Sunday, 21 May 2017

Ulu Yam Sunday Ride 21/05/2017 : Layan Korner Main Hujan

ULU YAM SUNDAY RIDE (21/05/2017): LAYAN KORNER MAIN HUJAN
ULU YAM - AWANA - BUKIT TINGGI - LENTANG LOOP

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Ulu Yam - Awana - Bukit Tinggi - Lentang - Gombak Loop. Sudah bertahun lamanya rasanya saya tidak melayan laluan ini. Kebiasaan ride hujung bersama rakan-rakan bikers dari sekitar Kajang/Bangi/Semenyih lebih gemar ke Klawang (KKIC). Cuma sekali sekala akan melayan ke Ulu Yam, Awana, Lentang atau Karak. Walau bagaimana pun ride melalui Ulu Yam hari ini sebenarnya tidak dirancang, lebih kepada faktor cuaca yang meyebabkan perubahan pada perancangan asal. Sesi rride atau perleferan hari ini agak bercampur baur antara 'sport mode' dan 'rain mode' apabila melalui jalan yang basah dan juga meredah hujan lebat di beberapa tempat.



8:30 AM PETRONAS Grand Saga (Simpang Balak)
 Semalam, Khalid mengajak ride dan perancangan asal akan RV di BHP Gombak terlebih dahulu. Seperti biasa kami akan bertemu di PETRONAS Grand Saga terlebih dahulu. Cuaca agak mendung pagi ini. Cuaca di penghujung LEKAS sudah hujan. Karak pun sudah mula hendak hujan. Arah ke Klawang pun nampak agak mendung dan gelap. Kami mengambil keputusan ke Ulu Yam, ketika ini cuaca di RV PETRONAS Bandar Baru Selayang ke Ulu Yam masih tidak hujan. Dalam 8:45 AM mula bergerak menuju ke PETRONAS Bandar Baru Selayang (Jalan Sungai Tua)

RV di PETRONAS Grand Saga

Khalid ZX-6R di PETRONAS Grand Saga

9:15 AM PETRONAS Bandar Baru Selayang (Jalan Sungai Tua)
 Dari PETRONAS Grand Saga melalui E7 Lebuhraya Cheras - Kajang, ROUTE 1 Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Medan Batu Caves, B22 Jalan Batu Cave  dan B23 Jalan Sungai Tua untuk ke PETRONAS Bandar Baru Selayang atau Jalan Sungai Tua. Hari ini pula berlangsung acara Standard Chartered KL Marathon 2017, jadi trafik agak perlahan di Jalan Kuching akibat penutupan jalan tertentu.

 Khalid mencadangkan untuk mengikuti grup Che Omar dan lain-lain rider yang akan bersama-sama. Che Omar sebenarnya orang lama dalam dunia permotoran, tetapi rasanya inilah kali pertama berkesempatan untuk ride bersama beliau. Che Omar pun sebenarnya belum pulih sepenuhnya dari kecederaan ringan akibat kemalangan ketika menunggang motor kapchai. Terdapat beberapa grup motor yang berkumpul di sini sebagai RV point. Cuaca pun agak mendung juga ketika berada di sini. Tatkala menunggu rakan-rakan biker lain yang akan menyertar ride kali ini, hujan mula turun seketika dan berhenti.

PETRONAS Bandar Baru Selayang (Jalan Sungai Tua)

RV2 di PETRONAS Bandar Baru Selayang (Jalan Sungai Tua)

Bersama Che Omar dan lain-lain rider di RV dekat PETRONAS Bandar Baru Selayang

Bersama Che Omar dan lain-lain rider di RV dekat PETRONAS Bandar Baru Selayang

Swafoto (selfie) oleh Ridzwan di RV dekat PETRONAS Bandar Baru Selayang. Kredit Foto: Ridzwan

9:45 AM - 10:10 AM Stage 1: Selayang (Sungai Tua) - Ulu Yam - Batang Kali (Stage 1)
Trip hari ini, camera Gopro dipasang pada bahagian belakang ZX6-R ditunggangi Khalid. Jadi akan mengekori Khalid sepanjang perjalanan. Dalam 9:45 AM, grup mula bergerak menuju ke Ulu Yam melalui B23 Jalan Ulu Yam Bharu -Batu Caves seterusnya B57 Jalan Hulu Yam. Jalan agak basah selepas hujan ketika mula memasuki B23 Jalan Ulu Yam Bharu -Batu Caves. Jalan masih basah sehingga melewati Empangan Batu, ada ketika masih hujan renyai-renyai di beberapa tempat. Nampaknya ride dengan 'rain mode' dalam 10 minit perjalanan. Melepasi separuh perjalanan keadaan jalan semakin kering walaupun lembap sedikit sehingga ke Ulu Yam. Tiba di Ulu Yam dalam pukul 10:05 AM. Dari Ulu Yam, memasuki B113 Jalan Batang Kali - Hulu Yam Bharu dalam pukul 10:10 AM. Tinggal berdua dengan Khalid sepanjang perjalanan di mana grup Che Omar sudah ke depan.

Mula bergerak PETRONAS Bandar Baru Selayang (Jalan Sungai Tua)

Mula bergerak PETRONAS Bandar Baru Selayang (Jalan Sungai Tua)

Mula bergerak PETRONAS Bandar Baru Selayang (Jalan Sungai Tua). Kelihatan langit yang mendung

Membelok masuk ke Jalan Hulu Yam. Jalan basah selepas hujan

Jalan basah sehingga melewati Empangan Batu, ada ketika masih hujan renyai-renyai di beberapa tempat.

Nampaknya 'wet race',  ride santai dengan 'rain mode' 

Melepasi separuh perjalanan keadaan jalan semakin kering walaupun lembap sedikit sehingga ke Ulu Yam.

Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)



10:10 AM - 10:20 AM Stage 2: Batang Kali - Awana (Gohtong Jaya)
Dari Ulu Yam sebelum Batang kali, dari route B113, memasuki B66 Jalan Batang Kali - Genting Highlands. Kebiasaanya, persimpangan ini menjadi check-point untuk re-group sebelum meneruskan perjalanan sehingga tiba di Restoran Al Esfan Nasi Kandar Genting, bersebelahan Hotel Seri Malaysia Genting, Gohtong Jaya dalam pukul 10:20 AM.  Dulu-dulu, Restoran Sajian Dans di Awana Skyway menjadi tempat persinggahan biker melayan Awana. Ketika tiba di persimpangan B66 Jalan Batang Kali - Genting Highlands, grup Che Omar sudah mula bergerak di hadapan. Tinggal berdua mengekori belakang Khalid ZX6-R. Cuaca mendung tetapi tidak hujan sepanjang perjalanan. Jalan agak kering walaupun sedikit lembap di beberapa tempat. Laluan ini merupakan laluan mendaki berliku-liku di kaki banjaran Titiwangsa untuk ke Genting Highlands.

Memasuki B66 Jalan Batang Kali - Genting Highlands. 

Melewati laluan kereta kabel Genting Skyway menghampiri Gohtong Jaya.

Memasuki Jalan Awana Horse Ranch untuk ke Restoran Al Esfan Nasi Kandar Genting, Gohtong Jaya

Tiba di Restoran Al Esfan Nasi Kandar Genting, Gohtong Jaya

Selamat tiba di Gohtong Jaya, Genting Highlands





Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)



10:20 AM - 11:35 AM Restoran Al Esfan Nasi Kandar Genting, Gohtong Jaya
 Che Omar ZX10R sudah tiba bersama 3 lagi rider terdiri dari Ridzwan Monster, Azli ZX10R dan Zikri Panigale 1199. Khalid memberitahu lampu isyarat belakang sebelah kiri motor saya telah terkulai. Nampaknya plastik dekat skru pengikat sudah retak atau pecah, mungkin atas faktor usia dan juga getaran menyebabkan plastik tapak lampu isyarat itu retak dan pecah. Terpaksa mencari pita pelekat di kedai runcit berhampiran untuk melekat atau mengikatnya sementara. Tatkala sedang minum di sini sambil pekena roti telur,  hujan turun agak lebat. Jadi bergerak agak lambat dari sini menunggu hujan reda. Cerita kedai kopi hari ini banyak berkisar pada ekonomi negara dan pelaburan. Terima kasih pada Zikri Panigale yang 'payungkan' makan dan minum kami semua di sini. Semoga murah rezeki.

Jentera Kawa ZX10R dan Ducati Moster parkir sebelah Hotel Seri Malaysia Genting

Jentera S1000RR, ZX6R, ZX10R dan Panigale parkir di hadapan Restoran Al Esfan Nasi Kandar Genting, Gohtong Jaya

Nampaknya lampu isyarat belakangsebelah kiri sudah terkulai.

Pembaikan sementara dengan pita pelekat. Nasib baik ada kedai runcit berdekatan jual.

11:35 AM - 11:50 AM Stage 3: Awana - Genting Sempah
 Dalam pukul 11:35 AM mula bergerak ke Genting Sempah pula walaupun hujan masih rintik-rintik.
Dari Gohtong, menuruni laluan berliku-liku ke Genting Sempah hingga 'Police Check-point' (dalam pukul 11:45 AM) dan re-group sebelum memasuki route 68 Jalan Gombak. Berhenti di check point dan re-group (dalam pukul 11:50 AM) sekali lagi menghampiri bulatan Genting Sempah sebelum memasuki E8 Lebuhraya Karak. Pada awal perjalanan, menuruni Gohtong, hujan telah turun dengan lebatnya. Oleh kerana laluan menuruni banjaran, jalan pun penuh dengan aliran air hujan. 'Wet race' lagi dengan menggunakan 'rain mode'.

Mula bergerak dari Restoran Al Esfan Nasi Kandar Genting, Gohtong Jaya

Ridzwan dengan jentera Ducati Monster

Azli dengan jentera Kawasaki ZX10R

Bergerak dari Restoran Al Esfan Nasi Kandar Genting memasuki bulatan Gohtong Jaya

Ride santai dengan jalan lembab

Ride santai menuruni Awana dengan jalan lembab

Jalan agak basah baru lepas hujan

Alon-alon dengan Che Omar ZX10R

Ride menuruni Genting dengan gerimis, kabus dan jalan yang lembab

Hujan agak lebat di pertengahan jalan

Jalan yang  basah dengan aliran air

Terpaksalah main korner tegak je..

Pembalap kental  Awana. Rain or Shine!

Tiba di 'Police Check-point' Genting 

Menunggu semua rider tiba di 'Police Check-point' Genting dan re-group 

Semua sudah ada mula bergerak

ZX6R dihadapan sekali ni. Layan konar dengan  'Wet Mode'

Re-group sebelum Genting Sempah 

Re-group sebelum Genting Sempah 

Re-group sebelum Genting Sempah 

Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)


11:50 AM - 12:15 PM Stage 4: Genting Sempah - Bukit Tinggi - Lentang
 Dari Genting Sempah, memasuki E8 Lebuhraya Karak dengan cuaca mendung dan jalan basah selepas hujan. Selepas Genting Sempah jalan semakin kering sedikit tetapi kembali basah dengan hujan rintik-rintik menghampiri Bukit tinggi. Kemudian susur keluar  melalui persimpangan 805 Bukit Tinggi dalam 11:55 AM, re-group terlebih dahulu sebelum memasuki route 436 Jalan Bukit Tinggi Southern Loop. Selepas melalui pondok pengawal, re-group terlebih dahulu (11:57 AM) sebelum melayan Jalan Bukit Tinggi sehingga ke Institut latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) (12:03 PM) dan berpatah balik semula Pondok pengawal untuk re-group (12: 10 PM) sebelum memasuki semula E8 Lebuhraya Karak sehingga jalan susur Hutan Simpan Lentang untuk ke Kawasan Rehat dan Rawat Lentang  (tiba dalam pukul 12:15 PM).

Azli  ZX10R mula bergerak untuk ke bulatan Genting Sempah

Zikri Panigale 1199 mula bergerak untuk ke bulatan Genting Sempah

Memasuki Lebuhraya Karak dari Persimpangan Genting Sempah

Menuju Bukit Tinggi jalan agak kering

Re-group sebelum susur masuk Jalan Bukit Tinggi Southern Loop.

Re-group sebelum susur masuk  Jalan Bukit Tinggi Southern Loop.

Zikri Panigale 1199 mula gerak ke susur masuk Jalan Bukit Tinggi Southern Loop.

Azli ZX10R mula gerak ke susur masuk Jalan Bukit Tinggi Southern Loop.

Ridzwan Monster mula gerak ke susur masuk Jalan Bukit Tinggi Southern Loop.

Che Omar ZX10R mula gerak ke susur masuk Jalan Bukit Tinggi Southern Loop.

Saya pun hendak gerak juga lepas Khalid jalan

Sekitar permulaan Jalan Bukit Tinggi berhampiran pondok pengawal. Ada grup sudah re-group baru habis melefer.

Re-group di permulaan Jalan Bukit Tinggi berhampiran pondok pengawal.

Sesi kelas melefer Bukit Tinggi diketuai Khalid ZX6R

Zikri Panigale 1199 mula buka langkah

Azli ZX10R pula mula buka langkah

Ridzwan Monster mula buka langkah

Alon-alon 'uphill' dengan Che Omar ZX10R

Re-group di Institut latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) dan berpatah balik

Alon-alon 'downhill' dengan Ridzwan Monster 

Alon-alon 'downhill' dengan Che Omar ZX10R 

Sesi melayan Bukit Tinggi sudah habis. Re-group sebelum pondok pengawal.

Menuju ke Lentang pula

Alon-alon dengan Zikri Panigale 1199

 Zikri Panigale 1199 mula buka langkah

Memasuki susur ke Hutan Simpan Lentang untuk ke Kawasan Rehat dan Rawat Lentang

Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)


12:15 PM - 1:07 PM Kawasan Rehat dan Rawat Lentang.
Singgah rehat dahulu di Gerai Makan Kawasan Rehat dan Rawat Lentang yang terletak sebelum jalan masuk ke Hutan Lipur Lentang. Sambung balik cerita kedai kopi hari ini pasal ekonomi negara dan pelaburan. Habis juga lah nasi lemak dua bungkus. Terima kasih pada Che Omar ZX10R yang 'payungkan' makan dan minum kami semua di sini. Awal-awal lagi sudah 'feng' kami semua. Semoga murah rezeki dan kembali sembuh sepenuhnya.

Deretan jentera-jentera hari ini baru hendak berjemur selepas asyik 'wet race'.

Deretan jentera-jentera parkir di depan gerai makan dekat Kawasan Rehat dan Rawat Lentang

Swafoto (selfie) dengan racer-racer hari ini. Khalid ZX10R dan Ridzwan Monster tengah layan nasi lemak bungkus.

Azli ZX10R berkongsi cerita dengan Che Omar ZX10R pasal orang sudah jadi jutawan. ha ha 

Nasi lemak bungkus yang kedua dah ni..

1:07 PM - 1:24 PM Stage 5: Lentang - Tol Gombak
Dari Kawasan Rehat dan Rawat Lentang memasuki kembali E8 Lebuhraya Karak menuju ke Tol Gombak. Permulaan perjalanan jalan yang kering, sehingga menempuh jalan basah selepas hujan yang masih rintik-rintik melepasi Genting Sempah. Namun kembali kering menuju ke Tol Gombak.

Ridzwan Monster sudah bersedia

 Zikri Panigale 1199 sudah bersedia

Meninggalkan kawasan Rehat dan Rawat Lentang dengan Khalid ZX6RR didepan

Dari Kawasan Rehat dan Rawat Lentang dengan Che Omar ZX10R menunggu di depan

Khalid ZX6R sentiasa mengekori

ZX6R sudah feng Ducati Monster

Khalid ZX6R sedang beraksi

Khalid ZX6R sedang beraksi

Khalid ZX6R,  Zikri Panigale 1199, Azli ZX10R dan Che Omar ZX10R muncul dari terowong Genting Sempah

 Zikri Panigale 1199 sudah datang...

 Zikri Panigale 1199 mula buka langkah

Che Omar ZX10R mula buka langkah

Azli ZX10R  mula buka langkah

 Zikri Panigale 1199 ketika 'Wet race' 

Azli ZX10R  ketika 'Wet race' 

Ducati Panigale 1199 vs Kawasaki ZX10R

Tiba di Tol Gombak diikuti Zikri Panigale 1199, Azli ZX10R dan Che Omar ZX10R

Khalid ZX6R pun sudah sampai

Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)



1:24 PM Tol Gombak
Check-point terakhir untuk ride hari ini. Selepas semua rider telah tiba, kami berpisah dari sini untuk pulang ke destinasi masing-masing. Pulang ke Kajang melalui Route 28 jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), route 1 Jalan Cheras dan E7 Lebuhraya Cheras - Kajang.

Selepas semua sampai, berpisah di Tol Gombak untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Berpisah di Tol Gombak untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Cuaca semakin mendung, terpaksa bergerak dahulu

Bergerak pulang ke Kajang manakala Khalid akan ke Gombak dahulu.


Route hari ini



Ketinggian (elevation) USg Tua - Ulu Yam - Gohtong/Awana - Bukit Tinggi - Lentang - Tol Gombak Loop

Alhamdulillah selamat sampai di rumah dalam pukul 1:50 PM. Terimakasih buat semua rider yang ride bersama hari ini. Terima kasih pada Khalid sudi temankan ride hari ini dan tumpangkan Video Cam dekat belakang ZX6-R.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment