Mae Sai, Thailand
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 30 km dari Golden Triangle (Sok Ruak) melalui route 1290 dan memasuki Route 1, kami tiba di bandar Mae Sai, yang terletak paling utara di Thailand (The Northern Most Of Thailand). Mae Sai merupakan daerah paling utara dalam Wilayah Chiang Rai di utara Thailand. Bandar Mae Sai adalah sempadan utama antara Thailand dan Myanmar dimana Lebuhraya Route 1 Thailand melintasi Sungai Mae Sai ke bandar Tachileik di Myanmar yang dihubungkan oleh Jambatan Persahabatan Thai-Myanmar (Thai-Myanmar Friendship Bridge). Sungai Mae Sai yang menjadi sempadan ini sama seperti Sungai Golok yang memisahkan Malaysia-Thailand. Malah, Sungai Mae Sai sebenarnya lebih sempit (selebar 5-10 meter) berbanding Sungai Golok.
Dalam 12:30 PM, apabila tiba di bandar Mae Sai, kami terus menuju ke kompleks Pusat Imigresen dan Kawalan Sempadan Thailand. Kami tidak akan membawa motor menyeberangi sempadan, sebaliknya akan memarkir motor berdekatan Pusat Kawalan Sempadan Thailand. Terdapat banyak lot-lot bawah bangunan sepanjang Jalan Sailomjoy bersebelahan Thai-Myanmar Friendship Bridge dijadikan parkir berbayar untuk kenderaan termasuk untuk motor untuk lebih selamat.
Tempat pertama dituju selepas memarkir motor, adalah dataran yang terdapat mercu tanda Mae Sai sebagai bandar atau daerah 'The Northern Most Of Thailand'. Sekeliling kawasan ini sebenarnya pusat-pusat perniagaan di penuhi kedai-kedai dan bazaar dengan gerai-gerai menjual pelbagai barangan. Dari mercu tanda hanya perlu berjalan kaki mengikut papan tanda arah ke Pusat Imigresen Thailand.
Langkah-langkah perlu dilakukan semasa di Pusat Imigresen Thailand melalui Mae Sai:
1. Ke kaunter Imigresen Thailand. Pasport dicap untuk keluar dan Kad Imigresen (Departure Card) akan diambil (diisi ketika memasuki Thailand).
2. Berjalan melintasi Jambatan Persahabatan Thai-Myanmar (Thai-Myanmar Friendship Bridge)
|
1:00 PM. Mercu tanda Mae Sai, The Northern Most Of Thailand |
|
Grup foto di mercu tanda Mae Sai, The Northern Most Of Thailand |
|
Selepas grup foto di mercu tanda Mae Sai, memulakan perjalanan melintasi sempadan. |
Route dari Golden Triangle (Sok Ruak) ke Mae Sai
Taicileik, Mynmar
Setelah berjalan melintasi Jambatan Persahabatan Thai-Myanmar (Thai-Myanmar Friendship Bridge) dan pintu gerbang “The Republic of the Union of Myanmar”, perkara pertama sudah pasti menuju ke pejabat Imigresen Myanmar berpandukan papan tanda arah.
Langkah-langkah perlu dilakukan semasa di Pusat Imigresen Myanmar melalui Tachilek:
1. Ke pejabat Imigresen Myanmar untuk "Pasport Warga Asing".
2. Beritahu pegawai imigresen Myanmar bahawa anda tidak mempunyai visa perjalanan Myanmar. (Warganegara Malaysia memerlukan visa untuk melawat Myanmar).
3. Imigresen Myanmar akan mengenakan bayaran rasmi 500THB bagi menyediakan "Permit Masuk" Myanmar termasuk mengambil gambar anda ke dalam sistem mereka.
4. Pegawai imigresen Myanmar akan memegang atau menyimpan pasport anda. Sebagai pertukaran, anda akan mendapat "Permit Masuk" Myanmar untuk tempoh masa selama 14 hari. Pelawat boleh pergi sejauh Kyaing Tong di Myanmar. Jika anda ingin melakukan perjalanan darat lebih jauh, anda memerlukan permit.
(Nota: Berdasarkan pada masa lawatan, sila semak polisi atau status terkini pihak Imigresen Myanmar mengenai permit perjalanan bagi warganegara asing terutama warganegara Malaysia)
Alhamdulilhah semua urusan di Pusat Imigresen dan Kastam Taichileik berjalan lancar. Boleh menarik nafas lega dan mengucap Selamat datang ke Tachileik, Myanmar!
Kegiatan ekonomi Tachileik berdasarkan perdagangan rentas sempadan dan pelancongan. Disekitar Pusat Kawalan Sempadan ini terdapat pasar-pasar menjual pelbagai barangan. Apabila melihat warga asing memasuki Taichileik, kami didekali oleh pemandu pelancong tempatan yang menawarkan khidmat sebagai jurupandu ke tempat yang anda ingin lawati di Tachileik. Untuk pengangkutan pula, terdapat deretan tuk-tuk (teksi motorsikal atau beca bermotor) yang sedia menanti. Setelah bersetuju dengan bayaran jurupandu dan tuk-tuk, maka bermulalah lawatan sekitar Tachileik. Jurupandu kami pandai berbahasa Inggeris dan mengakui sebagai lepasan universiti tetapi tiada pekerjaan.
Matawang Thailand Baht boleh digunakan di sini, bahkan digunakan secara meluas berbanding matawang Myanmar Kyat. Jadi tidak perlu menukar ke matawang Myanmar. Waktu di Tachileik lebih lambat setengah jam dari Thailand. Seperkara lagi, kebanyakkan orang Myanmar adalah penggemar sireh pinang dan sentiasa mengunyah. Bibir mereka sentiasa merah tetapi gigi hitam. Gadis dan wanita juga mempunyai tabiat yang sama.
Bermula dengan bersiar-siar sekitar pusat pekan Tachileik. Seperti berada didunia yang berbeza dengan Mae Sai. Keadaan pekan agak daif dengan infrastruktur moden, dengan jalan utama masih tidak bertar. Antara tempat-tempat dikunjungi (ada dilawati dan juga tidak) seperti Township Dhammayon Tachileik, Regina Hilltribe Village dan kedai batu permata Tachileik.
|
Peta pekan Taichileik dari internet sebagai rujukan (sumber: humancomp.org) |
|
1:20 PM berdiri atas Thai-Myanmar Friendship Bridge.melintasi Sungai Mae Sai ke bandar Tachileik di Myanmar |
|
1:35 PM Setelah memasuki Taichileik, barisan tuk-tuk sedia menanti menjadi nadi pengangkutan utama bagi pelawat. |
|
3 buah tuk-tuk menjadi pengangkutan utama untuk lawatan di Taichileik. |
|
Salah satu mercu tanda di bulatan besar yang terdapat di bulatan berada ditengah-tengah pekan Taichileik |
|
Keadaan pekan agak daif dengan infrastruktur moden, dengan jalan utama masih tidak bertar |
Township Dhammayon Tachileik
Kami dibawa ke satu kuil Buddha terletak di Township Dhammayon Tachileik (dalam Google map berdekatan dengan I2Q Mobile & Computer Sales & Service, Tachileik, Myanmar). Selain dari ukiran pada kuil ini dan pintu gerbangnya, tiada apa yang menarik dipersekitarannya. Perkataan "dhammayon" itu pun bermakna kuil. Senibina kuil ini gabungan Khmer, Siam dan India.
|
1:40 PM. Kuil Buddha Township Dhammayon Tachileik bercirikan gabungan senibina Khmer, Siam dan India. |
|
Kuil Buddha Township Dhammayon Tachileik |
|
Pintu gerbang kuil Buddha di Township Dhammayon Tachileik |
|
Bergambar bersama Zainuddin di Township Dhammayon Tachileik |
|
Bergambar di Township Dhammayon Tachileik |
|
Terdapat beberapa lukisan di dinding di dalam kuil dengan ajaran Buddha dan Buddhisme. |
|
Mencuba salah satu tuk-tuk di Township Dhammayon Tachileik |
|
1:45 PM. Sekitar pemandangan jalanan di Dhammayon Tachileik |
|
Pemandangan rumah-rumah kawasan kampung. |
|
Melalui Regina Hotel dan Golf Club |
Regina Hilltribe Village (Long Neck Tribe)
Kami dibawa ke Regina Hilltribe Village (Padaung - Akha) yang terletak berdekatan dengan Regina Hotel dan Golf Club. Walau bagaimanapun kami tidak jadi melawat perkampungan 'Long Neck Tribe' ini kerana sudah melawat sebelumnya di Mae Hong Son, lagipun dikena bayaran lagi. Jadi kami berpatah balik semula ke pekan. Lagi pun ianya bukan perkampungan sebenar, cuma diwujudkan untuk para pelancong.
|
1:50 PM tiba di Regina Hilltribe Village |
|
Regina Hilltribe Village (Padaung - Akha), tetapi tidak jadi mengunjunginya. |
|
1:55 PM Pemandangan rumah-rumah kawasan kampung. |
|
Pemandangan rumah-rumah kawasan kampung. |
Sekembali ke pekan Tachileik, kami dibawa ke kedai makan halal untuk makan tengahari terlebih dahulu. Menu pula semua dalam bahasa Myanmar, terpaksalah guna jurupandu untuk buat pilihan meni dan juga pesanan.
|
2:00 PM Makan tengahari disebuah restoran menawarkan menu makanan halal. Menu semua dalam bahasa Myanmar. |
|
Pemandangan kedai-kedai sepanjang jalan berdekatan kedai makan. |
Kedai Batuan Permata (Gemstone) Tachileik
Seterusnya ke satu kedai batuan permata yang agak besar di Tachileik. Difahamkan, kalau berminat mendapatkan batuan permata seperti jade, harga di Taichileik lebih murah berbanding di sebelah Thailand. Jurupandu membawa ke sini kerana katanya batuan permata di sini adalah tulin dan bagi batuan permata seperti jade yang bernilai atau berkualiti tinggi disertakan sijil pengesahannya sekali. Terdapat banyak juga batuan permata dijual dipasar-pasar berdekatan Pusat Kawalan Sempadan, tetapi dikuatiri ada yang bermutu rendah jikalau tidak pandai memilih. Ada antara kami yang membeli jade disini, dan memeriksanya di kedai barangan kemas ketika di Chiang Mai, ternyata berkualiti baik dan harganya lebih mahal.
|
3:25 PM Singgah di kedai menjual batu permata |
|
Kedai batuan permata ini agak besar dan terdapat banyak jenis batuan permata termasuk jade berkualiti tinggi. |
|
Pakai timbang sahaja |
|
Kristal kuartza (Quartz) |
|
Kristal kuartza (Quartz) |
|
Kurang pasti nama batuan yang mempunyai jaluran hijau. |
|
Batuan permata (gemstone) dalam keadaan asal kelihatan seperti batuan biasa |
|
Batuan permata ini perlu dipotong dan digilap baru kelihatan cantik. |
|
Pemandangan kedai-kedai sepanjang jalan berdekatan kedai batu permata. |
|
Pemandangan kedai-kedai sepanjang jalan berdekatan kedai batu permata |
|
Mencuba moto kecil |
|
Tuk-tuk sedang menunggu abang-abang bikers yang sedang asyik membeli batu permata. |
Panthay Masjid atau Masjid Cina Muslim, Tachileik
Masjid ini sebenarnya terletak tidak jauh darpada Pusat Kawalan Sempadan. Masjid ini dibina oleh orang cina muslim Myanmar. Identiti mereka amat ketara kukuh dimana masjid yang menjadi tempat mereka beribadah terpampang jelas denga tulisan Cina. Nama Panthay adalah perkataan Myanmar, merujuk kepada umat Islam Cina yang datang dengan kafilah dari wilayah Yunnan China. Panthays membentuk sekumpulan Muslim Cina di Burma. Sesetengahnya menganggap Panthays sebagai kumpulan tertua umat Islam China di Burma. Seperti tempat-tempat lain, berdekatan masjid terdapat banyak kedai-kedai yang menjual masakan halal.
|
4:00 PM Panthay Masjid atau Masjid Cina Muslim, Tachileik |
|
Panthay Masjid atau Masjid Cina Muslim, Tachileik |
|
Panthay Masjid atau Masjid Cina Muslim, Tachileik |
|
Pemandangan sekitar jalan pekan Tachileik |
Dalam pukul 5:00 PM, kami kembali semula ke Pusat Kawalan Sempadan Tachileik untuk kembali ke Mae Sai Thiland.
Langkah-langkah perlu dilakukan semasa di Pusat Imigresen Myanmar melalui Tachilek:
1. Ke pejabat Imigresen Myanmar untuk menyerah semula "Permit Masuk" dan mendapatkan kembali passport yang disimpan oleh Imigresen Myanmar.
Alhamdulillah urusan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Setelah itu berjalan keluar melintasi Jambatan Persahabatan Thai-Myanmar (Thai-Myanmar Friendship Bridge) dan pintu gerbang Thailand pula.
|
5:00 PM. Memang besar udang yang dijual dengan Pusat Kawalan Sempadan Tachileik ini. |
|
5:00 PM Pusat Kawalan Sempadan Tachileik. |
|
5:10 PM Pusat Kawalan Sempadan Tachileik. untuk kembali semula ke Mae Sai Thailand |
Antara lokasi-lokasi dilawati di Tachileik yang terdapat di Google Map
Mae Sai, Thailand
Langkah-langkah perlu dilakukan semasa di Pusat Imigresen Thailand Mae Sai:
1. Perlu mengisi semula kad Imigresen (Arrival and Departure Card)
2. Ke kaunter Imigresen Thailand. Pasport dicap masuk.
Warganegara Malaysia yang memasuki Thailand melalui pos sempadan darat hanya diberikan visa untuk 15 hari sahaja. Sila semak dengan pihak Imigresen Thailand untuk maklumat terkini.
Setelah memasuki Mae Sai, kami ke bazaar berdekatan yang terletak di Jalan Thetsaban untuk membeli-belah terlebih dahulu sebelum ke parkir motor. Seterusnya ke Masjid An-noor Mae Sai untuk bersolat terlebih dahulu. Selesai bersolat, menuju ke restoran cina muslim berketurunan Yunan di Phahonyothin Rd, terletak tidak jauh dari Masjid An-noor Mae Sai untuk makan malam terlebih dahulu sebelum pulang ke Golden Triangle (Sok Ruak). Senja sudah berlabuh ketika memulakan perjalanan kembali ke Golden Triangle (Sok Ruak) di dalam kegelapan malam.
|
6:15 PM Bazaar berdekatan yang terletak di Jalan Thetsaban |
|
Deretan kedai berdekatan bazaar berdekatan yang terletak di Jalan Thetsaban |
|
Deretan kedai berdekatan bazaar berdekatan yang terletak di Jalan Thetsaban |
|
6:40 PM. Restoran cina muslim berketurunan Yunan untuk makan malam |
|
Restoran cina muslim berketurunan Yunan untuk makan malam |
|
Zainuddin sedang parkir jentera GS di hadapan restoran cina muslim berketurunan Yunan |
|
Deretan jentera parkir di hadapan restoran cina muslim berketurunan Yunan |
|
Jentera V parkir di hadapan restoran cina muslim berketurunan Yunan |
Golden Triangle, Thailand
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 30 km dari Mae Sai, melalui route 1290, kami tiba di Golden Triangle (Sok Ruak) ketika waktu malam tanpa sebarang masalah.
Route dari Mae Sai ke Golden Triangle (Sok Ruak)
⇦
Kembali ke Hari 05 ⟺
Bersambung ke Hari 07 ⇨
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 17 November 2017
Follow@Twitter:
View web version if you have problem in viewing mobile version
Mesmerized article written on this blog with other relevant information. It is straight to the point that how we can improve our skills as well as how we can be represented to a new stream of professionalism.รถ กระบะ มือ สอง พัทยา
ReplyDelete