Sunday, 2 April 2017

GRAVITY SuperMoto Challenge 2017 Rd1: Jom Sokong Racer OB MiniGP

GRAVITY SUPERMOTO CHALLENGE 2017 RD1: JOM SOKONG RACER OB MINIGP

02/04/2017 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Semalam baru pulang ride dari Ganu Kite sempena TBW17. Hari ini, sebelah petangnya pula berkesempatan ke 'GRAVITY SuperMoto Challenge Round 1' yang berlangsung di Speedway Plus Circuit, Elite Plus Highway, USJ Subang Jaya, Selangor. Kehadiran saya sebagai memberi sokongan moral kepada seorang sahabat OB yang akan menyertai perlumbaan MiniGP buat pertama kali. Kiranya menjadi pembalap 'rookie' untuk perlumbaan tahun ini.



 Program GRAVITY SUPERMOTO CHALLENGE ini buat kali pertama diadakan sebagai platform untuk perlumbaan Supermoto dan juga mengabungkan kategori Street 25/4T dan MiniGP dalam satu acara perlumbaan yang akan diadakan dalam 3 pusingan. Sudah pasti perlumbaan ini memberi ruang kepada pembalap-pembalap tempatan terutama bakat-bakat baru menimba pengalaman. Nampaknya pihak penganjur berjaya menarik penaja-penaja produk ternama seperti Husqvarna, Metzeler, Acerbis, Motorex, Airoh dan lain-lain lagi bagi menjayakan perlumbaan yang julung-julung kali diadakan. Kenny Motorworks (Kenny Lee) dan WeeBiker antara dua penaja yang saya rasakan juga merupakan 'orang kuat' untuk program ini.

Speedway Plus Circuit, Elite Plus Highway, USJ Subang Jaya, Selangor. 


Deretan khemah menempatkan booth Husqvarna Motorcycles, Acerbis, Motorex dan Airoh

Husqvarna FC450 da  FC250

Husqvarna 701 Supermoto

Sekitar khemah menempatkan pit pasukan.

Deretan khemah khemah menempatkan pit pasukan.

Deretan khemah khemah menempatkan pit pasukan.


Itinerari utama bagi GRAVITY SUPERMOTO CHALLENGE 2017:
11:50 - 12:10     :    Supermoto (Novice) - Qualifying
12:20 - 12:40     :    Supermoto (CKD) - Qualifying
14:00 - 14:20     :    Supermoto (Open) - Qualifying
14:30 - 14:50     :    STREET 250/4T - Qualifying
15:00 - 15:20     :    MiniGp - Qualifying
15:30 - 15:45     :    Supermoto (Novice) - RACE 10 lap
15:55 - 16:10     :    Supermoto CKD - RACE 10 lap
16:20 - 16:35     :    Supermoto (Open) - RACE 12 lap
16:45 - 17:00     :    STREET 250/4T - RACE 10 lap
17:10 - 17:25     :    MiniGP -  RACE 10 lap
18:00                 :     END / Price Giving Ceremony

Video GRAVITY SUPERMOTO CHALLENGE RD1 (sumber: Husqvarna Motorcycles - Malaysia)

Speedway Plus Circuit: panduan dan teknikal data (hanya untuk illustrasi sahaja).

Supermoto (Novice)
Jom tengok gambar aksi pembalap-pembalap Supermoto kategori Novice. Kategori yang mempunyai paling ramai penyertaan.































Supermoto (CKD)
Jom tengok gambar aksi pembalap-pembalap Supermoto kategori CKD pula. Ada seorang pembalap cilik dalam kategori ini yang beraksi dengan baik.













Supermoto (Open)
Jom tengok gambar aksi pembalap-pembalap Supermoto kategori Open pula. Persaingan yang sengit antara pembalap-pembalap.























STREET 250/4T
 Jom tengok gambar aksi pembalap-pembalap kategori STREET 250/4T. Salah seorangnya adalah Hafiq Azmi, bekas pelumba Moto3 negara, yang menunggang jentera Kawasaki Ninja 250, bermula di petak pertama dan berjaya memenangi perlumbaan di kedudukan pertama.












MY MiniGP
 Bagi kategori MiniGP pula, terdapat 16 pembalap yang menyertai pusingan pertama 'MY MiniGP Championship 2017' yang akan berlangsung sebanyak 3 pusingan. Salah seorang peserta bagi perlumbaan ini adalah Awang Amirul Zakry atau lebih dikenali di kalangan rakan biker sebagai Meon. Beliau pernah menjadi 'Ikon OB' seperti disiarkan Berita Harian dalam ruangan Sisipan XY - Ikon Lelaki dan telah diterbitkan pada 20/03/2010 dibawah tajuk 'Cinta 3 Jejaka' seperti yang dikongsikan dalam entri terdahulu 'OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Round 2' dan  'Kenali OilerBikerz'.

 Bermulanya hanya sekadar suka-suka menunggang MiniGP bike untuk memperbaiki kemahiran menunggang dan berkongsi minat masa lapang dengan rakan-rakan bikers. Kemudian, mula 'berjinak-jinak' dengan MiniGP selepas terpaksa 'berehat' seketika dari menunggang motorsikal berkuasa tinggi. Setelah kerap mengikuti 'MiniGp Trackday' dan juga mengikuti latihan dengan pembalap-pembalap lebih berpengalaman termasuk pelumba Moto3, Hafiq Azmi. Seterusnya, pembabitan dalam MiniGP mula serius termasuk memiliki jentera Kayo MiniGP 150 sendiri dan mula menyertai perlumbaan MiniGP (Open Standard & Rental) yang berlangsung pada hari ini.

 Bagi sesi kelayakan, Meon telah mencatat masa ke-12 terpantas dan akan bermula di petak ke-12 dalam perlumbaan hari ini. Beliau telah menunggang dengan konsisten pada posisi ke-12 sehingga mengakhiri perlumbaan 10 laps dengan memperbaiki kedudukan pada kedudukan ke-11. Tahniah buat Meon kerana berjaya menamatkan perlumbaan pertama beliau. Keputusan memberangsangkan memandangkan beliau bersaing dengan pambalap-pembalap lebih berpengalaman seperti pelumba 'cuprix'. Lagi pun, sudah sebulan tidak turun berlatih atau mengendali jentera MiniGP sebelum hari perlumbaan. Dapat posisi ke-11, jentera pun #11. Meon#11.

 Bagi saya, bukanlah keputusan yang diperolehinya, tetapi semangat 'berlumba' membentuk 'DNA' untuk 'Meon Jr' di masa hadapan. Kalau dilihat pelumba-pelumba negara yang ke pentas MotoGP seperti Hafizh Syahrin  (Moto2) dan Khairul Idham Pawi (Moto3 dan Moto2), semuanya bermula dari kecil atau zaman kanak-kanak dengan sokongan ibu bapa dan keluarga. Semoga Meon terus bersemangat dan memperbaiki prestasi untuk perlumbaan MY MiniGP pusingan kedua nanti.

Jentera Kayo MiniGP 150

Bro Meon sedang berbincang strategi dengan pembalap lebih berpengalaman.

Bro Meon bersama jentera MiniGP #11
Bro Meon bersama jentera MiniGP #11
Bro Meon bersama jentera MiniGP #11

Bro Meon bersama jentera MiniGP #11


Bergambar dengan pembalap OB
Bergambar dengan pembalap OB


Bersiap untuk perlumbaan
Meon #11 sudah bersedia

Di grid permulaan P12.

Di grid permulaan

Meon #11 sedang memberi fokus. Semoga dipermudahkan urusan naik podium. Amin


Barisan pembalap MiniGP bersedia di grid permulaan

Barisan pembalap MiniGP bersedia di grid permulaan

Barisan pembalap MiniGP bersedia di grid permulaan

Get ready..

Let's go racing

Melepasi selekoh pertama selepas bermula

Ha ha laju, kamera hilang fokus.. eh kameramen hilang fokus lak.. ambil gambar sambil dok lambai kih3x

Aksi Meon mengambil dua selekoh terakhir

Ini pembalap-pembalap kelompok hadapan bersaing dengan sengit

Meon berjaya nak satu tangga untuk posisi ke-11

Catatan masa semasa perlumbaan. Sumber: Meon
Catatan masa terbaik semasa sesi kelayakan. Sumber: Meon


Keputusan perlumbaan pusingan pertama  My MiniGP Championship 2017

Kedudukan pelumba selepas pusingan pertama My MiniGP Championship 2017
Gambar kenangan dirakam pada 11.01.2015 ketika menguji jentera Kayo MiniGP (150cc) di Litar Speedway Plus

Agak sudah terlambat untuk saya jadi pelumba MiniGP (150cc) ni. ha ha suka suka aje lah

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment