Hari 10: Jumaat 30/12/2011
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Catatan perjalanan hari ke-10 setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 780 km dari Cha Am hingga tiba di Hat Yai melalui Prachuap Khiri Khan, Chumphon dan Patthalung. Jumlah jarak perjalanan selepas 10 hari kira-kira 4885 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati. Waktu dicatat berdasarkan waktu Malaysia yang satu jam cepat daripada Thailand.
Cha Am - Prachuap Khiri Khan
Seawal pagi kami telah bersiap dari hotel penginapan dan mula bergerak dari Nirundorn Resort dalam pukul 8:00 pagi. Mengisi minyak di stesen minyak PTT Cha Am sebelum meneruskan perjalanan dengan route 4 menuju ke Prachuap Khiri Khan.
8:00 AM Bro Faiz Versys dan Rahman RT sedang bersiap di Nirundorn Resort terletak di 247/7 Ruamchit Road |
8:00 AM Para rider sedang bersiap di Nirundorn Resort terletak di 247/7 Ruamchit Road |
8:00 AM Bro Zainuddin GS sedang bersiap di Nirundorn Resort terletak di 247/7 Ruamchit Road |
Bro Hj Halim Versys dan Bro Mas Fazillah KTM sedang bersiap di Nirundorn Resort terletak di 247/7 Ruamchit Road |
8:00 AM Bersiap di Nirundorn Resort terletak di 247/7 Ruamchit Road |
8:00 AM Bergambar kenangan di Nirundorn Resort terletak di 247/7 Ruamchit Road |
8:00 AM Bergerak meninggalkan Cha Am Beach |
Prachuap Khiri Khan - Chumphon
Berhenti mengisi minyak di stesen minyak PTT Prachuap Khiri Khan setelah menempuh perjalanan kira-kira 120 km. Meneruskan perjalanan dengan route 4 menuju ke Chumphon. Seperti menunggang secara solo setelah terpisah dari grup.
Chumphon - Surat Thani
Berhenti mengisi minyak dan berehat seketika serta makan tengahari di stesen minyak PTT Chumphon setelah menempuh perjalanan kira-kira 173 km. Nampaknya masing-masing membawa motor mengikut 'pace' masing-masing dan kebanyakkan terlepas re-group point. Meneruskan perjalanan dengan route 4 menuju ke Surat Thani.
Surat Thani - Patthalung
Berhenti mengisi minyak dan berehat seketika di stesen minyak PTT Patthalung setelah menempuh perjalanan kira-kira 190 km. Meneruskan perjalanan dengan route 4 menuju ke Hat Yai. Masih terpisah dengan grup dan menunggang secara solo.
Patthalung - Hat Yai
Dalam 11:30AM berhenti mengisi minyak di stesen minyak Shell Khuha untuk re-group sebelum menuju Hat Yai setelah setelah menempuh perjalanan kira-kira 60 km dari Patthalung. Bro Mas Fazillah sudah menanti di sini ketika saya tiba. Seterusnya diikuti Bro Rahman RT. Bukan saya seorang sahaja terpisah dari grup, malah Bro Rahman juga terpisah dari grup. Setelah semua rider tiba dan re-group kembali baru bergerak menuju ke Hat Yai. Sebelum memasuki bandar Hat Yai, sekali lagi re-group di persimpangan Jalan Lopburi Ramesuan setelah menempuh perjalanan kira-kira 23 km.
Hat Yai
Selepas mengharungi perjalanan sejauh kira-kira 100 km dari Patthalung, dengan jumlah keseluruhannya kira-kira 780 km, kami tiba di Hat Yai lewat petang dan terus ke hotel penginapan iaitu Hatyai Holiday Hotel yang terletak 1-3 Chewanusorn, Hat Yai. Kadar bilik 'twin room' semalam kira-kira 1750 Baht, mungkin mahal sedikit dari biasa kerana musim perayaan dan juga sambutan tahun baru. Sebelah malamnya berkesempatan bersiar-siar dan membeli-belah di bazaar atau gerai-gerai sekitar Lee Garden Plaza Shopping Mall, juga dikenali sebagai 'Heart Of Hatyai' atau kawasan membeli belah terkenal yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong Malaysia yang berkunjung di Hat Yai.

6:00 PM Tiba di Shell Khuha |
Bro Mas Fazillah tiba dahulu di Shell Khuha |
Bro Rahman RT berkongsi cerita dengan Bro Mas Fazillah KTM setelah tiba di Shell Khuha. |
6:30 PM Re-group di persimpangan Jalan Lopburi Ramesuan sebelum memasuki Bandar Hat Yai |
Perbincangan hangat antara Bro Faiz Versys dan Bro Rahman RT di persimpanagn Jalan Lopburi Ramesuan |
Re-group di persimpangan Jalan Lopburi Ramesuan sebelum memasuki Bandar Hat Yai |
Hat Yai
Selepas mengharungi perjalanan sejauh kira-kira 100 km dari Patthalung, dengan jumlah keseluruhannya kira-kira 780 km, kami tiba di Hat Yai lewat petang dan terus ke hotel penginapan iaitu Hatyai Holiday Hotel yang terletak 1-3 Chewanusorn, Hat Yai. Kadar bilik 'twin room' semalam kira-kira 1750 Baht, mungkin mahal sedikit dari biasa kerana musim perayaan dan juga sambutan tahun baru. Sebelah malamnya berkesempatan bersiar-siar dan membeli-belah di bazaar atau gerai-gerai sekitar Lee Garden Plaza Shopping Mall, juga dikenali sebagai 'Heart Of Hatyai' atau kawasan membeli belah terkenal yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong Malaysia yang berkunjung di Hat Yai.
Bergambar kenangan sekitar Lee Garden Plaza |
Route dari Cha Am - Hat Yai
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 27 Disember 2017
Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment