Saturday, 11 February 2017

Jom Ride Santai Layan Bukit Putus Masuk Hutan Lipur Ulu Bendul

JOM RIDE SANTAI LAYAN BUKIT PUTUS MASUK HUTAN LIPUR ULU BENDUL

11/02/2017

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan DIY Ganti bateri Interphone F4s  (Bluetooth Headset). Selepas ganti bateri baru, hanya mengujinya tidak sampai dua jam bawa pusing-pusing taman. Hari ini hendak ride jauh sedikit sambil layan Interphone F4s dalam 2-3 jam secara berterusan. Tapi hendak ke mana petang Sabtu ni? Cuaca nampaik baik. Emm Apa kata masuk LEKAS layan Bukit Putus sampai masuk Hutan Lipur Ulu Bendul (Ulu Bendol Recreational Park).

Kawasan rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul



 Sebelum ini ada beberapa kali semasa ride ada melintasi atau singgah sekejap kawasan rehat pusat rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul terletak di Jalan Kuala Pilah - Seremban, kira-kira 10 km dari persimpangan Paroi/Senawang LEKAS, tetapi tidak pernah jenguk masuk menjelajah ada apa dalam Hutan Lipur Ulu Bendul ini. Jom teroka apa yang ada.

"Anda sedang menyeberangi jambatan kedua tertinggi di Malaysia". Lokasinya di Bukit Putus, iaitu laluan Seremban - Kuala Pilah. Laluan baru ini telah dibuka secara rasmi pada November 2009, sejauh 6.9 km dan mempunyai lima jambatan. 

Jambatan KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA ini merupakan jambatan ketiga dari lima jambatan yang dibina. Pembukaan laluan baru menyelesaikan masalah kesesakan selama 40 tahun di laluan lama Bukit Putus.

Kawasan parkir utama di lihat dari bangunan medan makan baru (Ulu Bendul cafe). 

Salah satu kedai makan di bangunan medan makan baru  (Ulu Bendul cafe)

Kolam mandi Ulu Bendul di lihat dari medan makan baru  (Ulu Bendul cafe)

Kolam mandi Ulu Bendul di lihat dari medan makan baru  (Ulu Bendul cafe)

Deretan gerai lama ada jual cekodok labu gebu. pertama kali dengar cekodok ni

Biasa makan cekodok pisang. Hari ini cuba makan cekodok labu gebu pulak..

Peta panduan kawasan hutan lipur Ulu Bendul. Ada tiga kawasan parkir utama. Jom maasuk tengok sampai atas sekali.

Dari kawasan parkir tepi jalan besar ke jalan masuk hutan lipur Ulu Bendul

Alamak ada papan tanda gambar ular pulak. Minta maaf kalau ada yang lemah semangat tengok ular.

Depan jalan masuk  hutan lipur Ulu Bendul

"Puerte de Ulu Bendul". Cakap Sepanyol la pulak. Gerbang masuk ke hutan lipur Ulu Bendul

Kawasan rekreasi dengan kolam mandi seperti dilihat dari bangunan medan makan baru. Tiada kawasan parkir kereta di sini, tetapi ada juga kereta masuk  dan parkir kawasan lapang tepi jalan.

Kolam mandi Ulu Bendul. Hujung minggu pasti orang ramai akan datang ke sini untuk bersantai bersama keluarga untuk mandi manda di sini.

Ada jambatan menghubungi dari parkir utama ke kawasan rekreasi dengan kolam mandi

Kolam mandi buatan dengan mengumpul air sungai 

Laluan air sungai melepasi kolam mandi dari atas jambatan

Pusat rekreasi dengan kolam mandi di lihat dari atas jambatan. Terdapat kemudahan asas di sini seperti tandas awam, gerai-gerai makanan untuk kemudahan orang ramai untuk bersantai bersama keluarga

Ala frame gambar dari petak jambatan

Ala frame gambar dari petak jambatan

Ada laluan pejalan kaki sepanjang anak sungai yang berjeram kecil

laluan aliran anak sungai dengan bongkah batuan granit sepanjangnya

Berjalan menyusuri anak sungai

Berjalan menyusuri anak sungai sambil menghargai alam semula jadi. Sebelah petang tapi rasa udara agak nyaman

Melihat kawasan rekreasi air dari atas

Melihat kawasan rekreasi air dari bahagian lebih atas

Kawasan bersantai bersama keluarga untuk mandi manda aliran air terjun yang segar.

