Showing posts with label JomExplore. Show all posts

Thursday, 1 March 2018
Senarai Kedai Makan dan Restoren Halal di Thailand
SENARAI KEDAI MAKAN DAN RESTOREN HALAL DI THAILAND
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ketika ride merentasi atau mengunjungi negara Thailand, sudah pasti kedai makan untk santapan tengahari atau malam menjadi keutamaan dalam perancangan perjalanan ditempat-tempat dilewati atau dikunjungi. Berikut adalah senarai kedai-kedai makan atau restoren-restoren halal di Thailand untuk rujukan saya dan juga bagi mereka yang merancang ke Thailand. Senarai ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa dari pengalaman ke sana dan juga info diterima dari grup dan rider-rider di alam permotoran. Klik pautan pada koordinat (jika ada) untuk melihat lokasi di Google Map.
Sunday, 13 August 2017
Klawang Sunday Ride (13/08/2017) Detour (Jeram Gading, Chennah dan Puom)
KLAWANG SUNDAY RIDE (13/08/2017) DETOUR (JERAM GADING-CHENNAH-PUOM)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang) lagi. Ride santai hari ini dengan Versys 650. Asalnya hendak melayan dengan SBK, tetapi pagi Ahad di Kajang hujan seketika, jadi rider nak ride bersama pagi ini tidak jadi ride pula. Dalam pukul 10.30 AM, cuaca pun nampak bertambaik baik, sedikit mendung, ride santai dengan Versys layan korner bagi asah tayar tepi elok juga ni. Biasa jalan tegak sahaja.

Monday, 17 July 2017
Jom Naik MRT - Hari Pembukaan Laluan Kajang 17.7.2017
JOM NAIK MRT - HARI PEMBUKAAN LALUAN KAJANG
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Satu lagi sejarah bagi sistem pengangkutan awam negara terlakar apabila fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) telah memulakan perkhidmatannya dari Kajang. Fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Muzium Negara-Kajang dibuka kepada orang ramai secara percuma mulai jam 4 petang pada hari ini Isnin, 17.7.2017. Percuma untuk hari ini sahaja. Apalagi, balik sekolah, anak-anak mengajak mencuba perkhidmatan tren baharu ini. Ramai guru-guru dan pelajar-pelajar sekolahnya ke stesen MRT berdekatan dengan bas pengantara untuk mencuba perkhidmatan tren MRT ini. Dalam pukul 3.15 petang , saya ke stesen Kajang bersama anak-anak dengan kereta, walaupun stesen terdekat adalah Sungai Jernih dan boleh menggunakan bas pengantara.

Wednesday, 17 May 2017
Ride Santai Ke Seri Menanti Sampai Port Dickson dan Tanjung Tuan
RIDE SANTAI KE SERI MENANTI SAMPAI PORT DICKSON DAN TANJUNG TUAN
17/05/2017 (Khamis)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan Ride Santai Berendam di Hutan Lipur Ulu Bendul. Ride santai kali ini masih menjelajah Negeri Sembilan iaitu Seri Menanti pula dan seterusnya ke pesisir pantai Port Dickson dan Tanjung Tuan. Sebenarnya trip ini tidak dirancang, main pakai terjah je.

Thursday, 11 May 2017
Ride Santai Berendam di Hutan Lipur Ulu Bendul
RIDE SANTAI BERENDAM DI HUTAN LIPUR ULU BENDUL
11/05/2017 (Khamis)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan ride santai masuk Hutan Lipur Ulu Bendul, tetapi belum berkesempatan hendak merasa kesejukkan air sungainya. Cuaca nampak baik hari ini berbanding semalam. Semalam baru balik dari ride ke Udang Galah LC Kuala Rompin. Hari ini anak mengajak ride santai sambil berendam di jeram sungai Hutan Lipur Ulu Bendul (Ulu Bendol Recreational Park). Sekurang-kurangnya dapat menyegarkan semula badan, lagi pun hari ini tidak ramai pengunjung berbanding hujung minggu atau hari kelepasan am.

Wednesday, 10 May 2017
Jom Ride ke Udang Galah LC Kuala Rompin
JOM RIDE KE UDANG GALAH LC KUALA ROMPIN
10/05/2017 (Rabu)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Pada 2 Mei yang lepas, dapat mesej dari Azhar@Ard RSV4 membuat cadangan untuk grup ride ke Leban Chondong pada hari kelepasan am (Wesak) pada 10 Mei (hari ini) atas permintaan rakan-rakan bikers. Kebiasaanya, satu 'short trip' atau 'day trip' selalu diadakan sebelum atau sempena menyambut ketibaan Ramadhan. Selepas perbincangan, kami bercadang ke Kuala Rompin pula untuk mencuba Restoran Udang Galah LC berdasarkan rekomen sahabat Oilerbikerz (Jebat dan TH Achid) yang pernah mengunjungi ke sini. Trip-trip Oilerbikerz yang lepas-lepas kebiasaanya akan singgah di Kedai Makan Azizah Udang Galah terletak di Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong. Pernah juga mencuba Kedai Makcik Is yang terletak sebelum simpang tiga Leban Chondong dari Muadzam.

Sunday, 9 April 2017
Klawang Sunday Ride Sampai Pedas Layan Sabak Salai
KLAWANG SUNDAY RIDE (09/04/2017) SAMPAI PEDAS LAYAN SABAK SALAI
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Kelawang) hingga sampai Pedas untuk makan tengahari di kedai makan Resipi Sabak Salai yang terkenal dengan masakan produk bersalai. Ride hujung minggu ini berlainan sedikit dari kebiasaan.

![]() |
| Sabak Salai, Pedas, Negeri Sembilan |
Sunday, 19 March 2017
Wilride ke Pulau Sembilan (Blue Tears Island) Bagan Datoh Hari02
WILRIDE KE PULAU SEMBILAN (BLUE TEARS ISLAND) BAGAN DATOH, PERAK
18th - 19th March 2017 (2 hari satu malam)
Sambungan dari Hari 01
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
HARI 02 (19/03/2017):
Pulau Sembilan (@Pulau Lalang)
Pukul 5:00 pagi, hujan lebat melanda Pulau Sembilan. Hendak tarik selimut tiada pula. Cuma risau kalau terdapat limpahan air dari tebing bukit meresap masuk ke kawasan perkhemahan, namun tiada apa-apa berlaku tetapi tidak tahu pula kepada khemah yang lain. Ada juga terdengar khemah peserta yang dimasuki air, mungkin dari limpahan takungan kanopi. Oleh kerana sudah terjaga, maka tidur-tidur ayam dulu. Pukul 6:30 pagi, sudah bangun dan terus pergi mandi dekat bilik mandi sementara sebelah tapak perkhemahan.
Selamat pagi Pulau Sembilan! Matahari terbit dari arah Bagan Datoh sekitar 7:22 pagi, tetapi sayang tidak dapat melihat kemunculannya kerana keadaan awan yang agak mendung disebelah ufuk timur di waktu pagi. Bersiar-siar di pantai di waktu pagi dan duduk bersantai menikmati suasana pagi tatkala sang suria mula kelihatan. Apa topik perbualan yang menarik pagi-pagi ini? Bak kata si Michael " Malam tadi macam kat Stesen Keretapi" ha ha ha merujuk kepada dengkuran penghun-penghuni khemah semalam. Tengah musim cuti sekolah, khemah agak padat atau bersebelahan satu sama lain. Lagi pun terdapat pengunjung lain juga berkongsi tapak perkhemahan. Mungkin kurang 'privasi' sikit, tetapi itulah kenangan bila berkhemah secara kumpulan. Sebelum ke sarapan, berkemas siap-siap, jadi bawa beg sekali ke tempat sarapan.

| 7:24 Pagi: Good Morning Pulau Sembilan |
Wilride ke Pulau Sembilan (Blue Tears Island) Bagan Datoh Hari01
WILRIDE KE PULAU SEMBILAN (BLUE TEARS ISLAND), BAGAN DATOH, PERAK
18th - 19th March 2017 (2 hari satu malam)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ini pertama kali saya mengikuti ride bersama Wilhin sejak membeli jentera Versys 650 daripada Wilhin Motor pada tahun 2011. Hinggalah sekarang masih berulang-alik ke Wilhin untuk khidmat servis jentera Versys dan memperbaharui insuran. Setiap kali bertemu Michael akan sentiasa mengajak atau menghantar mesej persendirian (maklumlah Gen 'oldskool' tiada FB) kepada saya untuk mengikuti ride yang dianjurkan oleh Wilhin. Setelah lebih 5 tahun, akhirnya saya berkesempatan mengikuti acara ride bersama Wilhin ke Pulau Sembilan, Bagan Datoh di Perak, pada 18hb Mac 2017. Terima kasih kepada Michael@Mike yang sentiasa berhubung dengan saya.
Wednesday, 8 March 2017
Ride Solo Dari Lemang To'Ki Bentong Pekena Teh dan Strawberri Cameron Highlands
RIDE SOLO DARI LEMANG TO'KI BENTONG PEKENA TEH DAN STRAWBERI CAMERON HIGHLANDS
08/03/2017 (Rabu)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Pagi-pagi lagi sudah sarapan dekat Kak Su Nasi Kerabu, lepas hantar anak gi sekolah. Duduk makan nasi kerabu, dok fikir apa nak buat hari ini. Kerja beres doh, hok baru dok masuk lagi. Hari ini Rabu pulok sekolah ada ko-ko, pakat balik petang belaka. Rasa nok jalan jauh sikit, tapi nok gi tang mana. Nok ajok hok lain pakat gi kerja belaka, nampak gaya ambo jalan sorang-sorang.. ha ha baca ikut loghat irama lagu tema Mat Dan Kaki Jalan (Lagu "Mok" (Emak) dalam loghat Terengganu).

Saturday, 11 February 2017
Jom Ride Santai Layan Bukit Putus Masuk Hutan Lipur Ulu Bendul
JOM RIDE SANTAI LAYAN BUKIT PUTUS MASUK HUTAN LIPUR ULU BENDUL
11/02/2017
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan DIY Ganti bateri Interphone F4s (Bluetooth Headset). Selepas ganti bateri baru, hanya mengujinya tidak sampai dua jam bawa pusing-pusing taman. Hari ini hendak ride jauh sedikit sambil layan Interphone F4s dalam 2-3 jam secara berterusan. Tapi hendak ke mana petang Sabtu ni? Cuaca nampaik baik. Emm Apa kata masuk LEKAS layan Bukit Putus sampai masuk Hutan Lipur Ulu Bendul (Ulu Bendol Recreational Park).

| Kawasan rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul |
Sunday, 29 January 2017
Singgah Sebentar di Pantai Klebang dan Pantai Pengkalan Balak, Melaka
SINGGAH SEBENTAR DI PANTAI KLEBANG DAN PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA
29/01/2016
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selepas menghadiri satu jemputan majlis perkahwinan di Rembau, langsung terlajak ke Pantai Klebang dan Pantai Pengkalan Balak terletak di pesisir negeri Melaka.
Sempena cuti Tahun Baru Cina, jalan agak sesak apabila tiba di Cheng sebelum memasuki persimpangan ke Pantai Klebang melalui Jalan Pulau Gadong. Dalam pukul 4:30 petang, tiba di jalan Pantai Klebang, Dataran 1Malaysia, Melaka yang juga sesak dengan kenderaan dan memenuhi parkir-parkir di kiri kanan jalan. Jadi terus keluar dari jalan pantai sebelum Bustel Klebang memasuki kawasan lapang berhampiran pantai dan terus parkir di situ. Pantai Klebang agak sinonim dengan Bustel (bas yang ditukar menjadi hotel), Klebang Original Coconut Shake, dan Muzium Kapal Selam. Hasrat nak bersiar-siar dengan membuat buat satu pusingan dulu serta singgah di tempat-tempat tersebut terbantut disebabkan kesesakan lalu lintas.
Sepanjang pesisiran pantai kelihatan ramai orang yang bersantai dan juga berkelah bersama keluarga. Oleh kerana pesisir pantai Klebang terletak dalam lagun, sebelah petangnya air surut dengan dasarnya yang agak cetek pula, sudah pasti ramai pengunjung yang mandi-manda terutamanya kanak-kanak. Ada dua aktiviti yang menarik perhatian saya iaitu aktiviti mencari atau mengutip kepah dan juga mengopek teritik oleh pengunjung-pengunjung pantai ini. Jom tengok...

| Pantai Klebang, Dataran 1Malaysia, Melaka |
Saturday, 31 December 2011
Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 11: Hat Yai

Hari 11: Sabtu 31/12/2011
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Catatan perjalanan hari ke-11 lebih tertumpu pada hari kedua di Bandar Hat Yai. Oleh kerana cuaca kurang baik. Aktiviti hari ini sebenarnya hanya bersantai dengan bersiar-siar berjalan sekitar Hat Yai selepas hujan reda. Sebelah pagi meronda-ronda dengan motor tempat-tempat yang banyak terdapat kedai-kedai menjual barangan motorsikal. Manakala sebelah petang pula , bersiar-siar sekitar Hat Yai. Rasanya hanya dalam 15 km perjalanan menggunakan Versys. Kalau hendak dikira ke jumlah jarak perjalanan selepas 11 hari menjadi kira-kira 4900 km.

Wednesday, 28 December 2011
Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 08: Chiang Mai Bhg 2

Hari 08: Rabu 28/12/2011
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Sambungan dari Bahagian 1: Chiang Mai Bhg 1
Jalan-Jalan Chiang Mai
Setelah selesai masalah tayar motor dan kembali semula ke Top North Hotel, bersiar-siar dulu sekitar Bandar Chiang Mai mengikut kaki melangkah menyusuri Jalan Tha Phae menuju Sungai Ping. Bila sudah tidak larat baru balik hotel naik tuk-tuk. Antara tempat-tempat menarik dilawati Tha Phae Gate, kuil Wat Buppharam dan Warorot Market.

Monday, 26 December 2011
Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 06: Bhg2 Golden Triangle - Mae Sai - Tachileik (Myanmar)

Hari 06: Isnin 26/12/2011
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Sambungan dari Bahagian 1: Golden Triangle (Thailand) - Don Sao (Laos)
Bahagian 2: Golden Triangle - Mae Sai - Tachileik (Myanmar)

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 06: Bhg 1 Golden Triangle (Thailand) - Don Sao (Laos)

Catatan perjalanan hari ke-6 diteruskan dengan aktiviti sebelah paginya menaiki bot menyusuri Sungai Mekong serta singgah di Pulau Don Sao (Laos). Seterusnya menunggang sejauh kira-kira 30 km dari Golden Triangle (Sok Ruak) ke Mae Sai (The Northern Most Of Thailand) dan menyeberang sempadan ke Tachilek (Myanmar). Kembali semula ke Golden Triangle (Sok Ruak). Jumlah jarak perjalanan selepas 6 hari kira-kira 2890 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati.

Friday, 26 February 2010
OILERBIKERZ Ride ke Baling Berendam Air Panas Ulu Legong 2010 Hari01
OILERBIKERZ RIDE KE BALING BERENDAM AIR PANAS ULU LEGONG 2010
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Kenangan sekitar ride ke Air Panas Ulu Legong, Baling Kedah pada 26-27/02/2010 (2 Hari/1 Malam) bersama OilerBikerz (OB) tujuh tahun yang lalu. Trip ini hanya seminggu selepas OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Round 2. Trip ini disertai 14 motor dan 14 orang peserta.

Subscribe to:
Posts (Atom)