Showing posts with label JomRide DIY. Show all posts
Showing posts with label JomRide DIY. Show all posts

Wednesday, 8 November 2017

Bertukar Telefon Android Ke Apple iPhone 8 Plus Termasuk Pindahkan Data Android Whatsapp ke iPhone


BERTUKAR TELEFON ANDROID KE APPLE IPHONE 8 PLUS TERMASUK PINDAHKAN DATA ANDROID WHATSAPP KE IPHONE

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Sejak Apple iPhone 8 mula dilancarkan, sudah ada ahli keluarga yang ingin memilikinya buat pertama kali. Sebelum ini semua menggunakan telefon dengan sistem operasi Android. Bahkan saya baru sahaja bertukar dari sistem operasi Blackberry 10 ke Blackberry Android beberapa bulan lalu seperti dalam entri sebelumnya, BlackBerry DTEK60 Android OS. Tetapi yang menjadi keperluan utama atau kepastian bagaimana memindahkan data Whatsapp (Chat, Photos, Videos, Docs) dari android ke iPhone.

Dari android ke iPhone


Tuesday, 22 August 2017

Memory Upgrade untuk Dell Inspiron 15 7000 Gaming Laptop

MEMORY UPGRADE UNTUK DELL INSPIRON 15 7000 GAMING LAPTOP

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Model Dell Inspiron 15 7567-30414G didatangi dengan memori 4GBx1 DDR4 2400Mhz yang agak rendah keupayaannya serta melambatkan proses aplikasi atau perisian yang memerlukan memori yang agak tinggi. Jadi memorinya perlu ditingkatkan sekurang-kurang kepada 8GB berdasarkan ulasan penguna-penguna model laptop ini.



Friday, 10 February 2017

JomRide DIY: Ganti Skrin Sentuh GPS Garmin Zumo 660

GANTI SKRIN SENTUH GPS GARMIN ZUMO 660
(DIGITIZER TOUCH SCREEN REPLACEMENT OF GARMIN ZUMO GPS)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Oppss.. GPS Garmin Zumo saya terjatuh dari almari kabinet ke atas lantai ketika mengambil helmet. GPS berada dalam "protected case" ketika jatuh, dalam hati saya kata ok kut takde apa-apa kerosakan. Tapi nak juga tengok, buka "protected case", "ON" GPS, alamak LCD display sudah pecah ke? Belek punya belek, rasanya hanya skrin sentuh (touch screen) sahaja sudah retak. Sebab LCD display masih berfungsi cuma "digitizer touch screen" sahaja yang huru hara sebab dah retak dan pecah. Emmm, nampaknya walaupun berada dalam "protected case" pun belum tentu selamat. Insiden ini sebenarnya berlaku pada penghujung bulan Mac 2015.

Garmin Zumo 660

Wednesday, 8 February 2017

JomRide DIY: Ganti bateri Interphone F4s (Bluetooth Headset)

GANTI BATERI INTERPHONE F4s (BLUETOOTH HEADSET)
(BATTERY REPLACEMENT OF INTERPHONE F4s)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Selepas hampir empat tahun bateri dalam Bluetooth Headset Interphone F4s saya tidak dapat dicas lagi. Bateri dah 'kong' (tamat hayat). Oh ya, helmet Bluetooth Headset Interphone F4s, kegunaannya sebagai sambungan tanpa wayar (Bluetooth) dari peranti seperti GPS, handphone dan juga sebagai interkom semasa menunggang bersama rakan-rakan. Nak tahu lebih lanjut pasal Interphone F4s boleh lihat review dia kat webbikeworld (sila klik). Cuma beza dengan saya punya kat huruf "s" untuk "stereo". Biasa lah ikut review, produk ni "is the best available in the market at this time". Model ni sebenarnya dah "obselete". Kilang dah tak buat lagi. Produk ini berasal dari Itali, saya terbeli pun kat Itali tahun 2013, walaupun dikilang di Filipina. Harga dia boleh tahan jugak. Tu pun sebab ada offer. Sekarang benda ni dah banyak, harga kira dah murah, nak nak yang datang dari China.

Interphone F4s. Kotak asal masih simpan
Rupa barang dan kegunaan