Sunday 5 November 2017

Breakfast Ride ke D'Sawah Kuala Pilah

BREAKFAST RIDE KE D'SAWAH KUALA PILAH

05/11//2017 (Ahad)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride santai bersarapan hujung minggu di  Kedai Sarapan D'Sawah Kuala Pilah bersama Ard RSV4. Dari subuh hujung mula turun di Kajang dan mula berhenti sekitar 8:00 pagi. Cuaca masih lagi mendung walaupun selepas hujan. Hajat untuk meneruskan ride santai ke Kedai Sarapan D'Sawah diteruskan juga. Dalam entri sebelumnya, Ride Santai Ke Seri Menanti Sampai Port Dickson dan Tanjung Tuan, ada perkongsian berkenaan Kedai Sarapan D'Sawah yang terletak di Kampung Ulu Bendul Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

Kedai Sarapan D'sawah dari seberang jalan dari tempat parkir motor



9:00 AM PETRONAS Prima Saujana
 Tiba awal sedikit bagi mengisi minyak dan memeriksa tekanan angin tayar di PETRONAS Prima Saujana terlebih dahulu. Menunggu Ard RSV4 yang masih belum tiba. Perjalanan diteruskan dengan memasuki route E21 Lebuhraya LEKAS dan susur keluar melalui persimpangan Paroi/Senawang memasuki route 51 Jalan Kuala Pilah hala Bukit Putus untuk menuju ke Kedai Sarapan D'Sawah selepas melewati Kawasan Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul.

PETRONAS Prima Saujana

S1000RR menunggu teman RSV4 italia

Kedai Mesra PETRONAS Prima Saujana


Lebuhraya LEKAS - Jalan Kuala Pilah
Sebelum memasuki LEKAS, jalan agak kering, tetapi selepas memasuki LEKAS, jalan semakin lembap seperti baru lepas hujan dan juga bergerimis di beberapa tempat. Sepanjang jalan agak lembap kerana baru lepas hujan dengan menyajikan pemandangan bukit-bukau yang berkabus ketika melalui lebuhraya LEKAS dan juga Jalan Kuala Pilah terutama Bukit Putus. Baru-baru ini viral di sosial media dengan gambar kamera AES yang baru dipasang sebelum susur keluar Mantin jika dari Kajang. Nampaknya kamera AES sudah dipasang dikedua-dua belah lebuhraya. Jadi hati-hatilah apabila melalui kawasan ini.

Kamera AES baru dipasang di Lebuhraya LEKAS sebelum susur keluar Mantin dari Kajang

9:45 AM Kedai Sarapan D'Sawah
Oleh kerana hari ini hari minggu, sudah pasti kedai dipenuhi dengan pelanggan terutama grup bikers dan juga penduduk berdekatan. Sepanjang jalan berdekatan dengan kedai sudah penuh dengan deretan kereta, manakala deretan motor di hadapan kedai. Nampaknya terpaksa parkir di kawasan lapang seberang jalan. Ketika memasuki kedai, terdapat meja yang baru dikosongkan pelanggan di kawasan terbuka. Suasana agak sejuk dengan bukit-bukau nampak berkabus, bergerimis dan hujan mula turun rintik-rintik. Tuan kedai bilang waktu sekarang selalu hujan sebelah pagi dan juga petang. Berpindah masuk ke bawah khemah bila ada pelanggan mula beredar. Menu pilihan sarapan nasi lemak berlauk rendang daging manakala Ard pula memesan nasi lemak sambal sotong. Roti canai pula sudah habis. Ini kali pertama datang ke sini bersama Ard RSV4, walaupun pernah beberapa kali melintasi kedai makan ini sebelumnya. Ketika hendak pulang, hujan turun semakin lebat pula, jadi menunggu seketika.

RSV4 vs S1000RR diparkir kawasan lapang seberang jalan, sebelah ada kembar GTR14000

Nasi lemak rendang daging vs nasi lemak sambal sotong

Ard sedang menikmati keenakan nasi lemak sambal sotong

Kasi selfie sedikit 


Jalan Kuala Pilah - Lebuhraya LEKAS
Hujan masih lagi rintik-rintik ketika kami mengambil keputusan untuk bertolak balik dalam pukul 11:30 AM. Sepanjang Jalan Kuala Pilah masih basah. Begitu juga ketika memasuki Lebuhraya LEKAS. Walau bagaimana cuaca bertambah baik dan jalan semakin kering melepasi Tol Setul sehingga tiba ke Tol Kajang Selatan.

Alhamdulillah selamat sampai rumah. Terima kasih buat Ard RSV4 yang sudi ride bersama pagi ini.

Route ride hari ini



Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version


No comments:

Post a Comment