HARI 03 (01/04/2017): Kuala Terengganu - Kajang
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selamat Pagi Kay Tee. Bertemu keluarga dan sanak saudara Ganu kite bereh doh. Terengganu Bike Week gi tengok doh. Hari ini bertolak balik semula ke KL/Kajang. Seawal 8:00 pagi mula bergerak tetapi hendak singgah bersarapan dahulu di Sudut Selera Kak Pah, Pantai Batu Burok yang amat popular dengan nasi dagangan Terengganu.
Sebelum bertolak balik, singgah dulu bersarapan nasi dagang di Sudut Selera Kak Pah terletak di Medan Selera Pantai Batu Burok. Tempat berlangsungnya TBW17. Semalam sudah sudah singgah sebelum ke TBW17, tetapi agak lewat, nasi dagang pun sudah habis.
Hari ini sampai awal sedikit, setelah parkir moto di hadapan kedai makan Sudut Selera Kak Pah, Lot 30, kelihatan orang ramai sudah mula memenuhi tempat maan dan barisan menunggu giliran membeli pun sudah agak panjang. Terdapat pelbagai kaum datang bersarapan di sini, tambah-tambah lagi sedang berlangsung program TBW17, ramai juga kaum keluarga biker yang turut mengikuti datang bercuti ke Kuala Terengganu ini.
Ramai yang datang ke sini untuk merasa nasi dagang Terengganu asli yang paling 'best' kalau mengikut kaki jalan-jalan cari makan terutama orang ganu kite. Nasi dagang Kak Pah antara yang paling popular di antara 5 restoran nasi dagang Terengganu asli yang sedap dan wajid dicuba. Pernah mendapat liputan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3.
Nasi dagang merupakan hidangan tempatan istimewa disediakan daripada campuran beras dan beras pulut, dan dikukus bersama-sama santan kelapa,halia, bawang merah dan halba. Ianya dihidangkan atau dimakan dengan lauk gulai ikan tongkol ('ikan aye' kata orang ganu) dengan kuah berempah khas seakan-akan kuah kari tetapi bukan rasa macam kari biasa seperti kebanyakkan disediakan di kedai-kedai di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor. Setelah pekena dua pinggan nasi dagang, masa untuk bertolak balik.
Parkir V betul-betul dihadapan kedai makan Sudut Selera Kak Pah, Lot 30. Medan Selera Pantai Batu Burok |
Barisan menunggu giliran membeli nasi dagang pun sudah agak panjang. Ada tergantung plak JJCM TV3. |
Nasi dagang Kak Pah Batu Burok berharga RM4 sepinggan dengan lauk ikan tongkol. Dua pinggan habis kena baham. |
Route perjalanan:
Kuala Terengganu - Ajil (Bukit Diman) - LPT2 - LPT1 - MRR2 - Kajang dengan jarak perjalanan sejauh kira-kira 466 km.
Hentian:
KT ke Ajil akan mengikuti jalan biasa di mana akan berhenti mengisi minyak di PETRONAS Ajil sebelum memasuki LPT2 melalui Toll Plaza Ajil. Hentian seterusnya sama seperti dari KL ke KT.
Mula (Jarak/Jumlah): Jumlah perbatuan odometer 99 km dari kali terakhir isian petrol.
Hentian 1 ( 0 / 0 km): PETRONAS Ajil (Re-fuel) (49 km jarak dilalui dari KT)
Hentian 2 (110 / 110 km ): PETRON Hentian Rehat Kijal LPT2 (Re-fuel)
Hentian 3 (104 / 214 km ): PETRONAS R&R Gambang LPT1 (Re-fuel)
Hentian 4 (203 / 417 km ): PETRONAS Grand Saga Kajang
Ketinggian (elevation) sepanjang route dilalui dari KT ke KL |
Membuat sedikit lencongan ke Kg. Bukit Diman sebelum kembali semula ke PETRONAS Ajil.
Singgah sebentar di Kg. Bukit Diman |
Mengisi minyak di PETRONAS Ajil sebelum memasuki LPT2 melalui Plaza Tol Ajil. Jumlah perbatuan odometer sejak pengisian kali terakhir di PETRONAS NGV Tok Jiring ketika sampai pada hari 01 adalah sejauh 99 km. Jarak dari Kuala Terengganu ke PETRONAS Ajil termasuk lencongan ke Bukit Diman kira-kira 49 km. Lebih kurang 50 km perbatuan untuk hari ke 2.
Isian semula petrol: RM14.20@6.667L@RM2.13/L
Kadar penggunaan petrol: 99KM/6.667L=14.85KM/L (PRIMAX 95)
Kecekapan petrol: (6.67L/99KM)*100=6.74L/100KM
Baki petrol: 19L-6.667L= 12.333L
Menggunakan data pada hari pertama dari Hentian Rehat Kijal ke PETRONAS NGV Tok Jiring:
Jarak 11.26KM/L x 12.333L = 138.87KM
Jarak ke PETRON Hentian Rehat Kijal LPT2 adalah dalam 110 km, cukup-cukup untuk sampai bergantung kepada kelajuan dimana tidak melebihi 120 KM/J.
PETRONAS Ajil |
Jumlah perbatuan odometer sejak pengisian kali terakhir di PETRONAS NGV Tok Jiring ketika sampai pada hari 01. |
10:45 AM: Tiba di PETRON Hentian Rehat Kijal LPT2 (Re-fuel)
Sebelum tiba di sini, berselisih dengan beberapa konvoi atau grup motor yang dalam perjalanan ke TBW17. Bahkan ketika sedang berhenti mengisi minyak di sini juga terdapat beberapa konvoi atau grup motor melintasi di lebuhraya. Oleh kerana mereka tidak berhenti mengisi minyak di hentian yang bertentangan, kemungkinan besar dari sekitar Terengganu, terutama dari Kemaman dan juga Kuantan.
Isian semula petrol: RM20.74@9.738L@RM2.13/L
Kadar penggunaan petrol: 110KM/9.738L=11.30KM/L (PRIMAX 95)
Kecekapan petrol: (9.738L/110KM)*100=8.85L/100KM
Baki petrol: 19L-9.738L= 9.262L; Jarak: 11.30KM/L x 9.262L = 104.66KM
Halaju Purata: 110KM/0.75J=~147KM/J
Anggaran jarak boleh dicapai: 110KM+104KM=214KM
Jarak ke hentian mengisi minyak seterusnya di R&R Gambang adalah 104 km, cukup-cukup untuk sampai bergantung kepada kelajuan dimana tidak melebihi 147 KM/J.
PETRON Hentian Rehat Kijal (West Bound) LPT2 |
Kos dan kuantiti sepeti dipaparkan di pam |
Hentian Rehat Kijal (Hala Barat) |
11:55 AM: Tiba di PETRONAS R&R Gambang (Arah Barat) LPT1
Berselisih dengan beberapa konvoi atau grup motor yang dalam perjalanan ke TBW17 sebelum memasuki LPT1. Perjalanan lancar dengan cuaca baik sepanjang perjalanan.
Isian semula petrol: RM21.13@9.920L@RM2.13/L
Kadar penggunaan petrol: 104KM/9.920L=10.48KM/L (PRIMAX95 [49%]+BLAZE 95[51%])
Kecekapan petrol: (9.920L/104KM)*100=9.54L/100KM
Baki petrol: 19L-9.920L= 9.08L; Jarak 10.48KM/L x 9.08L = 95.16KM
Halaju Purata: 104KM/0.75J=~139KM/J
Anggaran jarak boleh dicapai: 104KM+95KM=199KM
Jumlah perbatuan odometer dari Hentian Rehat Kijal ke PETRONAS R&R Gambang. Kurang sedikit dari 104 km. |
Cuaca baik sepanjang perjalanan. Berselisih dengan beberapa konvoi atau grup motor menghala ke Kuantan.
1:35 PM Tiba di Tol Gombak.
Seperti biasa ada bikers berhenti dan berkmpul sementara selepas Tol Gombak selepas melayan Karak. Olejh kerana cuaca semakin mendung, meneruskan perjalanan melalui MRR2, seperti biasa, keadaan trafik agak sesak. Melintasi Zoo Negara, hujan turun dengan lebatnya. Terpaksalah meredah hujan dalam kesesakkan trafik MRR2. Ada sekali, sampai handguard tergesel dengan cermin sisi sebuah kereta gara-gara mengelak lori yang menghimpit laluan. Alhamdulilah, tiada musibah, meneruskan perjalanan dalam hujan lebat.
2:05 PM: Mula memasuki jalan Cheras Kajang melalui susur keluar dekat Taman Connaught Flats.
Tidak keluar ikut bulatan Cheras, menjangkakan keadaan trafik yang pasti perlahan lebih-lebih lagi waktu hujan. Jadi lanjak sedikit, untuk susur keluar berhampiran Taman Connaught Flats untuk memasuki semula Lebuhraya Grand Saga.
2:15 PM: Tiba di PETRONAS Grand Saga Kajang (hala Kajang)
Tidak hujan sepanjang Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga) dan aliran trafik pun baik. Alhamdulillah selamat sampai check point hentian terakhir. Tidak berhenti mengisi minyak, meneruskan perjalanan ke rumah. Beberapa hari (06/04/2017) kemudiannya baru mengisi semula minyak di PETRONAS Grand Saga Kajang (hala KL)
Isian semula petrol: RM34.49@15.967@RM2.16/L (petrol naik 3 sen)
Kadar penggunaan petrol: 213KM/15.967L=13.34KM/L (PRIMAX95)
Kecekapan petrol: (15.967L/213KM)*100=7.50L/100KM
Baki petrol: 19L-15.967L= 3.033L; Jarak 13.34KM/L x 3.033L = 40.46KM
Anggaran jarak boleh dicapai: 213KM+40KM=253KM
Berdasarkan 2 hari perjalanan jarak jauh. 'Fuel economy' untuk 2011 Versys 650 mengikut kelajuan dipaparkan dibawah:
Fuel Economy |
PETRONAS Grand Saga Spg Balak (hala KL) |
Selamat sampai doh. Alhamdulillah |
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment