Saturday, 31 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 11: Hat Yai

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 11: Hat Yai

Hari 11: Sabtu 31/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-11 lebih tertumpu pada hari kedua di Bandar Hat Yai. Oleh kerana cuaca kurang baik. Aktiviti hari ini sebenarnya hanya bersantai dengan bersiar-siar berjalan sekitar Hat Yai selepas hujan reda. Sebelah pagi meronda-ronda dengan motor tempat-tempat yang banyak terdapat kedai-kedai menjual barangan motorsikal. Manakala sebelah petang pula , bersiar-siar sekitar Hat Yai. Rasanya hanya dalam 15 km perjalanan menggunakan Versys. Kalau hendak dikira ke jumlah jarak perjalanan selepas 11 hari menjadi kira-kira 4900 km.




Jalan-Jalan Hat Yai
Pagi ini masih hujan dari tengah malam semalam lagi. Bersarapan di hotel dimana menu yang disajikan adalah halal dimana terdapat sijil pengesahan halal dipamerkan. Bro Rahman RT dan Bro Faiz Versys pula telah mengambil keputusan untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur pagi ini. Cuma tinggal kami berempat yang akan bertolak pulang keesokkan hari.

Perancangan asal, Bro Hj Halim ingin membawa saya ke Pasar Terapung Hat Yai (Khlong Hae Floating Market) yang terkenal di sini. Maklumlah ini pertama kali saya ke Hat Yai. Namun terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca kurang baik, masih hujan turun sekali sekala. Setelah cuaca agak baik, saya bersama Bro Hj Halim pergi meronda-ronda dengan motor ke tempat-tempat yang banyak terdapat kedai-kedai menjual barangan motorsikal di Jalan Sripoovanart, berdekatan Stesen Keretapi Hat Yai. Kebanyakkannya kedai-kedai menjual aksesori, performance part dan juga barangan alat ganti untuk motorsikal kapcai (underbone) dan skuter. Kawasan ini juga terdapat banyak kedai-kedai membuat 'sticker' plet motor Thailand. Kebanyakkan biker Malaysia akan datang ke kawasan sini untuk membuat 'sticker' plet moto Siam

Semasa tiba di sebuah kedai motor, berlaku sedikit 'kekecohan' antara Bro Hj Halim dengan pemilik sebuah motor kangkang (cruiser / easy rider motorbike). Gara-gara tong Versys bergesel dengan handle  panjang motorsikal tersebut sehingga tumbang semasa hendak singgah dikedai motor. Apa lagi berlaku 'perbincangan' seperti ayam dengan itik, dengan tuan motor mahu menuntut kerugian dengan pelbagai alasan kerosakan teruatam pada handlenya. Alhamdulillah, akhirnya diselesaikan dengan cara baik antara dua saudara muslim. Pemilik motor tersebut juga seorang muslim akhirnya dapat bertolak ansur. Pada amnya tiada kerosakan teruk pada motor, kalau ada pun sedikit kesan calar akibat tumbang sahaja.

Sebelah petang pula sekadar bersantai dengan bersiar-siar berjalan sekitar Hat Yai selepas hujan reda di sekitar kawasan Menara Jam Hat Yai, dan terus makan malam di gerai peniaga Muslim berdekatan dengan Pasar Besar Hat Yai. Tempat yang sama kami makan malam semalam

Sebelah malam, saya ke bazaar berdekatan Kompleks Lee Garden Plaza Shopping Mall lagi berseorangan untuk membeli belah dan juga untuk menikmati kemeriahan pesta bunga api malam sambutan tahun baru di Hatyai, tetapi terganggu dengan hujan sepanjang hari hingga ke malam. Terdapat acara sambutan tahun baru berdekatan Kompleks Lee Garden Plaza dengan kawalan keselamatan yang ketat oleh polis Thailand. Alhamdulillah tiada apa-apa kejadian yang tidak dingini berlaku. (Untuk rujukan Lee Garden Plaza Shopping Mall telah digegarkan dengan siri letupan bom malam minggu pada 31 March 2012)

1:45 PM terserempak dengan Versys ini ketika meronda-ronda sekitar Hat Yai bersama Bro Hj Halim (duduk berehat)

1:45 PM 1:45 PM terserempak dengan Versys ini ketika meronda-ronda sekitar Hat Yai. Ekzos sudah tukar. 

4:00 PM Sekitar dataran Menara Jam Hat Yai

4:00 PM Gedung menual pakaian terutama pakaian kanak-kanak berhadapan Menara Jam Hat Yai

4:00 PM Sekitar dataran Menara Jam Hat Yai

Bergambar kenangan di dataran Menara Jam Hat Yai

7:00 PM Makan malam di gerai Muslim berdekatan dengan Pasar Besar Hat Yai


Route Ronda-Ronda Hat Yai



Kembali ke Hari 10    ⟺    Bersambung ke Hari 12

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 29 Disember 2017

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment