Sunday, 16 July 2017

Klawang Sunday Ride (16/07/2017)

KLAWANG SUNDAY RAYA RIDE (16/07/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang).



RV point di Petronas Grand Saga (Simpang Balak)
Seperti biasa, rakan-rakan rider dari sekitar Kajang, Semenyih dan Bangi bertemu di Petronas Grand Saga dalam 8:30 pagi. Ketika sampai Ustaz Asmadi ZX10RR sudah menunggu. Kemudian diikuti oleh Khalid ZX6 bersama-sama Shazwan ZX10RR dan Redwan R1. Mior ZX6 pun hari ini juga turut serta. Ini kali pertama ride bersama-sama dengan Syazwan ZX10RR dan Redwan R1. Dalam pukul 9:10 AM mula bergerak untuk re-group dengan rider-rider lain di Kedai Makan Erizal's Corner dekat persimpangan Sungai Tekali, Batu 14.

9: 12 AM Mula bergerak dari Petronas Grand Saga (Simpang Balak). Thumb-up dari Ustaz Asmadi ZX10RR

Team ZX6, Khalid (hijau) dan Mior (hitam), diikuti Redwan R1 dan Shazwan ZX10RR 


Simpang Sungai Tekali, Batu 14.
10:00 AM selesai sarapan, sesi melayan Kelawang bermula.

Stage 1

Dipermulaan Stage 1, di belakang sekali 

Melihat aksi Khalid ZX6 sedang menurun ilmu kepada Shazwan ZX10RR kali pertama melayan Klawang

Ustaz Azmadi ZX10RR menunggu saya untuk belanja main bunga api.

Habis sudah Stage 1, sementara menunggu semua rider tiba



Onboard Video untuk Stage 1


Video dirakam dengan Gopro (pautan ke Lazada).

Stage 2

Mula bergerak menuju ke simpang Jalan Sungai Lui, mengikuti Shazwan dibelakang sekali.

Thumb-up dari Khalid ZX6RR 

Di simpang Jalan Sungai Lui, menunggu semua rider tiba

Sesi melefer Stage 2 bermula

Aksi Ustaz Asmadi ZX10RR, kat depan semakin menghilang. Mana boleh kalu Ustaz kat belakang ini.

Emm bike dan motorbike, ramai juga yang melayan basikal hari ini.

Tengok Ustaz dah kasi 'feng' Panigale 1199, tengak cucuk si Mior ZX6R pulak

Panigale 1199 vs ZX10RR vs ZX6RR

'SLOW' pesanan King Fandi, tapi kat depan tu tak der slow nya

Selekoh dalam pemantauan si Khalid nampaknya lubang di kedua-dua belah laluan telah ditampal balik dengan baik.

Memberi laluan ke R1. Sebelum tu Bro R1 putih/merah 'terkejut' sikit gara-gara saya mengubah line korner dek mengelak basikal. Sori Bro. 







Onboard Video untuk Stage 2


Video dirakam dengan Gopro (pautan ke Lazada).

Genting Peras (hala Kuala Kelawang)
10:30 AM,  tiba di Genting Peras setelah melayan Stage 1 dan 2.

10:35 AM Berehat seketika di Genting Peras. R1 Kuning/hitam, R1 Putih/merah, Panigale 1199 dan ZX10RR

Ada dalam 10 motor bergerak sama-sama dari Simpang Sungai Tekali, Batu 14 tadi

Antara jentera hari ini, CBR1000RR HRC, R1 Movistar, ZX6RR Hitam, S1000RR, ZX6RR Hijau, ZX10RR Winter

Sekitar Genting Peras

Sekitar Genting Peras

Sekitar Genting Peras. Kredit Foto: Khalid

Sekitar Genting Peras. Kredit Foto: Khalid

Sekitar Genting Peras. Kredit Foto: Khalid

Sekitar Genting Peras. Kredit Foto: Khalid


Stage 3

Stage 3 bermula alon-alon dengan Mior ZX6RR, tapi kelompok depan sudah 'hilang' dengan Ustaz sekali.

Alamak ada Marshal bagi 'Red Flag' la pulak duduk tengah-tengah jalan

Ada lagi Marshal bagi 'Red Flag' la pulak. Apa hal ni. Sampai ketepi benor si Redwan R1 tu..

Abang-abang kontraktor jalan baru nak mula kerja. Hati-hati bang kerja hujung minggu kat sini motor banyak ni.

Rider-rider yang lajuzz dan Ustaz Asmadi menunggu rider-rider lain tiba di persimpangan Kongkol

Mior ZX6RR dan semua rider sudah sampai, masa untuk bergerak ke Pit Stop

Sempat rakam Ustaz Asmadi ZX10RR Hijau

Sempat Mior ZX6RR Hitam

Alon-alon belakang Panigale 1199

Kat sini pun kena feng dengan Ustaz

Sempat rakam Khalid ZX6RR 

Sempat rakam Panigale 1199, laju betul Ustaz tu. Nak naik podium ke.

Dah slow balik, mesti nak masuk dalam video la tu

Sempat rakam Bro GSX1000RR

Tiba di Klawang Pit Stop




Onboard Video untuk Stage 3


Video dirakam dengan Gopro (pautan ke Lazada).

Klawang Pit Stop

Antara jentera yang ada ketika di Klawang Pit Stop

Ustaz Asmadi sampai Pit Stop sudah bagi report ka? Kredit Foto: Khalid

Bersama Mior, Redwan, Syazwan. Kredit Foto: Khalid

Selesai rehat dan rawat di Klawang Pit Stop. Hujung sebelah kanan ada geng moto Triumph klasik.

Sesi bergambar di Klawang Pit Stop. Kredit Foto: Khalid

Sesi bergambar di Klawang Pit Stop. Kredit Foto: Khalid


Stage 3

Sesi pulang Stage 3 bermula

Alon-alon ikut line R1 Movistar vs Panegale 1199

Ustaz Asmadi kasi feng lagi

Ada Marshal bagi 'Red Flag' lagi

Abang-abang ni sedang pasang pemantul cahaya di atas jalan

Peluang untuk mengefeng R1 Movistar  oleh Ustaz Asmadi ZX10RR

Panigale 1199 menjadi 'target' seterusnya

Sampai di Genting Peras, nampaknya semua meneruskan perjalanan melayan Stage 2. S1000RR Biru mengefeng 


Onboard Video untuk Stage 3 'Return'


Video dirakam dengan Gopro (pautan ke Lazada).

Stage 2

Alon-alon ikut line S1000RR Biru vs R1 Movistar

S1000RR Biru akhirnya mengefeng R1 Movistar di street line selepas Kampung Orang Asli

Alon-alon ikut line R1 Movistar

Sampai di Simpang Jalan Sungai Lui

Salam perpisahan untuk sesi melefer hari ini..

Hari ini hendak balik ikut Semenyih. Ada rider hendak gerak dulu balik melalui Stage 1.

Posing dulu sementara menunggu Khalid and The Gang sampai

Khalid sudah sampai, menanti anak didik sampai.


Bergambar dengan Khalid dulu

Dengan Ustaz Asmadi pulak, pelakon utama sesi melefer hari ini.

Team hendak balik ikut Semenyih 

12:15 PM Bersiap hendak bergerak pulang dari Simpang Jalan Sungai Lui

Hari ini balik ikut Semenyih. Kebiasaan layan Stage 1 dulu hala balik. Sekali sekala...


Onboard Video untuk Stage 2 'Return'



Video dirakam dengan Gopro (pautan ke Lazada).

Route hari ini:


Hari ini balik ikut Semenyih sekali dengan Ustaz Asmadi and the gang. Lama tak lalu Jalan Sungai Lalang ni. Kebiasaan layan Stage 1 hala balik. Sekali sekala...

Alhamdulillah selamat sampai rumah dalam 1:00 PM. Terima kasih semua.

Gambar-gambar dari video kurang berdefinisi tinggi kerana setting Gopro tertukar ke 960-30 selepas kena 'reset' ke 'default setting'. Masa sarapan, bateri Gopro habis, rasanya sudah 'full charge'. Mungkin lupa hendak 'off'. Sempat juga charge sekejap pakai 'powerbank'.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

MY LAZADA Best Sellers. Click to shop
Lazada Malaysia

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment