mengikit kualiti polimer. Kebiasaanya, harga untuk motorsikal besar boleh tahan juga, lagi besar saiz motor, lagi besar harganya.


Sunday 26 March 2017

Klawang Sunday Ride 26/03/2017

KLAWANG SUNDAY RIDE (26/03/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) secara solo lagi. Itu pun keluar dari rumah sudah pukul 11:30 pagi. Dalam grup-grup 'Whatsapp' ada yang ke Awana, Lentang dan Lemang To'ki. Tak sempat nak join, jadi ride santai alon-alon ke Kuala Klawang sekadar memanaskan motor.

  KIC tengahari tadi macam kat Losail (Qatar) la pulak. Masa naik ada 'spot' jalan dah basah permulaan Stage 2 dek hujan ditengahari. Sampai kat Genting Peras, alamak dah hujan lak pulak tapi tidak lebat. Lepas beberapa km, tiada hujan pulak. Kereta pun macam banyak dari biasa terutama dekat Stage 1, mungkin baru balik dari aktiviti berbasikal. Terdapat CIMB Cycle 2017 di Seri Menanti. Dua kategori dipertandingan iaitu '35km Challenge Ride' Dan '120 km Edurance Ride'. Bagi kategori 'Endurance Ride' sejauh 120 km dengan route Kuala Pilah - batu Kikir - Simpang Pertang - Kuala Klawang - Pantai - Kuala Pilah.

Sampai Klawang Pit Stop dalam 12:30 tengahari, masih ada grup motor dan ada juga baru sampai. Gambar-gambar sekitar di Klawang Pit Stop


Sunday 19 March 2017

Wilride ke Pulau Sembilan (Blue Tears Island) Bagan Datoh Hari02

WILRIDE KE PULAU SEMBILAN (BLUE TEARS ISLAND) BAGAN DATOH, PERAK

18th - 19th March 2017 (2 hari satu malam)

Sambungan dari Hari 01

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

HARI 02 (19/03/2017)

Pulau Sembilan (@Pulau Lalang)
 Pukul 5:00 pagi, hujan lebat melanda Pulau Sembilan. Hendak tarik selimut tiada pula. Cuma risau kalau terdapat limpahan air dari tebing bukit meresap masuk ke kawasan perkhemahan, namun tiada apa-apa berlaku tetapi tidak tahu pula kepada khemah yang lain. Ada juga terdengar khemah peserta yang dimasuki air, mungkin dari limpahan takungan kanopi. Oleh kerana sudah terjaga, maka tidur-tidur ayam dulu. Pukul 6:30 pagi, sudah bangun dan terus pergi mandi dekat bilik mandi sementara sebelah tapak perkhemahan.

 Selamat pagi Pulau Sembilan! Matahari terbit dari arah Bagan Datoh sekitar 7:22 pagi, tetapi sayang tidak dapat melihat kemunculannya kerana keadaan awan yang agak mendung disebelah ufuk timur di waktu pagi. Bersiar-siar di pantai di waktu pagi dan duduk bersantai menikmati suasana pagi tatkala sang suria mula kelihatan. Apa topik perbualan yang menarik pagi-pagi ini? Bak kata si Michael " Malam tadi macam kat Stesen Keretapi" ha ha ha merujuk kepada dengkuran penghun-penghuni khemah semalam. Tengah musim cuti sekolah, khemah agak padat atau bersebelahan satu sama lain. Lagi pun terdapat pengunjung lain juga berkongsi tapak perkhemahan. Mungkin kurang 'privasi' sikit, tetapi itulah kenangan bila berkhemah secara kumpulan. Sebelum ke sarapan, berkemas siap-siap, jadi bawa beg sekali ke tempat sarapan.

7:24 Pagi: Good Morning Pulau Sembilan

Wilride ke Pulau Sembilan (Blue Tears Island) Bagan Datoh Hari01


WILRIDE KE PULAU SEMBILAN (BLUE TEARS ISLAND), BAGAN DATOH, PERAK

18th - 19th March 2017 (2 hari satu malam)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Ini pertama kali saya mengikuti ride bersama Wilhin sejak membeli jentera Versys 650 daripada Wilhin Motor pada tahun 2011. Hinggalah sekarang masih berulang-alik ke Wilhin untuk khidmat servis jentera Versys dan memperbaharui insuran. Setiap kali bertemu Michael akan sentiasa mengajak atau menghantar mesej persendirian (maklumlah Gen 'oldskool' tiada FB) kepada saya untuk mengikuti ride yang dianjurkan oleh Wilhin. Setelah lebih 5 tahun, akhirnya saya berkesempatan mengikuti acara ride bersama Wilhin ke Pulau Sembilan, Bagan Datoh di Perak, pada 18hb Mac 2017. Terima kasih kepada Michael@Mike yang sentiasa berhubung dengan saya.


Sunday 12 March 2017

Klawang Sunday Ride 12/03/2017


KLAWANG SUNDAY RIDE (12/03/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Kelawang) tetapi secara solo. Itu pun keluar dari rumah sudah pukul 11:00 pagi. Dalam grup-grup 'Whatsapp' pun nampaknya macam tiada yang turun ride. Sudah hampir sebulan tidak melayan kelawang, jadi ride pun santai alon-alon sekadar memanaskan motor.

Gambar-gambar sekitar ride hari ini.

Simpang Jalan Sungai Tekali - Jalan Sungai Lalang

Habis separuh Stage 1.

Wednesday 8 March 2017

Ride Solo Dari Lemang To'Ki Bentong Pekena Teh dan Strawberri Cameron Highlands

RIDE SOLO DARI LEMANG TO'KI BENTONG PEKENA TEH DAN STRAWBERI CAMERON HIGHLANDS

08/03/2017 (Rabu)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Pagi-pagi lagi sudah sarapan dekat Kak Su Nasi Kerabu, lepas hantar anak gi sekolah. Duduk makan nasi kerabu, dok fikir apa nak buat hari ini. Kerja beres doh, hok baru dok masuk lagi. Hari ini Rabu pulok sekolah ada ko-ko, pakat balik petang belaka. Rasa nok jalan jauh sikit, tapi nok gi tang mana. Nok ajok hok lain pakat gi kerja belaka, nampak gaya ambo jalan sorang-sorang..  ha ha baca ikut loghat irama lagu tema Mat Dan Kaki Jalan (Lagu "Mok" (Emak) dalam loghat Terengganu).