Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Perkongsian disunting dari sumber: Pengajian Memandu, Maktab Teknik PDRM, Muar Johor
WARM UP
Sekali imbas macam tidak penting warm up ini, tetapi ia sebenarnya sangat penting untuk memanjangkan hayat motosikal kita.
WARM-UP motosikal ini kadangkala memerlukan kesabaran kerana terpaksa menunggu untuk memanaskan injin sebelum motosikal kita selesa untuk memulakan perjalanan.
Satu masa dulu saya pernah dengar dari orang lama mengatakan bahawa motosikal perlu dihidupkan dahulu sehingga panas. Tujuannya supaya minyak pelincir enjin (atau orang biasa cakap minyak hitam) naik ke atas, atau dengan bahasa yang lebih mudah supaya minyak pergi ke semua bahagian injin.
Matlamatnya sama iaitu untuk warm-up tapi dari segi kefahamannya mungkin ada kesilapan sedikit.
Yang sebenarnya apabila kita menghidupkan injin secara serta merta kita akan dapat lihat lampu merah pada penal akan padam, ini bermakna minyak pelincir telah pun disebarkan ke semua bahagian injin. Jadi apa yang dikatakan tunggu minyak pelincir naik ke atas atau pergi ke semua bahagian injin adalah tidak benar kerana injin tidak perlu menunggu begitu lama untuk menyebarkan minyak pelincir ke semua bahagian enjin.
Jadi kenapa kita perlu mengambil masa sekurang-kurangnya selama 5 minit dengan membiarkan injin dalam keadaan idling (melahu)?
Ini sebenarnya adalah berkaitan dengan suhu kerja bagi sesuatu enjin. Biasanya enjin memerlukan sesuatu suhu untuk memastikan ianya dapat bekerja dengan begitu sempurna. Suhu kerja bagi enjin adalah dalam lingkungan 85 darjah C sehingga 115 darjah C. Ini bergantung kepada jenis injin.
Tapi kenapa memerlukan suhu seperti itu?
Kerana sifat logam itu sendiri. Kita semua tahu yang logam akan mengecut sedikit apabila sejuk dan mengembang sedikit apa bila panas. Oleh kerana itu kita memerlukan sesuatu suhu untuk memastikan logam pada bahagian injin dapat mengembang sehingga pada satu tahap supaya pergerakan injin itu tidak akan merosakkan dirinya sendiri.
Cuba bayangkan keadaan komponen di dalam injin yang masih longgar ataupun ketat tetapi dipaksa bekerja dengan keras. Ini pasti akan merosakkan injin.
Oleh itu kalau anda semua sayangkan motosikal anda pastikan injin anda berada dalam suhu kerja sebelum membenarkannya bekerja dengan keras. Ini dapat dilakukan dengan menghidupkan injin selama lebih kurang 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Apa lagi kalau anda rem injin dimana suhu kerja injin belum lagi di capai. Akhirnya kena sediakanlah rm yang secukupnya.
MEMOTONG
Memotong ini sebenarnya ada hubung kait dengan kesabaran dan pertimbangan yang sempurna. Kesan dari pertimbangan yang salah ketika memotong boleh membawa kemudaratan kepada penunggang dan juga orang lain. Kesannya amat menakutkan kerana biasanya kita akan memecut apabila memotong kenderaan.
1. Apa yang penting sebelum memotong ialah penunggang mestilah nampak keadaan jalan di hadapan dan juga dapat melihat apa yang ada dibelakangnya. Ketika memotong jarakkan sedikit dengan kenderan yang dipotong untuk keselamatan jika bergerak ketengah tanpa amaran.
2. Ada banyak tempat-tempat yang dilarang memotong.Ini termasuklah dipercantuman dua jalan
3. Memotong yang selamat memerlukan pengawalan yang berhati-hati sambil mematuhi undang-undang jalanraya.
4. Bila memotong kenderaan penunggang hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
PERTIMBANGAN
a) Kelajuan kenderaan yang hendak dipotong
b) Kelajuan dan kemampuan moto sendiri
c) Kelajuan kenderaan yang sedang datang dari hadapan
d) Kemungkinan kenderaan yang sedang datang dari hadapan dengan kelajuan yang tinggi tetapi belum kelihatan (Bagi motosikal berkuasa besar ini bukanlah menjadi masalah kerana tenaga yang ada mungkin lebih dari mencukupi tetapi bagi motosikal berkuasa kecil jangan memotong sekiranya beza yang kecil dengan kelajuan kenderaan yang hendak di potong – kalau kelajuan max 120km/j tetapi kelajuan kenderaan yang hendak dipotong 110 km/j jangan lah memotong).
e) Jarak yang boleh didapati untuk memotong dan balik ke lorong asal/tepi berhubung dengan (a) dan (d) diatas.
5. Peraturan Berikut Perlu Dipatuhi Sebelum Memotong.
a) Jangan sebabkan kenderaan yang hendak dipotong atau yang sedang datang mengubah hala atau kelajuan
b) Elak bersaing tiga kenderaan sama ada, sama hala atau arah yang bertentanggan.
c) Kembali kelorong asal/tepi tanpa tergesa-gesa.
6. Sebenarnya banyak pertimbangan yang mesti di ambil oleh penunggang semasa hendak memotong dan jangan menganggap mungkin keputusan yang di ambil mesti betul. Adalah lebih baik jika mengambil keputusan bahawa mungkin tidak betul. Penunggang mestilah peka dengan perkara yang mungkin terjadi.
Oleh itu jadilah penunggang yang sentiasa memikirkan keselamatan diri dan orang lain…
Berhati-hatilah….ingat orang yang tersayang…anda mampu mengubahnya….
Memotong semasa megampiri simpang - Meletakkan diri di dalam bahaya ! |
Jika Tidak Pasti Tunggu Dahulu.
MEMBREK
Pada dasarnya membrek adalah satu tindakan untuk memperlahankan atau memberhentikan kenderaan. Kadar membrek adalah selalunya diberi secara langsung oleh penunggang bergantung kepada situasi dan keadaan.
Membrek hendaklah dari awal dan tegas tetapi tidak kasar atau pun lasak.
Terdapat dua cara untuk memperlahankan atau memberhentikan motosikal
1) Dengan cara menutup trotel minyak
2) Dengan cara menarik dan menekan pedal brek.
PERATURAN MEMBREK
1) Brek dengan kuat hanya semasa berjalan lurus
2) Membrek dalam masa yang awal
3) Tekanan brek hendaklah berubah-ubah mengikut permukaan jalan
4) Bila menuruni bukit yang curam dan berliku-liku, brek dengan kuat hanya dijalan lurus dan ringankan tekanan brek semasa didalam selekoh.Ingat kebaikan penggunaan gear yang lebih rendah semasa nenuruni bukit
5) Elakkan pengunaan brek hadapan bila motosikal sendeng atau sedang berpusing balik atau diatas permukaan jalan yang licin dan bahaya.
PEMBAHAGIAN BREK
1) Diatas jalan yang baik,kering dan lurus 75% brek hadapan dan 50% brek belakang.
2) Diatas jalan yang baik tetapi basah 50% brek hadapan dan 50% brek belakang
Tekanan brek biarlah mengikut keperluan dan jangan sampai terkunci atau LOCK. Ini adalah kerana tekanan 100% adalah tidak dapat memberi kesan yang baik jika dibandingkan dengan tekanan 70 atau 80 peratus. Tekanan brek 80 peratus adalah lebih baik berbanding tekanan 100% dimana tayar akan lock dan motosikal tidak berhenti dengan sempurna.
Di atas jalanraya yang baik, kering dan lurus peratus penggunaan brek ialah 75% brek hadapan dan 50% brek belakang.
Di atas jalan yang baik tetapi basah peratus penggunaan brek ialah 50% brek hadapan dan 50 peratus brek belakang.
UJIAN MEMBREK
Kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa brek kerana brake pad/lining memakan masa bertahun untuk habis, jadi cuba ingatkan diri untuk memeriksanya. Apabila hendak menguji brek semasa berjalan ialah dengan menekan secara beransur-ansur dan bukan membrek dengan keras sehingga mengunci roda.
Seandainya brek telah dibasahi oleh hujan atau dimasuki air ini akan mengurangkan fungsinya jadi apabila tidak lagi hujan dan tidak lagi dimasuki air tekan brek secara perlahan-lahan untuk memanaskannya sehingga brek itu kering.
Sebelum jalan “adjust” brek tangan dan kaki supaya boleh bergerak dengan licin mengikut tekanan yang dibuat.Minyakkan sambungan-sambungannya dan bebas dari kerosakan. Tentukan bahagian-bahagian brek yang bergerak tidak dihalang. Kemudian uji brek semasa berjalan. Dalam gear yang tinggi dan kelajuan dalam 50 km/j membrek dengan beransur-ansur kuat tanpa mengunci roda.(motosikal tidak mengelunsur). Jaga keselamatan lain-lain pengguna jalan raya untuk berbuat demikian
BREK KECEMASAN
1) Didalam keadan ini penunggang hendaklah taksir dengan cepat sama ada cukup kawasan untuk membrek dan berhenti atau elakan dan keluar dari kawasan bahaya
(pengalaman dekat genting dan nasi ambang syukur selamat)
2) Jika ia percaya boleh berhenti dengan selamat, brek depan dan belakang sekuat yang boleh tanpa mengunci roda-roda. Jika motosikal sendeng gunakan brek belakang sahaja.Pengunaan brek hadapan akan menyebabkan motosikal mungkin terbabas.
Di permukaan yang baik:-
1. Penunggang hendaklah tafsir dengan cepat samada mempunyai kawasan yang cukup untuk membrek dan berhenti.
2. Jka percaya boleh berhenti dengan selamat tekanan depan dan belakang sekuat yang boleh tanpa mengunci roda. Jika motosikal sendeng gunakan brek belakang sahaja.
Di permukaaan yang licin:-
Jika permukaan licin tetapi terpaksa membrek kecemasan, brek dengan cermat. 50% hadapan dan 50% belakang dengan syarat motosikal dalam keadaan lurus. Cuba luruskan motosikal seberapa yang boleh.
* Untuk makluman, walau pun brek lock roda belakang tidak boleh di amalkan dan kurang berkesan untuk membrek tetapi dalam kaedah penunggangan extreme ianya tetap digunakan dalam keadaan tertentu. Tetapi kaedah ini memerlukan latihan dan masa. Dalam keadaan tertentu kaedah ini digunakan dan di ajar kepada penunggang PDRM untuk persediaan sekiranya keadaan memerlukan. Pelajaran ini bukanlah perkara yang boleh di ajar secara bertulis tetapi secara praktikal.
MEMASUKI SELEKOH ( CORNERING )
Cara mendatangi berbagai simpang dan selekoh adalah berbeza bergantung kepada keadaan masing-masing. Tetapi prinsip-prinsip berikut hendaklah di patuhi.
PRINSIP-PRINSIP MEMASUKI SELEKOH.
a) Kedudukan motosikal yang betul bila menghampiri selekoh.
b) Pemilihan kelajuan yang betul.
c) Gear yang betul dengan kelajuannya.
d) Mesin itu hendaklah mengekal akan kelajuan yang sesuai sementara melalui selekoh. (Jangan pacu sementara memasuki selekoh, berbuat demikian semasa keluar.
FAKTOR-FAKTOR KESELAMATAN
a) Ia akan berada disebelah jalan yang betul
b) Ia boleh terus menetap disana.
c) Ia boleh diberhentikan didalam jarak yang selamat.
5 PERKARA YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KELAJUAN YANG SESUAI BAGI SESUATU SELEKOH
1) Pandangan kedalam selekoh
2) Ketajaman selekoh dan keluasan jalan
3) Kenderaan yang ada dan mungkin tiba
4) keadaan permukaan jalan.
5) Kemampuan penunggang dan daya cengkaman motosikal diatas jalan raya.
Selekoh Ke Kanan:-
Kedudukan yang betul semasa memasuki selekoh ke kanan ialah rapat ke kiri jalan. Ini dapat memberi pemerhatian yang awal bagi keadaan jalan di hadapan. Bagaimana pun buat demikian dengan pertimbangan perkara berikut..
1. Bahaya di tepi jalan seperti simpang yang tidak nampak.
2. Permukaan di tepi jalan yang tidak baik.
Selekoh Ke Kiri:-
Bila memasuki selekoh ke kiri kedudukan hendaklah rapat ke garisan tetengah jalan. Ini bertujuan mendapatkan pendangan awal bagi keadaan jalan di hadapan. Timbangkan perkara berikut sebelum berbuat demikian...
1. Bahaya di tengah jalan seperti lalulintas yang sedang datang.
2. Kedudukan ini adakah boleh mengelirukan kenderaan lain.
3. Tidak berfaedah kerana kelajuan yang rendah atau selekoh tidak berbahaya.(Tak perlu buat jika kelajuan rendah atau selekoh tak bahaya).
Gambarajah kedudukan salah semasa mengambil selekoh. |
Gambarajah kedudukan yang betul semasa mengambil selekoh. |
Kali ni citer pasal mengekor pula. Ramai yang beranggapan mengekor bukan sesuatu yang berbahaya tetapi sebenarnya anggapan itu salah. Teknik mengekor yang tidak betul juga boleh mengundang musibah. Kita mesti faham yang motosikal berkuasa tinggi mempunyai daya pecutan yang tinggi jadi kerap kita dengar kemalangan yang melibatkan langgar dari belakang. Jadi baca info ini.
Satu jarak yang selamat hendaklah dipatuhi apabila mengekor. Panduan dijalan biasa ialah 1 meter bagi setiap lebih kurang 15 km/j. Ini bermakna dengan kelajuan 100km/j memerlukan sekurang-kurangnya jarak 6 meter. (Betul ker ni...kalau silap tolong betulkan ya...) Jarak ini adalah merangkumi lebih kurang jarak sebuah kereta.
Jarak yang dinyatakan di atas ini adalah jarak minima bagi mengekor dan tidak boleh digunakan bagi permukaan jalan yang licin dan basah, juga bagi faktor lain seperti brek tak begitu baik, tayar sudah kurang bunga atau penunggang yang telah keletihan. jadi untuk keselamatan pastikan jarak yang lebih dari yang telah ditetapkan tadi.
Dengan mematuhi jarak mengekor yang selamat penunggang akan mendapat faedah seperti berikut:-
1. ia dapat memerhati ke hadapan dengan jelas.
2. Ia boleh berhenti dalam jarak selamat jika kenderaan di hadapan berhenti mengejut.
3. Ia boleh melanjutkan brek supaya kenderaan di belakang mempunyai masa untuk bertindak balas.
4. Ia boleh maju untuk kedudukan memotong bila selamat untuk berbuat demikian.
Kedudukan yang tidak selamat bila mengekor kenderaan - keluasan pandangan juga terhad apa bila mengekor kenderaan terlalu rapat.
No comments:
Post a Comment