Kawasan tapak perkhemahan pondok tempat barbeque. Kawasan ini berdekatan kawasan parkir kedua. Kat belakang tu ada batu penyu dengan kaki hijau.

tugu peringatan

Please save our waterfall!. Sampai sini berpatah balik ke motor dekat kolam mandi tadi

Selepas melalui pondok pengawal, sebelah kanan ada jalan ke Asrama dan kawasan parkir kedua dekat Astaka

Bangunan asrama dengan rekabentuk minang kabau. Kat depan ni kolam ikan

'V' nak berposing dulu

Cuba teka apa kaitan ESSO dengan kawasan ini? Kawsan ini merupakan Hutan Simpan Gunung Angsi. kata kunci nya "Angsi". Ya, medan minyak Angsi di luar pantai Terengganu. Tetapi medan minyak itu sebenarnya dinamakan sempena pokok Angsi.

Terdapat juga tapak perkhemahan di kawasan ini untuk orang ramai dan jabatan melakukan aktiviti di sini. Kawasan perkhemahan dilihat dari parkir kedua.

Jom naik atas lagi. Ada Taman Herba. Tapi saya tidak masuk melawat

Sebelum sampai parkir ke tiga, gerbang masuk ke Taman Ular. Saya tidak melawat ke dalam. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk.

Kawasan paling atas boleh sampai di hujung jalan bertar. Kawasan chalet atas sikit dari kawasan parkir ke tiga. 

Agak-agak berani ke bermalam kat sini

Dari chalet kat atas sekali, turun ke kawasan parkir ke tiga

Bumi kita kah ini?

Amaran keselamatan... sila ambil perhatian. Pernah berlaku tragedi menyayat hati di sini pada Mei 2011.

Selepas pukul 5:00 petang, pengawal keselamatan di pondok kawalan tidak akan membenarkan kenderaan masuk

Hutan Lipur Ulu Bendul merupakan pintu masuk untuk mendaki Gunung Angsi dengan ketinggian 825 meter (2,702 kaki). Jarak pendakian dari Hutan Lipur Ulu Bendul ke puncak Angsi lebih kurang 6 km dan akan mengambil masa di antara 4 hingga 5 jam untuk sampai ke puncak.

Dari sini bermula trail untuk mendaki. Semua pendaki hendaklah melaporkan diri kepada Renjer di Pejabat Hutan Ulu Bendul dengan mendaftar nama untuk pendakian. Bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan kepada setiap pendaki.

Informasi sejarah berkenaan Hutan Lipur Ulu Bendul. Silau la pulak

Informasi sejarah berkenaan Hutan Lipur Ulu Bendul. Bahasa Inggeris la pulak

Ada jambatan dari kawasan parkir menyeberangi jeram atau aliran air terjun

Bangunan pelantar

Informasi berkenaan Hutan Lipur Ulu Bendul dan juga Gunung Angsi

Aliran air terjun yang segar 

Aliran air terjun yang segar dan jernih

Emmm... tiada raksasa di temui di sini

Jambatan dari kawasan parkir menyeberangi jeram atau aliran air terjun

Ada ikan ke kat sini. Siap bawa pancing..

Jap... sejuk airnya

Oikk ...

Kawasan yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga ni..

Lagi pemandangan aliran air terjun

Emmm... sebenarnya dengar lagu dalam helmet.. tengah test Interphone terus menerus..

Kawasan rekreasi untuk kelurga dan anak-anak

Lagi pemandangan aliran air terjun

Di sini juga terdapat kemudahan asas seperti tandas awam dan surau untuk kemudahan orang ramai untuk bersantai bersama keluarga. Dah lebih pukul 5:00 petang, hendak gerak keluar dari sini.

Dari kawasan rekreasi Ulu Bendul akan lalu susur ke jalan lama  Bukit Putus. lama dah tak lalu sini. Apa kata lalu sini.

Berhenti sekejap dekat mercu tanda (arca tengkolok) masuk daerah Kuala Pilah ni..

jalan sunyi sepi takde orang lalu..

alamak kena road block dengan mamat ni...  ok saya berhenti

Alamak tengok belakang depa pakat 'serang' dari belakang

Kasi vroomm sikit.. maaf saya takde bawa makanan..

Ramai ahli keluarga menunggu hampa..

mamat ni tak nak beralih masih dok depan moto saya... tumpang lalu tuan...

Dari sini, nun dapat lihat jalan baru Bukit Putus


Route yang dilalui


Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy


Follow@Twitter:  

View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment