KLAWANG SUNDAY RIDE (05/02/2017)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan superbike ke
Klawang (Kuala Kelawang) lagi. Ride hari ini bersama rider-rider dari Rider Santai dan Klawang Riders.
Seperti biasa, rakan-rakan rider dari Rider Santai dari sekitar Kajang dan Semenyih bertemu di Petronas Grand Saga dalam 8:30 pagi, tetapi ada juga rakan biker yang datang dari Damansara untuk bersama-sama bergerak dari sini. Seterusnya, re-group dengan Klawang Riders di Kedai Makan Erizal's Corner dekat persimpangan Sungai Tekali, Batu 14.
Dalam 10:30 pagi, grup mula bergerak 'melayan lefero' Stage 1, 2 dan 3 sebelum berhenti rehat di Klawang Pit Stop. Hari ini kelihatan banyak juga grup motor atau rider-rider yang turun melayan Klawang. Di Klawang Pit Stop, kelihatan satu barisan moto yang agak panjang sudah ada semasa kami sampai.
Hari ini ada sedikit 'suprise' kerana seorang rakan biker telah membawa dua bunting baru untuk "Klawang Pit Stop" (iaitu Kedai Makan Hajjah Aminah). Yang ni versi 'upgrade' untuk yang lama, dari rakan biker yang sama yang menyumbang bunting sebelumnya. Apa lagi ramai la yang nak 'berposing' dengan bunting baru tu. Mungkin sebelum ini ada yang tertanya-tanya pasal bunting "Klawang Pit Stop" yang lama atau sebelum ini. Yang pasti Abe Klawang Pit Stop, tersenyum lebar dapat tajaan bunting baru mengantikan yang lama. Terima kasih pihak penaja bunting baru. Terima kasih Bro Fendy. Siap ada bilangan korner sekali. Kalu buat 'repeat' sampai 5X boleh mengatasi 'thousand corners' ni (Route 1095 Chiang Mai -Pai - Mae Hong Song dengan sejumlah 1864 selekoh). Jom tengok gambar-gambar cerita sessi pagi tadi di Klawang.