Sunday, 5 February 2017

Klawang Sunday Ride 05/02/2017

KLAWANG SUNDAY RIDE (05/02/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan superbike ke Klawang (Kuala Kelawang) lagi. Ride hari ini bersama rider-rider dari Rider Santai dan Klawang Riders.

 Seperti biasa, rakan-rakan rider dari Rider Santai dari sekitar Kajang dan Semenyih bertemu di Petronas Grand Saga dalam 8:30 pagi, tetapi ada juga rakan biker yang datang dari Damansara untuk bersama-sama bergerak dari sini. Seterusnya, re-group dengan Klawang Riders di Kedai Makan Erizal's Corner dekat persimpangan Sungai Tekali, Batu 14.

 Dalam 10:30 pagi, grup mula bergerak 'melayan lefero' Stage 1, 2 dan 3 sebelum berhenti rehat di Klawang Pit Stop.  Hari ini kelihatan banyak juga grup motor atau rider-rider yang turun melayan Klawang. Di Klawang Pit Stop, kelihatan satu barisan moto yang agak panjang sudah ada semasa kami sampai.

 Hari ini ada sedikit 'suprise' kerana seorang rakan biker telah membawa dua bunting baru untuk "Klawang Pit Stop" (iaitu Kedai Makan Hajjah Aminah). Yang ni versi 'upgrade' untuk yang lama, dari rakan biker yang sama yang menyumbang bunting sebelumnya. Apa lagi ramai la yang nak 'berposing' dengan bunting baru tu. Mungkin sebelum ini ada yang tertanya-tanya pasal bunting "Klawang Pit Stop" yang lama atau sebelum ini. Yang pasti Abe Klawang Pit Stop, tersenyum lebar dapat tajaan bunting baru mengantikan yang lama. Terima kasih pihak penaja bunting baru. Terima kasih Bro Fendy. Siap ada bilangan korner sekali. Kalu buat 'repeat' sampai 5X boleh mengatasi 'thousand corners' ni (Route 1095 Chiang Mai -Pai - Mae Hong Song dengan sejumlah 1864 selekoh). Jom tengok gambar-gambar cerita sessi pagi tadi di Klawang.




RV point di Petronas Grand Saga (Simpang Balak)

Racer Khalid dengan Tuan Sifu Ustaz Madi. Team Kawa Hijau


Acap dan Am V-Strom. Am datang dari Damansara tu.. awalnya sampai.

Mior nak lepas geram... minggu lepas takde yang ride...


Simpang Sungai Tekali, Batu 14.

Ambil gambar sikit.. Pian kata saya masih pakai BB kuno lagi he3x.


Genting Peres (hala Kuala Kelawang)

Berhenti sekejap di Genting Peres.




Geng KTNS RS3 250 turun Klawang. Moto adventure ni mempunyai nama-nama berbeza ikut negara. Kat China dikenali sebagai Zhong Shen 250

Geng KTNS RS3 250  turun Klawang

Cupchai pon ada... moto power tak leh start... cupcai pon jadiikkk

Favorite spot... cari tempat berteduh...Si Am V-Strom bukan main laju lagi kat depan layan Stage 3.

Barisan klawang riders hari ini dikemudi oleh Tuan Sifu Lan dan Racer Khalid.

Pian nok jugak..

Errr kasi can kat saya pulakk..

Banyak pulak gambar si Khalid ambil ni. eh ada yang tak masuk ni.. jom jom 

kasi masuk semua la kecuali yang ambil gambar tu terima kasih.  16 rider 16 biji moto kot..

Hati-hati melintas bro..

Laaa ingat ambil video.. siap selfie lagi.. terbaikk la bro..

Ustaz Madi and Team Kawa Hijau. Kredit photo: Khalid

Trio kawa hijau mengganas di Klawang. Kredit photo: Khalid

Kejutan dari Bro Fendy GS...

Bunting baru KIC untuk Klawang Pit Stop. Terbaiikk la Bro Fendy

Join in as a part of history


Klawang Pit Stop

Ada jurukamera sedang buat shooting tu...

Deretan moto-moto ketika sampai...




Abe Klawang Pit Stop (suami Atih) dengan bunting baru..

Terima kasih banyak-banyak katanya... baginya setiap biker yang datang ke sini sama seperti saudaranya...

Kasi masuk moto sekali..

one more please..

Seronok dengar Sifu Lan dan Ustaz Madi sembang.. banyak ilmu perleferan dikongsikan... saya ngaji tak habis..

Selfie sikit dengan racer-racer Rider Santai..

Bro Fendy and friends kat meja belakang sana.

Bunting baru KIC dekat Klawang Pit Stop. Versi baru untuk upgrade yang lama. Terima kasih tuan penaja.. Kalu dijadikan atau buat T-shirt KIC tentu menarik ni Bro Fendy. Saya nak oda satu la kalu nak buat.

Ustaz Madi nak posing kat banner baru ni la.  Kredit photo: Khalid

Terbaiikkk Ustaz.. Kredit photo: Khalid

Racer Khalid naik podium hari ini... Kredit photo: Khalid

Pian tu dah level tinggi, kata Acap.. Memey betul la saya kena tapau brapi lagi. Kredit photo: Pian

Bro Acap pun main bunga api hari ni ... geng team kawa hijau. Kredit photo: Acap

Tumpang sekaki...

Okay nak gerak hala balik pulak...






Genting Peres (hala Hulu Langat)

Singgah sekejap di Genting Peres. Apa yang tak kena moto si Pian tu.. brake belakang leak.. saya tak pernah pakai pon kata Sifu Lan..



Kawan-kawan dok tunggu Bro Fendy GS...


Onboard Video:
Kita tunggu aksi-aksi lefero racer-racer, nak-nak yang berapi tu dari 'onboard cam' Ustaz Madi. Dah ada bahan bukti baru boleh citer..

Onboard Video (oleh Ustaz Madi)

Route hari ini:



Hari ini balik ikut Semenyih. Lama tak lalu Jalan Sungai Lalang ni. Kebiasaan layan Stage 1 hala balik. Sekali sekala...

Alhamdulillah selamat sampai rumah. Terima kasih semua.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy


Like This Blog     Follow@Twitter : 

View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment