KARAK SUNDAY RIDE KE LENTANG DAN BUKIT TINGGI
16/04/2017
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu ke Karak (Lentang) dan Bukit Tinggi pula.
|
Bukit Tinggi riders. Kredit foto: Khalid. |
Petronas Lebuhraya Kajang (Grand Saga)
Seperti biasa, rakan-rakan rider dari sekitar Kajang dan Semenyih bertemu di Petronas Grand Saga seawal 8:00 AM. Ustaz Madi dan Khalid sudah menunggu. Saya dan Mior tiba kemudian. Dalam 8:30 AM mula bergerak ke BHP Tol Gombak pula.
|
Dari kiri: Mior ZX6-R, Khalid ZX6-R dan Ustaz madi ZX10-R di Petronas Lebuhraya Kajang. Team Kawa ni. |
BHP Tol Gombak
Tiba di BHP Gombak untuk bertemu dengan rider-rider lain. Seperti biasa BHP Tol Gombak dipenuhi dengan bikers yang berkumpul di sini sebelum meneruskan destinasi seterusnya mengikut grup masing-masing. Ke mana kita Ustaz Madi? Ustaz Madi mengajak kami ride layan Karak pagi ini, asalnya plan hendak ke Awana melalui Ulu Yam. Hari ini kita ikut Ayah Nasa dan Mad ke nasi lemak Hutan Lipur Lentang dulu, kata Ustaz Madi. Ok kita tunggu dulu rider-rider lain yang akan turut serta. Am V-Strom 650 pun baru sampai untuk turut serta ride pagi ini. Baru terbaca mesej dari Man Tech ajak ride ke Ulu Yam-Awana-Lentang pagi ini, tapi saya sudah terlepas sampai ke BHP Tol Gombak. Dalam pukul 9:30AM lebih mula bergerak melayan liku-liku Karak. Ustaz Madi kata dia akan masuk terus ke Hutan Lipur Lentang, tetapi saya dengan Khalid sudah terlajak sampai ke Tol Bentong ha ha. Ketika sampai, Mad serta rider-rider lain sudah hendak berpusing balik ke Hutan Lipur Lentang dari Tol Bentong.
|
Sekitar belakang BHP Tol Gombak |
|
Sekitar belakang BHP Tol Gombak |
|
Sekitar belakang BHP Tol Gombak |
|
Ke mana kita Ustaz? Tengah dok bincang dengan Bro. Mad plan ride pagi ni. Kredit foto: Rahman |
Hutan Lipur Lentang
Dalam pukul 10:00 AM lebih tiba di Hutan Lipur Lentang. Sebenarnya sudah lama tidak ke Kedai Nasi Lemak Hutan Lipur Lentang ini. Ketika sampai sudah dipenuhi bikers yang tiba lebih awal. Tempat yang nyaman dengan deruman aliran air sungai dari jeram air terjun. Nasi lemak pun terbaik memang menjadi pilihan bikers terutama 'the weekend Karak heroes with their superbikes', untuk 'breakfast ride' pagi minggu. Mungkin itu gelaran yang diberikan atau diperkatakan oleh pengunjung-pengunjung yang datang berkelah melihat kelibat grup-grup motor berkuasa tinggi bersantai di Kedai Nasi Lemak Hutan Lipur Lentang. Nasib baik nasi lemak masih ada lagi.
Parkir sebelah 'Golden' GTR1400 yang sudah tiba awal lagi dari Ulu Yam - Awana, apa lagi terus dapat pangilan telefon dari tuannya, siapa lagi kalau bukan
Man Tech yang ride bersama Nazri 29, orang lama Klawang Riding School (KRS) ni. Katanya menguji jentera Rabbit Repsol (CBR1000RR), yang sudah lebih dari biasa mengendali jentera Suzuki SRAD. Ustaz Madi kata lama tidak berjumpa Man Tech , antara sifunya, dan Nazri 29, rakan perleferen dalam KRS suatu masa dulu, Seorang sudah semakin 'slim' dan seorang lagi makin membesar ha ha.
Ingatkan semua sudah sampai, rupanya ada dua rakan rider lagi belum tiba. Dapat mesej dari Am dan Mior yang tertanya-tanya kami berada di mana. Ha ha Ustaz kata depa sudah terlepas naik ke Awana la pulak. Lepas ini kemana kita Ustaz? Kita ke Bukit Tinggi pula ikut Bro Mad. Manakala, Ayah Nasa katanya terpaksa balik terus kerana ada urusan sikit.
|
Dari kiri: Ayah Nasa, Man Tech, Ustaz Madi dan Nazri 29. Otai 'reunion', orang-orang lama Awana. |
|
Tumpang bergambar dengan sifu-sifu tersohor. Kredit foto: Khalid. |
|
Dengar cerita si Am dan Mior 'melayan' Awana sekejap. Kredit foto: Rahman |
|
Ayah Nasa. Kredit foto: Rahman |
|
Sampai lagi di Nasi Lemak Hutan Lipur Lentang setelah sekian lama. |
|
Jom ke Bukit Tinggi pula |
|
Rider-rider bersiap untuk melayan Bukit Tinggi pula |
|
Bersiap untuk melayan Bukit Tinggi pula. Kredit foto: Rahman |
|
11:15 AM. Jom ke Bukit Tinggi pula. Kredit foto: Rahman |
Oh ya, ramai kalangan biker yang sudah kenal Ayah Nasa, nama panggilan mesra dikalangan rakan-rakan bikers atau nama sebenarnya Nasaruddin Mat Yusof, merupakan seorang pelumba dalam Kejohanan '
Pirelli Malaysia Superbike Championship 2017' dengan gelaran 'Nasa#52 atau Nasa Tebuan#52' menggunakan jentera BMW S1000RR bagi kategori 'Superstock A'. Bagi
pusingan pertama yang berlangsung pada
17-19 Mac 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Keputusan pusingan pertama, beliau telah berjaya menaiki podium tempat pertama untuk Race 1 dan tempat ke-2 bagi
Race 2 dengan perbezaan masa hanya 0.013s. Tahniah 🏆 dan semoga terus sukses buat racer Nasa untuk perlumbaan seterusnya pada pusingan kedua pada hujung bulan ini, 28 April di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
|
MSC Round 1 Promo. 52 vs 46 |
|
Nasa mendapat P1 dalam Race 1 (kategori Superstock A) di kejohanan 'Pirelli Malaysia Superbike Championship 2017' |
|
Nasa mendapat P2 dalam Race 2 (kategori Superstock A) di kejohanan 'Pirelli Malaysia Superbike Championship 2017' |
|
Kalau ada yang hendak ber'guru' dengan Racer Nasa di SIC |
|
T-shirt Tebuan 52 untuk peminat dan penyokong. Ha ha takde komisen untuk saya. |
Bukit Tinggi
Dalam 11:30 AM, tiba berhampiran helipad Bukit Tinggi, pit stop untuk berehat seketika setelah selesai mendaki liku-liku jalan Bukit Tinggi. Am V-Strom 650 berkongsi, inilah kali pertama dia sampai ke sini. Tahniah buat Am V-Strom 650, lepas ini macam hendak beralih ke jentera SBK la pulak. Akan datang hendak kena tukar tayar lebih sesuai leferan di sini, katanya. Suasana sudah meriah, dengan ramai rider sudah berada di sini samada dari Lentang, Karak dan Awana. Sudah lama saya tidak ke sini. Entah bila kali terakhir, saya ke sini pun sudah tidak ingat. Selepas bersantai seketika, sudah tiba masa untuk bergerak pulang menuruni liku-liku menurun pula untuk memasuki LPT seterusnya ke Tol Gombak pula.
|
Am V-Strom kali pertama melayan Bukit Tinggi dan sampai di sini. |
|
Masih meriah... ramai rider sudah berada di sini. |
|
'Welcome back'.. entah bila kali terakhir sekali sampai di sini. Konar pun dah lupa. |
|
Sekitar dekat helipad Bukit Tinggi |
|
Sekitar dekat helipad Bukit Tinggi |
|
Sekitar dekat helipad Bukit Tinggi |
|
Sekitar dekat helipad Bukit Tinggi. Kredit foto: Khalid. |
|
Sekitar dekat helipad Bukit Tinggi. Kredit foto: Khalid. |
|
Sekitar dekat helipad Bukit Tinggi. Kredit foto: Khalid. |
|
Bergambar dulu meraikan si Am. Kredit foto: Khalid. |
|
Grup foto bersama Bukit tinggi riders. Kredit foto: Khalid. |
|
Grup foto bersama Bukit Tinggi riders. Kredit foto: Khalid. |
|
Grup foto bersama Bukit Tinggi riders. Kredit foto: Khalid. |
Video Lentang - Bukit Tinggi oleh Ustaz Asmadi
Tol Gombak
Tiba di Tol Gombak dalam pukul 12:15 PM selepas kene 'tapau 🏍💨💨💨' dengan Ustaz Madi yang bawa moto beraksi penuh konsentrasi 😈 tak perlu betulkan videocam katanya. Masa ride pergi, lagi la siap betulkan kamera tengah zrasss..💥💥💥💪. Masa balik dapat tengok Am V-Strom 650 belajar ikut line Ustaz jadi lah. V-Strom 650 follow ZX10R tu. Biar betul si Am ni. Masa sarapan nasi lemak tadi sudah kena psiko dengan 'tazkirah 😰' ustaz kat Lentang tadi. Yang teruk kena psiko si Khalid 😭💫. ha ha. Tol Gombak, tempat pertemuan terakhir bagi rider-rider melayan Karak. Setelah semua selamat tiba, berehat sebentar sambil menghilang kehausan sebelum bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Dari Tol Gombak, terpaksalah meredah 'infamous MRR2 traffic jam' sehingga susur keluar ke Cheras-Kajang.
|
12:15 PM tiba di tol Gombak |
|
Sekitar Tol Gombak |
Video: Bukit Tinggi - Tol Gombak oleh Ustaz Asmadi
Route dilalui hari ini:
Alhamdulillah selamat sampai di rumah dalam pukul 1:20 PM tadi 😂😊. Terimakasih semua terutama buat saudara Am V-Strom 650 yang mengefeng nasi lemak Lentang tadi. Semoga murah rezeki.
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Follow@Twitter:
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment