Thursday, 22 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 02: Surat Thani - Cha Am

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 02: Surat Thani - Cha Am

Hari 02: Khamis 22/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari kedua setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 480 km dari Surat Thani hingga tiba di Cha Am melalui Chumphon dan Prachuap Khiri Khan. Jumlah jarak perjalanan selepas dua hari kira-kira 1310km

Nota: Waktu dicatat berdasarkan waktu Malaysia yang satu jam cepat daripada Thailand.

Surat Thani
Dalam pukul 9:00AM , kami mula bergerak dari hotel penginapan. Destinasi yang dituju adalah pantai peranginan Cha Am (Phetchaburi) untuk bermalam di sana. Keluar dari Bandar Surat Thani, memasuki semula route 41 untuk menuju ke Chumpon.

9:00 AM bersiap untuk bertolak dari Hotel Wang Tai, Surat Thani.



Chumphon
Dalam 11:30AM berhenti mengisi minyak di stesen minyak PT Tha Sae, Chumphon setelah menempuh perjalanan kira-kira 204 km. Meneruskan perjalanan dengan route 4 menuju ke Prachuap Khiri Khan.

PT (Pannavorn Service Limited Partnership), Tambon Tha Sae, Amphoe Tha Sae, Chang Wat Chumphon 86140, Thailand


Prachuap Khiri Khan
Dalam 1:15PM berhenti mengisi minyak di stesen minyak PT berdekatan Prachuap Khiri Khan setelah menempuh perjalanan kira-kira 200 km. Dalam perjalanan Bro Rahman telah mengalami dua masalah dengan motor R1100RT beliau. Masalah pertama, cermin sisi motor telah tertanggal atau longgar tetapi tidaklah tercabut terus. Masalah kedua pula, side panier pula tertanggal dan terjatuh ditengah jalan. Kejadian tersebut pula berlaku di hadapan saya, tetapi sempat mengelak. Keadaan jalan yang tidak rata ditempat-tempat berlaku kejadian tersebut jalannya agak tidak cantik, di mana terdapat kerosakkan menyebabkan motor agak melambung. Apabila tiba di stesen minyak PT Prachuap Khiri Khan, kami cuba mengetatkan lagi side panier RT Bro Rahman agar tidak mudah tertanggal untuk perjalanan seterusnya. Meneruskan perjalanan dengan route 4 menuju ke Cha Am.

Tiba di stesen minyak PT Prachuap Khiri Khan dalam 1:15 PM

Parkir V di stesen minyak PT Prachuap Khiri Khan

Bro Mas Fazillah dan Bro Faiz membantu Bro Rahman untuk mengetatkan side panier motor RT

 Bro Haji Halim pula datang membantu

Kasi ikat apa yang patut supaya side panier tu tak tanggal. Side mirror dah kena lekat pakat tape.

Versys Merah Hj Halim vs Versys Hitam Fauzy

Stesen minyak hanya menawarkan petrol RON 91



Cha Am (Phetchaburi)
Selepas mengharungi perjalanan sejauh kira-kira 90 km, dengan jumlah keseluruhannya kira-kira 480 km,  kami tiba di Cha Am Beach ketika hari sudah petang, lebih kurang 5:00PM. Sebenarnya saya sudah terpisah dari grup ketika menghampiri Cha Am dimana saya telah terlepas simpang masuk ke pantai peranginan Cha Am. Manakah tidak, sudah tidak nampak papan tanda ke Cha Am, nampak papan tanda ke Bangkok pula. Bukan saya seorang sahaja, Bro Rahman pun juga sudah terlajak apabila saya berpatah balik. Namun, saya terpisah pula dengan Bro Rahman kerana beliau tidak membelok ke arah yang sama dengan saya apabila berpusing balik untuk keluar dari pekan berdekatan Cha Am.

Walau bagaimana pun saya berjaya juga sampai ke pantai peranginan, kemudiannya dituruti Bro Rahman, untuk berjumpa dengan lain-lain rider yang sudah sampai. Sebelum mencari hotel penginapan, kami berehat dan minum dulu di pantai peranginan Cha Am. Terdapat banyak hotel-hotel penginapan sepanjang pantai peranginan Cha Am (pautan ke Booking) ini. Setelah membuat sedikit survei, kami akhirnya memilih untuk menginap di Nirundorn Resort terletak di 247/7 Ruamchit Road di mana terdapat bilik-bilik penginapan seperti chalet-chalet. Kadar bilik 'twin room' semalam kira-kira 600 Baht. Pejabat resort ini terletak di jalan utama bersebelahan kedai 7-11, tetapi bilik-bilik penginapan berada di bangunan lain terletak di bahagian belakang kedai 7-11 berdekatan Bann Pantai Resort. Jentera-jentera kami dibenarkan parkir dikawasan terbuka berhadapan dengan bilik-bilik kami. Untuk makan malam pula tidak sukar, kerana terdapat satu restoren muslim di jalan Narathip Rd iaitu jalan masuk ke pantai peranginan Cha Am. Kami masuk tidur agak awal kerana keletihan dan juga merancang untuk bertolak sewal 6.00 pagi dari hotel penginapan.

Route Hari 02



Kembali ke Hari 01    ⟺    Bersambung ke Hari 03 ⇨

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada  4 September 2017

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment