Wednesday 30 November 2016

Kembara Andalusia Spain 2016 - Hari 00-01(30/11/2016): KUALA LUMPUR – DUBAI - MADRID

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 00 - 01 (30/11/2016): KLIA – DUBAI - MADRID 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Ringkasan perjalanan
Penerbangan ke Madrid pada 01.10 pagi dari KLIA, dengan penerbangan Emirates melalui Dubai. Alhamdulillah selamat tiba di Barajas Airport, Madrid pukul dekat pukul 1:00 tengahari. Aktiviti dimulakan dengan 'city tour' dengan bas di kotaraya Madrid yang amat terkenal ini. Antara tempat yang dilalui/dilawati termasuklah Plaza De Torosde Las Ventas, Alcala Gate, Cibeles Fountain, Gran Via, Cervantes Monument, Plaza de Espana, Bangunan kongress, dan Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid). Bermalam di Madrid
Plaza de Toros de Las Ventas, Madrid

Kembara Andalusia, Spain 2016 - Perjalanan 8H/6M (30/11-07/12/2016)

Kembara Andalusia, Spain 2016 - Ringkasan Perjalanan 8H/6M (30/11-07/12/2016)

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA DAN SEVILLA 
8 HARI 6 MALAM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Kembara ini disertai seramai 28 orang peserta dan seorang 'tour leader' dari agensi pelancongan Safir Go Travel.

Thursday 24 November 2016

Sindrom "RIDER(S) DOWN"

 Dikongsikan keperihatinan dan perkongsian ilmu dari penulis asal yang diterima dari grup permotoran melalui aplikasi "Whatsapp".

Sindrom "RIDER(S) DOWN"
Oleh Hj Azizi Hashim

Sindrom "RIDER(S) DOWN" kerap didengari pada setiap hujung minggu terutamanya.
Yes! Soal ajal maut dan ketentuan Ilahi tidak dinafikan. Telah tertulis sejak azali. Tetapi Allah tidak izinkan kita untuk hanya duduk berpeluk tubuh tanpa membuat apa-apa tindakan.
Mari kita "muhassabah" dengan menyoal diri kita sendiri untuk penambaikan bagi mengelakkan/mengurangkan kecelakaan pada diri kita.
Ianya 2121x lebih baik dari menuding jari kepada orang lain.

Wednesday 23 November 2016

Penganjuran Acara-Acara Ride untuk Tahun 2016

2016 Ride Events 

Tidak tahu nak ride ke mana ... rasa-rasa nak join riding events.

Convoy Ride, Charity Ride, Bike Carnival, Bike Week, etc...

Boleh berhubung dengan pihak penganjur


Wednesday 16 November 2016

JomRide santai di Eco Majestic @ Semenyih

16/11/2016

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Kadang kala melalui lebuhraya LEKAS (E21 Lebuhraya Kajang Seremban) sebagai laluan balik membalap dari Kuala Kelawang atau sessi memanaskan motor. Kelihatan persimpangan susur keluar ke Eco Majestic dan Beranang sudah siap dan dibuka untuk lalu lintas. Persimpangan LEKAS-Eco Majestic ini merupakan persimpangan susur keluar kedua dari plaza tol Kajang Selatan menghala ke Seremban sebelum R&R Beranang.


Pada petang selasa lepas (15/11/2016) berkesempatan melalui persimpangan sambil meronda-ronda sekitar Eco Majestic, bandar baru berkonsep ala English dengan landskap persekitaran yang menarik.