Wednesday, 30 November 2016

Kembara Andalusia Spain 2016 - Hari 00-01(30/11/2016): KUALA LUMPUR – DUBAI - MADRID

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 00 - 01 (30/11/2016): KLIA – DUBAI - MADRID 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Ringkasan perjalanan
Penerbangan ke Madrid pada 01.10 pagi dari KLIA, dengan penerbangan Emirates melalui Dubai. Alhamdulillah selamat tiba di Barajas Airport, Madrid pukul dekat pukul 1:00 tengahari. Aktiviti dimulakan dengan 'city tour' dengan bas di kotaraya Madrid yang amat terkenal ini. Antara tempat yang dilalui/dilawati termasuklah Plaza De Torosde Las Ventas, Alcala Gate, Cibeles Fountain, Gran Via, Cervantes Monument, Plaza de Espana, Bangunan kongress, dan Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid). Bermalam di Madrid
Plaza de Toros de Las Ventas, Madrid




Catatan Kembara
Penerbangan ke Madrid pada 01.10 pagi dengan pesawat Airbus A380, syarikat penerbangan Emirates ke Dubai. Setelah lebih 6 jam tempoh penerbangan, tiba di Dubai pada pukul 4:30 pagi, menyambung perjalananan pukul 7:25 pagi sekali lagi dengan pesawat Airbus A380 syarikat penerbangan Emirates selama 7 jam lebih dan sampai di Madrid-Barajas Airport (Terminal 4/4S) ('Aeropuerto Adolfo Suárez Madrid-Barajas') dekat pukul 1:00 tengahari. Madrid-Barajas Airport terletak kira-kira 12 km dari pusat bandar Madrid. Menunai sholat terlebih dahulu di surau (chapel room) aras 2 terminal T4.

Pukul 10:00 malam, daftar masuk berkumpulan di KLIA 

Maklumat penerbangan EK343 KUL-DBX

Pesawat A380 Emirates

Maklumat penerbangan EK141 DBX-MAD

Cuaca di Madrid
'City Tour' dengan bas di kotaraya Madrid

Pemndangan Terminal 4 Madrid-Barajas Airport ('Aeropuerto Adolfo Suárez Madrid-Barajas') dari lebuhraya.

Bangunan moden agak unit di laluan route A2

Maaf buat bikers, kita tidak pergi ke Valencia. Susur ke Valencia dari route M30


 Persinggahan pertama di Plaza de Toros de Las Ventas, gelanggang sukan lawan lembu terkenal di Madrid. Terletak di Guindalera quarter, Salamanca district, dibina pada 19 Mac 1922, siap pada tahun 1929 dan mula digunakan pada 17 Jun 1931. Senibinanya gaya Mudéjar berdasarkan 'Arabic Moors' yang terkenal pada abad ke-12. Plaza Toros Las Ventas adalah gelanggang sukan lawan lembu ketiga terbesar di dunia.

Plaza de Toros de Las Ventas, Madrid

Plaza de Toros de Las Ventas, Madrid

Plaza de Toros de Las Ventas, Madrid


Seterusnya ke tempat makan halal untuk makan tengahari, hanya ada 'Döner Kebab'.

Döner Kebab, Calle de Máiquez, 60, Madrid, Spain

Döner Kebab di persimpanagan, Calle de Máiquez dan Calle del Alcalde Sáinz de Baranda, Madrid

Calle del Alcalde Sáinz de Baranda, Madrid

2001 BMW F 650 GS? parkir di Calle del Alcalde Sáinz de Baranda. Tak nampak di Malaysia.


Meneruskan 'City Tour'

Casa Árabe, Calle de Alcalá, 62, Madrid, Spain

Puerta de Alcalá (Alcala Gate), Plaza de la Independencia, 1, Madrid, Spain. ("Alcala Gate" atau "Citadel Gate" from the Arabic word al-qal'a القلعة for fortification or citadel)


Kerana kesuntukan masa, hanya melalui Gran Via dengan pusat-pusat membeli belah barangan berjenama. Juga terdapat Real Madrid Official Store dan Atlético de Madrid Store. Pada hari ke-6, berpeluang kembali semula ke Gran Via yang sepanjang 3 km ini.

Cibeles Fountain dan Cibeles Palace (City Hall) di Plaza de Cibeles, Madrid

Metropolis Edificio Metrópolis Calle Gran Vía, Madrid

Edificio Grassy Calle Gran Vía, Madrid

Adidas Store Gran Vía, Calle Gran Vía, Madrid

Plaza del Callao, Calle Gran Vía, Madrid

Plaza del Callao, Calle Gran Vía, Madrid. Real Madrid vs Barcelona hujung minggu ini.


Singgah sebentar di Cervantes Monument dan Plaza de Espana

Monumento A CERVANTES, Plaza de España, Madrid. Stone sculpture of Miguel de Cervantes (Spanish novelist, poet and playwright) dan Bronze sculptures of Don Quixote and Sancho Panza.

Monumento A CERVANTES, Plaza de España, Madrid


Melalui Puerta del So (("Gate of the Sun"). Puerta del Sol asalnya merupakan salah satu pintu gerbang pada tembok kota yang mengelilingi Madrid pada abad ke-15. Nama pintu gerbang datang dari cahaya matahari terbit yang menghiasi kemasukannya kerana pintu itu berorientasikan ke timur.

Puerta del Sol juga merupakan simbol lokasi yang paling terkenal di Madrid iaitu patung seekor beruang memakan buah-buahan dari pokok. Nama rasmi patung adalah 'El Oso y El Madroño'. Menurut legenda nama asal bandar itu "Ursaria" ("tanah beruang" dalam bahasa Latin). Oleh kerana jumlah haiwan ini yang banyak ditemui di hutan bersebelahan, bersama-sama dengan Arbutus (strawberry tree, "Madroño" dalam Spanish), telah menjadi lambang atau simbol (The Bear and the Strawberry Tree) bandar ini pada Zaman Pertengahan.

Statue of King Carlos III,  Puerta del So ("Gate of the Sun")

Puerta del So ("Gate of the Sun")

The Bear and the Strawberry Tree, Puerta del So ("Gate of the Sun"), Madrid


Melalui Bangunan Kongres Perwakilan

Congreso de los Diputados (Bangunan Kongres Perwakilan), Calle de Floridablanca, Madrid


Singgah sebentar di Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid).

Centro Cultural Islámico de Madrid (Pusat Islam Madrid), Calle Salvador de Madariaga, 7, Madrid
Stesen minyak Repsol di mana-mana dekat Spain. Repsol merupakan syarikat minyak dan gas global terkemuka berpengkalan di Madrid, Spain. Repsol bekerjasama dengan Honda Racing Corporation untuk bersaing dalam MotoGP di bawah pasukan Repsol Honda Team. Repsol telah mengembang kehadirannya dalam sektor huluan di Malaysia dengan mengambil alih operasi dan kepentingan syarikat minyak Talisman tahun ini.

Stesen minyak Repsol mendominasi Spain

Harga minyak di Madrid. Kadar tukaran wang semasa 1 Euro lebih kuramg Ringgit Malaysia 5
 Singgah sebentar berdekatan Plaza de Castilla untuk bergambar berlatar belakangkan menara berkembar 'The Gate of Europe' (Bahasa Sepanyol: Puerta de Europa), dulunya dikenali sebagai KIO Towers (Torres KIO), adalah bangunan pejabat berkembar chondong sebanyak 15 darjah ke arah satu sama lain. Menara-menara ini mempunyai ketinggian 114 m (374 kaki) dan mempunyai 27 tingkat. Bangunan berkembar chondong ini telah dibina dari tahun 1989 hingga 1996. Puerta de Europa adalah menara berkembar kedua tertinggi di Sepanyol.

Plaza de Castilla berlatarbelakang dengan Puerta de Europa (the Gate of Europe).
Persinggahan terakhir tadi menamatkan lawatan hari pertama dan seterusnya menju ke Hotel Holiday Inn Calle Alcala untuk mendaftar masuk dan bermalam di Madrid. Sebahagian besar peserta lain bermalam di Hotel Barceló Torre Arias hotel Calle de Julian Camarillo terletak tidak jauh dari Hotel Holiday Inn.

Route yang dilalui (laluan khas untuk bas mungkin sedikit berbeza)



Terima kasih melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 13 Disember 2016

Like This Blog:     Follow@Twitter:  

Kembali ke Pendahuluan    ⟺    Bersambung hari ke-2

No comments:

Post a Comment