Sunday 6 August 2017

Klawang Sunday Ride (06/08/2017)

KLAWANG SUNDAY RAYA RIDE (06/08/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang). Walaupun bangun pagi sendi siku tangan kiri rasa sengal-sengal bila hendak bengkok tangan, badan sudah terlebih asid ni, tapi hati sudah memberontak hendak ride juga sudah selepas 2 minggu (2x ahad) moto duduk berselimut. Minggu sebelumnya pula kena selsema dan batuk-batuk. Kepala lutut pula sudah gatal-gatal ha ha..



RV point di Petronas Grand Saga (Simpang Balak)
Seperti biasa, rakan-rakan rider dari sekitar Kajang, Semenyih dan Bangi bertemu di Petronas Grand Saga dalam 8:30 pagi. Ketika sampai Ustaz Asmadi ZX10RR, Khalid ZX6, Ezra ZX6R dan Ecal Aprilia Dorsoduro, dan Mior ZX6R sudah tiba. Ini kali pertama ride bersama-sama dengan Ezra ZX6R dan Ecal Dorsoduro. Apa yang menarik hari ini, Ustaz Asmadi ZX10R hendak merasmi racing suit Berik baru dan Mior ZX6R pula hendak running in tayar Supercosa.

Dalam pukul 9:00 AM lebih, mula bergerak ke Kedai Makan Erizal's Corner dekat persimpangan Sungai Tekali, Batu 14, tetapi hari ini kedai tutup pula. Jadi kami lajak ke warung Az berhadapan dekat orang mengumpul sumber air mineral bukit.

Warung Az, Sungai Tekali
Makanan semua sudah habis, jadi minum-minum sahaja di warung Az.

Stage 1
Jom tengok aksi-aksi pembalap di Stage 1 yang sempat dirakam. Nampaknya grup hadapan didominasi oleh Mior ZX6R, Ustaz Asmadi ZX10RR, Ecal Aprilia Dorsoduro dan Ezra ZX6R








Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).


Onboard Video by Ecal



Stage 2
Jom tengok aksi-aksi pembalap di Stage 2 yang sempat dirakam





TSR Meon MiniGP sudah jeling sama saya lepas seram sejuk, ada orang sudah 'pinjam' line dia tadi. Ampun Tuan Sifu.

TSR Ard RSV4, lama tak turun Klawang, secret training tengah praktis buang gayat. Next ride boleh join sekali







Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).



Onboard Video by Ecal


Genting Peras
10:30 AM,  tiba di Genting Peras dan berehat seketika selepas melayan Stage 1 dan 2.




Grup foto di Genting Peras. Kredit Foto: Khalid

Stage 3

Jom tengok aksi-aksi pembalap di Stage 3 yang sempat dirakam. Ecal Aprilia Dorsoduro, Ustaz Asmadi ZX10RR, dan Ezra ZX6R naik podium di Kongkoi.









Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).


Klawang Pit Stop
Hari ini semasa tiba dipenuhi oleh team kapcai dan satu grup SBK.







Stage 3 Return
Bergerak pulang cepat sedikit, ingat boleh elak hujan, tetapi sudah hujan beberapa tempant di Stage 3. Sesi melefer bercampur-campur 'wet rac'e dengan 'dry race'. Yang pasti, supermotard dengan selamba je sesah dalam 'wet race' kasi feng semua SBK.
















Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).



Onboard Video by Ecal


Stage 2 Return
Jom tengok aksi-aksi pembalap di Stage 2 Return pula. Cerita yang sama dimainkan oleh pelakon-pelakon utama. ha ha. sapa tu?


RALAT: Rider Y15R adalah Engle Tan dengan Yamaha R25


Bagi hilang gatal lutut sekejap. Kredit Foto: Ecal





Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).



Onboard Video by Ecal


Empangan Semenyih (Sg Tekali) - Sungai Lalang - Semenyih - Kajang
Hari ini balik ikut Semenyih sekali dengan Ustaz Asmadi and the gang.

Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).


Route hari ini:



Alhamdulillah selamat sampai rumah dalam pukul 1:00 PM lebih. Terima kasih semua.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment