KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA DAN SEVILLA
8 HARI 6 MALAM
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Kembara ini disertai seramai 28 orang peserta dan seorang 'tour leader' dari agensi pelancongan Safir Go Travel.
HARI 00 - 01 (30/11/2016): KLIA – DUBAI - MADRID
Kembara ini disertai seramai 28 orang peserta dan seorang 'tour leader' dari agensi pelancongan Safir Go Travel.
HARI 00 - 01 (30/11/2016): KLIA – DUBAI - MADRID
Penerbangan ke Madrid pada 01.10 pagi dari KLIA, dengan penerbangan Emirates melalui Dubai. Alhamdulillah selamat tiba di Barajas Airport, Madrid pukul dekat pukul 1:00 tengahari. Aktiviti dimulakan dengan 'city tour' dengan bas di kotaraya Madrid yang amat terkenal ini. Antara tempat yang dilalui/dilawati termasuklah Plaza De Torosde Las Ventas, Alcala Gate, Cibeles Fountain, Gran Via, Cervantes Monument, Plaza de Espana, Bangunan kongress, dan Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid). Bermalam di Madrid
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Toledo dengan bas, lawatan di Toledo termasuk ke Damascene Steel Workshop (pusat kraf dan kesenian pertukangan emas dan keluli berasal dari Damascus Syria) dan berjalan kaki melawat Santo Tome (bandar lama Toledo). Meneruskan perjalanan dengan bas ke Cordoba. Bermalam di Cordoba.
Selepas sarapan pagi, bertolak ke kota lama Cordoba, melihat Roman Bridge, menziarahi Mezquita de Los Andaluces, Calleja de las Flores, dan menziarahi Masjid Agong Cordoba (Mezquitta de Cordoba). Kemudian bertolak ke Granada dengan bas. Bermalam di Granada.
Selepas sarapan pagi, melawat pasar Morocco di Alcaiceria yang banyak menjual barangan cenderahati dan kraftangan. Selepas makan tengahari melawat ke Al-Hambra dan Generalife. Selepas lawatan AlHambra, ke 'Saint Cristobal Observation Point' (Mirador de San Cristobal), Albaicin dimana dapat melihat hubungan antara Alhambra dengan persekitaran luar bandar mengelilinginya dan juga dengan bandar Granada. Bermalam di Granada.
Selepas sarapan, bertolak ke Seville dengan bas. Lawatan di Sevilla termasuk Plaza de España, Real Al-Cazar, Sevilla Catedral dan Giralda Tower. Bermalam di Sevilla.
Selepas sarapan bertolak ke Madrid melalui Mérida, Extremadura. Di Madrid, ziarah dan bersholat di Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid), Real Madrid 'Bernabeu Tour' di Santiago Bernabeu Stadium dan berjalan-jalan di Gran Via yang dipenuhi pusat membeli belah. Bermalam di Madrid.
Selepas sarapan, melawat ke Royal Palace of Madrid, salah satu dari dua tempat yang merupakan mercu tanda bandar Madrid, membeli-belah di Las Rozas Village Outlet dan bertolak ke Barajas Airport, Madrid untuk mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Dubai.
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 13 Disember 2016
Like This Blog: Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
Bersambung ke Hari 01
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 13 Disember 2016
Like This Blog: Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
Bersambung ke Hari 01
No comments:
Post a Comment