Wednesday 8 November 2017

Bertukar Telefon Android Ke Apple iPhone 8 Plus Termasuk Pindahkan Data Android Whatsapp ke iPhone


BERTUKAR TELEFON ANDROID KE APPLE IPHONE 8 PLUS TERMASUK PINDAHKAN DATA ANDROID WHATSAPP KE IPHONE

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Sejak Apple iPhone 8 mula dilancarkan, sudah ada ahli keluarga yang ingin memilikinya buat pertama kali. Sebelum ini semua menggunakan telefon dengan sistem operasi Android. Bahkan saya baru sahaja bertukar dari sistem operasi Blackberry 10 ke Blackberry Android beberapa bulan lalu seperti dalam entri sebelumnya, BlackBerry DTEK60 Android OS. Tetapi yang menjadi keperluan utama atau kepastian bagaimana memindahkan data Whatsapp (Chat, Photos, Videos, Docs) dari android ke iPhone.

Dari android ke iPhone


Sunday 5 November 2017

Breakfast Ride ke D'Sawah Kuala Pilah

BREAKFAST RIDE KE D'SAWAH KUALA PILAH

05/11//2017 (Ahad)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride santai bersarapan hujung minggu di  Kedai Sarapan D'Sawah Kuala Pilah bersama Ard RSV4. Dari subuh hujung mula turun di Kajang dan mula berhenti sekitar 8:00 pagi. Cuaca masih lagi mendung walaupun selepas hujan. Hajat untuk meneruskan ride santai ke Kedai Sarapan D'Sawah diteruskan juga. Dalam entri sebelumnya, Ride Santai Ke Seri Menanti Sampai Port Dickson dan Tanjung Tuan, ada perkongsian berkenaan Kedai Sarapan D'Sawah yang terletak di Kampung Ulu Bendul Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

Kedai Sarapan D'sawah dari seberang jalan dari tempat parkir motor