Sunday, 2 July 2017

Klawang Sunday Raya Ride (02/07/2017)

KLAWANG SUNDAY RAYA RIDE (16/07/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang). Ride bulan syawal seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri selepas lebih sebulan tidak melefer. Tiba di kedai makan depan Masjid Batu 14 dalam pukul 9:30 AM untuk berjumpa dengan rider-rider lain bersama dengan Mad ZX10 yang akan melayan Klawang hari ini tetapi kedai makan tutup pula. Dalam grup Whatsapp tiada update pula tempat RV terbaru. Tanggapan saya mungkin ke kedai makan dekat tempat orang ambil air mineral bukit dihadapan lagi. Cuma ada 2 motor disini, manakala di kedai makan hadapan sikit pun tiada motor. Kedua-dua kedai makan ini pun tutup. Jadi meneruskan perleferan santai bersama dengan 2 motor kat kedai makan air mineral bukit tadi.



Genting Peras
10:00 AM,  tiba di Genting Peras setelah melayan Stage 1 dan 2. Masa sampai cuma bertiga, kemudian diikuti grup 250 rider dan grup MT07. Tengah lepak, nampak  kelibat si Mun RSV4 tiba Perez tapi solo dan terus berlalu je. Ingatkan sekali dengan si Mad tadi. Baru sempat  baca mesej, grup si Mad ZX10 ada RV di kedai makan dekat sebelah masjid Batu 14.

Si Mad dengan rider-rider lain RV di kedai makan dekat sebelah Masjid Batu 14. 

Bersama dengan Bro ZX6 dan Hyusong 650. Bro ZX6 (racing suit merah) ni regular Klawang.

Grup 250 riders pertama kali melayan Klawang

Grup MT07 riders tiba 

Grup MT07 riders 

Bersama dengan Grup MT07 riders 


Stage 3
10:40 AM, ada rider down di stage 3 dekat korner kawasan banyak pokok buluh. Selekoh kawasan ini ada yang beralun. Rider mengalami kecederaan ringan dan telah berada di dalam ambulan ketika tiba di kawasan kemalangan.  Korner beralun di kawasan pokok buluh ini sudah banyak rider yang menjadi 'mangsa'. Hati-hati semua, juga buat saya sebagai peringatan. Layan stage 3 alon-alon ikut belakang ambulan. Tukar mode santai alon-alon bagi 'hormat' dekat 'medical team' dari hospital yang sentiasa datang membantu rider-rider ditimpa musibah dekat Klawang. Penghujung Stage 3, sampai di jambatan Sungai Kongkoi, Bro ZX6 dan Hyosung 650 berhenti di sini dan akan berpatah balik untuk pulang awal.

Kawasan kemalangan dengan rider sudah berada dalam ambulan ketika tiba di kawasan kejadian

Ramai rider berhenti membantu serta memberi amaran kepada rider-rider tiba di kawasan kemalangan

Ambulan sudah gerak. Ramai mula bergerak


Klawang Pit Stop
Masa sampai cuma ada moto si Mun RSV4 dengan seorang lagi yang melayan dengan kapcai. Grup 250 riders pun singgah juga sini. Sementara hendak tunggu grup si Mad ni sampai, bergelas juga habis air.

Ditemani RSV4 and 250 bikes

Ditemani RSV4 and 250 bikes

Grup bersama si Mad sudah sampai

Gogee belanja selfie satu. Kredit Foto: Gogee

Barisan moto grup bersama si Mad

Moto berpindah tempat. Terima kasih buat Mun RSV4 yang susun moto saya dalam saf dengan yang lain. Kredit Foto: Mun

Kuda-kuda besi berehat selepas melefer di KKIC. Ops anak gajah pun ada. Ada yang tak masuk lagi ni.

Kali ini semua jentera sudah masuk.


Stage 3 Return

Lepas Institut Pemulihan Dadah, ikut belakang Mun RSV4

Apa pula si Mad buat kat depan tu. Lepas tu semua berdesup

Abang GTR kasi laluan. Yang kat depan sudah lesap...

Dapat lah beralon-alon dengan dua rider ni.

Sampai Genting Peras. Ada 2 buah moto lagi kat belakang belum tiba, CBR600F dan GTR. 


Onboard Video untuk Stage 3 Return


Video dirakam dengan Gopro (pautan ke Lazada).

Stage 2 Return

Rider  CBR600F dah sampai masa untuk bergerak melayan stage 2

Beratur nak memotong kereta kuning tu

Lepas potong semua berdesup terus lesap

Alon-alon tengok brader ni layan dengan kapcai

Alon-alon tengok brader ni layan dengan kapcai

Hujung-hujung kasi feng juga sama racer kapcai ni

Sampai di Simpang Jalan Sungai Lui

Salam perpisahan untuk sesi melefer hari ini..







Semua sudah sampai 

Kereta terlebih korner dekat simpang Jalan Sungai Lui. Banyak kenderaan termasuk moto 'terlajak' dekat sini selepas selekoh ini dah cantik. Dulu semua perlahan jalan rosak akibat aliran air.

Nak sampai Stage 1. CBR600F dan mentor



Onboard Video untuk Stage 2 'Return'



Video dirakam dengan Gopro (pautan ke Lazada).

Stage 1 Return

Bawa kapcai je hari ini. Janji dapat layan. Tumpang lalu bang.

Mad dengan sidekid

Mad tengah sembang ka? siap angkat tangan

Tumpang lalu Mad..

Tunggu yang lain tiba. Mad dan sidekid

Semua sudah lepas. Selesai sesi melayan klawang hari ini.


Onboard Video untuk Stage 1 'Return'


Video dirakam dengan Gopro (pautan ke Lazada).

Route hari ini macam biasa:

Elevation (Round Trip)


Alhamdulillah selamat sampai di rumah dalam pukul 2:00 PM. Terima kasih buat semua rider yang ride bersama hari ini.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment