Friday, 23 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 03: Cha-am - Mae Sot

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 03: Cha Am - Mae Sot

Hari 03: Jumaat 23/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ketiga setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 664 km dari Cha Am hingga tiba di Mae Sot melalui Nakhon Pathom, Suphan Buri, Chainat dan Nakhon Sawan. Jumlah jarak perjalanan selepas tiga hari hari kira-kira 1974 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi.


Nota: Waktu dicatat berdasarkan waktu Malaysia yang satu jam cepat daripada Thailand.

Cha Am
Seawal pukul 6.00 pagi kami telah bersiap dari hotel penginapan dan mula bergerak dari Nirundorn Resort dalam pukul 6:15 pagi.

Papan tanda Nirundorn Resort di Cha Am Beach menawarkan bilik penginapan pada kadar 600 Baht

V bergambar di sebelah pejabat Nirundorn Resort di Cha Am Beach

Bro Mas Fazillah dan Bro Zainudin sudah bersiap sedia di hadapan pejabat Nirundorn Resort di Cha Am Beach

Bergambar di sebelah pejabat Nirundorn Resort di Cha Am Beach setelah menyerah kunci bilik


Sebelum bertolak bersarapan dahulu di kedai makan muslim terletak di Narathip Rd, iaitu jalan masuk ke pantai Cha-Am. Oleh kerana terlalu awal, kedai makan belum bersedia untuk menyediakan sarapan. Jadi kami terpaksa menunggu seketika. Bagi memudahkan urusan pembayaran makan dan minum sepanjang pengembaraan di Thailand ini saya telah dilantik sebagai bendahari dimana kami mengumpulkan kutipan wang dari setiap peserta untuk urusan pembayaran, yang akan ditambah dari semasa ke semasa. Ada perbincangan samada untuk singgah di Kanchanaburi yang terkenal dengan jambatan landasan keretapi di River Kwai, iaitu sebahagian daripada landasan keretapi maut Thai-Burma. Keputusannya, kami akan meneruskan perjalanan tanpa ke Kanchanaburi. Selepas sarapan, mengisi minyak dan terus bergerak ke Nakhon Pathom melalui Route 4, seterusnya Route 321 ke Suphan Buri.

8:00 AM sarapan dahulu di kedai makan muslim terletak di Narathip Road

Berhenti sarapan dahulu di kedai makan muslim terletak di Narathip Road

Berhenti sarapan dahulu di kedai makan muslim terletak di Narathip Road

Berhenti sarapan dahulu di kedai makan muslim terletak di Narathip Road

Menunggu sarapan disediakan di kedai makan muslim terletak di Narathip Road

Menunggu sarapan disediakan di kedai makan muslim terletak di Narathip Road


Suphan Buri
Seperti biasa selepas 200 km perjalanan dari Cha Am melalui Route 4 dan 321, tiba di PTT (Por. Chueng Sa-Nga Service Limited Partnership), 1707/15 Malaiman Rd, Tambon U Thong, Amphoe U Thong, Chang Wat Suphan Buri dalam pukul 10:00 AM untuk mengisi minyak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Chai Nat melalui Route 340 dan seterusnya Nakhon Sawan melalui Route 1.

10:00 AM mengisi minyak di PTT Malaiman Rd, U Thong, Suphan Buri. Harga petrol RM3.00-3.50 seliter ikut RON

Berhenti rehat seketika di PTT  1707/15 Malaiman Rd, U Thong, Suphan Buri, selepas mengisi minyak


Nakhon Sawan
Tiba di PTT Nakhon Sawan  dalam pukul 12:45 PM. Berhenti mengisi minyak dan makan tengahari. Kebiasaanya PTT stesen ada Amazon Cafe dan juga 7-11. Jadi boleh cari mee segera halal dari 7-11. Bro Mas Fazillah pula ada bawa sambal ikan bilis goreng satu balang dikongsikan bersama. Makan dengan roti memang sedaplah. Terima kasih buat Bro Mas Fazillah. Selepas makan tengahari, menyambung perjalanan ke Tak melalui Route 1.

Berhenti mengisi minyak dan berehat di PTT Nakhon Sawan

Makan tengahari di PTT Nakhon Sawan




Sebelum tiba ke bandar Tak, akan keluar ke Route 12 untuk menuju ke Mae Sot. Singgah dahulu mengisi minyak di stesen Bangchak. Stesen minyak ini tidak menjual petrol, cuma ada gasohol, iaitu bahan api yang terdiri daripada campuran etanol dan petrol tanpa plumbum, terutamanya campuran 10 peratus etanol dan 90 peratus petrol. Oleh kerana tiada pilihan, kami mengisi juga dengan gasohol.

 Jika sebelum ini banyak laluan menggunakan lebuhraya utama, perjalanan ke Tak lebih kepada jalan biasa dua hala yang mana perlu lebih berhati-hati, apa lagi ketika ini jalan masih baru selepas diturap. Permukaan jalan yang baru diturap diselaputi tar yang lebih tebal di mana kelihatan licin berkilat. Perjalanan dari Tak ke Mae Sot melalui jalan berbukit sudah pasti jalannya berliku terutama melintasi Lan Sang National Park dan Taksinmaharat National Park. Terdapat satu 'lookout point' ketika melalui Taksinmaharat National Park, tetapi saya yang mendahului grup terlepas tempat tersebut kerana dek melayan korner.  Perjalanan dari Tak menuju Maesot ibarat sesi permulaan atau pemanas bagi  “Thousand Corners” sejauh kira-kira 86 km.

Mae Sot
Dalam pukul 4:15 PM tiba di Mae Sot setelah menempuh perjalanan 660 km dari Cha Am. Mae Sot merupakan bandar di barat Thailand menjadi pintu masuk utama ke Burma. Setelah menisi minyak , ada cadangan untuk meneruskan perjalanan lagi ke Mae Sariang kira-kira 230 km lagi. Memandangkan hari sudah petang dan perjalanan ke Mae Sariang agak mencabar jika sudah waktu malam. Jadi kami membuat keputusan bermalam di Mae Sot (pautan ke Booking).


4:15 PM tiba di Mae Sot


Dengan bantuan seorang gadis menunggang motorsikal bersama adiknya, beliau telah sudi menunjukkan jalan ke hotel berdekatan iaitu J2 Hotel terletak di 149/8 Indrarakeeree Rd. Kadar bilik 'twin room' semalam kira-kira 780 Baht. Setelah berehat, sebelah malamnya keluar makan malam dengan menaiki motor sendiri. Kedai makan muslim terdapat sekitar Masjid , dengan bantuan tuk-tuk membawa kami ke tempat tersebut. Selepas makan malam, saya berpusing-pusing dahulu di bandar Mae Sot sebelum kembali ke hotel.

11:00 PM sekitar di J2 Hotel selepas kembali makan malam

11:00 PM sekitar di J2 Hotel selepas kembali makan malam

11:00 PM sekitar di J2 Hotel selepas kembali makan malam

11:00 PM sekitar di J2 Hotel selepas kembali makan malam

11:00 PM sekitar di J2 Hotel selepas kembali makan malam


Route Hari 03



Lokasi tempat makan malam berdekatan dengan jalan ke Mae Sot Night Market dan tidak berapa jauh dengan Masjid Nurul Islam.




Kembali ke Hari 02    ⟺    Bersambung ke Hari 04 ⇨

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 7 September 2017


Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

1 comment:

  1. I came to this blog and it helped me to add few new points to my knowledge. Actually, I am trying to learn new thing wherever I find. Impressive written blog and valuable information shared here.รถ มือ สอง บ่อ วิน

    ReplyDelete