PENGADANG TANGAN (HAND GUARD) UNTUK VERSYS 650
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Pengadang tangan ('hand guard') yang bersesuai pada dasarnya bukan sahaja melindungi 'handlebar' motor, tetapi juga memberi ciri-ciri keselamatan tambahan pada tangan penunggang/rider. Kawasaki Versys 650 merupakan jentera jalanan-kembara ('street-adventure') dengan 'handle bar' merupakan bahagian motor yang paling lebar, menunggang dalam lalu lintas sentiasa sesak terutama diwaktu puncak dibandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, terutamanya melalui antara deretan kereta, MPV, SUV, pick-up, van, lori kecil, lori tanah mahupun treller, benar-benar mencabar dengan risiko bahaya yang tidak diduga terutama melibatkan cermin sisi kenderaan tersebut dimana posisi kedudukan yang berbeza-beza serta pelbagai saiz.
 |
| Kawasaki Handguard Kit untuk Versys 650 |