Showing posts with label JomRide Karak. Show all posts
Showing posts with label JomRide Karak. Show all posts

Sunday, 16 April 2017

Karak Sunday Ride ke Lentang dan Bukit Tinggi 16/04/2017

KARAK SUNDAY RIDE KE LENTANG DAN BUKIT TINGGI

16/04/2017 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu ke Karak (Lentang) dan Bukit Tinggi pula.

Bukit Tinggi riders. Kredit foto: Khalid.

Tuesday, 11 April 2017

Ride Dengan Otai Melemang To Ki Bentong

RIDE DENGAN OTAI MELEMANG TO KI BENTONG

11/04/2017 (Selasa)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Tuan-tuan yang berkelapangan dijemput untuk ride santai sarapan pagi ke Lemang Tok Ki pada:
Tarikh: 11 April 2017(Selasa)
Masa : 08.00 Pagi
Tempat Berkumpul: BHP Tol Gombak

 Itulah jemputan diterima daripada saudara Din Kato beberapa hari lalu mengajak ride ke lemang To'Ki Bentung. Ride pagi ini disertai oleh Din Kato ZX10R, Man Tech GTR1400, Zak RC51, Shahrin Ninja 250 (bawa moto anak, baru tahu moto laju cukai jalan tamat tempoh minggu lepas ha ha), Jalil CBR dan Fauzy Versys. Bawa V pasal nak ride santai, tapi kena bantai ada le.. ha ha. Pinjam ayat Man Tech pasal tak bawa SBK. Sebenarnya ramai yang nak turun, tapi kan hari ini hari kerja la.

Dari kiri: Din kato, Zak, Man Tech, Fauzy, Shahrin, dan Jalil. di BHP Tol Gombak. Kredit Foto: Din Kato

Sunday, 28 August 2016

JomRide Genting Highlands dan Lemang To'Ki (28/08/2016)

Ride ke Genting Highlands dan Lemang To'Ki

28/08/2016

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, ride hujung minggu bersama-sama Klawang TT riders ke Genting Highlands dan Lemang To'Ki telah terlaksana dengan selamatnya.

 Lebih kurang 8:45 pagi tayar golek dari Petronas Grand Saga II Arah Utara sebelum susur keluar Simpang Balak. Ride kali ini melibatkan 5 riders/moto. Kami tiba di puncak Genting Highland hampir pukul 10:00 pagi.

Petronas Grand Saga II Arah Utara

RV di Petronas Grand Saga II Arah Utara (Exit Spg Balak): Dari Kiri TSR Ipin K8, TSR Abe Jam Brutale, S1000RR, TSR Ard RSV4 dan TSR Wan ZX10R 'Batman'

Saturday, 18 October 2008

Karak Sunday Ride (12/12/2010) - Throwback Ride Dengan Din Kato

KARAK SUNDAY RIDE (18/10/2008) - THROWBACK RIDE DENGAN DIN KATO

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama Din Kato dan rakan-rakan pada Ahad 12 Disember 2010 ke Lontong Pekan Karak, kedai sarapan pagi terletak berhadapan Masjid Pekan Karak yang popular dengan kehadiran biker pada hujung minggu. OilerBikerz rider - Ard R1, Abe Jam CBR1000RR Rabit DiRaja, Fauzy CBR1000RR Repsol dan Din Kato ZX10R. Turut serta anak Din Kato dengan jentera Ninja 250 dan juga adiknya dengan jentera Suzie GSX1000RR yang datang dari Kuala Kubu Bharu. Pada masa ini, Din Kato sedang berada di tanah suci Mekah menunaikan ibadah haji. Semoga mendapat haji mabrur dan dipermudakan segala urusan Tuan Haji Sharifuddin aka Din Kato.

Dari kanan: Fauzy CBR1000RR Repsol, Din Kato ZX10R, Abe Jam CBR1000RR Rabbit DiRaja, anak dDin Kato Ninja 250 dan adik Din Kato Suzie GSX1000RR. Kredit Foto: Ard R1

Karak Ride (18/10/2008) - Throwback Ride Dengan OilerBikerz

KARAK RIDE (18/10/2008) - THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) pada Sabtu 18 Oktober 2008 ke Lontong Pekan Karak, kedai sarapan pagi terletak berhadapan Masjid Pekan Karak yang popular dengan kehadiran biker pada hujung minggu. OilerBikerz rider - Jebat ZX6R, Wak Ju Z1000, Khairul CBR1000RR Repsol, Jijek Aprilia Tuono, Tony Blackbird Merah, Baharom Ducati 1098, Mat Jai R1, Fadzil Versys 650, Syalaby GTR1400 dan Fauzy CBR1000RR Repsol.

RV Point di Shell Berkembar Melati

Bertemu rakan-rakan di Shell Berkembar Melati.

Tuesday, 1 January 2008

Karak New Year Ride (01/01/2008) - Throwback Ride Dengan OilerBikerz

KARAK NEW YEAR RIDE (01/01/2008) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) sempena tahun baru 2008 ke Lontong Pekan Karak, kedai sarapan pagi terletak berhadapan Masjid Pekan Karak yang popular dengan kehadiran biker pada hujung minggu. OilerBikerz rider - Jijek CBR1000RR Repsol, Siong CBR1000RR, Ard R1, Tony Blackbird Merah dan Fauzy CBR900RR.

Siong CBR1000RR Fireblade tengah pakai helmet