Monday 17 July 2017

Jom Naik MRT - Hari Pembukaan Laluan Kajang 17.7.2017

JOM NAIK MRT -  HARI PEMBUKAAN LALUAN KAJANG

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Satu lagi sejarah bagi sistem pengangkutan awam negara terlakar apabila fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) telah memulakan perkhidmatannya dari Kajang. Fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Muzium Negara-Kajang dibuka kepada orang ramai secara percuma mulai jam 4 petang pada hari ini Isnin, 17.7.2017. Percuma untuk hari ini sahaja. Apalagi, balik sekolah, anak-anak mengajak mencuba perkhidmatan tren baharu ini. Ramai guru-guru dan pelajar-pelajar sekolahnya ke stesen MRT berdekatan dengan bas pengantara untuk mencuba perkhidmatan tren MRT ini. Dalam pukul 3.15 petang , saya ke stesen Kajang bersama anak-anak dengan kereta, walaupun stesen terdekat adalah Sungai Jernih dan boleh menggunakan bas pengantara.




Terdapat 19 stesen  bagi fasa kedua pembukaan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang iaitu Kajang, Stadium Kajang, Sungai Jernih, Bukit Dukung, Batu 11 Cheras, Bandar Tun Hussein Onn,  Sri Raya, Taman Suntex, Taman Connaught, Taman Mutiara, Taman Midah, Taman Pertama, Maluri, Cochrane, Tun Razak Exchange, Bukit Bintang, Merdeka, Pasar Seni dan Muzium Negara.


Stesen-stesen di SBK Line Sungai Buloh - Kajang. Sumber MRT Corp

Klang Valley Integrated Transit Map. Sumber MyRapid
MRT SBK Line Sungai Buloh - Kajang. Anggaran tempoh masa perjalanan antara stesen

Laluan bas pengantara ke stesen MRT Sungai Jernih dari Saujana Impian, Boleh rujuk di myrapid untuk laluan lain

Boleh rujuk di myrapid untuk laluan lain


Operasi fasa kedua MRT laluan Semantan-Kajang melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 kilometer (km) mengambil masa perjalanan keseluruhan kira-kira 88 minit dengan 31 stesen. Terdapat 7 stesen bawah tanah dihubungkan melalui terowong sepanjang 9.5 km.

Fasa pertama membabitkan laluan Sungai Buloh-Semantan sepanjang 21 km yang mempunyai 12 stesen, mula beroperasi pada 16 Disember tahun lalu. Projek Laluan Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang dengan kos RM23 bilion mula dibina pada 8 Julai 2011, akan memberi perkhidmatan di sepanjang koridor yang mempunyai 1.2 juta penduduk. Setiap set tren laluan berkenaan mempunyai 4 gerabak, membolehkan kapasiti sebanyak 1,200 penumpang dengan kekerapan 3.5 minit di antara setiap tren dan dianggarkan bilangan penumpang harian kira-kira 400,000 orang.

Pada mulanya saya dan anak-anak ingin mencuba MRT dari Stesen Kajang sampai Stesen Sungai Buloh. Namun untuk hari ini hanya boleh sampai ke Muzium Negara sahaja. Kalau hendak ke Sungai Buloh terpaksa naik bas perantara ke Stesen Pusat Bandar Damansara melalui KL Sentral. Hubungan ke fasa pertama laluan MRT Sungai Buloh-Semantan dan stesen integrasi laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, Sri Petaling serta Ampang hanya akan dibuka bermula jam 6 pagi keesokannya (18.7.2017). Jadi untuk hari ini setakat Muzium Negara dan berpatah balik. Bermula dari esok (18.7.2017) sehingga 31 Ogos 2017, orang ramai akan menikmati potongan sebanyak 50% ketika menggunakan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), BRT dan Monorel.



Pengalaman perjalanan pembukaan hari ini adalah lancar dan selesa, walaupun terdapat ramai juga yang datang ingin mencuba perkhidmatan tren MRT ini. Dari pukul 4:00 PM bertolak dari Kajang sehingga Muzium Negara dan seterusnya kembali semula ke Kajang hampir pukul 6:00 PM, memakan masa hampir 2 jam tanpa menunggu tren. Memerlukan hampir sejam untuk sampai ke Muzim Negara. Walau bagaimana pun tempoh masa perjalanan hari pembukaan ini mungkin tidak sama apabila beroperasi sepenuhnya keesokkan hari. Bagi yang memandu atau menggunakan bas awan mungkin menjadi pilihan tetapi untuk bikers yang berkerja di KL, rasanya tetap dengan motorsikal ke pusat bandar KL setiap hari. Mungkin terlalu awal untuk melihat respon pengguna-pengguna perkhidmatan MRT ini. Semasa melalui Jalan Cheras, keadaan trafik sesak seperti biasa. Mungkin keadaan mungkin berubah selepas lebih ramai menggunakan perkhidmatan tren MRT ini.

3:40 PM ketika tiba di stesen Kajang orang ramai sudah mula tiba

Bergambar kenangan dulu

Orang ramai mula beratur panjang menunggu masuk

Ke platfrom tren dari gate tiket

4:00 PM Ketibaan tren pertama untuk orang ramai. Perhatikan stesen kajang dilabelkan sebagai stesen no 35

Oleh kerana ramai hendak duduk depan, saya mengajak anak ke bahagian belakang sekali

Bergambar dulu lah sementara tren belum penuh ke stesen seterusnya

Bergambar dulu lah sementara tren belum penuh ke stesen seterusnya

Laluan tren Sungai Buloh - Kajang (SBK)

Melepasi bandar Kajang

Melepasi Stesen Sungai Jernih

Melepasi Stesen Sungai Jernih

Orang ramai mula memenuhi tren. Imej diambil dari pantulan cermin

Laluan bawah  tanah selepas Taman Pertama, Stesen Maluri hingga ke Muzium Negara semua bawah tanah


Kemaskini pada 27/08/2017

Pada 17 Ogos 2017, berkesempatan menaiki MRT SBK line bagi merasai pengalaman perjalanan dari Stesen Kajang sampai Stesen Sungai Buloh. Video sepanjang perjalanan melalui 31 stesen juga sempat dirakam dikongsikan dibawah (juga muat naik ke YouTube). Video tersebut dipercepatkan 3 kali dan terdapat sedikit suntingan video melalui terowong dipendekkan (pemandangan yang sama) bagi mengurangkan masa tontonan. Walaubagaimana boleh melihat pemandangan atau panorama sepanjang perjalanan melalui 31 stesen MRT SBK Line.


Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment