RIDE KE SUNGKAI 'LE TOUR DE LANGKAWI' LAYAN NASI BAMBOO SUNGAI KLAH
26/02/2017 (Ahad)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, ride hujung minggu kali ini berkesempatan mengikuti grup ride ke Restoran Nasi Bamboo (RNB) Sungai Klah yang terletak di Sungkai, Perak. Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat yang tertangguh ini berlalu dengan masa untuk ride ke sini kerana keadaan dan masa yang tidak menyebelahi setiap kali perancangan dibuat. Apabila Bro Khalid mengajak ride ke sini ibarat pucuk di cita ulam mendatang bagi suatu hasrat yang sudah 'terbiar lama' sehingga tiba waktu diizinNYA. Sebelum ini saya pernah ke Sungai Klah menyertai konvoi kelab permotoran sempena perasmian Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah. Mengikut Bro Khalid, ride ini sempena meraikan atau ride bersama Bro Badd sebelum beliau kembali bertugas ke 'seberang laut'. Untuk Bro Badd selamat kembali bertugas. Lepas balik dari trip, berehat sekejap sambil melayan rakaman WSBK Race 2 di Philips Island, Australia berlangsung tengahari tadi, mulalah mengumpul gambar-gambar sekitar ride tadi untuk catatan ride kali ini.
RV Point 1: Petronas Grand Saga
Cuaca mendung pagi ini, sekitar jam 8:00 pagi tiba-tiba hujan tetapi tidak lebat menjadi rintik-rintik. Nampaknya layan moto tegaklah. Seperti biasa, rakan-rakan rider dari Kajang, Semenyih dan sekitarnya bertemu di Petronas Grand Saga dalam 8:30 pagi. Seperti biasa Bro Khalid selalunya menjadi orang yang pertama tiba. Dalam pukul 8:40 pagi mula bergerak ke RV seterusnya.
|
Petronas Grand Saga tempat pertemuan rider-rider dari Kajang, Semenyih dan sekitarnya. |
|
Geng setaman Ustaz Madi baru tiba dengan empat rider lain. |
RV Point 2: R&R Rawang Hala Utara
Kami menyertai rider-rider lain ditempat yang dijanjikan iaitu di kawasan R&R Rawang hala utara, Lebuhraya PLUS pada pukul 9:00 pagi. Sudah ramai rider yang sudah tiba. Bahkan terdapat juga grup-grup motor lain yang RV di sini. Oleh kerana pertama kali saya menyertai ride dengan grup ini, jadi ramai yang saya masih belum kenal, hendak mengira bilangan motor pun tidak pasti yang mana akan bersama. Konvoi mula bergerak dalam 9:45 pagi.
|
R&R Rawang Hala Utara tempat pertemuan rider-rider untuk trip ini. |
|
Antara motor-motor tersebut, terselit satu motor yang agak 'ganjil'! |
|
Team Hijau... satu lagi alasan kenapa bawa Kawa walaupun hitam... |
|
Boleh kira tak ada berapa banyak MT09.. rasanya separuh dalam grup ride ini MT09. |
|
Semua sudah sampai rasanya... berapa motor semuanya? |
|
Selfie dulu.. photo kredit: Muizz |
Tidak sampai beberapa km perjalanan sebelum persimpangan Sungai Buaya, tiba-tiba salah satu motor peserta mengalami masalah 'teknikal' dan terpaksa berhenti. Sebahagian besar peserta sudah langsung ke depan, tetapi Sifu Badd berpatah balik untuk bertemu kami. Oleh kerana tahap 'kecederaan' motor agak serius dan tiada apa dapat dibuat untuk meneruskan perjalanan, nampaknya terpaksa 'diselamatkan'. Beberapa rakan-rakan rider 'setaman' yang datang bersama membantu rakan kita membawa motor ke tempat yang lebih selamat serta menemani beliau sehingga bantuan tiba. Jadi dalam 5 moto/rider 'setaman' diketuai Ustaz Madi nampaknya terpaksa membatalkan hasrat untuk ride bersama dalam trip ini. Kita merancang tetapi perancangan Allah itu adalah lebih baik. Sudah pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga rakan kita itu dipermudahkan urusannya selepas kejadian ini.
Saya dan Sifu Badd meneruskan perjalanan untuk menyertai rider-rider lain di Tol Sungkai. Oleh kerana cuaca hujan tetapi tidak lebat, ada kumpulan-kumpulan kecil menunggu di beberapa tempat berteduh sebelum Tol Sungkai. Terima kasih Sifu Badd yang 'escort saya' yang tak laju ini sehingga 're-group' kembali.
Route dan Lokasi
Bagi yang belum pernah ke sini. Lokasi baru
Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah di alamat Lot 53 Tanjung Balai, Jalan Besar Sungkai-Slim River, Sungkai, Perak, dapat di kunjungi dengan menyusur keluar melalui Exit Sungkai / Tol Sungkai dari Lebuhraya PLUS. Apabila berada dipersimpangan lampu isyarat selepas tol Sungkai, membelok ke kanan hala ke pekan Sungkai. Terus perjalanan kira-kira 300 m sehingga tiba di jambatan merentangi Sungai Sungkai. Restoran terletak disebelah kiri selepas jambatan dengan papan tanda yang besar jelas kelihatan. Lokasi baru ini telah operasi sejak awal tahun 2016, yang mana sebelum ini beroperasi selama tiga tahun di tepi jalan menuju ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah (Sungai Klah Hot Spring Park). Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali hari Isnin. Restoran ditutup pada hari Selasa jika cuti umum jatuh pada hari Isnin.
Route pergi seperti dalam 'Google Map' di bawah:
|
Tayar golek dari R&Rawang dikemudi oleh Bro Badd dan Khalid. Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Khalid |
|
Photo Kredit: Khalid |
|
Mana semua rider hilang ni. Photo Kredit: Khalid |
|
Tiba di Tol Sungkai |
|
Lain macam je si Pian ni.. |
|
'Double Thumbs up' dari Bro Badd. |
|
Bro Badd and the fans |
|
Bro Badd and the fans. Opss sekali lagi yang kat belakang dah melompat atas motor.. |
|
Si Khalid dok kira motor tu. |
|
Bersiap untuk ke restoran |
|
Tayar golek ke restoran pula |
|
Photo Kredit: Khalid |
Grup kami tiba di restoran dalam pukul 11:00 pagi. Kelihatan ramai orang mula memenuhi restoran tetapi paling banyak pengunjung pada hujung minggu sudah pasti grup-grup motor yang datang secara konvoi atau berkumpulan. Macam-macam grup motor yang sudah ada pada masa kami tiba dan juga konvoi-konvoi besar yang baru tiba.
|
Akhirnya sampai ke destinasi dituju. |
|
Motor dah bercampur aduk.. kasi tangkap je |
|
Janji nampak papan tanda restoran untuk dijadikan bahan bukti... |
|
Deretan motor di parkir hadapan restoran. |
|
Photo Kredit: Badd |
|
Photo Kredit: Khalid |
|
Photo Kredit: Khalid |
|
Photo Kredit: Badd |
Ada Apa di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak
Apa keistimewaan restoran ini yang mendapat perhatian ramai sehingga menjadi salah satu produk pelancongan negeri Perak ini? Restoran ini terkenal kerana menyajikan masakan tradisional kampung orang Melayu Perak yang kini semakin mendapat perhatian ramai iaitu nasi bamboo (buluh) sebagai tarikan utamanya. Nasi bamboo ini disediakan dengan cara dimasak dan dikukus dalam buluh dengan dengan daun lirik atau lebih dikenali sebagai daun kalatia sebagai lapik berasnya. Selain nasi bamboo, juga terdapat nasi panggang daun lirik. Selain aroma baunya yang harum, rasanya pasti unik dan asli! Sudah pasti keunikan dan keaslian tersendiri nasi bamboo dan nasi panggang ini menjadi tarikan pengunjung-pengunjung terutama dari luar negeri Perak untuk mencuba.
|
Sebelah kiri: pelekat-pelekat dari grup/kelab permotoran. Sebelah kanan: sejarah restoran sejak dari mula. |
Restoran berkenaan boleh memuatkan 300 tempat duduk dalam satu masa. Mungkin kita menjangka pasti lama menunggu. Sebenarnya, restoran ini mengamalkan konsep berhidang layan diri, jadi semua kena ambil sendiri. Kalau ramai terpaksalah beratur panjang sikit untuk kaunter-kaunter tertentu menghidangkan menu popular. Makanan di sini dibahagikan ke beberapa bahagian atau stesen mengikut jenis hidangan atau menu. Setiap set hidangan atau menu hendaklah dibayar terus di kaunter setiap stesen berkenaan.
Tempat pertama dituju mestilah menu yang menjadi nama restoran ini, nasi bamboo (buluh). Ada dua pilihan set nasi iaitu Nasi Bamboo dan Nasi Panggang. Harga satu set nasi RM3.20 (dulu harganya cuma RM2.50) termasuk sambal belacan, ulam pucuk ubi rebus, telur masin, serunding kelapa dan satu mangkuk kuah kari. Ketika disini, saya memilih satu set Nasi Buluh.
Stesen-stesen seterusnya pula untuk hidangan pelbagai lauk-lauk asli berasal dari Perak dengan harga berlainan dikenakan mengikut lauk yang diambil. Begitu juga dengan air minuman. Jadi buatlah pilihan hendak makan set nasi bamboo atau nasi panggang dengan lauk-lauk mengikut cita rasa sendiri. Kalau tengok lauk pauk ini boleh rambang mata, kalau mengikut nafsu silap-silap sampai terlebih bajet pulak. Jadi perhatikan harga setiap lauk yang dipilih supaya tak kecoh di kaunter bayaran pulak.
Stesen kedua pula terdapat menu hidangan bergoreng, berbakar dan bersalai. Pelbagai menu ikan bakar istimewa seperti talapia, siakap, baung, pari, keli, mambong dan lain-lain. Ayam pula terdapat ayam kampung bakar bunian, ayam kampung goreng serabut dan lain-lain lagi. Terdapat juga kambing salai bakar. Antara hidangan lauk yang popular di sini ialah daging kambing salai bakar dan ayam kampung bunian.
|
Barisan depan stesen untuk pilih set nasi. Barisan belakang pula stesen untuk pilih lauk bergoreng atau dibakar/salai termasuk ikan, ayam atau kambing. |
Kebiasaannya daging kambing dibakar untuk dijadikan hidangan, namun di sini ia sedikit berbeza kerana daging kambing tersebut akan disalai selama berbelas-belas jam terlebih dahulu. Seterusnya barulah dimasak dengan pelbagai jenis rempah yang menjadikannya rasanya lebih sedap bila dimakan. Sudah pasti kambing salai bakar menjadi menu pilihan. Mana tidaknya, dari tempat parkir motor sudah nampak kaki kambing bergantungan, membangkitkan selera yang tengah kebuluran. Masa sarapan pun ala kadar, simpan ruang kosong lebih sikit untuk kat sini, bunyi macam ruangan tong motor la pulak. Satu lagi istimewa kat sini, masakan ayam kampung bakar bunian yang tidak terdapat di tempat lain. Nama menu yang agak mistik, mungkin resepinya ada kaitan dengan bunian, saya tak pasti. Jadi saya memilih satu ketul ayam bunian dan sepiring kambing salai bakar dengan jumlah harga bayaran RM20.
|
Daging kambing sedang disalai |
|
Daging kambing sedang disalai |
|
Daging kambing sedang disalai |
|
Daging kambing salai dipotong kecil-kecil yang dibakar dengan rempah ratus istimewa |
|
Menu pilihan saya, set nasi bamboo, ayam kampung bakar bunian dan daging kambing salai bakar |
|
Rupa nasi bamboo atas daun lirik selepas dikeluarkan dari buluh |
Stesen ke tiga pula lauk campur. Pelbagai lauk pauk ala kampung di sediakan seperti masak lemak, sup tulang kambing, daging masak hitam, gulai kawah umbut pisang, kari, kerabu, ikan masin, sambal, ulam-ulaman, dan banyak lagi. Tengok lauk pauk ini pun boleh rambang mata. Saya rasa dah cukuplah dengana apa yang dah dipilih tadi.
|
Bahagian lauk pauk berkuah |
|
Masakan berkuah dan lemak.. |
|
daging masak hitam, sup tulang kambing dan masak lemak daging salai |
|
Masak lemak |
|
Kari |
|
Masakan sayur, kerabu dan ulam-ulaman di bahagian hujung |
|
Ikan masin, begedil dan masak lemak ikan sungai |
|
Masakan sayur bergoreng |
|
Ulam-ulaman dan pelbagai kerabu |
Stesen ke 4 pula menyediakan juadah pencuci mulut. Terdapat kuih-muih, keropok, tapai, sate dan lain-lain
|
Bahagian juadah pencuci mulut. Kuih muih, tapai dan keropok |
|
Satay pun ada .. |
|
Pelbagai jenis satay, daging, ayam, rusa, perut dan paru. Kepak ayam pun ada. |
Stesen ke-5 pula kaunter bahagian minuman.
|
Bahagian memesan minuman |
Sesi Makan Nasi Bamboo
|
Nasi bamboo dengan pilihan lauk masing-masing. Ada yang tengah check lauk apa lagi yang miss tu.. Photo Kredit: Muizz |
|
Saya baru nak mula, Bro Badd dah habis.. lajuzz macam bawa motor jugak |
|
Yang belakang tu pun syok pekena nasi bamboo |
|
Dah kenyang.. selfie baru ada senyum... Photo kredit: Badd |
|
Dah kenyang baru ambil gambar yang lain...Photo kredit: Badd |
|
Perrggg. licin.. terbaiiikkk la. Photo kredit: Badd |
|
Semua dah kekenyangan dan kepanasan. Mana tempat sempoi-sempoi nak lepak ni? Photo kredit: Muizz |
|
Kat dalam penuh dengan grup besar bikers yang dah tempah separuh meja dalam restoran. |
Setelah menikmati hidangan menu menepati temanya unik, asli dan tersendiri. Saya rasakan memang terbaiklah Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ini dan memang berbaloi ride ke sini. Oleh kerana suasana oraang yang agak ramai serta keadaan agak panas kerana banyak meja bahagian dalam sudah ditempah khas oleh konvoi-konvoi besar, Sifu Badd mengajak ke tempat lain (pindah 'port') untuk sessi teh tarik pula. Kami beredar dari restoran menghala ke arah Sungkai dan berhenti mengisi minyak di Petronas Sungkai terlebih dahaulu sebelum tiba di Medan Selera Jalan Sungkai, kira-kira 2 km sebelum pekan Bidor.
|
Photo Kredit: Khalid |
|
Sempat posing dulu.. Photo Kredit: Khalid |
|
Photo Kredit: Khalid |
|
Kita pindah port..Photo Kredit: Muizz |
|
Jom jom.. Badd ajak pindah port untuk teh tarik session pula..Photo Kredit: Muizz |
Sessi Teh Tarik
|
Port untuk teh tarik session. Parkir khas untuk moto tak tahan panas.. |
|
Parkir di depan Medan Selera Jalan Sungkai. |
|
Kalu ikutkan di sini terdapat 25 motor, 5 terpaksa berpatah balik. Kesemuanya 30 motor ketika tayar golek dari Rawang. |
|
Pekena teh tarik di sini dulu. Kasihan tokeh kedai terpaksa ambil order dan buat air seorang diri |
|
Kat sini baru boleh sembang. Photo Kredit: Khalid |
|
Semua ok, terbaiikk... kalu lah Ustaz Madi and the geng ada lagi meriah la. Photo Kredit: Khalid |
'Le Tour de Langkawi 2017'
Ketika hendak bergerak pulang, kereta peronda dan anggota polis yang menjaga lalu lintas persimpangan jalan besar meminta grup berhenti. Kira suspen sekejap la tu. Dimaklumkan jalan ditutup berperingkat-peringkat bagi memberi laluan kepada pelumba-pelumba basikal untuk perlumbaan jelajah berbasikal '
Le Tour de Langkawi' edisi ke-22 yang akan tiba sebentar lagi. Ini merupakan peringkat ke-5 sejauh 151.5km, bermula dari Meru Raya dan berakhir di Kuala Kubu Bharu. Jadi terpaksalah layan dulu 'Le Tour de Langkawi'.
Apa yang menarik pada 'Le Tour de Langkawi' kali ini adalah rakan penajaan bagi kenderaan rasminya adalah BMW. Jadi dari kereta-kereta marshall, escort polis, kereta sokongan pasukan, media dan juga sebahagian motorsikal marshall/pengiring termasuk polis 'outrider' juga dari BMW. Selepas kereta marshal terakhir ('last car') melepasi tempat kami, maka kami dibenarkan bergerak. Apa lagi, semua pakat dok ikut konvoi 'Le Tour de Langkawi', habis semua orang sepanjang jalan dok pakat lambai-lambai. Mungkin dia orang ingat grup ini juga mengiringi konvoi 'Le Tour de Langkawi'.
|
Ada apa ni tiba-tiba kena block.. |
|
Apa yang gelak tu.. suspen sekejap |
|
semangat tunggu.. |
|
Photo Kredit: Muizz |
|
Photo Kredit: Muizz |
|
Photo Kredit: Muizz |
|
Lead car |
|
Mana ni kata dah dekat nak sampai.. |
|
abih lari cari tempat teduh... |
|
Lead Police Car |
|
Pelumba pendahulu agak jauh meninggalkan kelompok besar di belakang |
|
Communication Car |
|
Pelaton atau kumpulan besar pelumba-pelumba mula tiba |
|
Mereka bergerak dengan kadar 1 km dalam 1 minit (straight line speed 60km/h fuuu!) |
|
Abang polis ni bawa R1200GS tu |
|
Ada pelumba mengalami masalah pada basikal |
|
Caya la ada juga 'V' |
|
Last Car |
|
Grup mengikuti belakang konvoi 'Le Tour de Langkawi' Photo Kredit: Badd/Muizz |
Route balik seperti dalam 'Google Map' di bawah (dari PLUS susur keluar mengikut haluan masing-masing)
Alhamdulillah selamat sampai rumah. Terima kasih semua.
Buat Ustaz Madi dan 'geng setaman', insyaalah dengan izinNYA kita repeat lagi ride ke sini.
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
View web version if you have problem in viewing mobile version
Follow@Twitter :
No comments:
Post a Comment