Sunday, 7 May 2017

Klawang Sunday Ride 07/05/2017

KLAWANG SUNDAY RIDE (07/05/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang). Semalam dapat mesej dari Bro. Khalid ajak melayan KKIC. Tapi pagi ini tidak sempat jumpa Khalid di PETRONAS Grand Saga seperti biasa gara-gara terpaksa 'check in gentlemen room' dulu agak lama memenuhi tuntutan biologi, walaupun sudah siap pada mulanya. Tiba agak lewat di PETRONAS Grand Saga dalam 9:00 AM, di mana Khalid memberi mesej sudah bergerak dahulu dan akan menunggu di kedai makan depan Masjid Batu 14.




Selesai mengisi minyak dan memeriksa angin tayar, terus bergerak. Setelah menunggang seketika, didapati salah satu lampu amaran kuning masih menyala. Kebiasaannya, semua lampu amaran akan terpadam selepas motor bergerak dan tiada mesej diberikan pada paparan panel LCD. Berhenti sekejap, matikan injin, start, memeriksa info pada panel tapi tiada, bergerak semula, lampu amaran masih menyala. Berhenti lagi, matikan injin, ulang sekali lagi, masih sama. Oleh kerana tiada, paparan mesej atau status info yang serius pada panel LCD, saya meneruskan perjalanan ke kedai makan depan Masjid Batu 14. Ini kali pertama terjadi sejak saya menunggang S1000RR. Sampai ke kedai makan nanti akan rujuk rider manual. Biasalah masa dapat motor ada belek-belek tengok rider manual, lama-lama sudah lupa la.

DTC Warning Light

 Sampai di kedai makan depan Masjid Batu 14, Khalid serta empat rider lain (Mior ZX-6R, Shahrum ZX14, Zairul CB650F, Art MT09, baru duduk bersarapan. Apa lagi, buka handphone cari rider manual hendak periksa apa yang tidak kena. Lampu amaran untuk DTC System (Dynamic Traction Control) rupanya. Ada dua kemungkinan, saya telah mematikan (switch off) DTC dengan tidak sengaja atau terdapat masalah pada DTC. Harap-harap kes 'switch off'. Langkah pertama, kena cuba hidupkan DTC dulu. Kalau masih sama, kena buat 'self-diagnosis' ni. Selepas buat procedure 'activate DTC', start motor kasi jalan sikit, Alhamdulillah lampu DTC sudah tidak menyala. Lega. Kalau tidak korner kansel lah hendak melayan Klawang. Terima kasih Bro Khalid yang sama-sama membantu.

Activate DTC


Sudah selesai sarapan, hampir pukul 10:00 AM, mula bersiap bergerak ke KIC.

Khalid ZX-6R. Jadi kameramen, dua butir kamera depan dan belakang.

Shahrun ZX14 dan Mior ZX-6R. Tengah bincang strategi tu

Zairul CB650F. Crash guard baru..

Art MT09. Aisey kabur pula gambar.


Jom tengok aksi pembalap-pembalap Klawang hari ini.

Stage 1

S1000RR vs ZX-6R vs MT09

S1000RR vs ZX-6R vs MT09

S1000RR vs ZX-6R vs MT09

S1000RR vs ZX-6R vs MT09. Semua beratur belakang Khalid ZX-6R

 ZX-6R vs MT09

ZX-6R vs MT09

ZX-6R vs MT09

Mior ZX-6R. Kena minta izin dengan Khalid baru boleh potong..

Art MT09

Shahrun ZX14

Zairul CB650F



Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)


Stage 2

Tamat sudah sesi memanas di Stage 1. 

Sesi practise perleferen untuk Stage 2 bermula

ambil angin dulu...



Semua sudah ada..

CB650F vs ZX14 vs MT09

ZX-6R kasi feng semua...

fuuuh  MT09 nak tapau ZX14

ZX14 vs MT09

ZX-6R sudah mari

ZX14 vs ZX-6R

We are Klawang Riders...

Aisey kameramen sudah buka langkah...

ZX-6r Hijau berdesup tinggalkan S1000RR VS ZX-6R hitam

layannnn

Kameramen tak kasi potong...

Kena tinggl lagi...

layannnnn

Sampai sudah Genting Peres




Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)



Genting Peres

Ambil angin dulu

Mior nak cuba ZX14 pulak

Posing sat.. Kredit foto: Khalid

Ada beberapa grup motor tengah berehat

Ada beberapa grup motor tengah berehat


Stage 3

Kameramen suruh jalan dulu...

Art MT09 pun pasang kamera dekat dagu.. jurukamera untuk aksi pelakon utama

CB650F vs ZX14

CB650F vs ZX14

Sampai di Kg Kongkol  Titi



Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)


Video oleh Art MT09 (Stage 1- 3)



Pit Stop

Sekitar Klawang Pit Stop

Selfie dulu


Stage 3
Zairul CB650F dan Art MT09 akan meneruskan perjalanan ke Kuala Pilah hendak pekena masakan salai. Tinggal kami berempat akan berpatah balik.

Semua ikut kameramen





Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada) akan menyusul kemudian


Stage 2

Tinggal ZX14 ikut kameramen. ZX-6R hitam sudah ke depan la...


Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)


Stage 1

Alon-alon dengan ZX14





Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)


Route hari ini macam biasa:

Elevation (Round Trip)


Alhamdulillah selamat sampai di rumah dalam pukul 1:30 PM. Terimakasih buat semua rider yang ride bersama hari ini. Terima kasih pada Khalid sudi tumpangkan Video Cam dekat belakang motornya.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version


No comments:

Post a Comment