Wednesday, 17 May 2017

Ride Santai Ke Seri Menanti Sampai Port Dickson dan Tanjung Tuan

RIDE SANTAI KE SERI MENANTI SAMPAI PORT DICKSON DAN TANJUNG TUAN

17/05/2017 (Khamis)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan Ride Santai Berendam di Hutan Lipur Ulu Bendul. Ride santai kali ini masih menjelajah Negeri Sembilan iaitu Seri Menanti pula dan seterusnya ke pesisir pantai Port Dickson dan Tanjung Tuan. Sebenarnya trip ini tidak dirancang, main pakai terjah je.



9:50 AM PETRONAS Prima Saujana
 Mengisi minyak dan memeriksa tekanan angin tayar di PETRONAS Prima Saujana terlebih dahulu. Perjalanan diteruskan dengan memasuki route E21 Lebuhraya LEKAS dan susur keluar melalui persimpangan Paroi/Senawang memasuki route 51 Jalan Kuala Pilah hala Bukit Putus untuk menuju ke Kedai Sarapan D'Sawah selepas melewati Kawasan Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul.

Mengisi minyak di PETRONAS Prima Saujana


10:30 AM Kedai Sarapan D'Sawah
 Singgah minum dulu di Kedai Sarapan D'Sawah yang terletak di Kampung Ulu Bendul Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Lebih jelas lagi terletak di sebelah kiri jalan lurus dari Ulu Bendul menuju ke Kuala Pilah selepas Kawasan Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul. Kiri kanan kedai terbentang luas sawah padi dengan pemandangan bukit bukau di sekelilingnya. Makan dan minum sambil mengadap sawah (waktu ini padi sudah di tuai) dan bukit menikmati keindahan ciptaan Ilahi dalam suasana damai sambil mengambil udara kampung yang nyaman dan tenang. Subhanallah! Nikmat dunia! Kalau mengunjungi dihujung minggu pula, pasti penuh dengan grup-grup bikers dan juga kereta sukan yang menjadikan tempat persinggahan bersarapan di sini. Bila musim padi yang sedang ranum masak atau menguning untuk dituai, pasti indah sekali untuk kembali bersarapan di sini.

 Apa yang syok sarapan atau minum-minum di sini. Kata orang nogori (Negeri Sembilan), lebih tepat lagi orang Kuala Pilah makanan di sini sodap (sedap). Katanya roti canai dan nasi lemak berlauk sini istimewa, yang menjadi menu minum pagi saya bersama anak. Pak Cik Ahmadiah Jaamat, tuan punya Kodai Sarapan D'Sawah yang buat roti canai itu sendiri. Nasi lemak berlauk rendang daging atau ayam masakan nogori (Negeri Sembilan) tu yang buat sodap (sedap). Yang menariknya lagi, kedai ini turut menyediakan air semula jadi dari kaki gunung Ulu Bendul dengan percuma untuk diminum oleh pelanggannya. Air mineral semula jadi yang banyak khasiatnya tersedia diatas meja untuk pelanggan yang singgah disini.

Apabila hendak beredar, sudah pasti anda disapa mesra dengan ucapan terima kasih dari pemilik dan warga kerja Kodai Sarapan D'Sawah. Dalam pukul 11:15 AM bertolak ke Seri Menanti pula.

Kedai Sarapan D'Sawah

Tiba di Kedai Sarapan D'Sawah terletak di tengah sawah dengan pemandangan bukit-bukau sekelilingnya

Parkir V di Kedai Sarapan D'Sawah

Deretan kereta pelanggan-pelanggan di sepanjang jalan 

Pak Cik Ahmadiah Jaamat, tuan punya Kodai Sarapan D'Sawah yang buat roti canai itu sendiri.

Menu sarapan yang disediakan dari pukul 7:00 -11:00 pagi.

Minum pagi dengan roti canai dan nasi lemak berlauk rendang daging masakan nogori (Negeri Sembilan). Air mineral semula jadi dari kaki gunung Ulu Bendul turut di sediakan atas meja (dalam bekas / botol putih tu)

Selesai minum di Kedai Sarapan D'Sawah

Terbaik D'Sawah, tidak menghampakan. Hendak bergerak ke Seri Menanti pula

Kelihatan Kedai Makan Zaini Salai House dari Kedai Sarapan D'Sawah


11:25 AM Pintu Gerbang ke Seri Menanti (Terachi)
Berhenti sekejap bergambar sekejap di pintu gerbang jalan masuk ke Seri Menanti di Terachi. Seri Menanti ini kawasan jajahan Ustaz Asmadi (sahabat biker) dan juga tempat kelahiran asal penyanyi terkenal Negeri Sembilan iaitu Dato Hattan. As Salam Ustaz Asmadi, den (saya) hendak minta izin tumpang lalu kampung Ustaz ni (kalau ada baca).

Tiba di pintu gerbang menuju ke Seri Menanti di Terachi


11:30 AM Kampung Ulu Parit (KM 3 Jalan ke Seri Menanti)
Berhenti sebentar bergambar dengan mercu tanda 'Selamat Datang ke Seri Menanti 'di KM3, berdekatan Kampung Ulu Parit. Apa yang menarik, sepanjang jalan N29 menuju ke Seri Menanti memang 'tip top', macam baru diturap.

Tiba di Mercu Selamat Datang ke Seri Menanti di KM3, berdekatan Kampung Ulu Parit


11:45 AM Muzium DiRaja Seri Menanti (Istana Lama), Kuala Pilah
 Sebelum ke Muzium DiRaja Seri Menanti, ronda-ronda dahulu di sekitar Bandar DiRaja Seri Menanti termasuk sampai ke pintu utama Istana Besar Seri Menanti. Hajat hendak membawa anak memasuki Muzium DiRaja Seri Menanti (Istana Lama) hampa kerana ditutup untuk kerja-kerja baik pulih. Walaubagaimana, kami dibenarkan bersiar-siar sekitar kawasan muzium tanpa memasuki kawasan yang dipagar. Muzium DiRaja Seri Menanti sebenarnya merupakan Istana Lama Seri Menanti yang dibina pada tahun 1905 dan siap tiga tahun kemudian. Apa yang menarik, istana empat tingkat ini dibina tidak menggunakan sebarang paku. Turut dipamerkan adalah Takta Rencana, merupakan sejenis kenderaan khas yang digunakan dalam majlis rasmi.

Catatan berkenaan Muzium DiRaja Seri Menanti

Tiba di Muzium DiRaja Seri Menanti

V bergambar di Muzium DiRaja Seri Menanti

Takhta Rencana dan Muzium DiRaja Seri Menanti

Bergambar kenangan dulu di Muzium DiRaja Seri Menanti

Takhta Rencana dipamer di Muzium DiRaja Seri Menanti

Catatan berkenaan Takhta Rencana dipamer di Muzium DiRaja Seri Menanti

Muzium DiRaja Seri Menanti dalam proses baikpulih dan ditutup kepada pengunjung

Bergambar kenangan di Muzium DiRaja Seri Menanti

V bergambar kenangan Muzium DiRaja Seri Menanti

Giliran saya pula bergambar kenangan di Muzium DiRaja Seri Menanti

Giliran anak pula bergambar kenangan di Muzium DiRaja Seri Menanti

Bergambar dari sudut tepi Muzium DiRaja Seri Menanti

Anak bergambar dari sudut tepi Muzium DiRaja Seri Menanti

Bergambar di hadapan Muzium DiRaja Seri Menanti

Giliran anak pula bergambar di hadapan Muzium DiRaja Seri Menanti


12:30 PM Pintu Gerbang Bandar DiRaja Seri Menanti
 Sebelum meninggalkan Bandar DiRaja Seri Menanti, singgah bergambar di pintu gerbang Bandar DiRaja Seri Menanti yang di bina pada tahun 1999. Berdekatan dengan pintu gerbang, terdapat Makam DiRaja Seri Menanti, bersebelahan dengan Masjid DiRaja Tunku Munawir. Dalam perjalanan ke Zaini Salai House, singgah dahulu di Perkampungan Budaya Terachi, tetapi hampa kerana perkampungan ini sudah terbiar dan tidak beroperasi lagi. Hanya Restoran Warisan sahaja yang masih beroperasi.

Pintu Gerbang Bandar DiRaja Seri Menanti

Plat perasmian Pintu Gerbang Bandar DiRaja Seri Menanti

Masjid DiRaja Tunku Munawir, terdapat Makam DiRaja Seri Menanti


12:50 PM Zaini Salai House
Oleh kerana sudah tengahari, singgah dahulu Kedai Makan Zaini Salai House untuk menikmati makan tengahari dengan sajian menu istimewanya masakan tradisional Nogori (Negeri Sembilan). Zaini Salai House terletak berdekatan dengan Kedai Sarapan D'Sawah yang dikunjungi tadi. Pemilik Zaini Salai House, Muhd. Zaini Saad, sebenarnya berasal dari Pulau Pinang, berkahwin dengan orang Negeri Sembilan dan menetap dekat sini. Beliau telah mewarisi resipi turun temurun daging salai daripada bapa mertuanya dan memulakan perniagaan Zaini Salai House sejak 1988.

