Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Ride santai hari ini dengan Versys 650. Asalnya hendak melayan dengan SBK, tetapi pagi Ahad di Kajang hujan seketika, jadi rider nak ride bersama pagi ini tidak jadi ride pula. Dalam pukul 10.30 AM, cuaca pun nampak bertambaik baik, sedikit mendung, ride santai dengan Versys layan korner bagi asah tayar tepi elok juga ni. Biasa jalan tegak sahaja.




