Tuesday 30 May 2017

Kit Aksesori Murah Untuk Kamera GoPro Hero

KIT AKSESORI MURAH UNTUK KAMERA GOPRO HERO

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Masa untuk menbeli-belah bagi mencari kelengkapan aksesori dan alat ganti untuk kamera Gopro Hero yang telah hilang atau rosak. Ada keperluan untuk menambah kelengkapan aksesori untuk pelbagai kegunaan terutama aktiviti-aktiviti 'outdoor', dan juga kelengkapan tambahan untuk merakam video aksi dari pelbagai sudut semasa ride.


Sunday 21 May 2017

Ulu Yam Sunday Ride 21/05/2017 : Layan Korner Main Hujan

ULU YAM SUNDAY RIDE (21/05/2017): LAYAN KORNER MAIN HUJAN
ULU YAM - AWANA - BUKIT TINGGI - LENTANG LOOP

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Ulu Yam - Awana - Bukit Tinggi - Lentang - Gombak Loop. Sudah bertahun lamanya rasanya saya tidak melayan laluan ini. Kebiasaan ride hujung bersama rakan-rakan bikers dari sekitar Kajang/Bangi/Semenyih lebih gemar ke Klawang (KKIC). Cuma sekali sekala akan melayan ke Ulu Yam, Awana, Lentang atau Karak. Walau bagaimana pun ride melalui Ulu Yam hari ini sebenarnya tidak dirancang, lebih kepada faktor cuaca yang meyebabkan perubahan pada perancangan asal. Sesi rride atau perleferan hari ini agak bercampur baur antara 'sport mode' dan 'rain mode' apabila melalui jalan yang basah dan juga meredah hujan lebat di beberapa tempat.


Wednesday 17 May 2017

Ride Santai Ke Seri Menanti Sampai Port Dickson dan Tanjung Tuan

RIDE SANTAI KE SERI MENANTI SAMPAI PORT DICKSON DAN TANJUNG TUAN

17/05/2017 (Khamis)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan Ride Santai Berendam di Hutan Lipur Ulu Bendul. Ride santai kali ini masih menjelajah Negeri Sembilan iaitu Seri Menanti pula dan seterusnya ke pesisir pantai Port Dickson dan Tanjung Tuan. Sebenarnya trip ini tidak dirancang, main pakai terjah je.


Thursday 11 May 2017

Ride Santai Berendam di Hutan Lipur Ulu Bendul

RIDE SANTAI BERENDAM DI HUTAN LIPUR ULU BENDUL

11/05/2017 (Khamis)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan ride santai masuk Hutan Lipur Ulu Bendul, tetapi belum berkesempatan hendak merasa kesejukkan air sungainya. Cuaca nampak baik hari ini berbanding semalam. Semalam baru balik dari ride ke Udang Galah LC Kuala Rompin. Hari ini anak mengajak ride santai sambil berendam di jeram sungai Hutan Lipur Ulu Bendul (Ulu Bendol Recreational Park). Sekurang-kurangnya dapat menyegarkan semula badan, lagi pun hari ini tidak ramai pengunjung berbanding hujung minggu atau hari kelepasan am.


Wednesday 10 May 2017

Jom Ride ke Udang Galah LC Kuala Rompin

JOM RIDE KE UDANG GALAH LC KUALA ROMPIN

10/05/2017 (Rabu)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Pada 2 Mei yang lepas, dapat mesej dari Azhar@Ard RSV4 membuat cadangan untuk grup ride ke Leban Chondong pada hari kelepasan am (Wesak) pada 10 Mei (hari ini) atas permintaan rakan-rakan bikers. Kebiasaanya, satu 'short trip' atau 'day trip' selalu diadakan sebelum atau sempena menyambut ketibaan Ramadhan. Selepas perbincangan, kami bercadang ke Kuala Rompin pula untuk mencuba Restoran Udang Galah LC berdasarkan rekomen sahabat Oilerbikerz (Jebat dan TH Achid) yang pernah mengunjungi ke sini. Trip-trip Oilerbikerz yang lepas-lepas kebiasaanya akan singgah di Kedai Makan Azizah Udang Galah terletak di Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong. Pernah juga mencuba Kedai Makcik Is yang terletak sebelum simpang tiga Leban Chondong dari Muadzam.



Sunday 7 May 2017

Klawang Sunday Ride 07/05/2017

KLAWANG SUNDAY RIDE (07/05/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang). Semalam dapat mesej dari Bro. Khalid ajak melayan KKIC. Tapi pagi ini tidak sempat jumpa Khalid di PETRONAS Grand Saga seperti biasa gara-gara terpaksa 'check in gentlemen room' dulu agak lama memenuhi tuntutan biologi, walaupun sudah siap pada mulanya. Tiba agak lewat di PETRONAS Grand Saga dalam 9:00 AM, di mana Khalid memberi mesej sudah bergerak dahulu dan akan menunggu di kedai makan depan Masjid Batu 14.