Tuesday 22 August 2017

Memory Upgrade untuk Dell Inspiron 15 7000 Gaming Laptop

MEMORY UPGRADE UNTUK DELL INSPIRON 15 7000 GAMING LAPTOP

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Model Dell Inspiron 15 7567-30414G didatangi dengan memori 4GBx1 DDR4 2400Mhz yang agak rendah keupayaannya serta melambatkan proses aplikasi atau perisian yang memerlukan memori yang agak tinggi. Jadi memorinya perlu ditingkatkan sekurang-kurang kepada 8GB berdasarkan ulasan penguna-penguna model laptop ini.



Sunday 20 August 2017

Klawang Sunday Ride (20/08/2017)

KLAWANG SUNDAY RIDE (20/08/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Ride solo hari ini, disebabkan hujan awal pagi sekitar Semenyih dan Bangi, ramai tak jadi ride pagi ini. Geng melefer superbike ini, kalau bangun pagi hujan, dah sah automatik kansel ride. Agenda ride pagi Ahad tetap diteruskan seperti biasa, rain or shine.

Antara jentera pembalap-pembalap Klawang sekitar Klawang Pit Stop

Sunday 13 August 2017

Klawang Sunday Ride (13/08/2017) Detour (Jeram Gading, Chennah dan Puom)

KLAWANG SUNDAY RIDE (13/08/2017) DETOUR (JERAM GADING-CHENNAH-PUOM)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Ride santai hari ini dengan Versys 650. Asalnya hendak melayan dengan SBK, tetapi pagi Ahad di Kajang hujan seketika, jadi rider nak ride bersama pagi ini tidak jadi ride pula. Dalam pukul 10.30 AM, cuaca pun nampak bertambaik baik, sedikit mendung, ride santai dengan Versys layan korner bagi asah tayar tepi elok juga ni. Biasa jalan tegak sahaja.



Wednesday 9 August 2017

Workspace L - Shape Home Office Computer Desk

WORKSPACE L-SHAPE HOME OFFICE COMPUTER DESK

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Mencari meja komputer juga ruang kerja yang lebih selesa di rumah tetpai ringkas tidak terlalu menggunakan rung yang besar. Senang disesuaikan dengan dengan ruangan bilik. Maka terjumpalah saya dengan meja kerja dan komputer di bawah.


Sunday 6 August 2017

Klawang Sunday Ride (06/08/2017)

KLAWANG SUNDAY RAYA RIDE (06/08/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang). Walaupun bangun pagi sendi siku tangan kiri rasa sengal-sengal bila hendak bengkok tangan, badan sudah terlebih asid ni, tapi hati sudah memberontak hendak ride juga sudah selepas 2 minggu (2x ahad) moto duduk berselimut. Minggu sebelumnya pula kena selsema dan batuk-batuk. Kepala lutut pula sudah gatal-gatal ha ha..


Saturday 5 August 2017

Beza Menggunakan Kad CIMB LAZADA Prepaid dan BIG Prepaid Mastercard AirAsia Menerusi Paypal Bagi Transaksi di LAZADA

BEZA MENGGUNAKAN KAD CIMB LAZADA PREPAID DAN BIG PREPAID MASTERCARD AIRASIA MENERUSI PAYPAL BAGI TRANSAKSI DI LAZADA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sedikit perkongsian pengalaman menggunakan kad CIMB Lazada Prepaid Mastercard dan BIG Prepaid MasterCard AirAsia Plastic menerusi Paypal apabila membuat bayaran transaksi atas talian di LAZADA Malaysia. Semasa proses transaksi bayaran menerusi Paypal sebagai pilihan, pengguna kad kredit atau debit yang didaftarkan dengan Paypal dikehendaki membuat pengesahan di server Paypal. Terdapat perbezaan caj yang akan dikenakan keatas akaun kedua-dua kad debit atau prabayar ini jika didaftarkan di Paypal sebagai platform keselamatan tambahan untuk transaksi atas talian.

Sumber: CIMB
Sumber: Bigprepaid

Friday 4 August 2017

Perbezaan Harga Kedai dan Atas Talian untuk Katrij Canon E460 Series Printer

PERBEZAAN HARGA KEDAI DAN ATAS TALIAN UNTUK KATRIJ CANON E460 PRINTER

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Sekadar perbandingan harga berdasarkan pengalaman sendiri bagi pembelian secara terus dari kedai dengan pembelian atas talian melalui LAZADA bagi penjual yang sama untuk katrij kombo dakwat hitam dan warna bagi  pencetak Canon PIXMA E460 (pautan ke Lazada). Harga ditawarkan melalui pembelian atas talian adalah lebih murah sedikit dengan penjimatan sebanyak RM8.

 Katrij kombo hitam dan warna Canon E460 Series Printer