 Apakah sajian istimewa masakan tradisi Nogori (Negeri Sembilan) yang juga menjadi tempat persinggahan biker pada hujung minggu. Kedai makan ini sangat popular dengan masakan lemak cili padinya berasaskan produk salai seperti daging, ayam, itik, puyuh dan ikan semilang (keli). Lauk yang sodap sodap yo ni, tak podeh bukan masakan nogori la. Menu pilihan saya untuk makan tengahari adalah masak lemak daging salai dan rendang itik salai. Setelah selesai makan tengahari, nak poi Pedeksen pulak (hendak ke Port Dickson pula). Dalam 1:45 PM mula bergerak.

Tiba di Zaini Salai House yang terkenal dengan masakan kampung terutama masak lemak cili api Negeri Sembilan

Versys jumpa geng kat sini

Nice Red Versys. Pemiliknya baru balik mesyuarat dari Kuala Pilah menghala ke Seremban singgah makan tengahari

Tempat menyalai ciptaan Zaini Salai House yang dapat mengurangkan tempoh menyalai dan lebih efektif.

Pekerja sedang memilih daging yang sudah siap di salai

Tempat menyalai dengan menggunakan kayu tertentu seperti kayu rambutan, manggis atau mata kucing

Rendang itik dan daging salai masak lemak dengan rebung

Ayam kampung masak lemak, sayur pisang dan cekur manis 

Gulai puyuh salai dan gulai telur itik.

Menu pilihan masak lemak daging salai dan rendang itik salai


2:15 PM Tol Pedas
Tentu rasa pelik, hendak ke Port Dickson tetapi sudah terlajak sampai ke Tol Pedas pulak. Bukan hendak ke Sabak Salai, tetapi gara-gara terikut arah disyorkan oleh GPS. Dari Zaini Salai House, ketika sampai di persimpangan LEKAS, saya meneruskan perjalanan menggunakan route 51 jalan Kuala Pilah, tetapi tiba di persimpangan route 97 Jalan Paroi - Senawang, GPS mengesyorkan laluan route 97 pula. Seterusnya memasuki E2 Lebuhraya Utara -Selatan hala ke selatan menuju susur keluar Pedas. Rupanya GPS mengesyorkan jalan lama ke Port Dickson. Terpaksalah membuat pusingan U di Tol Pedas untuk kembali ke route E29 Lebuhraya Seremban Port Dickson.

2:30 PM Kawasan Rehat Mambau (hala PD)
Singgah dahulu di Kawasan Rehat Mambau untuk berhenti solat zohor dan memenuhi tuntutan biologi.

3:25 PM Pantai Teluk Kemang
Dari route E29 Lebuhraya Seremban Port Dickson, memasuki route 364 Jalan Pintasan Teluk Kemang. Seterusnya memasuki route 5 Jalan Pantai Port Dickson untuk ke Pantai Teluk Kemang terlebih dahulu. Saya bercadang untuk menuju ke Tanjung Tuan terlebih dahulu dan kembali semula ke Port Dickson menyusuri jalan-jalan pesisir pantai.

3:30 PM Tanjung Tuan (Cape Rachado), Melaka
Dari route 5 Jalan Pantai Port Dickson, membelok masuk ke route N167 Jalan pantai dan tiba di persimpangan Tanjung Tuan dan Tanjung Biru (Blue Lagoon) yang juga merupakan sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka. Tanjung Tuan adalah sebahagian dari negeri Melaka yang terletak dalam Negeri Sembilan. Jadi lajak ke Tanjung Tuan dahulu bermakna memasuki negeri Melaka. Mengikuti Jalan Pantai sampai ke penghujungnya di tepi pantai antara Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan Ilham Resort.

 Kembali semula ke pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk dan pengunjung dikenakan bayaran masuk RM1.00. Untuk ke puncak atau rumah api kena menapaklah, letih pula hendak bawa motor nanti. Jadi sekadar melihat informasi latar belakang sejarah Tanjung Tuan (Cape Rachado) yang terdapat di sini. Tanjung Tuan telah ditawan oleh Portugis pada tahun 1606, selepas kejatuhan Melaka pada 1511, diberi nama Cape Rachado dan didirikan sebuah rumah api. Selain itu, Tanjung Tuan juga merupakan lokasi untuk melihat persinggahan burung-burung ketika musim berhijrah dari Hemisfera Selatan ke Utara. Seterusnya, menyusuri jalan ke pantai bersebelahan Ilham Resort. Terdapat resort baru dengan rupabentuk kabin-kabin penginapan yang agak unik, ada yang berbentuk seperti iglu.

Tiba di persimpangan yang menjadi sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka
Kehadapan, jalan menghala ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang terletak dalam negeri Melaka

Sebelah kiri, jalan menuju ke Pantai Cermin yang terletak dalam negeri Melaka

Sebelah kanan, jalan menghala ke Tanjung Biri (Blue Lagoon) yang terletak dalam negeri Melaka

Di hadapah pintu masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang terletak dalam negeri Melaka

Infomasi dan penerangan mengenai sejarah Tanjung Tuan

Pintu masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Pemandangan pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) dari Hutan Rekreasi Tanjung Tuan 

Pemandangan pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) berdekatan Ilham Resort

Pemandangan pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) berdekatan Ilham Resort ketika air surut

Pemandangan pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) berdekatan Ilham Resort

Pemandangan pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) berdekatan Ilham Resort ketika air surut

Pemandangan pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) berdekatan Ilham Resort ketika air surut

Jalan pantai bersebelahan Ilham Resort. Terdapat resort baru dengan rupabentuk kabin-kabin penginapan yang agak unik.


3:50 PM Tanjung Biru (Blue Lagoon)
Kembali semula ke persimpangan yang menjadi sempadan negeri untuk meninjau pula pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon). Sekitar Tanjung Tuan ini terutama Blue Lagoon terdapat banyak rumah-rumah peranginan milik korporat dan agensi kerajaan.

Mercu tanda Tanjung Biru (Blue Lagoon)

Jalan menghala ke pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon)

Pemandangan kawasan peranginan pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon)

Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon)

Terdapat deretan gerai makan dan juga rumah peranginan di pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon)

Bergambar dahulu di pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon)


3:55 PM Pantai Cermin
Seterusnya menyusuri Pantai Cermin yang berada bertentangan arah dengan pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon). Dari sini kelihatan Resort Grand Lexis, dimana pernah menginap di sini bersama keluarga sempena Hari Keluarga dianjurkan oleh syarikat tempat bertugas. Sudah pasti menggamit kenangan! Anak mengajak ke sana untuk melihat kambali resort tersebut, memandangkan kesuntukkan masa, mungkin lain kali.

Meninjau pemandangan dari Pantai Cermin

Kelihatan resort Grand Lexis Port Dickson dari Pantai Cermin


4:15 PM Pantai Teluk Kemang
Kembali semula ke pesisiran pantai Teluk Kemang dengan menyusuri jalan pantai melalui Naam Boutique Lodge sehingga penghujungnya terdapat menara tinjau (baywatch) berhampiran Ancasa Resort. Oleh kerana jalan ini berhampiran pantai, terdapat pula pokok-pokok untuk berteduh dengan angin sepoi-sepoi, jadi berhenti rehat dan bersantai di sini terlebih dahulu. Hari ini hari bekerja, pengunjung berkeluarga pun tiada sangat, namun terdapat juga pasangan-pasangan datang bersiar-siar di sini. Sebelum sampai di sini sudah beli air minuman walaupun terdapat penjual ais krim mundar-mandir sekitar pantai ini. Deretan kedai makan banyak yang tutup, mungkin sebelah malam baru memulakan bisness, jadi sebelah malam mungkin meriah sikit.

 Dalam pukul 5:00 PM menyambung perjalanan menyusuri jalan-jalan pantai ke pantai peranginan utama berhampiran dataran Teluk Kemang dimana terdapat banyak kedai-kedai menjual cenderahati terutama t-shirt dan juga deretan kedai makan. Jalan pantai melalui PD Wellnes Walk tutup pula, jadi terpaksa kembali ke route 5 Jalan Pantai Port Dickson dan membuat lencungan melalui berhampiran lagun di PD World Marina Resort dan kembali semula ke route 5 menuju pantai peranginan utama Port Dickson berhampiran Bagan Pinang atau Batu 4 Jalan Pantai Port Dickson.

Menara tinjau di Pantai Teluk Kemang berdekatan Ancasa Resort

Pemandangan pantai Teluk Kemang berdekatan Naam Boutique Lodge

Pemandangan pantai Teluk Kemang menghala ke Teluk Kemang Observatory (Balai Cerap)

Bersantai dahulu di Pantai Teluk Kemang berdekatan Naam Boutique Lodge

Bersantai dahulu di Pantai Teluk Kemang berdekatan Naam Boutique Lodge

Terdapat pengusaha-pengusaha rekreasi laut di pantai Teluk Kemang berdekatan Naam Boutique Lodge

Mercu Tanda Port Dickson berdekatan pantai peranginan Teluk Kemang


5:30 PM Pantai Port Dickson (Bagan Pinang)
Bersiar-siar di sekitar pantai Port Dickson (Bagan Pinang) berdekatan parkir Batu 4 Jalan Pantai Port Dickson. Apa yang menarik sebenarnya pantai-pantai Port Dickson? Kalau yang perasan tiada pantai lain yang seindah Port Dickson di pantai barat semenanjung Malaysia. Tetapi jangan bandingkan pula PD dengan pantai Terengganu mengadap Laut China Selatan. Sudah pasti tidak sama. Selain pantai Teluk Kemang yang paling popular, terdapat pantai-pantai yang dikategorikan indah di pesisir Port Dickson iaitu Pantai Tanjung Gemuk, Pantai Bagan Pinang, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Saujana, Pantai Purnama, Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) dan Pantai Cermin.

Pantai-pantai indah selain pantai Tekluk Kemang di Port Dickson
Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik di PD selain pantainya yang boleh dikunjungi antaranya Pusat Pelancongan Pendidikan Hutan Simpan Sungai Menyala, Pusat Ikan Hiasan, Balai Cerap Teluk Kemang (Baitul Hilal), Muzium Tentera Darat, PD Ostrich & Pet Show Farm, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Alive 3D Art Gallery, Upside Down Art Gallery, dan lain-lain lagi. Mungkin kunjungan di masa hadapan akan cuba singgah pula tempat-tempat ini. Inilah Port Dickson di mana sejarah awalnya bermula pada tahun 1820an. Pegawai tinggi British yang mengetuai Negeri-Negeri Selat merasakan ia berpotensi untuk dijadikan pelabuhan dagang dan tempat rehat para pegawai British. Dari nama Sir John Frederick Dickson inilah Port Dickson mendapat nama yang kekal hingga ke hari ini.

 Masa untuk beredar, keluar dari kawasan parkir, membuat pusingan 'U' dengan memasuki kawasan Hotel Seri Malaysia Port Dickson. Pernah juga dulu-dulu menginap di hotel ini. Seterusnya mengisi minyak di PETRONAS Bagan Pinang, solat Asar dan singgah sebentar di gerai-gerai menjual cenderahati. Cuma beli sehelai T-shirt untuk anak. Dalam pukul 6:00 PM, mula bergerak pulang melalui route N8 Persiaran Pahlawan dan E29 Lebuhraya Seremban - Port Dickson, Route 53 Jalan Rasah, route 51 Jalan Dato Muda Linggi dan  route 86 Jalan Jelebu.

Pantai Port Dickson (Bagan Pinang) dari parkir Batu 4 Jalan Pantai Port Dickson

Sepanjang jalan ada deretan gerai makan dan jualan cenderahati berhampiran parkir di Pantai Port Dickson (Bagan Pinang)

Pantai Port Dickson (Bagan Pinang) dari parkir Batu 4 Jalan Pantai Port Dickson

Taman rekreasi dan juga menara tinjau berhampiran kawasan parkir Pantai Port Dickson (Bagan Pinang).


6:45 PM Imani Seafood
Sebelum memasuki Lebuhraya LEKAS, singgah dahulu makan malam  di Restoran Imani Seafood yang terletak di route 86 Jalan Jelebu, sebelah kanan selepas PETRONAS Jalan Seremban-Jelebu. Selepas makan malam, meneruskan perjalanan pulang ke Prima Saujana dengan memasuki Lebuhraya LEKAS melalui persimpangan Ampangan.

Route yang dilalui (sedikit berbeza dari Google Route):




Alhamdulillah selamat sampai rumah sebelum pukul 8:00 PM. Ini merupakan trip perjalanan bermotorsikal yang paling jauh bersama anak saya sebagai pembonceng. Syukur Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik dengan selamat tanpa sebarang kesulitan. Akhirnya dapat juga menunaikan permintaan anak saya. Kebiasaanya, saya hanya membawa bersiar-siar sekitar kawasan taman perumahan sahaja.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment