(DIGITIZER TOUCH SCREEN REPLACEMENT OF GARMIN ZUMO GPS)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Oppss.. GPS Garmin Zumo saya terjatuh dari almari kabinet ke atas lantai ketika mengambil helmet. GPS berada dalam "protected case" ketika jatuh, dalam hati saya kata ok kut takde apa-apa kerosakan. Tapi nak juga tengok, buka "protected case", "ON" GPS, alamak LCD display sudah pecah ke? Belek punya belek, rasanya hanya skrin sentuh (touch screen) sahaja sudah retak. Sebab LCD display masih berfungsi cuma "digitizer touch screen" sahaja yang huru hara sebab dah retak dan pecah. Emmm, nampaknya walaupun berada dalam "protected case" pun belum tentu selamat. Insiden ini sebenarnya berlaku pada penghujung bulan Mac 2015.
Garmin Zumo 660 |
Garmin Zumo ni saya beli dari pengedar sah Garmin di Melaka pada tahun 2012. Oleh kerana harga dia boleh tahan, memang mahal, 3-4 kali ganda harga GPS Garmin biasa, boleh beli helmet full-face Shoei atau Arai sebutir. Jadi kebanyakkan kedai tak simpan stock. Kalau nak kena order dulu dengan deposit. Kedai kat Melaka ni sentiasa ada ready stock, harga terbaik, dan banyak rakan bikers syorkan, terutama rider-rider motor touring dan adventure. Zumo ni direka khas untuk kegunaaan motorsikal/bikers. Zumo ni menjadi GPS standard untuk motor BMW. Kelebihan fungsi Zumo ini boleh tengok ulasan dekat "webBikeWorld" (sila klik)
Berbalik kes skrin pecah tadi. Apa nak buat ni. Saya hubungi (menerusi telepon) pusat servis Garmin Malaysia dan dimaklumkan pusat servis tidak buat pembaikan ke atas model Zumo. Dipendekkan cerita Zumo itu akan dihantar balik ke kilang Garmin di Taiwan untuk penggantian LCD display dan touch screen sepenuhnya. Walaupun saya kata hanya skrin sentuh bahagian atas LCD display yang retak. Berapa kos pembaikan? lebih daripada RM500, baru anggaran sahaja, belum kira harga 'spare part' sebenar dan kos 'shipping'. Silap-silap boleh cecah separuh harga beli ni. Adusss..
Jadi buat 'research' sikit kat internet. Tanya pakcik Google dulu apa boleh buat, terjumpa satu video DIY (Do It Yourself) ganti LCD display Zumo kat YouTube. Lepas tu tanya jurujual eBay pulak, eemm ada jual "touch screen" sahaja dan juga sekali dengan LCD display. Jadi saya buat keputusan nak baiki atau ganti sendiri.
1. Macam nak mula?
Saya tengok dulu macam mana yang ditunjukkan dalam video di YouTube tu, langkah demi langkah yang diambil dan perkakasan yang diperlukan
2. Operasi baraikan Zumo sendiri
Setelah faham langkah-langkah perlu dilakukan, maka langkah-langkah yang sama dibuat ke atas Zumo sendiri. Peralatan digunakan pemutar skru Torx saiz T5 dan pisau nipis. Buat 'back up' terlebih dahulu peta dan data tersimpan dalam memori Zumo melalui sambungan USB ke komputer.
Komponen-komponen Zumo yang telah dibaraikan |
"digitizer touch screen" yang retak / pecah atas LCD display |
"digitizer touch screen" yang retak sebelah kiri dan LCD display sebelah kanan. "Touch screen circuit" dipaterikan kepada "LCD display circuit". |
3. Beli "digitizer touch screen" atau "LCD Display"
Bila dah pasti memang hanya "digitizer touch screen" yang pecah dan LCD display masih berkeadaan baik. Mula la cari kat eBay untuk dapatkan harga terbaik. Saya beli kedua-duanya sekali iaitu dua set "digitizer touch screen" sahaja dan 1 set "LCD Display" dilengkapi sekali dengan "digitizer touch screen" dari penjual di Hong Kong untuk dijadikan "spare part'. Lepas sebulan, baru dapat barangan tersebut. Lambat sikit pasal pakai pos biasa je.
Order satu set Zumo LCD display dengan touch screen dari penjual di Hong Kong menerusi eBay. |
Order dua set touch screen sahaja dari penjual di Hong Kong menerusi eBay. |
4. Sambungkan "digitizer touch screen" baru kepada "LCD Display" asal
Bila sudah dapat "digitizer touch screen" baru, sambungkan (secara pateri) litarnya kepada litar "LCD display". Kalu tidak yakin, boleh minta bantuan atau servis daripada juruteknik berpengalaman dari kedai baik pulih barangan eletronik/eletrik untuk melakukan pateri. Pasang balik semua komponen-komponen itu semula. Sila berhati-hati mengenakan tekanan ke atas "digitizer touch screen" semasa pemasangan kerana ia mudah pecah atau retak. Hidupkan Zumo dan menguji semua fungsinya berjalan dengan baik. Untuk perlindungan tambahan, saya pasang screen protector pada "touch screen" .
"Digitizer touch screen". Sebelah kiri yang retak dan sebelah kanan yang baru. Sambungkan (secara pateri) litarnya pada litar "LCD display". |
Unit "LCD Display" dilengkapi sekali dengan "digitizer touch screen". Litar Touch screen sudah siap dipateri pada litar "LCD display" (terlindung oleh tape hitam)
|
Setelah siap pemasangan dan menguji semua fungsinya berjalan dengan baik. |
5. Menentukur skrin (Calibrating the screen)
Oleh kerana baru tukar "digitizer touch screen" maka seeloknya dibuat penentukur semula pada skrin (re-calibrating the screen). Boleh rujuk kepada manual Zumo cara-caranya.
Calibrate the touch screen: Tools>Settings>Display>Calibrate (under Touchscreen) |
JomRide Phuket.. |
Alhamdulillah, Garmin Zumo saya masih berfungsi dengan baik sehingga saat ini.
Mencari Garmin Zumo? Harga yang ditawarkan di Lazada.
PENAFIAN:
Penulis bukan juruteknik eletronik professional. Maklumat dan info yang dikongsikan adalah sebagai panduan dan rujukan untuk diri sendiri sahaja. Penulis dan Jom Ride Sokmo tidak bertanggung jawab atas sebarang masalah, kerosakkan atau kecederaan akibat daripada penggunaan perkongsian ini dan kaedah digunakan. Use your own discretion and at your own risks.
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
No comments:
Post a Comment